26.4 C
Kuala Lumpur
May 24, 2026
CryptocurrencyEkonomiIsu GlobalKripto

Supreme Court Batal Tarif Trump… Market Bullish ke?

Supreme Court batal Tarif Trump… Persoalannya market akan lega atau sunyi sebelum ribut?

 

Semalam keluar satu berita besar dari US. Mahkamah Agung 6–3 putuskan Trump tak boleh guna kuasa darurat (IEEPA) untuk kenakan tarif global secara unilateral Maksudnya Trump tak boleh sesuka hati guna “emergency powers” untuk sapu tarif merata.

Headline nampak besar, market pun naik sikit. Ramai terus anggap “ok, perang dagang reda… market boleh pump.”

Betul ke sesemudah itu?

Pertama sekali kita kena ingat, tarif tidak hilang sepenuhnya. Yang dibatalkan cuma laluan IEEPA. Trump dah bagi signal nak guna Section 122 untuk 10% global tariff. Ada lagi Section 301…ada lagi Section 232.

RHB pun keluar view cepat “Positive for markets. Overweight equities. Underweight cash.” Mereka nampak supply constraint akan reda, ASEAN boleh tarik nafas, Malaysia GDP 2026 ada upside risk ke 5%. (rujuk https://theedgemalaysia.com/node/793343 )

Logik dia tu masuk akal lah.
Kurang tarif global..trade flow boleh stabil…earnings syarikat boleh pulih dan dah tentu risk appetite naik.

Tapi market bukan bergerak atas logik satu baris.
Market bergerak atas jangkaan tentang kuasa dan kestabilan.

Kalau Supreme Court boleh limit kuasa Presiden, itu satu mesej penting kepada institusi global..sistem masih ada checks & balances. Itu stabil dari sudut struktur, tapi dalam masa sama, Trump bukan jenis diam. Kalau dia escalate guna laluan lain, ketidakpastian akan hidup balik...betul tak?

Soalan dalam kepala saya bukan pasal market nak “bullish ke tak”.
Soalan jujur saya “apa sebenarnya yang berubah?”

Sebab kita kalau baca betul-betul… tarif tak hilang, yang hilang cuma laluan IEEPA jer. Trump dah cakap nak guna Section 122 untuk 10% global tariff dan ada lagi 301, 232. Bagi saya ini bukan “perang tamat” ini cuma “cara perang berubah”.

>>> Buka Akaun Luno Anda Disini <<<

 

Market naik sikit sebab benda ni memang largely expected, jadi bukan shock, bukan relief besar pun..sebab itu kita tengok rally pun muted…macam stuck.

Saya lebih berminat dengan part ASEAN yang RHB sebut, “kalau reciprocal tariffs global tergantung, supply constraint boleh reda. Malaysia & Singapore boleh tarik nafas”. Mereka siap sebut GDP Malaysia 2026 ada upside risk ke 5%..logik la tu bila kurang tarif..kurang gangguan trade..export boleh hidup..earnings boleh stabil.

Tapi saya tak boleh lari dari satu realiti besar, iaitu US debt sekarang $38.6 trilion. Debt ceiling $41.1 trilion. RHB kata refund tarif US$150–200bn tu kecil, boleh finance via debt, duit masuk balik kepada syarikat, jadi liquidity untuk business.

Secara teori, ya betul!
Tapi kalau secara psikologi market? Kalau kerajaan tambah hutang untuk bayar refund…
USD lemah ke?
Bond yield naik ke?
Fed tertekan ke?

Bagi saya ini layer yang tak boleh diabaikan, dalam kepala saya sekarang ada dua cerita.

Cerita pertama:
Kurang risiko tarif global, maka kuranglah ketidaktentuan, risk-on jadi perlahan..equities naik..dan cam biasa baru crypto ikut.

Cerita kedua:
Tarif dalam bentuk lain muncul, politik akan jadi panas, yield volatile..USD boleh bergerak agresif dan risk asset terhimpit semula.

Saya tak rasa ini berita yang terus flip market jadi bullish besar, saya rasa berita ni boleh kurangkan salah satu ketakutan, tapi tak hapuskan ketakutan sepenuhnya.

DAPAT BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN

>>> Dapatkan Disini <<<

 

Sekarang mari kita fikir dari sudut market crypto plak.

Kalau tarif reda dan tekanan inflasi import berkurang, Fed mungkin tak perlu terlalu hawkish. USD boleh stabil atau lemah sedikit…ni secara teori baik untuk risk asset termasuk BTC.

Tapi kalau drama politik bertambah, yield naik, USD spike, liquidity mengetat… market crypto lah yang akan rasa dulu, sebab semua tahu crypto ni memang sangat sangat sangat sensitif dengan news.

Saya tengok benda ni bukan sebagai “bullish event” atau “bearish event”.
Saya tengok ini sebagai naratif makro yang berubah layer :

  1. Layer pertama — tarif global melalui emergency powers tamat.
  2. Layer kedua — bentuk baru mungkin muncul.
  3. Layer ketiga — refund US$150–200bn boleh masuk balik ke sistem sebagai liquidity korporat. Tapi dalam masa sama, US debt dah $38.6 trilion.

Jadi soalan sebenar untuk kita sebagai trader marhaen ni bukan pasal market “bullish ke bearish?”

Soalan sebenarnya:
“Adakah ini benar-benar kurangkan risiko global atau cuma pindahkan risiko ke medan politik yang lebih panjang?

Market reaction setakat ini positif, tapi muted. Kata pakcik kebun sebelah itu tandanya benda ni memang dijangka. Bukan kejutan! Pakcik cakap lagi, petunjuk sebenar bukan headline ni..tapi petunjuk sebenar ialah:

– Apa jadi pada US10Y yield?
– Apa jadi pada DXY?
– Apa jadi pada aliran ETF BTC & ETH selepas ini?

Kalau yield turun, USD lembut, equities stabil..biasanya crypto ada ruang.
Kalau yield naik sebab debt financing, USD menguat..crypto akan kembali defensif.

Pakcik cakap lagi..Inilah bezanya kita baca berita dengan kita baca market.

Berita bagi cerita tapi Market yang bagi reaksi.

Dan sebagai seorang trader marhaen, kita tak hidup atas cerita, kita hidup atas reaksi…periuk nasik kita disini. Strategi saya lani, saya belum ubah stance saya..saya perhati jer dulu.

Sebab zaman sekarang, satu keputusan mahkamah boleh jadi bullish hari ini…
dan jadi bahan politik yang meletup minggu depan. Market tak pernah linear dan naratif makro sekarang jauh lebih kompleks daripada satu headline…terutamanya untuk crypto.

Kalau tarif reda dan global trade stabil, liquidity global boleh jadi lebih longgar sedikit. Itu baik untuk BTC dan altcoin.

Tapi kalau politik escalate dan Trump double down dengan laluan lain, volatility akan kembali cepat.

Gameplay sama dalam situasi macam ni..
Saya masih duk tepi, saya tak kejar green candle sebab headline.
Saya tengok sama ada bond yield & USD benar-benar relax atau ianya cuma reaksi sehari dua.

Sebab pengalaman mengajar saya market tak bergerak ikut kenyataan bank research. Market bergerak ikut siapa yang paksa siapa keluar dulu…boleh baca perkongsian saya dalam modul 30 Days War Map, klik sini https://t.me/cryptoblock_edu/10762

RHB boleh overweight equities…Saya pula overweight kesabaran.
Saya setia menunggu reaksi sebenar beberapa sesi dagangan ni dengan tenang.

Headline besar memang sedap dibaca.
Tapi dari hasil pemerhatian saya selama berada dalam dunia trading ni sejak 2008, market jarang bagi duit bonus hanya sebab satu headline.

Kalau awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan untuk bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016 sebab minat.
.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto

Related posts

Pelombong Bitcoin Memperoleh Pendapatan USD $412.5 juta Pada Bulan April

Nazrich

Apa Yang Sebenarnya Sedang Berlaku Kat Market Kripto Sekarang?

Satch

Kenali Kripto Anda – Ethereum (ETH)

Azhar Mokhtar AM
error: Content is protected !!