33.2 C
Kuala Lumpur
October 22, 2026
CryptocurrencyKriptoPendidikan

Kenapa Teori Bitcoin Halving Masih Hampir Menjadi?

Kenapa Teori Bitcoin Halving Masih Hampir Menjadi?

Ada satu perkara menarik tentang manusia.

Kalau sesuatu berlaku sekali, kita panggil kebetulan.
Kalau berlaku dua kali, kita mula perasan corak.
Kalau berlaku tiga atau empat kali berturut-turut, kita mula percaya ia adalah hukum.
Dan di dalam dunia Bitcoin, salah satu “hukum” yang paling terkenal ialah teori kitaran halving (Bitcoin Halving).

Ada satu perkara yang unik pasal  Bitcoin.

Setiap empat tahun, Bitcoin melakukan sesuatu yang unik, iaitu ia mengurangkan pengeluaran Bitcoin baru sebanyak 50%.

Dalam dunia kewangan, hampir semua benda boleh berubah… Kerajaan boleh tukar dasar… Bank pusat boleh cetak duit… Kadar faedah boleh naik turun ikut keadaan ekonomi… Sentimen manusia plak berubah setiap hari.

Tapi Bitcoin?
Bitcoin ada satu jam dalaman yang bergerak dengan sendiri.

Setiap lebih kurang empat tahun, ganjaran pelombong dipotong separuh melalui satu mekanisme yang dipanggil “halving”. Takde CEO yang boleh ubah, takde kerajaan boleh tangguh., takde whales yang boleh percepatkan. Kod Bitcoin sendiri sudah menetapkan jadual itu sejak hari pertama ia dicipta..masa berjalan dan halving berlaku tepat pada masanya dan kat sinilah teori kitaran Bitcoin atau ” Bitcoin Halving” ni menjadi menarik.

Kenapa?
Sebab walaupun ramai orang yang mempertikaikannya, tapi teori ini masih “hampir selalu menjadi”.Walaupun bukan sempurna, tapi cukup kerap untuk membuatkan kita tertanya-tanya:

“Adakah ini sekadar kebetulan? Atau memang ada sesuatu yang berlaku di bawah permukaan?”

Kalender Yang Hampir Tidak Pernah Silap

Mari kita lihat empat halving Bitcoin yang pernah berlaku.

  1. Halving 2012 → puncak sekitar 367 hari kemudian.
  2. Halving 2016 → puncak sekitar 525 hari kemudian.
  3. Halving 2020 → puncak sekitar 546 hari kemudian.
  4. Halving 2024 → puncak sekitar 534 hari kemudian.

Lihat gambar ini.

  1. Empat halving.
  2. Empat puncak.

Semuanya berlaku dalam lingkungan kira-kira 12 hingga 18 bulan selepas halving dan perkara yang paling menarik ialah halving ini tidak berlaku sebab harga naik. Ia berlaku sebab kod Bitcoin berkata masanya dah tiba, seolah-olah ada satu jam ekonomi kecik yang berdetik di dalam sistem Bitcoin.

  • Supply dipotong.
  • Market menyesuaikan diri.
  • Likuiditi masuk.
  • Naratif berubah.

Lepas tu beberapa bulan kemudian, harga mula mencari keseimbangan baru.

Inilah asas kepada teori halving, bukan sebab Bitcoin itu magik, tapi sebab apabila bekalan baru dikurangkan secara tetap, sedangkan permintaan masih wujud atau meningkat, harga cenderung memberi reaksi.

Namun begitu, kat sinilah ramai orang tersilap, mereka ingat teori halving bermaksud..

“Setiap empat tahun, Bitcoin akan naik sama banyak.”

Sebenarnya itu Salah!

 

JOM DAPATKAN, BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN SEKARANG!
>>> Dapatkan Disini <<<
Feedback dari pembaca buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain

 

Nombor Yang Ramai Coiner Tak Suka Tengok

Masalahnya, ada satu perkara yang semakin berubah setiap kitaran. Masa puncak hampir sama, tapi saiz kenaikan semakin mengecil.

2013: sekitar 96x daripada harga halving.
2017: sekitar 30x.
2021: sekitar 7.9x.
2025: sekitar 1.9x.

Kat sinilah teori halving mula retak, corak masa masih hampir sama, tapi pulangan semakin mengecil dan sebenarnya, logik dia mudah.

Pada tahun 2013, Bitcoin masih kecik, market cap hanya ratusan juta dolar saja. Walaupun sikit duit masuk, tapi ia boleh menggerakkan harga dengan sangat besar.

Tapi Hari Ini?

Market cap Bitcoin sudah bernilai lebih trilion dolar. Untuk menghasilkan kenaikan 30x seperti dulu, jumlah modal yang diperlukan sudah terlalu besar.

Bayangkan macam ni, ada sebuah sampan kecik kat sungai, ada ombak kecik dah cukup untuk menggegarkan sampan tu, tapi harini Bitcoin dah jadi kapal induk yang besar, ombak yang sama tak lagi beri kesan yang sama kat Bitcoin.

Boleh faham maksud saya?

Apa Yang Berubah Dalam Cycle 2024–2025?

Ramai orang masih melihat cycle kali ni menggunakan kaca mata lama mereka, sedangkan dunia Bitcoin telah berubah. Cycle 2024–2025 jugak membawa sesuatu yang tidak pernah ada dalam sejarah Bitcoin. Cycle 2024 adalah cycle pertama yang berjalan bersama Spot Bitcoin ETF dan Spot ETF.

Sebelum ini, cycle Bitcoin banyak dipacu oleh retail, pembeli utama ialah retail..whales plak terdiri dikalangan programmer – programmer yang duk collect BTC free masa era Satoshi.
Retail masuk sikit demi sedikit, media dah mula duk bercakap, bila harga nak “To The Moon”..euforia berlaku, retail mula lah FOMO, parabolik pun mula terbentuk.

Tapi sekarang?

Institusi masuk melalui ETF, ETF dah mengubah aliran tu.. Bank, Kampeni Hedge Fund, Pengurus Aset, Dana pencen dah mula masuk ke dunia kripto melalui ETF.

Institusi tak bergerak macam retail, mereka tak beli sebab emosi, mereka buat allocation, buat rebalancing, strategi portfolio ikut suku tahunan. ikut model portfolio, ikut risk management.

Demand yang dulu datang secara perlahan kini ditarik lebih awal, sebab tu kita nampak macam ada sesuatu yang pelik, time frame puncak masih hampir sama, tapi magnitud kenaikan jauh lebih kecil d jam halving masih berdetik, tapi enjin yang menggerakkan harga, kini sudah berubah. Demand yang dulu ambik masa setahun untuk terbina, kini datang lebih awal dari yang kita jangkakan, tak seperti cycle yang lepas – lepas.

Mungkin sebab tu puncak 2024 mungkin berlaku sekitar hari ke 1040 selepas halving, hampir sama seperti sejarah yang lepas-lepas tapi kenaikannya jauh lebih kecil.

Kalau korang nak faham pasal new game plan ni, saya ada tulis dalam eBook 30 Days War Map | Survival Psikologi Dalam Trading

DAPATKAN eBOOK 30 Days War Map | SURVIVAL PSIKOLOGI DALAM TRADING

 

>>> Dapatkan Disini <<<

 

Bitcoin Kini Semakin Menjadi Aset Makro

Ini mungkin perubahan terbesar yang ramai reatil belum sedar.

Bitcoin hari ini bukan lagi sekadar aset spekulasi internet, ia semakin menjadi sebahagian daripada sistem kewangan global… DXY… US10Y…FED..Kadar faedah…ETF flow…Likuiditi global. Semua ni, lani mempengaruhi harga Bitcoin dan market kripto

Dulu simple jer..
Halving → retail masuk → bull market.

Hari ini:
Halving + ETF flow + kadar faedah + likuiditi global + institusi.

Model menjadi lebih kompleks, nak buat analisa pun tak semudah cycle yang lepas. Teori halving masih lagi berfungsi, tapi dia tidak lagi bekerja sendirian macam dulu. Kalau korang nak tak contoh analisa Bitcoin/Kripto hari ini, korang boleh tengok kat channel telegram MyCryptoversity Research 

Adakah Teori Ini Sudah Rosak Atau Masih Berfungsi?

Jawapannya mungkin kedua-duanya.
Setakat harin ini teori halving ini berikan kita dua bacaan:

Pertama:
– Bila puncak berlaku.
– Setakat ini, ia masih hampir tepat.
– Empat cycle.
– Empat kali masa yang hampir sama.

Kedua:
– Berapa tinggi harga akan naik.
– Kat sinilah saya rasa teorinya semakin lemah.
– Setiap kali cycle baru ia hasilkan pulangan yang semakin kecil.

Jadi mungkin soalan yang betul bukan “Adakah teori halving masih hidup?”

Tapi..

“Bahagian mana daripada teori halving ni yang masih hidup?”

Kalau tanya saya, jawapan saya macamni:
Halving mungkin masih lagi menjadi kompas masa, rujukan untuk kita, tapi ia bukan lagi alat untuk mengukur magnitud (ukur kadar keuntungan) dan apabila kita menghampiri halving seterusnya sekitar tahun 2028 nati, satu persoalan besar yang akan muncul…

“Adakah jam lama Bitcoin masih berdetik seperti sebelum ini?

Atau

“Adakah institusi, ETF dan market kewangan global telah mengubah rentaknya untuk selama-lamanya?

Empat data cycle yang lepas tidak cukup untuk memberikan kita jawapan muktamad, tapi cukup untuk mengingatkan kita bahawa dalam market, sesuatu teori boleh menjadi betul…dan pada masa yang sama, perlahan-lahan data ini akan berubah bentuk.

Empat Data Tidak Cukup Untuk Menjadi Hukum/Rujukan/Pegangan

Pakcik kebun sebelah pesan kat saya, ada satu perkara yang trader lama selalu ingat.
Corak yang berulang bukan semestinya menjadi “hukum alam.” Kita cuma ada empat data.

  • Empat Halving.
  • Empat Cycle

Pakcik cakap ini masih terlalu kecik untuk kita membuat kesimpulan mutlak, tapi cukup besar untuk kita hormati corak yang wujud.

Bitcoin sekarang berada sekitar 33% di bawah puncak Oktober 2025, dan berada kira-kira hari ke-892 selepas halving. Kalau sejarah berulang, biasanya tempoh selepas hari ke-900 hingga ke-1100 mula menjadi kawasan menarik untuk pembeli jangka panjang.

Tetapi sejarah tidak pernah memberi jaminan. Ia cuma memberi petunjuk.

>>> Buka Akaun LUNO Anda Disini <<

 

Kesimpulan

Bagi saya teori halving sebenarnya mengandungi dua cerita yang berbeza.

Cerita pertama:
Ia masih agak baik dalam menjawab soalan “bila”.

Cerita kedua:
Ia semakin lemah dalam menjawab soalan “berapa tinggi”.

Mungkin itulah hakikat Bitcoin dan dunia kripto yang semakin matang (student MyCryptoversity tahu bila tarikh Bitcoin & Kripto matang, saya ada terangkan sejak 2017..korang boleh tengok video webinar saya tahun 2017). Dulu Bitcoin seperti startup kecik, hari ni ia semakin menyerupai aset makro global.

Halving seterusnya dijangka berlaku sekitar April 2028. Kalau corak masa ini masih kekal, mungkin puncak seterusnya berada sekitar tahun 2029. Tapi jika pulangan terus mengecil seperti tiga kitaran terakhir, kita semua kena bersedia jangan mengharapkan 2029 akan meniru pulangan keuntungan seperti 2017 atau 2021.

Dunia kripto akan menjadi boring seperti instrument aset kewangan yang lain, tapi tetap menjanjikan keuntungan kepada mereka yang berilmu. Market tak pernah ulang cerita yang sama bulat-bulat. Tapi kadang-kadang, kita masih boleh nampak corak yang hampir sama.

Halving Bitcoin pun sama macam tu…

Coraknya masih ada, cuma permainannya sudah berubah.

Boleh faham?

Tahniah saya ucapkan kepada yang baca sampai habis bebelan saya ni..
Tapi apa-apa pun ini Bukan Nasihat Kewangan/Pelaburan, sekadar pendapat peribadi sahaja dan selebihnya market jugak (tangan ghaib) yang menentukan keputusan.

Related posts

Apa Itu Reserve Rights (RSR)?

Hazim Mustapa

Wall Street Terus Membeli Bitcoin (BTC) di Blistering Pace Walaupun Di Beri Amaran

Nazrich

Review S&P 500, 20 – 25 Julai 2026

Nazrich
error: Content is protected !!