CLARITY Act — State of Play, 13 Mei 2026

Sambungan dari penulisan saya di https://www.facebook.com/share/p/1LVPQMyx1h/
Dulu… dunia crypto ni bergerak macam bandar liar atau omputih cakap “wild – wild west”.
Ada duit..ada teknologi..ada innovation, tapi undang-undang dia kabur. Kadang-kadang U.S. Securities and Exchange Commission (SEC) cakap sesuatu coin itu security, tapi Commodity Futures Trading Commission (CFTC) pula nampak dia sebagai commodity.
Jadi kita retailer ni blur… institution lagi la blur dan bila benda jadi blur-blur camni… duit besar biasanya duk tunggu tepi dulu lah. Sebab institution bukan macam retail, retail bolehlah gamble narrative, tapi institution kena fikir pasal :
– compliance
– regulation
– liability
– shareholder
– audit
– legal risk
Sebab tu lah selama bertahun-tahun… ramai rasa crypto ni “besar”, tapi sebenarnya major institutional capital masih belum masuk sepenuhnya, mereka tengok je.
Jadi apa sebenarnya CLARITY Act ni? ..jom kita bongkar

CLARITY Act — State of Play, 13 Mei 2026
Benda ni bukan cerita baru, tapi timing dia sekarang sangat kritikal.
Senate Banking Committee jadualkan markup CLARITY Act pada 14 Mei 2026, iaitu esok. Ini adalah committee vote pertama selepas berbulan-bulan delayed, kalau tak lepas sebelum Memorial Day recess 21 Mei, seluruh proses akan reset. Senator Lummis sendiri dah warning, jika gagal sebelum Memorial Day, window legislative berikutnya mungkin akan dibuat pada 2030.
Jadi, ini bukan sekadar undang-undang, ini adalah deadline yang ada tarikh mati.
Apa sebenarnya yang CLARITY Act buat
Dua regulator iaitu SEC (Securities and Exchange Commission)) dan CFTC (Commodity Futures Trading Commission) selama ini bertanding untuk kuasa atas crypto. Tiada sesiapa pasti peraturan mana yang pakai untuk setiap aset, maka lahir lah CLARITY Act untuk menyelesaikan konflik ini dengan membahagi digital assets kepada tiga kategori iaitu digital commodities di bawah CFTC, investment contract assets di bawah SEC dan payment stablecoins.
Selama ini US beroperasi dalam “regulation by enforcement”, tiada undang-undang yang jelas, semua orang kena teka dan bila teka salah, kena saman. CLARITY Act cuba tukar landscape ini kepada framework yang boleh diikuti.
JOM DAPATKAN, BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN SEKARANG!


Kesan kepada Institusi
Hampir 60% institusi besar sudah rancang untuk allocate lebih 5% AUM mereka ke dalam crypto pada 2026. Ini bukan penyebab kenapa mereka tiba-tiba percaya pada teknologi, tapi ini disebabkan regulatory framework yang lebih jelas membolehkan mereka masuk tanpa takut terkena enforcement action.
Exchanges akan lebih berani untuk support token-token tertentu. Institutions lebih selesa untuk hold. Market makers akan bagi deeper liquidity. Custodians akan integrate lebih laju.
Tapi ada sisi gelap yang ramai tak sebut.
CLARITY Act mungkin bullish untuk crypto sebagai asset class tapi bukan sama rata untuk semua projek. Ia buka pintu untuk more institutional capital sambil menjadikan market lebih tidak mengampun untuk team yang tidak bersedia. Maksudnya , token yang tak lepas filter regulatory classification akan kena pressure, bukan dari market tapi dari sisi undang-undang.
Kesan kepada Retail
Di sini yang menarik dan yang paling ramai terlepas pandang.
Salah satu debat terbesar dalam bill ni adalah soal yield-bearing stablecoins. Compromise yang dicadangkan akan menyekat firma crypto daripada menawarkan returns yang terlalu menyerupai bank deposit. Ertinya, stablecoin yield products yang selama ini digunakan oleh retail mungkin kena restructure balik.
Retail akan dapat market yang lebih structured, tapi produk-produk tertentu yang mereka gunakan untuk generate passive yield mungkin akan berubah bentuk atau hilang terus dari market.
DAPATKAN eBOOK 30 Days War Map | SURVIVAL PSIKOLOGI DALAM TRADING

Hard Truth
Thesis breaks kalau ini berlaku:
Bill ini masih perlu lepas full Senate dan ia perlukan 60 undi bermakna majority bipartisan. Selama ini ia bergerak atas Republican party-line votes sahaja. Banking lobby pun dah mount resistance secara aktif.
Polymarket assign 67% probability untuk CLARITY Act lulus pada 2026, bukan 100% lulus. Lagi 33% tu adalah risiko yang sering dilupakan orang bila narrative sudah terlalu bullish.
Smart money mungkin trap retail di sini dengan cara ini bagi narrative “regulatory clarity = bull run” bertapak kuat, bagi harga naik atas sentiment, kemudian bila bill kena delay atau diluted retail yang pegang kena absorb correction.
Pattern ni Ia dah berlaku sebelum ini dan pattern sama mungkin akan berulang.
Directional Lean
Jika CLARITY Act lepas committee markup esok, market expect short-term bullish sentiment spike, terutama pada BTC, ETH dan token-token yang dijangka qualify sebagai digital commodity. Tapi kena ingat Ini narrative catalyst, bukan fundamental shift serta-merta.
Fundamental shift sebenar akan ambil masa. SEC dan CFTC rulemaking boleh ambil masa sehingga 18 bulan selepas bill ditandatangani, bermakna full implementation mungkin baru late 2026 atau 2027.
CBIZ
CLARITY Act ni nak tukar semua tu, nak tetapkan siapa kawal apa, nak bagi kepastian kepada exchange, kepada institution, kepada developer, kepada trader..pendek kata kepada semua dalam satu framework yang jelas. Tapi ini bukan cerita yang straight forward.
.
Bank-bank besar Amerika dah buat surat rasmi menentang sebahagian daripada bill ni. Sebab? Stablecoin. Bila orang boleh simpan duit dalam #USDC atau #USDT dan dapat reward duit tu tak masuk bank dan bank ni tau tau la mereka ni hidup atas wang deposit kita dan mereka tak kisah pasal keadilan, yang hanya mereka kisah ialah pasal survival bisnes mereka.
.
Lagi satu, ada plak pasal etika yang belum selesai, sebahagian Senator Democratic nak ada peraturan yang halang pegawai kerajaan Amerika termasuk yang paling atas sekali tu daripada untung dalam crypto sambil mereka yang kawal industri tu. Tanpa syarat ini, mereka mungkin tak bagi undi dan untuk bill ni lepas full Senate, kena ada 60 undi…Ini bukan mudah.
Jadi apa yang kita tengok hari ini ia bukan kemuncak, ia hanya satu gate daripada beberapa gate yang perlu #crypto dilalui, tapi gate ni yang paling penting, yang paling lama stuck.
18 tahun saya dalam market, saya dah nampak banyak kali macam mana regulatory clarity tukar landscape sesuatu industri, bukan dengan serta merta. Tapi perlahan-lahan, duit besar mula bergerak masuk bila kepastian undang-undang ada. #Institution masuk. #Custodian masuk. #Bank masuk dengan produk mereka. Crypto yang betul-betul ada utility, ada fundamentals, ada use case yang jelas..yang ni lah yang akan dapat manfaat paling besar. Yang sekadar ada hype dan narrative kosong tu mereka lah yang paling perlu risau.
.
Jadi….
Kalau US selesaikan regulatory framework mereka dan duit institutional mula masuk dalam skala yang belum pernah kita nampak sebelum ini… adakah portfolio awak semua sekarang dah ready untuk receive manfaat ni atau awak masih hold aset yang salah..yang xde harapan nak bangkit..memecoin terutamanya?
Untuk lebih lanjut, saya ada terangkan kat channel youtube saya, jemput menonton
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan untuk bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016 sebab minat.

Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.
