29.3 C
Kuala Lumpur
June 5, 2026
EkonomiPendidikan

Market Outlook: 9–13 Jun 2025 — Minggu Makro Ekonomi & Trade Talks

Market Outlook: 9–13 Jun 2025 (Minggu Makro Ekonomi & Trade Talks)

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations yang saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

Maaf minggu ni lambat update pasal jadual makro ekonomi minggu ni..

Minggu ni boleh dikatakan penuh risiko jugak lah dari inflation data, trade tension, sampailah market nak ikut mana, berikut adalah tarikh tarikh penting untuk minggu ni.

Tarikh Utama (Waktu ET / Kuala Lumpur +12h)

Tarikh & Masa (ET) Acara Ekonomi Penting
Rabu 11 Jun, 08:30 U.S. CPI & Real Earnings (May)
Khamis 12 Jun, 08:30 U.S. PPI & Weekly Eco Index
Sabtu–Isnin (perbincangan) Perbincangan Perdagangan AS–China di London
Jumaat 13 Jun, 10:00 Employer Costs (compensation)

Jom kita sembang kari pasal event minggu ni..

 “Antara CPI, Tariff dan Teh O Beng: Cerita Petang di Kebun Durian (9–13 Jun 2025)”

Petang Isnin aritu, saya p ke kebun sambil duk bersila bawah pokok D24, sebelah pondok kayu Pak Itam. Angin redup sikit, bau daun durian basah semalam masih kuat, tengah syok syok mengupas isi durian kunyit, tiba-tiba si Din sampai naik motor kapcai dia yang ekzos dia bunyi macam blender rosak.

Weh, minggu ni hang jangan main-main. Aku tengok banyak orang gelabah pasal data apa… CPI? PPI? Apa benda tu?”

Pak Itam yang tengah hirup teh O beng dari cawan retak seribu terus menyampuk.

“Itu la hang tak baca news, Din. Ni minggu penting. Ekonomi dunia tengah bernafas pakai bantuan mesin. Sekali tersalah data, boleh jadi sawit tak laku, crypto pun boleh jatuh tergolek.”

Rabu 11jun, Hari CPI: Harga Barang Tak Nak Turun-Turun

Rabu hari ni, Amerika nak umum CPI .Consumer Price Index, bahasa pasar kita panggil “data barang naik ke tak”. Orang ramal inflasi masih keras kepala, sekitar 2.7% – 2.9% YoY. Kalau naik lebih tinggi, Fed akan tengok macam cikgu besar  tak kasi budak kelas keluar rehat.

Kalau CPI naik, maknanya Fed tak boleh potong interest rate. Tak potong rate, Dolar kuat. Bila Dolar kuat, crypto lemah. BTC pun boleh jadi macam longgok baja, senyap je tak gerak.”

Pak Itam garu dagu.

Macam harga baja la jugak. Bila minyak naik, baja naik. Bila harga barang naik, kita semua tercekik. Tapi bila inflasi turun? Haaa… baru boleh hidup sikit.”
.

Khamis 12jun, PPI Pula Turun Padang

Khamis ada satu lagi data penting  PPI: harga dari kilang. Orang kata ini signal awal, macam bunyi katak sebelum hujan.

Kalau PPI naik, itu petanda kilang dah mula naikkan harga. Bulan depan mungkin CPI pun ikut. Tapi kalau PPI reda? Ada harapan inflasi makin lembut.

Macam harga anak benih la. Kalau benih pun dah naik harga, pokok belum tanam lagi pun dah terasa.”

.

🇺🇸🇨🇳 Sabtu–Isnin  Drama China–Amerika Kat London

Ni part paling menarik. Wakil Amerika dan China nak duduk semeja di London minggu ni. Bukan nak minum teh Earl Grey sangat, tapi nak sembang pasal tariff dan teknologi.

Kalau depa gaduh lagi, Amerika naikkan tarif. Bila tarif naik, kos barang naik. Bila kos barang naik, inflasi tak surut. Bila inflasi kekal, Fed takut nak potong rate. Bila Fed takut potong rate… Bitcoin pun takut nak pump.”

Si Din tanya,

Kalau rundingan tu elok?”
Pak Itam senyum sambil korek isi durian IOI.
“Haa… kalau baik, pasaran boleh senyum. Altcoin boleh goyang pinggul sikit. Tapi jangan cepat syok… durian pun ada yang nampak elok luar, dalamnya kosong.”
.

Jumaat 13jun, Kos Majikan: Gaji Banyak Tapi Barang Tetap Mahal?

Jumaat, Amerika umum satu lagi data: Employer Costs macam laporan akaun untuk bos,kalo kos naik, maksudnya bisnes bayar gaji & faedah makin tinggi. Bila tinggi sangat, boleh menambah tekanan inflasi.

Macam tu la kilang sawit. Bila upah naik, pengurus kira dua tiga kali sebelum ambil orang. Sama juga Fed… dia tengok data ni sebelum berani potong kadar faedah.”

.

Tengok Market Macam Tengok Buah Nak Gugur

Sekarang BTC masih duduk dalam range $103K–$109K.

  • DXY (index dolar) pun dah turun sikit tanda pasaran tunggu data.
  • Saham Jepun, Korea, Taiwan naik awal minggu sebab orang harap rundingan trade China–Amerika ni aman.

Macam tengok buah durian yang bergoyang. Tak gugur lagi, tapi bunyi tu dah ada. Trader semua tengah tunggu ‘buuuukkkk’ tu.”
.

Kesimpulan Petang: Jangan Terlalu Laju Bila Jalan Turun Bukit

Minggu ni bukan masa nak rempit.
Kalau CPI & PPI panas ➜ Fed hold ➜ pasaran retrace.
Kalau CPI & PPI sejuk ➜ rate cut berpeluang ➜ crypto & saham boleh senyum.
Kalau rundingan AS–China gagal ➜ dunia gaduh balik ➜ semua rugi, kecuali mungkin pengusaha mask & minyak.

Pak Itam letak cawan teh O beng atas bangku kayu, pandang langit yang makin jingga.

Ekonomi ni macam musim durian. Ada tahun lebat, ada tahun tak menjadi. Tapi kalau kita pandai baca cuaca, insyaAllah tak balik tangan kosong.”

.

“Minggu CPI, Tarif & Durian Gugur: Cerita Sambil Kupas Fakta (9–13 Jun 2025)”

…Sambung dari pondok bawah pokok IOI tadi…

Lepas semua pakat kenyang makan durian, Pak Itam mula angkat cawan teh O beng, lalu keluarkan satu ramalan yang buat semua orang senyap.

Aku dah tengok carta, aku dah rasa angin… dan aku nak bagitau, minggu ni antara minggu penentu. Sama ada market ni terus rebah… atau dia dapat nafas baru.”

Ramalan CPI, Peluang Rebound Jangka Pendek?

CPI aku rasa akan keluar lebih baik dari jangkaan… mungkin kekal atau turun sikit. Tak banyak, tapi cukup nak buat pasaran senyum jeling sikit.”

  • Kenapa? Harga minyak tak naik gila bulan Mei, sewa rumah juga mula stabil, dan data tenaga kerja baru-baru ni pun tunjuk tanda pasaran dah mula sejuk.
  • Jangkaan Pak Itam: Core CPI kekal sekitar 0.3% MoM atau turun ke 0.2% ➜ Fed mungkin beri nada dovish sikit dalam ucapan seterusnya.

Kalau betul CPI turun sikit:
✅ Pasaran saham boleh melonjak
✅ Altcoin akan buat relief rally
✅ BTC mungkin menuju $108K–$112K (short-term target)
.

Tapi Awas !!! PPI & Tariff Boleh Jadi Jerangkap

Macam tengah petik durian, kalau tak perhati, kena hempap.”

  • PPI? Dijangka naik sebab kos tenaga industri mula mencanak. Kalau naik tinggi, pasaran akan batalkan segala harapan yang CPI bagi.
  • Tariff? Kalau rundingan AS–China gagal dan Trump terus keras kepala nak naikkan tariff semikonduktor & EV China, semua aset risiko boleh tergelincir.

Analisa Bukan Nasihat Kewangan: Minggu ini ada dua peluang rally, tapi juga tiga ranjau besar:

Faktor Risiko Potensi
CPI turun ✅ Positif jangka pendek Relief rally (altcoin)
PPI naik ❌ Signal tekanan harga Fed kekal hawkish
Rundingan AS-China gagal ❌ Risiko geopolitik Sentimen merudum
DXY menurun ✅ Bantu pasaran Asia/crypto BTC boleh naik
Kos Majikan stabil ✅ Tanda ekonomi mula sejuk Peluang rate cut Q3

Tapi Fed tahu: jika berjaga-jaga terlalu awal, ia akan ganggu recovery, maka signal potong kadar akan di-delay setakat Julai–September .

Bitcoin & Altcoin: Ini Fasa “Durian Jatuh Senyap-Senyap”

BTC sekarang masih dalam range $103K–$109 (USD). Ini macam buah yang bergoyang tapi belum gugur. Kalau CPI bagus, boleh naik ke $112K, tapi resistance berat sekitar situ. Kalau CPI + PPI + tariff semua negatif? BTC boleh turun restest $96K , lebih parah boleh ke $74K

Jangan harap durian gugur tiap hari. Nak selamat, kita ikat jaring dulu.”

Altcoin?

Kalau CPI & PPI memihak kepada pasaran, altcoin akan jadi paling rancak:

  • AI coins macam FET, AGIX, RNDR boleh melonjak 15–25% cepat-cepat
  • Memecoin mungkin ikut arus (tapi jangan pegang lama)
  • RWA & L1 seperti ENA, INJ, NEAR berpotensi buat wave kecil

Tapi ingat, ini bukan musim durian penuh ini baru buah sulung. Kalau overexpose awal, nanti kena hempap sendiri.

Last word dari Pak Itam kepada saya dan Din

Pak Itam letak biji durian dalam plastik, bangun perlahan, lalu bersuara sambil tenung langit yang mula kelabu.

Ekonomi ni macam cuaca kebun. Tak boleh jangka seratus peratus. Tapi kalau hang ada pengalaman, tahu tengok daun, tahu dengar angin… InsyaAllah tak sesat jalan.”

“Minggu ni, pegang elok-elok. Tengok data. Jangan tamak. Kalau nampak hijau … petik la sikit. Kalau nampak awan gelap, simpan parang, balik pondok.”

Penutup: Jadual Makro 9–13 Jun

Tarikh Peristiwa Jangkaan Impak
12 Jun CPI (Mei) Sedikit menurun ✅ Crypto rally
13 Jun PPI (Mei) Meningkat sikit ❌ Fed hold
14–16 Jun AS–China Trade Talk Tegang ❌ Tariff risiko
14 Jun Employer Costs Stabil ✅ Harapan dovish

Kesimpulan dari apa yang Pak Itam bgtau saya,  untuk minggu ni :

  • Rabu: Bila CPI-core high, get ready untuk Fed hold.
  • Khamis: PPI beri clue tekanan cost.
  • Jumaat: Kalau data compensation naik, bear flag untuk stagflation.
  • Jika data campur antara hawkish + tariff tension, ini minggu paling ramai trader short-term boleh rugi.
  • Sebaliknya, jika data tenang plus trading talk berjalan, kita boleh ada bounce dua %-sahaja tp cukup strong untuk narrative fast cycle crypto.

Kalau CPI tetap panas, Fed akan cakap ‘kita tunggu dulu rate cut’, dan pelabur semua akan menahan langkah. Tech & crypto akan goyang sikit tp bukan runtuh la..
Tapi kalau rundingan AS–China result okay, boleh buat gelombang optimism. Asia pun boleh naik—coins alt boleh push kalau narrative crypto ikut pack keywords “Fed hold” + “trade peace”.

Related posts

APA ITU LIQUIDITY DAN MENGAPA IA PENTING

mssalha

5 November, Tarikh Yang Tentukan Hidup Mati Bull Run 2025

Nazrich

Apa Itu Kesukaran Perlombongan (Mining Difficulty)?

Hazim Mustapa
error: Content is protected !!