27.6 C
Kuala Lumpur
September 2, 2026
Pendidikan

Adakah Sekarang ni Masa Yang Sesuai Untuk Bina Portfolio Altcoin?

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Lama saya tak menulis artikel, disebabkan ramai yang pm tanya saya pasal topik ni jadi saya tulis kat sini saja lah supaya semua dapat baca..tak larat nak balas pm sorang sorang 🙏🙏🙏

Kalau kita rujuk kepada sejarah yang lepas, September secara tradisinya adalah bulan yang paling teruk dari segi pulangan keuntungan untuk Bitcoin dan altcoin juga menjunam teruk berbanding dengan US dolar dan berdarah delima berbanding dengan Bitcoin, boleh dikatakan September ini adalah market yang paling teruk untuk crypto.

Disebabkan prestasi yang lepas lepas tu teruk macam ni (saya ada kongsi data sejak 2013 – 2023 dengan rakan circle MyCryptoversity), adakah awak semua rasa ini masa yang sesuai untuk kita semua mula membina portfolio altcoin yang berpotensi naik apabila Bullrun nanti?

Altcoins Boleh Turun Sehingga -70% dan seterusnya ke -90%

Setakat ini, September telah terbukti biasanya menjadi bulan yang paling teruk untuk pulangan purata Bitcoin dan oleh ini juga, peluang untuk kita lihat peningkatan untuk keseluruhan market crypto untuk bulan ini juga tidak berpotensi.

Bila harga Bitcoin terjun, altcoins lagi teruk kena pukul, ramai pelabur terutamanya yang Newbie, malah ada juga pelabur lama yang takde matlamat yang jelas (emosi koyak) akan cutloss untuk keluar dari market apabila tengok porfolio mereka surut turun -50%, -60% malah ada yang turun lebih daripada -70% berterusan kali ini.

Yang berkata, boleh dikatakan tepat pada masa-masa seperti ini bahawa pelabur mempunyai peluang terbaik untuk membina kedudukan altcoin yang boleh membawa mereka melalui bullrun nanti dan Insya-Allah dapat menghasilkan beberapa keuntungan yang hebat…insya-Allah.

>>> Daftar Akaun LUNO Anda Disni <<<

.

Nak Tahu Pasal Kekuatan Altcoins, Kita Kena Tahu Pasal Total3 Market Cap

Mungkin ada yang dah penah dengar/tahu pasal TOTAL3 Market Cap dan mungkin juga ada yang belum pernah dengar..Izinkan saya explain skit kat sini.

TOTAL3 ialah indeks yang mengukur jumlah permodalan pasaran mata (market cap) wang kripto tidak termasuk Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH). Biasanya kita guna Total3 Market Cap ini untuk mengukur prestasi dan nilai altcoins tanpa pengaruh dua aset kripto terbesar mengikut had pasaran iaitu Bitcoin dan Ethereum.

Jadi mengapakah TOTAL3 ni Penting? TOTAL3 MC ni memberikan kita gambaran yang lebih jelas tentang sentimen dan arah aliran pasaran altcoin yang bebas daripada BTC dan ETH. Dengan TOTAL3 MC ni kita boleh menganalisis kekuatan relatif dan potensi pertumbuhan altcoin berbanding keseluruhan pasaran crypto untuk kita kenal pasti bila ada wang mengalir keluar dari BTC/ETH dan ke altcoin, yang mana mudah bagi kita untuk detact “altseason”

Setakat 10 September 2024, jumlah keseluruhan market cap TOTAL3 adalah dalam sekitar $590-620 bilion. Penutupan mingguan melebihi jumlah $590 bilion boleh menandakan berakhirnya trend bearish untuk altcoin.

.

Total3 Market Cap Sedang Membuat Bull Flag Yang Cantik

Chart TOTAL3 diatas ini adalah jumlah marketcap semua mata wang kripto (altcoins), tidak termasuk Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH), dalam chart ni kita dapat lihat jumlah marketcap TOTAL3 sedang membuat pattern Bull Flag. Kita dapat lihat ekor candlestick telah terbentuk kat paras fibo 0.618 yang mana ini menunjukan bahawa permintaan untuk membeli di paras itu sangat kuat dan majoriti aset dibeli dengan cepat dan juga petanda yang menunjukkan bahawa ramai buyer bertahan di situ untuk mengekalkan harga.

Manakala paras fibo 0.786 pula menunjukkan bahawa itu adalah paras RBS untuk keseluruhan kenaikan pasaran harga ini, Jika TOTAL3 ini berjaya melepasi paras 0.382 besar kemungkinan kita akan dapat melihat altcoins rally.

Kat bahagian bawah chart pulak, Stochastic RSI telah menunjukkan ‘Golden Cross” di atas paras 20 – yang mana dengan sendirinya ini juga merupakan tanda ‘extremely bullish”\

 

Jumlah Market Cap Crypto Nampak Menaik

Kat atas tadi kita dah tengok market cap TOTAL3, sekarang jom kita add on market cap $BTC dan $ETH pula. Bila kita tengok chart Total Market Cap Crypto, kita dapat lihat pattern yang sama – iaitu lagi Bull Flag pattern cantik sedang terbentuk.

Kita boleh tengok kat chart diatas ni, pergerakan harga Total MarketCap telah menurun sehingga mencecah paras fibon 0.786 bersamaan dengan $1.73 trilion dan buat masa sekarang pergerakan harga pasaran memegang dengan baik di atas paras 0.618 fibonacci, yang mana ini kita boleh katakan ia bertindak sebagai paras sokongan.

Selain itu, kalau kita tengok kat bawah kat ruangan Stochastic RSI tu ada keluar 2 ‘fake out indi’ dan bila kita tengok kat garisan penunjuk tu ia kelihatan seolah-olah buyer boleh menolak semula ke atas. Kalau kita perasan benda yang sama berlaku masa market bearish 2018 dulu, ada 2-3 kali berlaku ‘fake out indi kat Stochastic RSI mingguan dan selepas berlaku fake out kali ketiga, kita dapat tengok market cap crypto telah membuat lonjakan besar sebanyak lebih dari +320% .

Baca juga >>> Apa Itu Liquidity & Mengapa Ia Penting

>>> Dapatkan buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain Disini <<<

Adakah Ini Masa Yang Sesuai Untuk Membina Portfolio Altcoin?

Jadi selepas baca perkongsian saya ini, apa pendapat korang semua?

Memandangkan purata altcoins dah junam lebih dari 70% daripada Last ATH mereka, pada pendapat saya memandangkan portfolio saya untuk Longterm, mungkin ini masa yang sesuai untuk saya memulakan DCA ke dalam altcoin tertentu pilihan saya. Sentimen jugak tak banyak sekarang dalam market crypto, campur plak September biasanya merupakan bulan yang lemau untuk Bitcoin dan dengan pemotongan kadar Fed yang diramalkan, ini mungkin tidak memberi kesan kecairan positif yang dijangkakan oleh pasaran.

Saya nampak sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya membina portfolio altcoin saya (awak semua saya tak tau) dan yang paling penting, ini hanyalah sekadar pendapat peribadi saya sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai Nasihat Kewangan atau Pelaburan, atau nasihat undang-undang, cukai dan sebagainya.

Pastikan korang buat analisa sendiri terlebih dahulu sebelum masuk market atau kalau korang masih newbie dan nak belajar pasal dunia Blockchain dan kripto, boleh la join kelas saya bulan depan.

Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto #TakPerluJadiLejenTapiJanganJadiMangsa
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.
© MyCryptoversity 

Related posts

XRP + XLM vs JP Morgan Coin + TCN + ONYX Blockchain?

Bossku CryptoVerse

Apa itu Keserasian Cross-Chain?

Hazim Mustapa

Altseason 2026: Adakah Ia Sekadar Harapan atau Realiti Yang Semakin Hampir?

Nazrich
error: Content is protected !!