33.2 C
Kuala Lumpur
October 22, 2026
CryptocurrencyKriptoPendidikan

Bitcoin Weekly Market Outlook 20-24 Oktober 2026

Kenapa Bitcoin Tak Pecah $80K?

 

Minggu lepas, saya ada tulis satu ayat dalam laporan outlook, saya ingat sebab saya rasa ia ayat yang selamat.

“Yield ialah pemacu utama market.”

Hari ni saya duduk, minum kopi dan baca balik ayat tu. Ayat tu tak salah, tapi dia macam tak lengkap.

Cuba korang ingat apa yang jadi pada hari data inflasi keluar, yield bon 10 tahun Amerika cecah 5.36%. 2 hari lepas tu, Pengerusi Fed yang baru, Warsh, enggan beri apa-apa petunjuk. Jangkaan Fed naikkan kadar bulan ni jatuh dari 44% ke 15%. Yield turun ke 5.06%.

Kalau Ikut ayat saya minggu lepas, BTC patut naik, tapi….

Korang boleh baca detail kat MyCryptoversity Research

Mycryptoversity
Research & Strategy Desk
Market Outlook Report
Cikgu Mayee Nazrich
mycryptoversity.net
Weekly Outlook — 20 — 24 Oktober 2026
Multi-Timeframe Analysis (1D / 3H / 1H) | ETF Keluar Minggu Kedua Berturut ($228 Juta) | Hike Oktober 15%, Disember 76–90% | Weekly Research Brief
Harga Semasa $81,742
ATH $126,198
Fed Funds 3.75–4.00%
Dec Hike Odds 76–90%
DXY ~102.0
US10Y ~5.15%
Fear & Greed 48
Accuracy Review
Postmortem Laporan 10 Oktober 2026, Base Case Hit Pada Close, Neckline Jadi Siling, Yield Turun Tapi BTC Tak Naik
Dalam analisa yang lepas, kita tanya sama ada neckline $82.8K tu jadi pangkalan atau perangkap. Seminggu kemudian jawapannya separuh: ia jadi resistance, tapi support $80K tak pecah pada close dan yield turun, tapi BTC tak naik-naik pun.

Minggu lepas kita letak tiga scenario untuk 10 hingga 16 Okt: Base Case julat $80,400 hingga $85,000 (40%), Bearish sasaran $77,500 hingga $80,000 (35%) dan Bullish sasaran $85,000 hingga $87,738 (25%). Apa yang berlaku? BTC naik ke ~$84.3K pada 12 Okt, ditolak sebagai lower high selepas CPI 14 Okt (3.7% y/y lawan jangkaan 3.6%, teras +0.3% lawan +0.2%), jatuh ke ~$79.7K pada 15 Okt dan melantun balik dalam beberapa jam. Close harian 16 hingga 18 Okt $81,501, $81,382 dan $82,002; close mingguan ~$82,002 (Kraken). Base Case HIT PADA CLOSE: semua close harian dalam julat, tapi sumbu $79.7K menembusi lantai $80,427 sekitar $700. Bearish PARTIAL HIT: low masuk zon sasaran, tapi tiada close bawah $80,000 dan $77,500 tak disentuh. Bullish TIDAK BERLAKU: high ~$84.3K, $700 di bawah $85,000.

Dari segi paras, $82,814 kita panggil pivot dan itu HIT, cuma ke arah yang kita kurang jangka: harga sempat melepasinya pada 11 hingga 12 Okt, tapi sejak CPI ia jadi siling, dan Isnin 19 Okt harga ditolak lagi dari ~$83.1K. $80,427 (low 8 Okt) PARTIAL: ia pecah intraday ke ~$79.7K dan direbut balik dalam beberapa jam, jadi struktur 1H dan 3H tak rosak sepenuhnya seperti kita tulis. $80,000 sebagai invalidation Daily HIT: tiada close harian di bawahnya. $84,000 sebagai reclaim pertama gagal: disentuh 12 Okt dan 14 Okt (~$84.2K), tapi tiada dua close 3H berturut di atasnya.

Untuk confidence tag, Likely “yield ke paras baharu di atas 5.36%” PARTIAL: 10Y cecah ~5.36% intraday 14 Okt tapi tutup ~5.18%, dan ia kali pertama sejak Disember 2022 yield naik lebih 10bp lalu jatuh lebih 10bp dari high untuk tutup lebih rendah. Guessing “odds hike Disember melepasi 90%” PARTIAL: CNBC letak ~90%, sumber lain ~76%, jadi kita tak boleh sahkan satu angka. Likely “ETF terus keluar” HIT: -$228M untuk 12 hingga 16 Okt, minggu negatif kedua berturut selepas -$681M, walaupun saiznya mengecil. Likely “pemegang besar tambah lebih 14,000 BTC” tidak dapat dinilai: data wallet tak boleh diakses minggu ini. Sumber sekunder malah tunjuk bekalan LTH turun dari ~16.8 juta ke ~16.4 juta BTC sejak pertengahan 2026, yang tak sepadan dengan imej “LTH diam”.

Ada tiga perkara yang terlepas pandang. Pertama, Warsh dan model yield kita. Kita letak ucapan 16 Okt sebagai nada Fed, tapi tak jangka dia terang-terang enggan beri petunjuk, yang menurunkan odds hike Oktober dari 44% ke 15% dan menolak yield turun. Yield turun, BTC tak ikut. Itu bermakna model kita yang meletakkan yield sebagai pemacu tunggal terlalu ringkas. Kedua, MSCI. Pada 15 Okt, peraturan baharu meletakkan syarikat treasury kripto seperti Strategy dan Metaplanet pada risiko dikecualikan daripada indeks, dengan senarai dijangka 11 Nov. Ia tiada dalam radar kita. Ketiga, minyak. Kita tulis Brent $103; ia cecah ~$109, paras tertinggi lima bulan, dengan Houthi menyerang tapak tenaga Saudi.

Pembetulan Data — Satu Angka Tidak Dapat Disahkan, Satu Perbezaan Sumber

Angka “pemegang besar tambah lebih 14,000 BTC (~$1.16B) sejak 1 Okt” dalam laporan lepas ialah aggregat dari liputan pasaran, bukan data wallet kita sendiri. Minggu ini kita tak dapat sahkan semula (Arkham dan Lookonchain tak boleh diakses), jadi kita tak ulang ia sebagai fakta. Satu lagi: harga laporan lepas dari OANDA, laporan ini dari carta Binance, dan beza antara keduanya boleh $100 hingga $300 pada masa yang sama. ATH ditulis $126,080 (OANDA) minggu lepas; Binance dan Yahoo Finance letak $126,198 pada 6 Okt 2025, itu yang digunakan di sini.

Layer 1
Situasi Semasa | Support $80K Diuji Tiga Kali, Resistance Makin Menurun, Compression Di 1D / 3H / 1H

Certain BTC berada di $81,742 pada Selasa 20 Oktober (Binance, 07:18 UTC). Close mingguan 19 Okt ~$82,002 (Kraken), hanya $2 di atas lantai $82,000. Isnin harga naik ke ~$83.1K, ditolak, dan kini kembali di bawah $82,000. Minggu lepas CPI 14 Okt datang 3.7% y/y (jangkaan 3.6%), BTC jatuh ke ~$79.7K pada 15 Okt, melantun, dan sejak itu bergerak sempit antara ~$80.6K dan ~$83.1K. Dalam masa yang sama yield 10Y turun dari puncak 5.36% ke ~5.06% sebelum naik semula ke 5.15% Isnin, dan Brent cecah ~$109. BTC tak mengikut mana-mana satu.

BTC/USDT — 3 Hour | 19 Sept — 20 Okt 2026 | Binance via TradingView

BTC 3H Chart 20 Oktober 2026

Likely Struktur Trend (1D / 3H / 1H): Tiga timeframe, satu cerita, dibaca dari besar ke kecil. Daily memberi konteks: sejak 22 Sept harga terperangkap dalam julat ~$79.7K hingga ~$87.4K, dengan neckline double bottom $82,814 (high Mei) di tengah. Badan candle mengecil sejak 8 Okt. 3H memberi bentuk: siling menurun, lantai mendatar. High 3H turun $87.4K (22 Sept), $87.2K (2-3 Okt), $86.9K (5 Okt), $84.3K (12 Okt), $83.1K (19 Okt). Lantai ~$80K hingga $80.6K diuji tiga kali: $80.4K (8 Okt), ~$79.7K (15 Okt), ~$80.6K (18 Okt). Itu bentuk descending triangle, dan bias lazimnya ke arah lantai kecuali siling dipatahkan. 1H memberi timing: Isnin 1H naik ke ~$83.1K, kemudian lower high ~$82.3K pagi ini, dan sumbu ~$81.2K sudah disentuh semula. Hasilnya: struktur Daily belum rosak sebab tiada close harian di bawah $80K, tapi bentuk 3H memihak penjual sehingga siling $83.1K dituntut semula.

Likely Fasa Semasa (1D / 3H / 1H): Compression di ketiga-tiga timeframe, kini minggu ketiga. Daily: julat besar, tapi badan candle kecil, tiada kemahuan arah. 3H: julat sempit $80.6K hingga $83.1K, ~$2.5K, kira-kira 3%. 1H: pusingan kecil di sekitar $81.2K hingga $82.3K. Siapa pertahan siling $82.8K hingga $83.2K? Zon ini ialah neckline, high Isnin dan kawasan 12 hingga 14 Okt. Sesiapa yang beli di atas $82.8K sejak 12 Okt kini rugi, dan mereka penjual semulajadi bila harga naik semula. Siapa pertahan lantai $80K? Pembeli yang muncul tiga kali: 8 Okt, 15 Okt dan 18 Okt. ETF Bitcoin tak termasuk di kalangan mereka (-$228M minggu lepas), tapi hari 13 Okt (+$175.6M) menunjukkan permintaan wujud bila harga dekat $82K. Dua pasukan, satu pagar. Tiga ujian lantai bermakna setiap ujian menyerap sebahagian bid, dan lantai yang diuji berulang kali selalunya semakin nipis.

LikelyKey Level (1D / 3H / 1H): Setiap paras ditanda dengan timeframe asalnya. Resistance: $87,400 high 22 Sept, siling julat. $87,200 high 2-3 Okt. $84,300 high 12 Okt, lower high pertama selepas siling. $84,000 reclaim pertama yang gagal bertahan 12 dan 14 Okt. $83,100 high Isnin 19 Okt, siling terdekat. $82,814 high Mei dan neckline double bottom; BTC kini $1,072 di bawahnya. $82,000 lantai mingguan lama, kini siling kecil; close mingguan ~$82,002. Support: $81,200 sumbu pagi ini dan dasar 16 hingga 18 Okt. $81,000 purata 50 hari (CoinDesk, 14 Okt). $80,600 low hujung minggu 18 Okt. $80,000 paras bulat dan invalidation Daily. $79,700 low 15 Okt, sumbu terdalam minggu lepas. $78,000 dan $77,500 sasaran jika lantai pecah. $75,025 low 15 Sept.

Likely Scenario (1H → 3H → 1D): Isyarat dibaca dari kecil ke besar. Isyarat awal (1H): close 1H di atas $83,100 mematahkan siri lower high 1H, tapi tanpa volume ia boleh jadi lantunan biasa. Ke bawah, close 1H di bawah $80,600 ialah amaran pertama. Pengesahan (3H): dua close 3H berturut di atas $83,100, kemudian di atas $84,300, baru descending triangle dituntut semula. Ke bawah, close 3H di bawah $80,000 mengesahkan lantai pecah. Invalidation (1D): Daily close di bawah $80,000 membatalkan retest neckline, mengesahkan breakdown julat dan membuka $78,000, $77,500 dan $75,025. Ke atas, Daily close di atas $82,814 ialah syarat pertama; breakout sebenar hanya di atas $87,400. Close mingguan Ahad 25 Okt di bawah $82,000 ialah amaran awal: thesis ditandakan terancam, belum patah.

Certain Support $80K hingga $80.6K bertahan tiga kali dalam sebelas hari tanpa satu pun close harian di bawahnya dan lantunan 15 Okt dari ~$79.7K ke ~$82.1K berlaku dalam beberapa jam. Inu bukti pembeli wujud. Tapi resistance yang menurun ($87.4K, $84.3K, $83.1K) bermakna pembeli itu belum cukup kuat untuk menolak harga naik. Soalan minggu ini bukan sama ada lantai bertahan hari ini, tapi sama ada ia masih bertahan selepas ujian keempat.
Layer 2
Price Structure | Peta Paras, BTC Dominance Dan Struktur Pasaran Kripto
Paras Harga Jenis Kepentingan Confidence
Terminal Price Upper Bound ~$294K Batas atas teori kitaran. Harga semasa ~28% daripadanya. Bukan pencetus jangka pendek; ia menanda bahawa kitaran ini jauh dari fasa euphoria. NewHedge $293,629 pada 20 Okt, disahkan dengan ukuran carta. Likely
$87,400 Resistance Resistance Julat High 22 Sept. Disusuli $87.2K (2-3 Okt), $86.9K (5 Okt), $84.3K (12 Okt), $83.1K (19 Okt): lima high, semuanya lebih rendah. Certain
$84,000 — $84,300 Reclaim Pertama (Resistance) High 12 Okt (~$84.3K) dan spike 14 Okt (~$84.2K). Kedua-duanya gagal bertahan. CoinDesk: Daily close di atas $84,000 ialah isyarat pertama breakout. Certain
$83,100 High 19 Okt (Resistance) Siling terdekat. Close 1H di atasnya mematahkan siri lower high 1H. Certain
$82,814 Neckline Double Bottom (High Mei) Pivot Daily. Dilepasi 11-12 Okt, kemudian jadi siling sejak CPI. BTC $1,072 di bawahnya. Certain
$81,742 ← HARGA SEMASA Di Bawah Neckline 20 Okt 2026, 07:18 UTC (Binance). Close mingguan 19 Okt ~$82,002 (Kraken). Certain
$81,000 Support (Purata 50 Hari) Purata 50 hari menurut CoinDesk 14 Okt, kira-kira $81,000. Dasar 16 hingga 18 Okt ~$81.2K di sini. Likely
$80,000 — $80,600 Lantai Julat 3H (Support) Diuji tiga kali: 8 Okt ($80.4K), 15 Okt (~$79.7K), 18 Okt (~$80.6K). Tiada close harian di bawahnya. Certain
$79,700 Low 15 Okt (Support) Sumbu terdalam minggu lepas, direbut balik dalam beberapa jam. Close harian di bawah $80,000 ialah invalidation Daily. Certain
$75,025 — $77,500 Support Struktur (Low 15 Sept) Low September $75,025. Purata kos Strategy (MSTR) ~$75,974 duduk di zon ini; angka itu dari laporan lepas dan belum disemak semula minggu ini. Likely
STH Realized Price Retail Baru ~$72K Kos purata pelabur jangka pendek (<155 hari). BTC kini ~+13% di atas. Anggaran dari carta (paksi log tidak berlabel), ralat ~5%. Likely
LTH Realized Price Smart Money ~$49K Kos purata pemegang jangka panjang (>155 hari). BTC ~+68% di atas. Anggaran dari carta, ralat ~5%. Likely
Overall Realized Price Keseluruhan ~$53K Kos purata seluruh pasaran. BTC ~+53% di atas. Anggaran dari carta, ralat ~5%. Likely
Balanced Price Bear Floor Model ~$38K Realized Price tolak Transferred Price, jadi sentiasa di bawah Realized Price. BTC ~+116% di atas. Anggaran dasar kitaran bear. Likely
Certain Harga semasa $81,742 duduk di atas semua garis kos asas (STH, LTH, Overall, Balanced) dan di bawah neckline serta semua high minggu-minggu lepas. Jarak ke STH Realized Price kira-kira 13%, jauh lebih nipis berbanding LTH (~68%). Lantai $80K hingga $80.6K berada hanya ~$8K di atas kos purata pelabur baru, dan itu sebab zon ini penting: bawah $80K, kumpulan paling vulnerable mula menghampiri titik pulang modal. Persoalan minggu ini kekal sama dengan minggu lepas: neckline $82.8K pangkalan atau siling, dan setakat ini ia siling.
Market Cap BTC Dominance % — 1 Day | Mac — 20 Okt 2026 | CRYPTOCAP via TradingView

BTC Dominance 1D Chart 20 Oktober 2026

Certain BTC Dominance 60.65%: menembusi siling ~60.4% (September) dan kini hampir puncak Mei ~61.2%, dengan sumbu ~60.9% minggu ini. Naiknya dari ~59.0% akhir September. Perhatikan sebabnya: BTC turun ~2% seminggu, tapi Ether turun ~5% dan Solana ~6%. Dominance naik sebab altcoin jatuh lebih laju, bukan sebab modal baru masuk ke BTC. Ini bukan isyarat risk-on; ia isyarat risk-off dalam altcoin.

Likely Aliran modal: jumlah market cap kripto ~$2.82 trilion. Bekalan stablecoin mendatar: USDT ~$183.5B dan USDC ~$72.6B, kedua-duanya hampir tak berubah seminggu. Tiada serbuk kering baharu masuk. TVL DeFi mengikut DefiLlama (20 Okt): Ethereum ~$49.4B (turun dari ~$51.3B minggu lepas, kira-kira -4%), Base ~$6.2B, BSC ~$5.9B, Solana ~$5.9B (dari ~$6.2B), Tron ~$5.5B dan Bitcoin ~$4.4B. ETF Bitcoin keluar $228M dan ETF Ether keluar $320M untuk 12 hingga 16 Okt; jumlah semua ETF kripto keluar ~$610M, separuh daripada ~$1.29B minggu sebelumnya. ETH/BTC ~0.0294.

Layer 3
On-Chain Intelligence | NUPL, MVRV, SOPR, RHODL, Realized Price Framework Dan Fear & Greed
Nota Data Minggu Ini

Certain Angka garis on-chain dalam Layer 3 ialah anggaran dari kedudukan garis pada carta LookIntoBitcoin (ukuran terus, ralat sekitar 5%), bukan bacaan terus; carta tidak dipaparkan, hanya nilainya. Data wallet Arkham dan Lookonchain tidak dapat diakses minggu ini, jadi kita tak ada bacaan whale yang boleh disahkan. Data derivatif datang dari liputan pasaran, bukan dashboard sendiri dan angka funding serta open interest ialah sampel daripada beberapa venue yang tak setanding sepenuhnya dengan minggu lepas.

Certain NUPL ~0.35 (Optimism/Anxiety): hampir tak berubah dari ~0.36 minggu lepas. Naik dari dasar ~0.10 hingga 0.15 pada Ogos, kemudian mendatar walaupun harga jatuh ke $79.7K. Masih jauh dari Belief/Denial (0.50 hingga 0.75) dan euphoria (>0.75). Majoriti pemegang untung sederhana, tiada tekanan capitulation.

Likely MVRV ~1.5 dan Z-Score zon rendah/normal: Market Cap hanya sekitar 1.5 kali Realized Cap, dan Z-Score berada jauh di bawah puncak 2013, 2017 dan 2021, malah di bawah puncak 2024 hingga 2025. Ini struktur yang tak overheated. Nilai Z-Score tepat tak boleh dibaca dari carta, jadi kita labelkan ia zon rendah ke normal, tidak lebih.

Likely SOPR ~1.00 hingga 1.01, hampir neutral: bar terkini kecil dan kebanyakannya hijau, tiada merah dalam. Cluster merah besar terakhir ialah awal 2026 (sekitar sumbu 6 Feb), dan tiada yang menyerupainya minggu lepas walaupun harga cecah $79.7K. Pemegang yang menjual semasa flush 15 Okt secara purata menjual hampir pada kos. Itu konsisten dengan tekanan jual dari pelabur baru di titik pulang modal, bukan penyerahan menyeluruh.

Likely RHODL Ratio ~900 hingga 1,000 (zon pertengahan): jauh di atas zon hijau accumulation (<350) dan jauh di bawah zon merah FOMO (>22,000). Garis turun hampir sepanjang 2025 hingga 2026, cecah sekitar 300 di awal 2026 (di dalam zon hijau), kemudian pulih ke paras ini. Retail belum masuk beramai-ramai; FOMO belum sampai.

Likely Terminal Price ~$294K: NewHedge letak $293,629 pada 20 Okt, dan ukuran carta sepadan. BTC ~28% daripadanya. Terminal Price bukan alat timing; ia menunjukkan kitaran ini jauh dari fasa di mana BTC lazimnya menyentuh batas atas. Ia tak memberitahu apa-apa tentang 20Y auction Rabu atau FOMC.

Fear & Greed Index — CMC | 20 Okt 2026 | coinmarketcap.com/charts/fear-and-greed-index

Fear and Greed Index CMC 20 Oktober 2026

Certain Fear & Greed 48 (Neutral): semalam 49, minggu lepas 55, bulan lepas 72 (Greed). Puncak tahunan 82 (27 Ogos), dasar tahunan 5 (6 Feb). Sentimen susut dari Greed ke tengah dalam sebulan, tanpa lonjakan Fear. Indeks lain (alternative.me) letak ~44 (Fear); beza kaedah, arah sama. Crowd tak panik, tapi belum lagi yakin.

Derivatif Dan Leverage | Apa Yang Kita Tahu, Apa Yang Tidak

Likely Leverage bersih tapi data nipis: funding perpetual BTC positif tapi kecil, sekitar +0.0035% setiap lapan jam (~3.8% tahunan, berbanding ~7.1% minggu lepas dari sumber berbeza), dan open interest sampel ~$7.68B, turun 0.7% sehari. Au79 Macro Research letak funding neutral dan liquidation 24 jam hampir sifar pada 19 Okt. Tiada struktur euphoria dan tiada tanda long terhimpit. Data gap: kita tak ada angka open interest agregat, funding mengikut venue, atau liquidation mingguan yang boleh disahkan. Confidence untuk bahagian ini sederhana, bukan tinggi.

Guessing Opsyen 30 Okt: kira-kira 35% open interest Deribit (~$10.7B hingga $11.3B) tamat 30 Okt, dengan call wall $95,000 dan max pain $78,000 hingga $79,000 (sumber bercanggah, jadi kita tandakan Guessing). Jika max pain benar, ia menarik harga ke bawah spot sebelum tamat tempoh, tapi hubungan ini lemah dan tak boleh jadi asas posisi.

Guessing Bekalan LTH: satu sumber sekunder (Pintu Academy) melaporkan bekalan pemegang jangka panjang turun dari ~16.8 juta BTC pada pertengahan 2026 ke ~16.4 juta BTC. Kita tak dapat sahkan dengan Glassnode atau CryptoQuant minggu ini, dan takrifan LTH berbeza antara penyedia. Tapi jika benar, ia bermakna sekitar 400,000 BTC berpindah dari pemegang lama, dan itu tak sepadan dengan gambaran LTH yang diam.

Realized Price Framework (Empat Model Serentak)

Empat model Realized Price dari LookIntoBitcoin memberi gambaran di mana setiap kumpulan pemegang berdiri berbanding harga semasa $81,742. Semua angka ialah anggaran dari kedudukan garis pada paksi log, ralat sekitar 5%.

Likely Overall Realized Price ~$53K: BTC ~+53% di atas kos purata seluruh pasaran. Majoriti pemegang untung kukuh. Jauh dari 3 hingga 4 kali Realized Price yang lazimnya menandakan puncak.

Likely LTH Realized Price ~$49K: BTC ~+68% di atas kos pemegang jangka panjang. Garis datar, tiada tanda tekanan jual dari lapisan ini pada harga ini, walaupun satu sumber sekunder tunjuk bekalan LTH susut.

Likely STH Realized Price ~$72K: hampir tak berubah dari ~$71K hingga 75K minggu lepas. Pada skala log, garisnya nampak bertindih dengan harga, dan itu menipu mata; jarak sebenar ~13%. Ini kumpulan paling vulnerable: pembeli lonjakan Ogos hingga September. Satu flush ke $72K bawa mereka ke titik pulang modal, dan itu ~$9.7K di bawah harga.

Likely Balanced Price ~$38K: garis ini sentiasa di bawah Realized Price kerana ia dikira Realized Price tolak Transferred Price. Fungsinya anggaran dasar kitaran bear, bukan fair value dekat harga. BTC ~+116% di atasnya.

Terminal Price
~$294K
Batas atas teori. BTC ~28% daripadanya.
NUPL 0.50-0.75
Belief/Denial
Bull matang. Belum sampai.
~0.35 ◀ KITA
Optimism/Anxiety
Sihat. Mendatar sejak Ogos.
Balanced Price
~$38K
Anggaran dasar bear. BTC ~+116% di atas.
MVRV / Z-Score
~1.5 / Zon Rendah
Market Cap ~1.5x Realized Cap. Jauh di bawah puncak 2013/2017/2021/2024. Tak overheated.
NUPL
~0.35
Optimism/Anxiety. Mendatar sejak Ogos. Belum euphoria.
SOPR
~1.00 hingga 1.01
Hampir neutral, bar kecil hijau. Flush 15 Okt bukan capitulation.
RHODL Ratio
~900-1,000
Zon pertengahan. Pulih dari ~300 awal 2026. Jauh dari FOMO (>22,000).
LTH Realized Price
~$49K
BTC ~+68% di atas. Garis datar, tapi satu sumber tunjuk bekalan LTH susut.
Overall Realized Price
~$53K
BTC ~+53% di atas. Majoriti dalam untung kukuh.
STH Realized Price
~$72K
BTC ~+13% di atas. Cushion paling nipis. Kumpulan paling vulnerable.
Balanced Price
~$38K
Anggaran dasar bear. BTC ~+116% di atas.
Likely Gambar besar: struktur on-chain tak retak dan ia hampir sama seperti minggu lepas, itu sendiri maklumat. NUPL, MVRV, SOPR dan RHODL tak memberi isyarat puncak mahupun dasar. Kumpulan yang tertekan masih STH, dengan kos ~13% di bawah harga. Yang berubah ialah satu soalan: jika bekalan LTH benar-benar susut, siapa yang membeli di sisi lain? Data yang ada tak cukup untuk menjawab, jadi kita tandakan ia soalan terbuka, bukan kesimpulan.
Layer 4
Macro Deep Dive | CPI 3.7%, Yield 5.15%, Brent $109 Dan Fed Dalam Tempoh Senyap

Minggu lepas kita tulis hike dialih ke Disember, bukan hilang. Minggu ini ia kelihatan lebih jelas. CPI September 3.7% y/y (jangkaan 3.6%, Ogos 3.4%), headline +0.6% m/m sepadan, teras +0.3% lawan jangkaan +0.2% dan 2.6% y/y. Tenaga naik 5.2% bulan ke bulan dan PPI 6.3% y/y didorong diesel dan petrol. Selepas itu yield 10Y melonjak 9bp ke ~5.31% (tinggi ~5.36%), kemudian jatuh dan tutup ~5.18%. Pada Isnin 19 Okt ia naik 6bp ke 5.15%.

Certain Fed — Warsh Tak Mahu Prejudge: Fed menaikkan kadar ke 3.75% hingga 4.00% pada September, hike pertama sejak 2023. Selepas CPI, odds hike Oktober (CME) melonjak ke ~44% hingga 50%. Jumaat 16 Okt di sesi IMF Bangkok, Pengerusi Kevin Warsh enggan memberi petunjuk, menamakan Oktober dan Disember sebagai “crystallising moments”, dan odds Oktober jatuh ke ~15%. Odds hike Disember kekal tinggi: ~76% (CME menurut satu sumber) hingga ~90% (CNBC), dan Schwab menyebut ~80% untuk hike menjelang Mac. Kalshi dan Polymarket letak hold di FOMC 27 hingga 28 Okt ~85%. Fed kini dalam tempoh senyap, jadi tiada ucapan minggu ini; pasaran hanya bergantung pada data.

Certain Minyak, Iran Dan Yield: Brent ~$109.5 (tertinggi lima bulan Jumaat) selepas minyak naik ~10% seminggu. Houthi menyerang tapak tenaga Saudi, trafik tanker Selat Hormuz jatuh, dan IRGC melaporkan sebuah tanker terkena periuk api berhampiran Hormuz. Schwab menyatakan ini bukan kitaran hike akibat permintaan berlebihan tetapi akibat bekalan tenaga, yang bermakna Fed tak boleh menyelesaikannya dengan mudah. Rantai kausalnya: minyak naik, inflasi naik, odds hike naik, yield naik, BTC menanggung kos peluang.

Kenapa Yield Turun Tapi BTC Tak Naik?

Likely Minggu lepas yield turun dari 5.36% ke ~5.06%, dan BTC tak naik; ia berpusing di $80K hingga $83K. Ada dua bacaan. Pertama, yield turun kerana odds hike Oktober runtuh, bukan sebab Fed lebih dovish, jadi hike Disember masih di atas meja. Kedua, aliran ETF kekal negatif; yield tinggi bermakna pelabur yang pegang IBIT atau FBTC tanpa pulangan sedang menolak kos peluang ~5% yang kini ada pada instrumen pasaran wang. Satu sumber (Au79) menganggar korelasi BTC dengan yield benar 10Y pada ~0.6, paras rekod; tag Guessing sebab satu sumber, tapi ia konsisten dengan pergerakan minggu ini.

Certain Cross-Asset: S&P 500 tutup 7,690.73 (+0.41%) Isnin, tapi equal-weight turun 0.32% dan NYSE decliners mengatasi advancers 1,761 lawan 945: kenaikan sempit, digerakkan cip. Nasdaq +1.11% dan indeks semikonduktor +1.61% menamatkan lapan sesi merah. DXY ~102.0, VIX 18.44, emas ~$4,140 hingga $4,160 (turun ~0.5%), dan 10Y TIPS ~2.7%. BTC tak menyertai kenaikan cip. Ia berdagang sebagai aset sensitif kadar, bukan beta teknologi.

Human Pressure Lens

Siapa yang terpaksa jual minggu ini? Bukan trader leverage; funding hampir neutral dan liquidation 24 jam hampir sifar, jadi tiada margin call besar. Yang menekan lebih senyap: pelabur ETF. Dengan 10Y di 5.15% dan pasaran wang sekitar 5%, pemegang IBIT yang harganya mendatar sebulan tidak dapat apa-apa, sementara pilihan lain membayar. Redemption itu rasional, bukan panik: -$228M minggu lepas, -$681M minggu sebelumnya, ~$910M dalam dua minggu. Selain itu, peraturan MSCI 15 Okt meletakkan syarikat treasury kripto seperti Strategy dan Metaplanet pada risiko dikecualikan daripada indeks, dengan senarai dijangka 11 Nov. Jika mereka dikecualikan, dana indeks terpaksa jual saham mereka, dan treasury yang sahamnya jatuh lebih sukar menerbitkan saham untuk membeli BTC. Tekanan ETF ini berstruktur selagi yield kekal di sekitar 5%, bukan sementara. Soalan sebenar: pada paras yield berapa pelabur ETF mula membeli semula?

Likely Kunci Divergence : naratif institusi mengatakan BTC pembeli struktur; angka minggu ini mengatakan ETF penjual bersih dua minggu berturut. Pada masa sama saham cip pulih. Jika BTC tak boleh naik bila risiko pulih dan yield turun, maka apa yang menghalangnya ialah aliran, bukan sentimen. Selagi ETF tak kembali sebagai pembeli, setiap lantunan bergantung pada pembeli yang tak kita boleh kenal pasti.

Luno x Mycryptoversity

Partner Rasmi Mycryptoversity
Beli Bitcoin Pertama Korang
Dengan Selamat Di Luno
Luno adalah exchange kripto berlesen oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sejak 2019. Beli BTC, ETH, XRP dan LTC dengan mudah mulai RM50.

Daftar Sekarang →

luno.com/invite/Y85B6

QR Luno

Scan Untuk Daftar
ⓘ Pautan affiliate Mycryptoversity. Luno berlesen SC Malaysia. Buat kajian sendiri sebelum melabur.
Layer 5
Scenario Planning | Minggu 20 — 24 Oktober
Bullish
20%
Target: $83,100 — $84,300
Auction 20Y Rabu diterima baik, yield 10Y turun di bawah ~5.1%, Brent mendingin, ETF bertukar inflow. 3H close di atas $83,100 dan $84,300 menuntut semula siling. Breakout sebenar hanya jika Daily close di atas $87,400.
Base Case
45%
Range: $80,000 — $83,100
Tiada pencetus baharu. Compression berterusan antara lantai $80K hingga $80.6K dan siling $83.1K, ETF flow neutral hingga sedikit negatif, pasaran menunggu FOMC 28 Okt. Close mingguan 25 Okt berdekatan $82K, penyelesaian ditangguh.
Bearish
35%
Target: $77,500 — $80,000
Auction 20Y lemah, yield 10Y kembali ke 5.3% atau lebih, Brent melepasi $110, ETF keluar melebihi $300M. Ujian keempat lantai $80K gagal; Daily close di bawah $80,000 membatalkan retest neckline dan membuka $78,000, $77,500 dan $75,025.
Layer 6
Catalyst Deep Dive | Auction 20Y, Pendapatan Meta/Tesla, Data PMI, Minyak, ETF Flow

Minggu ini tiada satu data yang menentukan segalanya seperti CPI minggu lepas. Fed dalam tempoh senyap, FOMC 27 hingga 28 Okt jatuh minggu depan, jadi pasaran bergantung pada yield, minyak dan pendapatan korporat. Ini bermakna catalyst datang dari tempat yang kurang jelas.

Certain Auction Bon 20 Tahun — Rabu 21 Okt, 1:00 petang ET: auction sebelumnya tutup pada 5.42%. Dengan 10Y 5.15%, hasil 20Y ialah ujian permintaan hujung panjang. Auction lemah (tail) menolak yield naik dan itulah hubungan makro paling kuat dengan BTC minggu ini. Auction kuat memberi yield ruang bernafas. Kita tak ada konsensus auction; ini bacaan arah, bukan ramalan nombor.

Certain Pendapatan Korporat: Selasa GE Aerospace, RTX, 3M, GM, Netflix. Rabu Meta dan Tesla selepas tutup, bersama IBM, Lam Research, Texas Instruments dan AT&T. Khamis Procter & Gamble, Blackstone, Honeywell. Jumaat American Express. Pasaran saham sempit dan digerakkan cip, jadi Meta, Tesla dan Lam Research menentukan sama ada pulihan cip sambung. BTC tak menyertai kenaikan Isnin, jadi kesan ke BTC tak langsung.

Certain Data Ekonomi: Selasa housing starts (jangkaan 1.30M, sebelumnya 1.275M). Khamis jobless claims 8:30 pagi ET (jangkaan 200K, sebelumnya 199K). Jumaat PMI S&P Global (perkhidmatan 58.0 lawan 58.8, pembuatan 55.5 lawan 55.9) dan jangkaan inflasi 1 tahun Michigan 4.7%. Atlanta Fed GDPNow 3.6%. Tiada ucapan Fed dalam jadual kerana tempoh senyap.

Likely Minyak Dan Hormuz: Brent ~$109.5, kontrak WTI November tamat Selasa. Houthi dan Hormuz ialah pemacu yang paling tak boleh dijangka. Minyak naik terus ke inflasi dan odds hike, jadi satu tajuk Hormuz boleh menggerakkan yield lebih daripada mana-mana data jadual.

Likely Aliran ETF: ETF Bitcoin keluar $228.4M untuk 12 hingga 16 Okt (Isnin -$65.4M, Selasa +$175.7M, Rabu -$261.4M, Khamis +$5.1M, Jumaat -$82.4M), IBIT ~-$165M. AUM ~$104.3B, kira-kira 6.35% market cap BTC, aliran kumulatif sejak lancar ~$56.9B. ETF Ether keluar ~$320M, ETHA ~-$299M. Hari Selasa 13 Okt menunjukkan permintaan muncul bila harga dekat $82K; Rabu menunjukkan ia hilang selepas CPI. Corak ini hari-ke-hari, bukan trend.

Likely MSCI Dan Syarikat Treasury: pada 15 Okt, MSCI meluluskan peraturan yang menempatkan syarikat treasury kripto seperti Strategy dan Metaplanet pada risiko dikecualikan daripada indeks. Senarai syarikat terjejas dijangka 11 Nov. Sumber ialah satu liputan sekunder, jadi butiran perlu disahkan, tapi saham kripto jatuh 5% hingga 9% pada hari CPI.

Likely Hike Disember sudah ~76% hingga 90% dalam harga. Itu bermakna kejutan hawkish tambahan mempunyai ruang kecil, sementara kejutan dovish (auction kuat, minyak mendingin, PMI lemah) mempunyai ruang lebih besar untuk menggerakkan yield ke bawah. Tapi minggu lepas yield turun 30bp dari puncak dan BTC tak naik. Jadi walaupun asimetri memihak yield turun, ia tak otomatik memihak BTC.
Likely Selasa 13 Okt ETF menarik masuk +$175.7M dan lantunan 15 Okt dari ~$79.7K ke ~$82.1K berlaku dalam beberapa jam. Dua petunjuk bahawa pembeli menunggu di bawah $80K. Tapi kedua-duanya berfungsi sebagai lantai, bukan sebagai enjin kenaikan.
Layer 7
Institutional Targets | Siapa Beli, Siapa Jual Dan Di Mana Mereka Berdiri
Spot ETF Bitcoin (Farside / SoSoValue)
-$228M / Minggu
12-16 Okt: -$65.4M, +$175.7M, -$261.4M, +$5.1M, -$82.4M. IBIT ~-$165M. Dua minggu ~-$910M. AUM ~$104.3B (~6.35% market cap BTC).
Spot ETF Ether
-$320M / Minggu
ETHA ~-$299M. Aliran negatif pada empat daripada lima hari. ETF Ether lebih lemah daripada ETF Bitcoin, selaras dengan ETH -5% seminggu.
CME FedWatch
15% Okt / 76-90% Dis
Hike Oktober turun dari ~44% selepas CPI. Disember kekal tinggi. Kalshi dan Polymarket letak hold di FOMC 27-28 Okt ~85%.
Opsyen Deribit (30 Okt)
~35% OI, $10.7-11.3B
Call wall $95,000. Max pain $78,000-$79,000 (sumber bercanggah). Tag Guessing: tak boleh dijadikan asas posisi.
Strategy (MSTR) Dan MSCI
Kos Purata ~$75,974
Angka kos dari laporan lepas, belum disemak semula. Risiko dikecualikan dari indeks MSCI; senarai dijangka 11 Nov. Zon $75K-$77K kekal paras pertahanan institusi.
Pemegang Besar / Whale
Data Tidak Tersedia
Tiada bacaan wallet Arkham/Lookonchain minggu ini. Angka laporan lepas (+14,000 BTC) tak boleh disahkan semula. Sumber sekunder: bekalan LTH ~16.8M turun ke ~16.4M BTC.
Hard Truth

Minggu lepas saya tulis pembeli besar menyerap jualan. Minggu ini saya tak dapat tunjukkan satu pun bukti yang boleh disahkan. Yang saya ada ialah ETF yang keluar dua minggu berturut, satu sumber sekunder yang kata bekalan pemegang jangka panjang susut, dan support $80K yang diuji tiga kali. Dan close mingguan $2 di atas $82,000 sepatutnya dibaca sebagai kebetulan, bukan sebagai kekuatan. Satu soalan yang saya tak mahu elak: jika support $80K bertahan sebab takde siapa yang mahu jual di sana dan bukan sebab ada yang mahu beli, adakah itu sokongan, atau sekadar jeda?

Layer 8
Risk Assessment | Tailwinds vs Headwinds Minggu Ini

Tailwinds — Yang Sokong BTC

  • →Lantai $80K hingga $80.6K bertahan tiga kali (8, 15, 18 Okt) tanpa satu close harian di bawahnya. Lantunan 15 Okt ~$2.4K dalam beberapa jam.
  • →Yield 10Y turun dari puncak 5.36% (14 Okt) ke ~5.15%. Warsh enggan prejudge; odds hike Oktober jatuh dari ~44% ke ~15%.
  • →Leverage bersih: funding positif kecil (~0.0035% / 8 jam), liquidation 24 jam hampir sifar. Tiada struktur untuk flush leverage baharu.
  • →On-chain tak retak: NUPL ~0.35, MVRV ~1.5, RHODL ~900-1,000, SOPR ~1.0. LTH ~+68% di atas kos.
  • →Outflow ETF mengecil: -$228M berbanding -$681M, dan +$175.7M pada 13 Okt menunjukkan permintaan wujud dekat $82K.
  • →Terminal Price ~$294K, jauh dari fasa euphoria. Ruang struktur jangka panjang besar.

Headwinds — Yang Boleh Tekan BTC

  • →Yield 10Y 5.15% dan hike Disember ~76% hingga 90% dalam harga. Auction 20Y Rabu (sebelumnya 5.42%) boleh menolak yield naik semula.
  • →Brent ~$109.5 dengan risiko Hormuz dan Houthi. CPI tenaga +5.2% bulan ke bulan; minyak ialah pemacu inflasi, bukan permintaan.
  • →ETF Bitcoin keluar dua minggu berturut (~$910M), ETF Ether -$320M. Tiada pembeli institusi pada harga ini.
  • →Descending triangle 3H: high $87.4K, $84.3K, $83.1K, lantai diuji tiga kali. Lantai yang diuji berulang selalunya makin nipis.
  • →STH Realized Price ~$72K hanya ~13% di bawah harga. MSCI risiko ke syarikat treasury kripto (senarai 11 Nov). DXY ~102.0.
  • →BTC Dominance 60.65% naik kerana altcoin lemah, bukan kerana modal masuk. Bekalan LTH dilaporkan susut ~400,000 BTC (sumber tunggal).
Layer 9
Event Calendar | 14 Oktober — 11 Disember 2026
14–16 Okt
CPI September, Ucapan Warsh, Flush ~$79.7K Rampung
CPI 3.7% y/y (jangkaan 3.6%), yield cecah ~5.36% kemudian tutup ~5.18%. Warsh enggan prejudge; odds hike Okt turun ke 15%. BTC cecah ~$79.7K dan melantun.
20 Okt
Selasa
Housing Starts, Pendapatan GE/RTX/3M/GM/Netflix, WTI Nov Tamat Sederhana
Housing starts jangkaan 1.30M. Juga tarikh tutup komen SEC (Regulation Crypto Assets, dari laporan lepas) dan unlock ZRO ~$43.5M.
21 Okt
Rabu
Auction Bon 20 Tahun (1:00 PM ET) + Pendapatan Meta & Tesla Kritis Tertinggi
Auction sebelumnya 5.42%. Hasil auction mempengaruhi yield 10Y. Meta dan Tesla selepas tutup, bersama IBM, Lam Research dan Texas Instruments.
22 Okt
Khamis
Jobless Claims (8:30 AM ET) + Pendapatan P&G/Blackstone/Honeywell Penting
Jangkaan 200K, sebelumnya 199K. Pasaran buruh ialah penyeimbang kepada angka inflasi.
23 Okt
Jumaat
PMI S&P Global, Michigan, Pendapatan Amex Penting
PMI perkhidmatan jangkaan 58.0 (sebelumnya 58.8), pembuatan 55.5 (sebelumnya 55.9). Jangkaan inflasi 1 tahun Michigan 4.7%.
27–28 Okt
FOMC Oktober Kritis Tertinggi
Hike Oktober ~15%. Kalshi/Polymarket letak hold ~85%. Nada Fed menentukan sama ada hike Disember (76-90%) dikekalkan.
29 Okt
Core PCE & Keluaran KDNK Q3 (Anggaran) Penting
Jangkaan core PCE +0.2% m/m, KDNK Q3 3.1%. Satu sumber sekunder; sahkan tarikh.
30 Okt
Tamat Opsyen Deribit + Keputusan BOJ Penting
~35% open interest Deribit tamat ($10.7-11.3B). BOJ dijangka kekalkan 1.25%.
3 Nov
Pilihan Raya Midterm AS Penting
Trump kata tiada serangan ke Iran sebelum tarikh ini. Selepas itu risiko geopolitik kembali.
11 Nov
Senarai MSCI: Syarikat Treasury Kripto Penting
Senarai syarikat terjejas oleh peraturan baharu MSCI. Strategy dan Metaplanet antara yang dipantau.
11 Dis
Deadline CR Seterusnya Penting
Pembiayaan kerajaan FY2026 tamat lagi. Risiko shutdown kembali, bertembung dengan tempoh thin-liquidity Disember.
Layer 10
Directional Lean | Kat Mana Saya Berdiri Selepas Tiga Kali Support Diuji
Directional Lean — 20 Oktober 2026
Julat Memampat Dengan Bias Sedikit Ke Bawah. Support $80K Diuji Tiga Kali, Resistance Menurun Tiga Kali.
Certain Minggu lepas thesis kita diuji dan tak patah. Daily close tak jatuh di bawah $80,000, support $80K hingga $80.6K bertahan tiga kali dan data on-chain tak berubah: NUPL ~0.35, MVRV ~1.5, RHODL ~900 hingga 1,000. Tapi resistance menurun (87.4K, 84.3K, 83.1K), neckline $82.8K jadi resistance, close mingguan hanya $2 di atas $82,000, dan ETF keluar dua minggu berturut.
Likely Minggu ini tiada satu catalyst besar; auction 20Y Rabu dan yield serta minyak yang menentukan. Saya cenderung kepada julat $80,000 hingga $83,100 sebagai base case (45%), dengan bias ke bawah lebih besar daripada ke atas (35% bearish berbanding 20% bullish). Bentuk descending triangle di 3H lazimnya menyelesaikan ke arah lantai.
Guessing Sama ada support $80K bertahan sebab ada pembeli atau sebab takde penjual. Funding neutral dan liquidation hampir sifar bermakna tiada leverage yang terpaksa jual; ETF yang menjual pula perlahan, bukan panik. Itu boleh bermakna jeda sebelum langkah seterusnya, ke mana-mana arah.
Thesis ini patah jika: (1) Daily close di bawah $80,000, kerana lantai pecah dan $78,000 hingga $75,025 terbuka; (2) auction 20Y lemah DAN yield 10Y kembali ke 5.3% atau lebih, dengan Brent melepasi $110; atau (3) ETF keluar lebih $300M seminggu lagi. Ke atas, ia berubah jika Daily close di atas $82,814 diikuti 3H close di atas $84,300.
Conviction Level — Rendah Hingga Sederhana / Emerging Signal, Tier 2: Struktur On-Chain Utuh, Aliran ETF Negatif, Bentuk 3H Memihak Penjual / Tactically: Tunggu 3H Close Di Atas $83,100 Atau Di Bawah $80,000 / $80,000 Sebagai Invalidation Daily / Position Sizing Konservatif / Jangan Tambah Sebelum FOMC
Minggu lepas saya tanya adakah neckline jadi pangkalan atau perangkap. Jawapannya ia adalah Resistance. Saya jugak ada tulis yield ialah pemacu market dan yield turun tanpa BTC naik. Itu bukan kegagalan thesis; itu peringatan bahawa model yang terlalu ringkas akan gagal bila dunia menambah pemacu baharu. Dalam 18 tahun saya dalam market, saya belajar bahawa support yang diuji berulang kali jarang runtuh pada ujian pertama; ia runtuh bila semua orang sudah selesa dengannya dan saya belajar satu lagi: yang bertahan bukan yang paling yakin, tapi yang paling jujur tentang apa yang dia tak tahu. Jadi soalannya bukan lagi sama ada $80K akan bertahan minggu ini. Soalan sebenar ialah: jika ETF tak membeli dan yield tak turun, siapa yang masih tinggal sebagai pembeli di bawah sana?

DUA SUMBER BACAAN DARI MYCRYPTOVERSITY

Untuk Perjalanan Korang Seterusnya, Kalau Korang Serius Nak Jadi Coiner Berjaya

Kalau korang serius nak faham kripto, nak jadi seorang Coiner yang Berjaya, 2 bahan bacaan ini bukan lagi pilihan, tetapi ia adalah satu KEWAJIPAN untuk korang miliki.
Senarai Sumber Bacaan
Panduan Lengkap Pemula Kripto

Produk 01

Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain

Buku ini bukan sekadar buku, tetapi sebuah kompas rujukan yang wajib dimiliki semua yang ingin menjadi Coiner Berjaya, tak kira samada anda seorang pemula atau dah lama dalam dunia Kripto & Blockchain.

Ia mengupas asas Bitcoin, Altcoin, Blockchain, cara beli, simpan, elak scam, cara screening projek yang berpotensi, hinggalah ke strategi pelaburan jangka panjang. Ramai coiner terjerat dengan scam atau rugi kerana masuk tanpa ilmu, jadi buku ini hadir sebagai pelindung dan panduan sebenar.

30 Days War Map

Produk 02

30 Days War Map | Survival Psikologi Dalam Trading

Korang dah tahu strategi. Tapi kenapa masih rugi? Sebab musuh korang sebenar bukan market… ia dalam kepala korang sendiri.

eBook 30 War Map ni untuk korang faham bagaimana emosi, ego, dan gameplan market yang memusnahkan pelan yang rasional. Ini bukan teori. Ini pengalaman 18 tahun dalam market yang ditulis supaya korang tidak ulang kesilapan yang sama.

© Mycryptoversity. Hak Cipta Terpelihara.

PROFIL EKSEKUTIF PENULIS

Pengurusan Risiko Pasaran & Pengasas Komuniti | Mycryptoversity

Cikgu Mayee Nazrich

Pengasas & Ketua Strategi | Mycryptoversity

Cikgu Mayee Nazrich adalah salah seorang Crypto Community Builder Malaysia dan pengasas MyCryptoversity sejak 2016. Beliau juga adalah salah seorang “Crypto OG” di Malaysia. Memulakan penglibatan profesional dalam industri pengurusan kekayaan sejak tahun 2008, beliau berpengalaman sebagai perunding kewangan berlesen (FIMM) sehingga 2017 dan aktif menguruskan portfolio ekuiti di Bursa Malaysia (2008 hingga 2015), pengamal dan penganalisis Teknikal Analisa, Fundamental dan Makro Ekonomi (2012 hingga kini) serta penulis di Blog www.mycryptoversity.net

“Saya mula mengenali Bitcoin tahun 2013 pada harga RM154, tapi saya tak beli sebab tak faham sehinggalah tahun 2015 baru saya beli pada harga Rm1,040. Dua tahun saya buang masa, tunggu faham dulu baru nak beli. Rupanya ini Silap, dari kesilapan itulah segalanya bermula.”
Cikgu Mayee Nazrich Bernama TV Cucuk Duit

Terlibat dalam dunia kewangan sejak 2008 sebagai perunding kewangan berlesen, Cikgu Mayee membawa pengalaman sebenar dari lantai pasaran ke dalam bilik darjah. Beliau bukan sahaja mengajar teori. Beliau mengajar dari luka, dari kesilapan dan dari keuntungan yang datang selepas keduanya.

Namun perjalanan itu tidak mudah. Pada tahun 2016, beliau ditipu dan kehilangan 114 BTC akibat scam. Pengalaman pahit itulah yang menjadi titik tolak. Bukan untuk berundur, tetapi untuk bangkit dan berkongsi. Masih pada tahun 2016, beliau melancarkan seminar “Bitcoin: Evolusi Kewangan” merentasi seluruh negara dan melahirkan Modul Berani Kripto yang sehingga kini telah melahirkan 17 orang jutawan kripto. Beliau juga pernah menjadi tetamu jemputan di Bernama TV dalam program Cucuk Duit (2021).

Dalam pasca fasa penstrukturan portfolio peribadi, beliau memfokuskan kepakaran kepada penganalisisan Teknikal, Fundamental, serta pemantauan aliran data Makro Ekonomi. Komitmen beliau dalam memberikan kesedaran perlindungan modal tercetus daripada pengalaman mitigasi risiko pasaran sebelum ini.

Hari ini, misi Cikgu Mayee kekal sama. Pastikan orang ramai tidak ulang kesilapan yang pernah dia buat sendiri.

Metrik Prestasi & Rekod Jejak Pasaran
18
Tahun Pengalaman dalam dunia Kewangan
9
Tahun Ekosistem Blockchain
17
Jutawan kripto telah dilahirkan
2016
Tahun Penubuhan Rasmi mycryptoversity

© Mycryptoversity Report Executive. Hak Cipta Terpelihara.

Related posts

Apa Itu ERC-20?

Nazrich

Cara Membuat Deposit Akaun Luno

Nazrich

5 Perkara Yang FED Cuba Sembunyikan Dari Market

Nazrich
error: Content is protected !!