29.9 C
Kuala Lumpur
September 19, 2026
CryptocurrencyEkonomiFintechKriptoPendidikan

CLARITY Act Gagal! Apa Sebenarnya Yang Berlaku Di Washington?

CLARITY Act Gagal! Apa Sebenarnya Yang Berlaku Di Washington?

“49–50. Satu Vote Yang Boleh Ubah Gameplay Crypto Amerika”

“Crypto dah sampai depan pintu Wall Street… tapi pintu tu belum dibuka.”

Semalam, 15 September 2026, Senate Amerika mengundi untuk meneruskan proses Digital Asset Market CLARITY Act dengan keputusan 49–50. Untuk cloture/procedural vote ini, mereka perlukan sekurang-kurangnya 60 undi, jadi bill itu gagal bergerak ke peringkat seterusnya.

Tapi saya nak awak semua faham satu benda dulu.

Ini bukan bermaksud crypto di Amerika tiba-tiba jadi illegal.

CLARITY Act ni sebenarnya cuba buat sesuatu yang selama bertahun-tahun crypto market tunggu bagi garis sempadan yang lebih jelas, siapa regulate apa, token tertentu jatuh bawah SEC atau CFTC, bagaimana crypto market structure berfungsi, dan apa perlindungan yang perlu ada untuk market.

Malah sebelum ini, pada 14 Mei 2026, Senate Banking Committee sendiri sudah meluluskan CLARITY Act melalui undian 15–9, jadi bill itu memang sudah melepasi satu peringkat penting sebelum dibawa ke Senate floor. Jadi kita nampak perjalanan dia:

Committee dah lulus 15–9, pastu pergi Senate floor kemudian lalui procedural vote dan gagal 49–50.

Itulah cerita sebenarnya.

Sekarang Kenapa gagal?

Ini bahagian yang paling menarik, sebab isu dia bukan semata-mata:

“Republican sokong crypto.”
“Democrat tak sokong crypto.”

Cerita dia jauh lebih kompleks, antara isu terbesar dalam rundingan terakhir ialah ethics provisions, termasuk bagaimana undang-undang itu patut menangani kepentingan kewangan pegawai kerajaan dalam industri crypto.

Democrats mahukan safeguards yang lebih ketat, termasuk isu divestment dan enforcement.
Republicans pula cuba masukkan beberapa perubahan pada versi akhir untuk mendapatkan sokongan bipartisan.

Tapi pada akhirnya, cukup ramai Senator yang masih tak bersetuju untuk mencapai 60 undi dan apa yang menarik…empat Republican turut mengundi menentang measure tersebut. Jadi awak semua jangan baca:

49 YES vs 50 NO = crypto kalah.

Sebab kalau kita terjemahkan macam tu, ia terlalu simple, cerita sebenar ialah Congress belum berjaya mencapai persetujuan yang cukup untuk menetapkan framework crypto yang komprehensif.

JOM DAPATKAN, BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN SEKARANG!
>>> Dapatkan Disini <<<
Feedback dari pembaca buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain

 

Sekarang masuk bahagian yang saya rasa paling penting untuk kita semua.

Apa market buat selepas result ni?

Market tak tunggu lama.
Bitcoin jatuh sekitar 3% dan bergerak ke kawasan sekitar $76,000, manakala beberapa altcoin utama turut mengalami tekanan. CoinDesk melaporkan XRP jatuh hampir 10%, ETH sekitar 5% dan SOL sekitar 5% pada waktu laporan itu diterbitkan.

Stocks kripto plak menerima tekanan lebih besar.
Coinbase dan Circle antara nama yang turun lebih daripada 9% dalam laporan CoinDesk tersebut.

Kenapa market react?
Sebab sebelum ini ada expectation mengatakan bahawa Amerika mungkin semakin hampir mempunyai regulatory clarity untuk digital assets.

Bila bill tersekat…expectation itu kena reset, bukan bermaksud crypto fundamental berubah overnight. Bitcoin masih Bitcoin…Ethereum masih Ethereum…Solana masih Solana dan Blockchain masih berjalan.

Tapi satu potential catalyst untuk institutional adoption dan regulatory certainty tiba-tiba tertangguh. Market ni dia memang suka price benda yang belum berlaku dan bila benda itu tak berlaku…harga expectation tersebut boleh keluar balik.

>>> Buka Akaun LUNO Anda Disini <<

 

Saya bagi awak satu analogi mudah.

Bayangkan ada sebuah bandar yang selama ini banyak orang nak buka kedai crypto.Masalahnya…undang-undang bandar tu kabur. Nak buka kedai? Boleh…Tapi lesen bawah siapa?

Department A?
Department B?
Kalau buat kesalahan, siapa saman?
Kalau token ni commodity, siapa jaga?
Kalau token tu security, siapa regulate?
Bank boleh berurusan dengan kau?
Trading Platform boleh bagi produk apa?

Semua benda ni ada tanda soal, kemudian tiba-tiba kerajaan plak kata: “Okay, kita sedang buat satu buku peraturan baru.” Itulah CLARITY Act.

Market mula excited, sebab kalau rules lebih jelas… institusi lebih senang buat keputusan. Company lebih senang plan. Exchange lebih senang operate. Investor lebih senang faham regulatory boundary. Kemudian semalam…semua orang duk tunggu pintu dibuka. Tapi vote tak cukup, Pintu belum dibuka, tapi ini bukan bermakna pintu ditutup selamanya, cuma…belum terbuka.

Dan inilah perbezaan yang saya nak awak semua faham.

Sekarang persoalan seterusnya Adakah CLARITY Act dah mati?

Setakat perkembangan 16 September 2026, lebih tepat kita kata bill itu tersekat / stalled, bukan bahawa semua usaha legislative crypto telah tamat selama-lamanya. Senator Thom Tillis menukar undi prosedurnya kepada “no” supaya motion to reconsider boleh dimasukkan, yang membuka ruang secara prosedural untuk perkara itu dipertimbangkan semula, tapi timing sangat penting.

Congress kini tengah menuju tempoh sebelum November midterm elections, jadi ruang masa untuk menyelesaikan perbezaan politik dalam Congress sekarang semakin terhad.  Jadi sekarang market kena berhadapan dengan satu benda iaitu :

Uncertainty.

Dan market biasanya tak suka benda yang uncertainty.

DAPATKAN eBOOK 30 Days War Map | SURVIVAL PSIKOLOGI DALAM TRADING

>>> Dapatkan Disini <<<

 

Tapi saya nak awak semua pergi satu layer lagi, sebab kalau kita tengok hanya headline “CLARITY Act gagal, BTC jatuh.” Kita sebenarnya belum belajar apa-apa. Saya lebih berminat dengan soalan:

“Selepas CLARITY Act gagal, siapa yang masih boleh bergerak?”

Jawapannya ialah regulator.

SEC dan CFTC masih mempunyai kuasa dan sedang bergerak dengan inisiatif regulatory masing-masing. Kegagalan legislation ini bermakna laluan melalui Congress menjadi lebih tidak pasti, sementara regulatory agencies masih menjadi salah satu saluran untuk membentuk polisi crypto. Jadi game belum habis.

Cuma route dia  saja yang berubah.

Dan di sinilah saya nak kaitkan dengan market kita, sebab sekarang kita ada beberapa benda berlaku serentak:

  1. US10Y sedang sekitar 5%.
  2. Oil tinggi dan inflation concern kembali.
  3. Fed berada dalam situasi yang lebih complicated.
  4. DXY mendapat sokongan.

Dan sekarang…

CLARITY Act plak gagal melepasi Senate procedural vote. Jadi crypto market bukan sedang menghadapi satu headwind. Dia sedang menghadapi beberapa layer macro + policy serentak. Bagi saya ini lah sebab reaction market boleh jadi lebih besar daripada apa yang headline CLARITY Act itu sendiri nampak.

Untuk BTC, saya tak akan terus buat kesimpulan “CLARITY gagal, BTC mesti bearish.” Saya lebih suka tengok reaction. Kalau BTC mampu absorb berita ini, stabil dan mula reclaim level yang hilang, market mungkin menunjukkan bahawa regulatory headline itu bukan satu-satunya driver capital sekarang.

Tapi kalau tekanan berterusan dan disertai dengan:

  1. US10Y terus naik,
  2. DXY terus kuat,
  3. equity market lemah,
  4. ETF flow melemah,
  5. dan liquidity mengetat…

Maka kita kena faham bahawa masalahnya bukan CLARITY Act semata-mata. CLARITY cuma salah satu batu yang jatuh ke dalam kolam, punca dia datang daripada banyak arah dan untuk altcoin, saya rasa awak semua kena lebih berhati-hati memahami satu perkara.

CLARITY Act sangat penting sebab market structure yang lebih jelas boleh memberi kesan kepada cara pelbagai jenis digital assets diklasifikasikan dan diregulasikan. Jadi bila legislation itu tertangguh, regulatory uncertainty untuk sektor crypto masih belum selesai, ini tak bermaksud setiap altcoin akan jatuh, tapi market mungkin akan kembali memilih berdasarkan beberapa perkara ni :

  1. liquidity,
  2. narrative,
  3. institutional demand,
  4. fundamental,
  5. dan capital rotation.

Bukan semata-mata sebab “CLARITY Act akan pass, semua crypto naik.”

Jadi kalau semalam bukanlah hari crypto mati, semalam adalah hari market mendapat satu mesej:

“Amerika masih belum selesai menentukan bagaimana kripto akan dikawal.”

Dan bagi saya ini penting, sebab beberapa bulan kebelakangan ini kita sudah nampak kripto semakin masuk ke dalam sistem kewangan tradisional, seperti :

  1. ETF.
  2. Institutional custody.
  3. Tokenization.
  4. Stablecoin.
  5. Bank.
  6. Asset managers.
  7. TradFi.

Semua semakin dekat, jadi bila regulatory framework yang sepatutnya memberikan kepastian itu tersangkut…market akan ambil perhatian. Tapi jangan plak awak salah faham.

Regulatory clarity tertangguh ≠ crypto adoption tamat.

Ini dua benda berbeza, untuk saya, sekarang saya nak tengok apa yang market buat selepas berita itu, bukan sekadar apa yang berita itu cakap. Sebab market boleh react negatif pada hari pertama, tapi selepas itu…capital akan buat keputusan sebenar.

  1. Kalau buyer datang balik…itu cerita.
  2. Kalau seller terus tekan…itu cerita lain.
  3. Kalau BTC stabil tetapi altcoin terus berdarah…itu pun cerita.

Dan kalau institutional flow masih masuk walaupun headline buruk…itu mungkin jauh lebih menarik daripada headline CLARITY Act itu sendiri.

Sebab at the end…headline memberitahu kita apa yang berlaku. Tapi price action + liquidity + capital flow cuba bagtahu kita apa yang market buat terhadap perkara yang berlaku dan sebagai seorang trader…saya lebih berminat pada yang kedua.

CLARITY Act gagal melepasi pintu Senate.

Sekarang kita sama-sama tengok…adakah market akan terus berundur dari pintu itu atau cuma berpatah balik sekejap sebelum cuba masuk semula?

Kepada yang masih belum baca lagi apa iaitu Clarity Act, korang boleh baca kat sini : https://mycryptoversity.net/clarity-act/

Baca juga :

Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan untuk bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.

Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

Related posts

Bitcoin: Volatili Dijangka Kekal tinggi

Nazrich

KESAN PENUTUPAN KERAJAAN AMERIKA KEPADA DUNIA KRIPTO

Nazrich

Protected: Bitcoin Weekly Outlook 15 – 19 Ogos,2026

Nazrich
error: Content is protected !!