26.1 C
Kuala Lumpur
October 26, 2026
CryptocurrencyEkonomiKriptoPendidikan

Bitcoin Weekly Market Outlook 25-31 Okt,2026

BTC Tembus Bawah $80K Hujung Minggu Dengan $820 Juta Liquidation.

Bila harga jatuh, benda pertama yang kita buat bukan tengok carta. Kita cari siapa yang salah.

Itu naluri manusia, otak kita tak boleh terima kejatuhan yang tak ada nama..mesti ada penjahat, mesti ada headline.

Hujung minggu lepas, penjahatnya mudah dicari. Wall Street Journal tulis AS sedang mengosongkan kakitangan dari kedutaan dan pangkalan di Timur Tengah. Beberapa jam kemudian BTC cecah $79,263, buat kali pertama bawah $80,000 sejak kita mula pantau support tu. Cerita pun siap. .. kita puan terus teka harga jatuh sebab Perang.

Tapi cuba kita tanya soalan yang lebih besar. Kalau satu headline boleh pecahkan lantai dalam beberapa jam, kenapa Khamis lepas, bila Nasdaq jatuh 2.6% dan Brent melepasi $115, lantai yang sama masih berdiri?

Baca ulasan lanjut kat >>> MyCryptoversity Research

Mycryptoversity
Research & Strategy Desk
Market Outlook Report
Cikgu Mayee Nazrich
mycryptoversity.net
Weekly Outlook 25 — 31 Oktober 2026
Multi-Timeframe Analysis (1D / 3H / 1H) | Kitaran Khamis hingga Rabu | Fasa 1 Hingga FOMC, Fasa 2 Bermula Khamis | Weekly Research Brief
Harga Semasa $80,265
ATH $126,080
Fed Funds 3.75–4.00%
FOMC Hold ~91%
DXY 101.79
US10Y 4.999%
Fear & Greed 44
Accuracy Review
Postmortem Laporan 20 hingga 24 Oktober 2026
Laporan lepas tepat bab bentuk minggu. Yang kita silap ialah seberapa dalam support $80,000 akan ditekan dan siapa yang menekannya.

Kita letak Base Case 45% untuk julat $80,000 hingga $83,100, Bullish 20% untuk $83,100 hingga $84,300 dan Bearish 35% untuk $77,500 hingga $80,000. Minggu sebenar menyentuh ketiga-tiganya. Rabu 21 Okt BTC naik ke sekitar $84,900 bila tech rebound dan peraturan stablecoin OCC dimuktamadkan, melepasi sasaran Bullish kita. Khamis Nasdaq jatuh 2.6%, terburuk sejak 5 Jun, dan Brent melonjak. Sabtu pula BTC cecah $79,263 selepas laporan WSJ tentang evakuasi kakitangan AS di Timur Tengah. Penutup Sabtu sekitar $80.8K, tersangkut dalam Base Case. BASE CASE PARTIAL. Harga akhir mendarat dalam julat, tapi julat itu pecah di kedua-dua hujung. Sasaran Bullish disentuh tapi tidak dipertahankan. Zon Bearish disentuh di sempadan atasnya sahaja, sasaran $77,500 tidak sampai.

Paras harga. Siling $83,100 dan $84,300 : PARTIAL. Kedua-duanya ditembusi pada 21 Okt (high sekitar $84,900) dan ditolak balik sepenuhnya sebelum Khamis. Lantai $80,000 hingga $80,600: PARTIAL. Bertahan Isnin hingga Jumaat, retak Sabtu pada $79,263. Invalidation Daily close di bawah $80,000: HIT. Tidak tercetus, kerana Sabtu ditutup di atas. Breakout sah hanya di atas $87,400: HIT. Tidak berlaku, high minggu berhenti $2,500 di bawahnya. Target $78,000, $77,500 dan $75,025 tidak boleh dinilai kerana syaratnya (Daily close bawah $80,000) tidak dipenuhi.

Confidence tag. Bacaan descending triangle pada 3H yang condong ke support: HIT. Support tu akhirnya diuji dari bawah. Tag kita bahawa ETF flow tidak membeli: PARTIAL. Isnin hingga Rabu masuk $1,074.7M, Khamis keluar $635.6M, Jumaat keluar $137.9M, jadi bersih minggu itu positif $301.2M. Kita terlalu pesimis separuh minggu. MSCI sebagai tekanan struktur : HIT. Peraturan dimuktamadkan 15 Okt dan berkuat kuasa pada kajian indeks November. Bacaan kita bahawa funding nipis dan liquidation hampir sifar, tiada struktur untuk flush: MISS. Sabtu sahaja $820.8M, 93% daripada liquidation BTC ialah long. Tag untuk LTH supply susut tetap betul. Datanya satu sumber sekunder dan masih belum boleh disahkan.

Apa yang kita terlepas pandang. Kita letak Brent dan ETF outflow sebagai syarat bagi Bearish, bukan sebagai pencetus yang sedang berlaku. Brent akhirnya ditutup $116.72 dan outflow sehari melepasi $300M, kedua-dua syarat dipenuhi, tetapi harga tidak junam. Itu sendiri pelajaran: syarat bearish kita betul, magnitudnya terlalu lemah untuk memecahkan lantai pada hari bursa. Yang memecahkannya ialah headline geopolitik pada hujung minggu dengan liquiditi nipis. Kita langsung tidak meletakkan risiko itu di meja: MISS. Satu lagi tekaan yang tersasar ialah 20Y auction. Kita jadikannya penentu hampir binari. Hasilnya ‘mixed’ (tail 0.9bp, yield 5.469%) dan pasaran bergerak kerana perkara lain.

Layer 1
Situasi Semasa | Support $80K Retak Sebentar, Sunday Close Menentukan Nada Menjelang FOMC

BTC berada di $80,265 pada petang Ahad 25 Okt, selepas minggu yang bermula dengan breakout palsu dan berakhir dengan spike ke bawah. Selasa 20 Okt BTC sekitar $81,700. Rabu 21 Okt naik ke hampir $84,900 selepas tech rebound dan keputusan OCC memuktamadkan peraturan stablecoin. Khamis semuanya dibalikkan: Nasdaq jatuh 2.6% pada kebimbangan capex AI, Brent melepasi $115 dan Iran dilaporkan menyerang tanker. Sabtu, laporan WSJ bahawa AS mengosongkan kakitangan dari kedutaan dan pangkalan di Timur Tengah menolak BTC ke $79,263, paras terendah sejak 18 September. Liquidation 24 jam mencecah $820.8 juta, dan $239.7 juta daripadanya ialah BTC, 93% long. Kitaran Khamis hingga Rabu ini ditutup oleh FOMC pada 28 Okt.

BTC/USDT — 3 Hour | Oktober 2026 | Binance via TradingView | 25 Okt 09:39 UTC

BTC 3H Chart 25 Oktober 2026

Struktur Trend (1D, 3H, 1H): Pada , BTC terkurung dalam julat $79,300 hingga $87,400 sejak 22 September dengan puncak yang menurun: $87,400, $87,200, $86,900, $84,300 dan $83,100, sebelum percubaan 21 Okt ke $84,900 yang gagal dikekalkan. Support $80,000 diuji berulang kali sejak 8 Okt ($80,400), 15 Okt ($79,700) dan 18 Okt ($80,600), dan kali keempat, Sabtu, ia pecah buat pertama kali pada intraday. Pada , puncak menurun dari $84,900 ke $82,000 (23 Okt) dan kini ke $81,400, membentuk segi tiga menurun yang akhirnya ditembusi ke bawah. Pada , spike ke $79,263 diikuti pemulihan pantas ke sekitar $80,900, kemudian meleleh balik ke $80,265. Ketiga-tiga timeframe sependapat: tekanan di bawah, tetapi belum ada penerimaan harga di bawah $80,000.

Fasa Semasa (1D, 3H, 1H): Fasa digestion selepas flush. Pergerakan Sabtu ialah sweep di bawah lantai pada liquiditi hujung minggu yang nipis, bukan breakdown yang disahkan oleh Daily close. Volume dan liquidation memuncak di low, kemudian reda. Pada harga kini duduk di bawah semua puncak jam yang dibuat Jumaat, jadi pembeli belum menuntut semula apa-apa. Ahad petang ini harga hanya $265 di atas lantai, dengan Daily close Ahad (00:00 UTC Isnin) sebagai ujian pertama sama ada Sabtu ialah sweep atau permulaan.

Key Level (1D, 3H, 1H): Resistance terdekat $81,400 dan $82,000 , high 23 Okt. Di atasnya neckline $82,814 , kemudian $83,100 , $84,900 (high 21 Okt) dan $87,400 , siling julat. Support: $80,000 (support psikologi, kini diuji dari bawah), $79,263 (low 24 Okt), kemudian $77,900 dan zon $76,700 hingga $72,500 sebagai sokongan seterusnya. Rujukan penutup utama minggu ini bukan penutup Isnin, tetapi Daily close Rabu 28 Okt (00:00 UTC Khamis 29 Okt), enam jam selepas FOMC. Daily close Ahad kekal sebagai rujukan sampingan.

Scenario (1H, 3H, 1D): Pada , hold di atas $80,000 dengan pemulihan di atas $81,400 membuka ujian $82,000. Pada , penutup di atas $82,000 baru mengubah segi tiga menurun daripada bias ke bawah kepada neutral. Pada , tuntutan semula $82,814 dengan Daily close ialah syarat minimum untuk bias naik, dan tanpa itu julat $79,300 hingga $82,000 kekal tempat tinggal paling mungkin menjelang FOMC. Jika Daily close Rabu berada di bawah $79,263, sasaran seterusnya ialah $77,900, kemudian $76,700.

Certain Support $80,000 pecah pada intraday tetapi tidak pada Daily close. Itu perbezaan yang kecil dalam angka dan besar dalam maksud. Sehingga Rabu 28 Okt, perkara yang kita perhatikan bukan harga Sabtu, tetapi sama ada ada sesiapa yang bersedia membeli di sini tanpa perlu dipaksa.
Layer 2
Price Structure | Peta Paras Selepas Lantai $80K Diuji Dari Bawah
Paras Harga Jenis remark Confidence
Terminal Price Upper Bound ~$287,800 Batas atas teori kitaran, turun dari $293,629 pada 20 Okt. BTC kini sekitar 3.6 kali ganda lebih rendah. Sumber: NewHedge/LookIntoBitcoin. Certain
$87,400 Siling Julat Resistance Major Siling julat sejak 22 September. Tidak disentuh dalam tiga minggu. Certain
$84,900 Resistance High 21 Okt. Breakout palsu: ditembusi sebentar dan ditolak penuh dalam 24 jam. Certain
$83,100 Resistance High 19 Okt dan sempadan atas Base Case minggu lepas. Certain
$82,814 Neckline Resistance Paras yang mesti ditebus semula dengan Daily close untuk bias naik. Certain
$82,000 Resistance High 23 Okt. Pembeli gagal menembusi hari Jumaat. Certain
$80,265 ← HARGA SEMASA Digestion Selepas Flush 25 Okt 2026, 09:44 UTC (Binance). Daily close Sabtu sekitar $80,800 . Certain
$80,000 Support Psikologi Pecah pada intraday Sabtu. Daily close masih di atasnya. Certain
$79,263 Support / Low Julat Low 24 Okt. Terendah sejak 18 September. Certain
$77,900 Support Seterusnya Rujukan BeInCrypto. Sasaran pertama jika Daily close Rabu di bawah $79,263. Likely
$76,700 — $72,500 Support Demand Zon sokongan dalam, belum diuji sejak September. Likely
STH Realized Price Retail Baru ~$71K Cost basis pelabur baharu. BTC kini sekitar 13% di atasnya. Anchored estimate, ralat sekitar 5%. Likely
Overall Realized Price Keseluruhan ~$52K Cost basis agregat. BTC kini sekitar 55% di atasnya. Anchored estimate. Likely
LTH Realized Price Smart Money ~$48K Cost basis long-term holder. BTC kini sekitar 68% di atasnya. Anchored estimate. Likely
Balanced Price Fair Value ~$38K Fair value model. Realized Price tolak Transferred Price (~$13.7K). Anchored estimate. Likely
Certain Jarak antara harga semasa dan STH Realized Price (~$71K) mengecil menjadi sekitar 13%. Sebulan lepas jarak itu lebih besar. Cost basis pelabur jangka pendek turun sebab kumpulan baru masuk di paras lebih rendah, dan kumpulan inilah yang paling mudah dipaksa jual kalau support $77,900 hilang. Pelabur jangka panjang pula duduk jauh di bawah, ratusan peratus dalam untung, dan tidak ada sebab mereka bergerak minggu ini.

BTC Dominance (data gap): Guessing Tiada carta BTC.D minggu ini dan angka terkini tidak dapat diambil secara langsung. Bacaan terakhir yang disahkan ialah 60.65% pada 20 Okt. ETH jatuh sekitar 5% (ke $2,290 hingga $2,330) manakala BTC turun sekitar 2% dalam tempoh sama, jadi dominance kemungkinan naik sedikit, tetapi ini tekaan arah, bukan angka. Ia dilabel data gap dan conviction dikurangkan di bahagian itu.

Capital Flow: Guessing Bekalan stablecoin dan TVL DeFi tidak dapat disahkan minggu ini. Bacaan terakhir (19 hingga 20 Okt): USDT $183.5B, USDC $72.6B; TVL Ethereum $49.4B, Base $6.17B, BSC $5.93B, Solana $5.88B. Apa yang boleh dikatakan dengan yakin ialah aliran ETF, dan itu bercampur: BTC spot ETF menambah $301.2M untuk minggu itu tetapi hampir semua masuk dalam tiga hari pertama, manakala ETH spot ETF keluar $220.7M. Modal institusi belum meninggalkan BTC, tetapi ia juga sudah berhenti mengejar.

Layer 3
On-Chain Intelligence | Smart Money Diam, Retail Baharu Paling Terdedah, Dan Beberapa Data Yang Tidak Dapat Disahkan
Nota Data Minggu Ini

Certain Nilai Realized Price, Balanced Price, NUPL, RHODL dan SOPR dalam bahagian ini dibaca daripada carta LookIntoBitcoin yang dikongsi pada 25 Okt dan dilabel anchored estimate dengan ralat sekitar 5%. Terminal Price diambil terus daripada NewHedge ($287,812.66). Data wallet whale (Arkham, Lookonchain), funding rate dan open interest agregat, bekalan stablecoin serta TVL tidak dapat diakses secara langsung minggu ini dan ditanda sebagai data gap. Conviction on-chain dilaraskan ke bawah sewajarnya.

Likely NUPL ~0.35 (Optimism/Anxiety): Kekal di zon yang sama walaupun harga turun lebih $4,500 dari puncak Rabu. Majoriti pegangan masih dalam untung sederhana. Belum ada tanda capitulation yang biasanya muncul bila NUPL menembusi bawah 0.25. Fasa ini sudah lama berlangsung, dan fasa panjang biasanya berakhir dengan satu pergerakan keras, bukan pereputan perlahan.

Likely MVRV sekitar 1.55: Market cap sekitar 1.55 kali Realized Cap, jauh dari zon merah. Z-Score berada di zon rendah hingga normal. Tiada tekanan overvaluation, yang bermakna jatuh dari sini tidak ditolak oleh sebab valuasi. Ia ditolak oleh aliran, bukan oleh nilai.

Likely SOPR hampir 1.0: Bar harian kecil dan hampir rata, dengan sekumpulan merah kecil hujung minggu. Holder yang menjual masih menjual hampir pada harga beli mereka, bukan dalam kerugian besar. Ini bukan capitulation. Ia keadaan di mana pembeli dan penjual hanya bertukar tangan pada harga yang sama dan tiada siapa yang mengalah.

Likely RHODL Ratio sekitar 850: Zon pertengahan, berayun sekitar 800 hingga 1,100 pada carta terkini dan jauh dari zon FOMO puncak. Pegangan jangka pendek tidak menunjukkan euforia. Selari dengan Fear and Greed 44.

Certain Terminal Price ~$287,800: Turun daripada $293,629 pada 20 Okt kerana BTC jatuh dan Transferred Price menyesuaikan. BTC sekitar 3.6 kali ganda di bawah paras ini. Signal jual kitaran tidak relevan pada jarak ini.

Likely Realized Price Framework: STH Realized ~$71K (BTC sekitar 13% di atas), Overall Realized ~$52K (sekitar 55% di atas), LTH Realized ~$48K (sekitar 68% di atas), Balanced Price ~$38K (sekitar 110% di atas). Hanya kumpulan pertama yang cushion-nya nipis. Tiga yang lain jauh dalam untung. Struktur ini sama seperti minggu lepas: yang boleh dipaksa jual ialah retail baharu dan pemegang leverage, bukan smart money.

Fear & Greed Index — CMC | 25 Okt 2026 | coinmarketcap.com/charts/fear-and-greed-index

Fear and Greed Index CMC 25 Oktober 2026

Certain Fear & Greed 44 (Neutral): Semalam 46, minggu lepas 49 dan bulan lepas 73. Penurunan 29 mata dalam sebulan, tetapi masih jauh dari ketakutan sebenar. High 2026 ialah 82 (27 Ogos), low 5 (6 Feb). Sentimen sudah luntur tanpa pernah sampai ke panik. Kalau lantai betul-betul pecah, ruang untuk bacaan ini jatuh masih besar.

Terminal Price
~$287.8K
Upper bound. BTC sekitar 3.6 kali ganda di bawah.
NUPL 0.50 — 0.75
Belief/Denial
Bull matang. Belum di sini.
~0.35 ◀ KITA
Optimism/Anxiety
Zon yang sama walaupun harga turun.
Balanced Price
~$38K
Fair value. BTC sekitar 110% di atas.
ETF BTC Spot (Farside, minggu 19 hingga 23 Okt)
+$301.2M
Isnin hingga Rabu masuk $1,074.7M. Khamis keluar $635.6M, outflow harian terbesar sejak 25 Jun. Jumaat keluar $137.9M (IBIT $110.3M). Data provisional.
ETF ETH Spot
−$220.7M
Khamis keluar $110.6M, Jumaat masuk $4.4M. Dua minggu sebelumnya keluar $228M dan $681M untuk BTC. Institusi lebih berhati-hati pada ETH.
Liquidation 24 Okt (CoinGlass)
$820.8M
BTC $239.7M (93% long), ETH $188.2M, SOL $32.9M. BeInCrypto menulis $837M dengan 82.8% long. Dua sumber, angka berbeza, arah sama.
Kos Asas Treasury Korporat (Glassnode)
~$80,000
Purata kos asas syarikat pemegang BTC berada hampir tepat di harga semasa. Ramai kini di paras pulang modal atau rugi kecil.
Funding / Open Interest
Data Gap
Angka agregat tidak dapat diambil. Bacaan terakhir (17 Okt): funding sekitar positif 0.0035% setiap 8 jam. Liquidation hujung minggu menunjukkan leverage long jauh lebih tebal daripada bacaan itu.
Whale / Wallet / Exchange Flow
Data Gap
Arkham dan Lookonchain tidak dapat diakses. Tiada klaim whale accumulate atau distribute dibuat minggu ini.
Likely Sintesis: on-chain menunjukkan tiada tekanan struktur yang memaksa harga turun jauh. Smart money jauh dalam untung dan diam, valuasi tidak melampau, dan sentimen belum panik. Tetapi bukti pembeli baharu yang agresif juga tiada: ETF flow separuh minggu negatif, cost basis treasury betul-betul di harga semasa, dan retail baharu sudah menipis cushion-nya. Satu lapisan (valuasi) menyokong, satu lapisan (aliran) tidak. Ini confluence yang lemah ke kedua-dua arah.
Layer 4
Macro Deep Dive | FOMC Rabu, Brent $116, Dan Yield 10Y Yang Berhenti Di 5%

Di atas kertas, FOMC 28 Okt ialah event paling mudah dijangka tahun ini. Pasaran meletakkan hold sekitar 91% (CME dan Kalshi antara 90.6% dan 92%), hike hanya sekitar 9%. Kadar kekal 3.75% hingga 4.00% selepas hike September, yang pertama sejak 2023. Masalahnya, event yang sudah dijangka jarang menggerakkan harga. Yang menggerakkannya ialah apa yang dikatakan selepas keputusan, dan di situ pasaran tidak sepakat.

Kenyataan Warsh Yang Dijangka Sukar Dibaca: Certain Pada 15 dan 16 Okt di Bangkok, Warsh berkata beliau tidak pre-judge mesyuarat, dan menggelar Oktober serta Disember sebagai crystallising moments. Fed dalam tempoh blackout. Tiada panduan baharu sehingga Rabu 2:00 petang ET.

Disember Lebih Penting Daripada Oktober: Likely Peluang hike 25bp pada Disember dipetakan antara sekitar 70% hingga 84% ikut sumber (Kalshi 68% pada 21 Okt, CME sekitar 71% pada 23 Okt, satu sumber lain 84%). Julatnya sendiri satu mesej: pasaran belum pasti, tetapi semua sumber bersetuju ia lebih daripada separuh. Hold Rabu yang disertai bahasa yang membuka pintu Disember akan dibaca sebagai hawkish, walaupun keputusan hari itu sama sekali tidak berubah.

Yield, Dolar Dan Minyak: Certain US10Y ditutup 4.999%, 2Y 4.69%, 30Y 5.33%. DXY 101.79. Brent Disember $116.72, tertinggi settle sejak 29 April, WTI $103.27. Emas jatuh sekitar 1.3% ke $4,008. S&P 500 7,623.68, Nasdaq 25,955.34, VIX 19.45. Flash PMI pembuatan 56.0, tertinggi dalam 53 bulan, dan jangkaan inflasi satu tahun 4.7%. Ekonomi tidak lemah. Itulah sebabnya yield tidak turun walaupun risiko geopolitik naik: pasaran menjual duration dan membeli minyak, bukan membeli selamat.

Lelongan 20Y 21 Okt: Certain $13B pada yield 5.469% (WI 5.460%, tail 0.9bp), bid-to-cover 2.73 kali, indirect 58.2% berbanding purata 65.2%. Gred C, mixed. Pembeli asing kurang daripada biasa, dealer menyerap lebih. Tiada kecemasan, tetapi tiada permintaan yang menenangkan.

Dovish Hold
15%
BTC: Positif, $82K hingga $84K
Hold dengan bahasa bahawa kitaran hike berhenti atau Disember tidak dijamin. Yield 10Y bawah 4.9%, dolar lemah. Bacaan : Warsh baharu dan mahu elak label hawkish.
Neutral Hold
45%
BTC: Julat, $79K hingga $82K
Hold, data dependent, Disember dibiar terbuka tanpa isyarat. Pasaran tiada alasan untuk reprice. Volatiliti jatuh selepas penutup Rabu.
Hawkish Hold / Hike
40%
BTC: Negatif, $76.7K hingga $79K
Hold yang menandakan Disember secara eksplisit, atau hike kejutan (sekitar 9% menurut pasaran). Yield 10Y melepasi 5.1%, tekanan pada leverage long yang baru dibina semula.

Certain Hold ~91% = angka pasaran. Guessing Pecahan nada 15/45/40 = anggaran saya, bukan data pasaran.

Human Pressure Lens

Yang terpaksa jual Sabtu lepas bukan holder jangka panjang. Mereka dalam untung ratusan peratus dan tidak menjual sebiji pun. Yang terpaksa ialah pemegang long berleveraj yang masuk posisi semasa rally Rabu ke $84,900, kemudian terperangkap bila Nasdaq jatuh 2.6% pada Khamis, dan akhirnya dihabisi oleh satu headline pada hujung minggu apabila liquiditi paling nipis. $239.7 juta liquidation BTC, 93% long. Tekanan ini sementara, bukan berstruktur: posisi itu sudah dibersihkan. Tetapi ada satu lagi golongan yang tidak terpaksa jual hari ini dan mungkin terpaksa pada hari lain, iaitu syarikat treasury dengan kos asas purata sekitar $80,000. Mereka tidak menjual kerana tidak mahu merealisasikan kerugian. Selagi harga kekal di sini, itu bukan tekanan. Bila harga berada cukup lama di bawah, ia jadi soal lain.

Luno x Mycryptoversity

Partner Rasmi Mycryptoversity
Beli Bitcoin Pertama Korang
Dengan Selamat Di Luno
Luno adalah exchange kripto berlesen oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sejak 2019. Beli BTC, ETH, XRP dan LTC dengan mudah mulai RM50.

Daftar Sekarang →

luno.com/invite/Y85B6

QR Luno

Scan Untuk Daftar
ⓘ Pautan affiliate Mycryptoversity. Luno berlesen SC Malaysia. Buat kajian sendiri sebelum melabur.
Layer 5
Scenario Planning | Dua Fasa, Dipisahkan Oleh FOMC

Pasaran sebenar bergerak dalam kitaran Khamis hingga Rabu, dan FOMC Rabu menutup kitaran. Maka scenario dibahagi dua. Fasa 1 dinilai pada Daily close Rabu 28 Okt (00:00 UTC Khamis 29 Okt) sebagai penutup rujukan utama. Daily close Ahad kekal rujukan sampingan. Fasa 2 ialah kitaran baharu dan akan dikira semula selepas keputusan Fed.

Fasa 1 — Ahad 25 Hingga Rabu 28 Okt
Hingga FOMC. Probability berjumlah 100%
Bullish
20%
Target: $82,000 — $83,100
Daily close Ahad kekal di atas $80,000 dan 3H menutup di atas $82,000 sebelum FOMC. Brent reda di bawah $110, US10Y kekal bawah 5.05%, ETF kembali masuk. Pemulihan kepada neckline $82,814.
Base Case
45%
Range: $79,300 — $82,000
Pemampatan menunggu Rabu. Tiada pembeli agresif, tiada penjual terpaksa. Pergerakan dalam julat yang sama seperti minggu lepas, dengan lantai $79,263 diuji semula sekali lagi.
Bearish
35%
Target: $77,900 — $79,000
Headline Timur Tengah lain atau Brent melepasi $120. Daily close Rabu di bawah $79,263. ETF outflow berulang melebihi $300M sehari. Leverage long baharu dibersihkan sekali lagi.
Fasa 2 — Khamis 29 Hingga Sabtu 31 Okt
Kitaran baharu. Bersyarat pada keputusan Fed, GDP dan PCE
Bullish
25%
Target: $83,100 — $84,900
Fed neutral atau dovish, PCE tidak menyimpang dari nowcast, GDP kukuh tanpa memanaskan yield. Daily close Jumaat di atas $82,814.
Base Case
40%
Range: $78,000 — $82,800
Volatiliti selepas FOMC reda, expiry Deribit Jumaat menarik harga ke sekitar max pain. Julat lebih lebar kerana event density Khamis hingga Jumaat.
Bearish
35%
Target: $75,000 — $77,900
Hawkish hold, PCE teras melepasi 3.1%, yield 10Y kembali melepasi 5.1%. Zon $76,700 hingga $72,500 menjadi sasaran, dengan STH Realized ~$71K sebagai lantai psikologi pelabur baharu.

Guessing Probability kedua-dua fasa ialah anggaran saya berdasarkan struktur harga, aliran ETF dan odds pasaran, bukan output model.

DUA SUMBER BACAAN DARI MYCRYPTOVERSITY

Untuk Perjalanan Korang Seterusnya, Kalau Korang Serius Nak Berjaya

Kalau korang serius nak faham kripto, nak jadi seorang Coiner yang Berjaya, 2 bahan bacaan ini bukan lagi pilihan, tetapi ia adalah satu KEWAJIPAN untuk korang miliki.
Senarai Sumber Bacaan
Panduan Lengkap Pemula Kripto

Produk 01

Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain

Buku ini bukan sekadar buku, tetapi sebuah kompas rujukan yang wajib dimiliki semua yang ingin menjadi Coiner Berjaya, tak kira samada anda seorang pemula atau dah lama dalam dunia Kripto & Blockchain.

Ia mengupas asas Bitcoin, Altcoin, Blockchain, cara beli, simpan, elak scam, cara screening projek yang berpotensi, hinggalah ke strategi pelaburan jangka panjang. Ramai coiner terjerat dengan scam atau rugi kerana masuk tanpa ilmu, jadi buku ini hadir sebagai pelindung dan panduan sebenar.

Layer 6
Catalyst Deep Dive | FOMC, GDP Dan PCE, Iran Dan Jam Yang Berdetik Untuk MSCI
Fasa 1
Ahad hingga Rabu (25-28 Okt)

Iran Dan Brent: Certain Satu-satunya pemacu yang betul-betul menggerakkan harga minggu lepas ialah geopolitik. Laporan WSJ tentang pengosongan kakitangan AS dari kedutaan dan pangkalan di Timur Tengah, memo DNI bahawa Iran telah meningkatkan usaha menyasarkan kakitangan AS, dan kenyataan Trump tentang satu lagi Epic Fury selepas pilihan raya tengah penggal. Houthi menyerang Arab Saudi dan AS mengarahkan kakitangan bukan penting meninggalkan negara itu. Brent $116.72. Selagi ini aktif, setiap hujung minggu adalah risiko, sebab liquiditi nipis dan pasaran tradisional tertutup.

Ujian Rabu, Dua Peringkat: Certain FOMC pada 2:00 petang ET diikuti sidang akhbar Warsh. Selepas penutupan bursa, Alphabet dan Microsoft melaporkan hasil. Kedua-duanya bersangkutan dengan naratif capex AI yang menjatuhkan Nasdaq Khamis lepas. Kombinasi keputusan Fed dan hasil Big Tech dalam satu malam ialah sebab Daily close Rabu 00:00 UTC Khamis lebih bermakna daripada penutup hari lain minggu ini.

Fasa 2
Khamis hingga Sabtu (29-31 Okt)

GDP Dan PCE, Khamis 29 Okt: Likely GDP Q3 advance dijangka sekitar 3.2% (GDPNow 3.5%, sebelum ini 2.2%). PCE September mengikut nowcast Cleveland Fed: teras 3.1% y/y (sebelum ini 3.0%), headline 3.6% (sebelum ini 3.4%). Ini nowcast, bukan konsensus rasmi. Pertumbuhan kuat bersama inflasi yang naik ialah gabungan yang mengunci pintu Disember terbuka. Jobless claims dijangka sekitar 196K (sebelum ini 194K). ECB dijangka hold.

BOJ, Fed Speakers Dan Expiry Deribit, Jumaat 30 Okt: Guessing BOJ dijangka hold di 1.25%. Daly dan Musalem berucap, dan ini peluang pertama untuk mendengar tafsiran pegawai Fed selepas FOMC. Expiry opsyen Deribit meliputi sekitar 35% open interest (sekitar $10.7B hingga $11.3B), call wall $95,000 dan max pain antara $78,000 hingga $79,000. Angka ini datang daripada satu sumber yang sebelum ini bercanggah, jadi gunakan sebagai arah, bukan paras tepat.

MSCI, Tekanan Struktur Yang Berdetik: Likely MSCI memuktamadkan peraturan pada 15 Okt (The Block) dan berkuat kuasa pada kajian indeks November. Senarai muktamad syarikat terjejas diumumkan 11 Nov. Syarikat yang berisiko termasuk Strategy, Metaplanet, SharpLink dan Yellow Cake. Ini bukan jualan minggu ini, tetapi aliran pasif yang perlu keluar bila senarai dimuktamadkan. Pasaran biasanya mula meletakkan harga lebih awal, jadi tekanan ini boleh mula dirasakan sebelum 11 Nov.

Pilihan Raya Tengah Penggal, 3 Nov: Certain Trump telah mengaitkan tindakan ketenteraan lanjut dengan selepas pilihan raya. Itu menjadikan minggu terakhir Oktober tempoh di mana premium risiko geopolitik tidak boleh dilepaskan sepenuhnya.

Certain Brent $116.72 dan US10Y hampir 5.0% berlaku serentak dengan PMI pembuatan tertinggi dalam 53 bulan. Ini bukan kemelesetan. Ini inflasi bekalan dalam ekonomi yang kuat, kombinasi yang paling sukar bagi Fed dan paling tidak mesra bagi aset berisiko.
Layer 7
Institutional Targets | Apa Yang Tangan Besar Sebenarnya Lakukan, Bukan Katakan
Cowen
Close Mingguan Bawah $83,000
Menurut Cowen, close mingguan di bawah $83,000 menyokong pandangan bearish mereka. Close Jumaat lepas sekitar $81K sudah di bawah garis itu.
Glassnode
Kos Treasury ~$80,000
Purata kos asas treasury korporat dianggarkan sekitar $80,000. BTC kini sekitar paras itu, bermakna kumpulan ini sedang di paras pulang modal.
Spot ETF Flows (Farside)
+$301.2M Minggu Lepas
Tiga hari pertama masuk $1,074.7M, dua hari terakhir keluar $773.5M. Aliran bersih positif tetapi arah semasa negatif. Data provisional.
Kalshi / CME
Hold ~91% | Disember ~70% hingga 84%
Pasaran meletakkan hold pada Oktober hampir pasti, tetapi hike Disember lebih daripada separuh. Ini harga bagi penjelasan Warsh, bukan keputusan Rabu.
BeInCrypto
Support $77,876
Sokongan seterusnya jika $79,263 gagal, diikuti $76,700 hingga $72,500. Julat serupa dengan zon yang kita petakan.
NewHedge / LookIntoBitcoin
Terminal ~$287.8K
Batas atas kitaran masih jauh. Model on-chain tidak memberi isyarat jual atau beli pada jarak ini.
Hard Truth

Support $80,000 yang kita pantau berminggu dalam laporan ini tidak dipertahankan oleh pembeli yang yakin. Ia dipertahankan oleh orang yang rugi kalau mereka jual. Kos asas purata treasury korporat ialah $80,000, STH Realized dan cost basis retail baharu bergerak ke bawah mendekati harga, dan ETF flow berhenti mengejar. Tiada permintaan agresif di bawah sana, hanya kekurangan paksaan untuk menjual. Itu cukup untuk menahan harga selagi tiada pencetus. Hujung minggu lepas ialah pencetus kecil, dan support bergerak $740. Pencetus yang lebih besar bukan mustahil sebelum 11 Nov.

Layer 8
Risk Assessment | Tailwinds vs Headwinds Minggu Ini

Tailwinds — Yang Sokong BTC

  • →Smart money tidak bergerak. LTH Realized ~$48K dan Overall Realized ~$52K menunjukkan majoriti pegangan jauh dalam untung. Tiada tanda distribution.
  • →Leverage long sudah dibersihkan Sabtu: $820.8 juta liquidation, 93% long untuk BTC. Posisi paling rapuh sudah keluar.
  • →Valuasi tidak melampau: NUPL ~0.35, MVRV sekitar 1.55, Fear and Greed 44. Tiada overvaluation untuk dibetulkan.
  • →Hold FOMC hampir pasti (~91%), jadi risiko kejutan Rabu kecil dari sudut keputusan.
  • →ETF masih mencatat bersih +$301.2M minggu lepas. Pembeli institusi belum keluar, hanya berhenti mengejar.
  • →PMI pembuatan 56.0 menunjukkan ekonomi kukuh. Bukan latar belakang kemelesetan.

Headwinds — Yang Boleh Tekan BTC

  • →Brent $116.72 dan Iran: pencetus geopolitik yang masih aktif, dengan risiko berulang setiap hujung minggu.
  • →US10Y 4.999% dan US30Y 5.33%. Kos peluang tinggi, dan hike Disember dipetakan antara 70% hingga 84%.
  • →Outflow ETF Khamis $635.6M, terbesar sejak 25 Jun. Dua hari terakhir minggu lepas keluar $773.5M.
  • →Kos asas treasury korporat sekitar $80,000, betul-betul di harga semasa. MSCI memuktamadkan senarai pada 11 Nov.
  • →Segi tiga menurun 3H ditembusi ke bawah, dan lantai $80,000 sudah retak pada intraday.
  • →Padat event Khamis hingga Jumaat (GDP, PCE, ECB, BOJ, expiry Deribit) menyusuli FOMC, jadi volatiliti tidak berakhir pada Rabu.
30 Days War Map

Produk 02

30 Days War Map | Survival Psikologi Dalam Trading

Korang dah tahu strategi. Tapi kenapa masih rugi? Sebab musuh korang sebenar bukan market… ia dalam kepala korang sendiri.

eBook 30 War Map ni untuk korang faham bagaimana emosi, ego, dan gameplan market yang memusnahkan pelan yang rasional. Ini bukan teori. Ini pengalaman 18 tahun dalam market yang ditulis supaya korang tidak ulang kesilapan yang sama.

© Mycryptoversity. Hak Cipta Terpelihara.

Layer 9
Event Calendar | 25 Oktober hingga 11 Disember 2026
Ahad 25
Fasa 1
Daily Close Ahad (00:00 UTC Isnin) SEDANG
Rujukan sampingan. Menunjukkan sama ada spike Sabtu ialah sweep atau permulaan.
Selasa 27
Fasa 1
US Consumer Confidence, ADP Mingguan, Richmond Fed SEDANG
Consumer confidence dijangka 80.5 (sebelum ini 81.9). Boeing melaporkan hasil.
Rabu 28
Fasa 1
FOMC 2:00 Petang ET dan Sidang Akhbar Warsh KRITIS
Hold ~91%. Yang dibaca ialah nada tentang Disember (70% hingga 84%). Pukul 2:00 pagi Khamis waktu Malaysia. Alphabet dan Microsoft melaporkan hasil selepas bursa tutup.
Rabu 28
Penutup Rujukan
Daily Close Rabu (00:00 UTC Khamis 29 Okt) KRITIS
Penutup rujukan utama Fasa 1. Enam jam selepas FOMC. Menetapkan bias untuk kitaran baharu.
Khamis 29
Fasa 2
GDP Q3 Advance, PCE September, Jobless Claims, ECB TINGGI
GDP dijangka ~3.2%. PCE teras nowcast 3.1% y/y. Claims ~196K. ECB dijangka hold. Amazon, Intel, Eli Lilly dan Samsung melaporkan hasil.
Jumaat 30
Fasa 2
BOJ, Daly dan Musalem, Expiry Deribit TINGGI
BOJ dijangka hold 1.25%. Opsyen Deribit meliputi ~35% open interest. Exxon melaporkan hasil.
3 Nov
Pilihan Raya Tengah Penggal AS TINGGI
Trump mengaitkan tindakan lanjut terhadap Iran dengan selepas pilihan raya.
11 Nov
Senarai Muktamad MSCI TINGGI
Syarikat treasury kripto yang terjejas diumumkan. Peraturan berkuat kuasa pada kajian indeks November.
11 Dis
Deadline CR Seterusnya SEDANG
Pembiayaan kerajaan tamat lagi. Bertembung dengan tempoh liquiditi nipis Disember.
Layer 10
Directional Lean | Bias Sedikit Ke Bawah Sehingga FOMC, Support $80K Retak Tapi Belum Pecah
Directional Lean — 25 Oktober 2026 — Signal Tier 2
Julat Memampat Dengan Bias Sedikit Ke Bawah. Lantai $80K Tidak Dipertahankan, Ia Cuma Belum Ada Sebab Untuk Dilepaskan.
Certain Minggu lepas membuktikan dua perkara. Satu, headline geopolitik pada hujung minggu mampu memecahkan lantai pada intraday, sebab liquiditi nipis dan leverage long masih tebal. Dua, Daily close tidak mengikut: Sabtu ditutup di atas $80,000. Jarak antara kedua-dua fakta ini ialah seluruh perbincangan minggu ini.
Likely Menjelang Rabu, saya letak lean ke bawah walaupun kecil. Segi tiga menurun 3H sudah ditembusi, Brent $116.72 dan US10Y 4.999% tidak bergerak ke arah yang membantu, dan ETF flow separuh minggu negatif. Hold ~91% hampir pasti, jadi pasaran akan bergerak atas nada Warsh tentang Disember, bukan atas keputusan. Hawkish hold ialah risiko 40% saya, jauh lebih besar daripada dovish 15%.
Guessing Sama ada Rabu menghasilkan kejutan hawkish atau neutral tidak dapat saya tentukan, dan 15/45/40 ialah anggaran saya sahaja. Data wallet whale, funding dan stablecoin juga tidak boleh disahkan minggu ini, jadi saya tidak mendakwa apa-apa tentang accumulation. 18 tahun dalam market mengajar saya bahawa support yang dipertahankan oleh orang yang takut rugi, bukan orang yang yakin, biasanya bertahan lama sehingga ia tidak lagi bertahan.
Thesis bias ke bawah gugur jika: (1) Daily close Rabu 28 Okt (00:00 UTC Khamis 29 Okt) berada di atas $82,814 , neckline yang mengubah struktur daripada julat menurun kepada neutral; (2) ETF kembali masuk melebihi $300M sehari selama dua hari berturut, dengan US10Y turun di bawah 4.9%; atau (3) Brent jatuh di bawah $105 tanpa kenaikan yield. Bias ke bawah disahkan jika Daily close Rabu di bawah $79,263, dengan sasaran pertama $77,900 dan kedua $76,700.
Conviction Level — Rendah Hingga Sederhana / Tier 2 Emerging Signal / Julat $79,300 hingga $82,000 Menjelang FOMC / Rujukan Penutup: Daily Close Rabu 28 Okt / Saiz Posisi Konservatif, Elak Leverage Tinggi Sebelum Rabu
Sabtu menunjukkan lantai $80,000 boleh pecah dalam beberapa jam. Daily close menunjukkan ia belum pecah. Dalam 18 tahun, saya belajar bahawa paras yang paling lama bertahan ialah paras yang paling ramai orang takut untuk lepaskan dan bila takut itu bertukar menjadi keperluan, paras itu jarang jatuh perlahan. Kalau support ini dipegang bukan oleh pembeli, tetapi oleh mereka yang rugi kalau jual, agak-agak siapakah yang akan mula mengalah dulu?

PROFIL EKSEKUTIF PENULIS

Pengurusan Risiko Pasaran & Pengasas Komuniti | Mycryptoversity

Cikgu Mayee Nazrich

Pengasas & Ketua Strategi | Mycryptoversity

Cikgu Mayee Nazrich adalah salah seorang Crypto Community Builder Malaysia dan pengasas MyCryptoversity sejak 2016. Beliau juga adalah salah seorang “Crypto OG” di Malaysia. Memulakan penglibatan profesional dalam industri pengurusan kekayaan sejak tahun 2008, beliau berpengalaman sebagai perunding kewangan berlesen (FIMM) sehingga 2017 dan aktif menguruskan portfolio ekuiti di Bursa Malaysia (2008 hingga 2015), pengamal dan penganalisis Teknikal Analisa, Fundamental dan Makro Ekonomi (2012 hingga kini) serta penulis di Blog www.mycryptoversity.net

“Saya mula mengenali Bitcoin tahun 2013 pada harga RM154, tapi saya tak beli sebab tak faham sehinggalah tahun 2015 baru saya beli pada harga Rm1,040. Dua tahun saya buang masa, tunggu faham dulu baru nak beli. Rupanya ini Silap, dari kesilapan itulah segalanya bermula.”
Cikgu Mayee Nazrich Bernama TV Cucuk Duit

Terlibat dalam dunia kewangan sejak 2008 sebagai perunding kewangan berlesen, Cikgu Mayee membawa pengalaman sebenar dari lantai pasaran ke dalam bilik darjah. Beliau bukan sahaja mengajar teori. Beliau mengajar dari luka, dari kesilapan dan dari keuntungan yang datang selepas keduanya.

Namun perjalanan itu tidak mudah. Pada tahun 2016, beliau ditipu dan kehilangan 114 BTC akibat scam. Pengalaman pahit itulah yang menjadi titik tolak. Bukan untuk berundur, tetapi untuk bangkit dan berkongsi. Masih pada tahun 2016, beliau melancarkan seminar “Bitcoin: Evolusi Kewangan” merentasi seluruh negara dan melahirkan Modul Berani Kripto yang sehingga kini telah melahirkan 17 orang jutawan kripto. Beliau juga pernah menjadi tetamu jemputan di Bernama TV dalam program Cucuk Duit (2021).

Dalam pasca fasa penstrukturan portfolio peribadi, beliau memfokuskan kepakaran kepada penganalisisan Teknikal, Fundamental, serta pemantauan aliran data Makro Ekonomi. Komitmen beliau dalam memberikan kesedaran perlindungan modal tercetus daripada pengalaman mitigasi risiko pasaran sebelum ini.

Hari ini, misi Cikgu Mayee kekal sama. Pastikan orang ramai tidak ulang kesilapan yang pernah dia buat sendiri.

Metrik Prestasi & Rekod Jejak Pasaran
18
Tahun Pengalaman dalam dunia Kewangan
9
Tahun Ekosistem Blockchain
17
Jutawan kripto telah dilahirkan
2016
Tahun Penubuhan Rasmi mycryptoversity

© Mycryptoversity Report Executive. Hak Cipta Terpelihara.

Related posts

Ketahuilah Cara Kenali Scammer dan Elak Daripada Ditipu

mssalha

Adakah Sekarang ni Masa Yang Sesuai Untuk Bina Portfolio Altcoin?

Nazrich

PARAH ! Lebih 14 Juta Bitcoin Kini ‘Terkunci’

Satch
error: Content is protected !!