Sembang Kari Reuslt Data CPI, PPI & BTC : Dari Harga Kilang ke Rasa Duit Durian Digital
Subuh masih muda lagi waktu sayasampai dusun Pakcik Kebun Sebelah, air embun masih bertakung lagi atas daun durian tua dan bau aroma kopi hangat dari dapur kayu memanggil-manggil macam lagu nostalgia P.Ramplee. Pak kebun sebelah dah siap duduk di gerai buluh depan rumah dia dengan kopiah senget, rokok daun terselit di telinga kanan dan sebelah kiri dia terletak sebuah telefon bimbit buruk yang dah separuh nyawa, tp cukup untuk buka data ekonomi semasa.
“Ada apa pagi ni, Pak Itam?” saya tanya sambil duduk bersila.
Dia senyum sikit, sambil tunjuk skrin telefon dia. “Harga kilang di Amerika baru keluar semalam, depa panggil ni PPI, kali ni dia naik sikit je, 0.1%. Kalau ikut tahun ke tahun, dia duduk 2.6% x banyak. “Tak mengancam la kalo mcm ni” katanya perlahan, macam gaya orang cerita pasal pokok durian belakang rumah.
Saya angguk je…saya tahu, itu petanda inflasi dari kilang-kilang sana dah mula reda. Maksudnya, barang tak naik harga sangat dari punca awal, dh dua bulan berturut-turut data ni menunjukkan yang tekanan harga tu tengah perlahan. Kalau dulu naik macam air banjir kilat, sekarang ni dia naik macam air kolah masa musim kemarau…. Perlahan, tenang, tapi tetap ada.
“Apa maksudnya pada kita kat sini?” saya tanya lagi, sengaja nak gali isi kepala Pakcik kebun sebelah ni yang dah 50 tahun lebih jadi trader zaman sebelum Binance wujud lagi, sebelum zaman pakai MetaTrader dengan sambungan Streamyx lagi…masa dia trade dulu kena talipon broker/remisier kalo nak beli apa-apa kaunter saham.
“Maksudnya…” dia sedut rokok daun “…Fed sana tu mungkin boleh tarik nafas sikit. Kalau inflasi makin turun, kadar faedah pun tak perlu kekal tinggi. Mana tahu, hujung tahun ni dia turun sikit.
Bila kadar faedah turun, duit mula mengalir semula ke pasaran. Saham naik, crypto pun mula garu-garu nak lari la…”
saya gelak kecil. “bunyi macam durian yg dah berat, tunggu gugur je?”
“Ha… macam tu lah!” dia jawab dengan cepat. “Sekarang ni pasaran tengah pegang, x panic, tapi tak berani jugak. Sebab semalam pun CPI dah keluar, inflasi pengguna pun turun…hanya 0.1% naik bulan ke bulan. Itu pun bawah jangkaan.” katanya lagi.
saya buka telefon, waktu tu BTC duk eloklok sekitar $103,000 ke $104,000. Beberapa hari lepas dia test tinggi sampai $108,700, tapi tak lepas..skarang ni dia retrace sikit, macam tengah mencongak langkah seterusnya.
“Bitcoin ni… dia macam anak muda tengah cari hala tuju lepas habis belajar,” kata Pak Itam sambil tenung langit. “Ada masa dia melompat…ada masa dia duduk termenung, fikir pasal macamana nak hidup.”
Saya setuju..sebab sejak CPI dan PPI minggu ni, pasaran nampak lega. Dolar AS pun menurun, maknanya pelabur global kurang takut dan pasaran saham hijau, bon pun tak melenting, tp Bitcoin masih belum dapat lampu hijau penuh nak pecut.
Pakcik kebun sebelah sambung lg, “Tapi ni waktu yang best untuk yang sabar..masa market senyap ni lah orang cerdik masuk perlahan…bukan tunggu FOMO. Tengok data senyap, tengok angin, baru kayuh.”
Sya paham maksud dia..nilah masa untuk mula kumpul sikit-sikit altcoin. bukan hentam semua modal sekali harung..tp mula simpan. Yang jenis AI, modular chain, RWA, DePIN yang belum hype lagi, tapi ada asas.
“Kalau data bulan depan sama juga, inflasi lembut, pasaran makin yakin, masa tu crypto boleh meletup. BTC boleh pecut ke $110 ribu…tp jangan harap altcoin terus naik sekarang. Diorang tunggu isyarat,” katanya, sambil betulkan kain pelikat cap gajah duduk dia.
Burung merbah bersiul dari rimbun pokok belimbing belakang rumah, angin dah mula bawa bau tanah pagi dan suasana tenang buat saya lupa sekejap tentang dunia berdigit ni. Tapi isi bual tadi terus lekat di kepala..sebab dalam cerita Pakcik kebun sebelah yang bersahaja, ada logik pasar yang tak lapuk dek zaman.
“Durian digital ni, mayee…” katanya sebelum saya bangkit nak balik, “…bukan semua gugur serentak..tpi kalau kita tau pokok mana yang berbuah dan kita tunggu dengan sabar, insyaAllah isi dia penuh, tak busuk ni milik kita.”
Saya senyum, sebab dalam banyak-banyak sembang pasal ekonomi, rasanya inilah yang paling mudah saya faham…bukan sebab bahasa dia, tapi sebab cara dia bawak cerita tu dari harga kilang sampai ke isi pokok durian.
.
Awak semua boleh faham x?

Detail >>> BBlajarkripto.com
