Cryptocurrency

PARAH ! Lebih 14 Juta Bitcoin Kini ‘Terkunci’

Lebih 14 Juta Bitcoin Kini ‘Terkunci’ , Apa Kesan Masa Depan BTC?

Photo by Glassnote

.

Gais, kalau sembang pasal Bitcoin sekarang, memang lain macam, tengah ramai orang duk tanya, “Eh, betul ke BTC ni boleh kekal naik? Siapa yang dok pegang semua coin ni? Ada lagi ke peluang nak masuk awal?”

Jawapannya? Ya !

Tapi korang kena faham lah dulu apa yang sedang berlaku di belakang tabir.

.

Apa Itu ‘Illiquid BTC’?

Senang cerita  illiquid BTC  ni ialah Bitcoin yang disimpan oleh wallet yang jarang sangat jual. Secara teknikal, ini adalah wallet yang hanya berbelanja kurang daripada 25% daripada apa yang dia terima. Yang pegang ni bukan calang-calang orang Ooo:

  • HODLers tegar yang sanggup tunggu berkurun.
  • Wallet cold storage institusi.
  • Treasury syarikat besar.
  • Dan tak lupa juga OG BTC yang beli masa harga RM10 satu coin dulu.

Kita panggil geng ni geng “strong hands”  tangan yang tak menggigil masa market merah. 💪

.

Data Yang Mengejutkan

Dalam masa 30 hari lepas je, sebanyak 180,000 BTC masuk ke wallet jenis illiquid ni. Nilai kasar? Melebihi $18 bilion ikut harga semasa dan ini bukan kerja retail kecik-kecik. Ini kerja whales, institusi besar, dan pelabur jangka panjang yang tahu apa yang mereka buat.

Dan apa yang lagi menarik semua ni berlaku ketika harga BTC berada atas $100,000. Bukan masa murah ya. Maksudnya apa? Maksudnya orang yang tahu nilai sebenar BTC sedang akumulasi BTC, mereka bukan saja tak jual tapi siap beli masa mahal lagi…giler kan?

Clicx at photo to sign up LUNO

.

Kenapa Semua Ini Penting?

Semua ni penting sebab, kalau 2/3 daripada semua BTC dalam edaran sekarang tak bergerak langsung, maknanya bekalan yang ada kat market sekarang ni sangat-sangat terhad dan semua orang tahu, bila demand meningkat tapi supply kekal beku… BOOM !! harga boleh melonjak gila-gila.

Ini juga bermaksud volatiliti mungkin makin menurun dalam jangka panjang (sebab trader harian dah makin sikit) dan potensi kenaikan harga jadi lebih “sihat”, bukan pump and dump.

.

Jadi Apa Patut Kita Buat?

Macam biasa, jangan FOMO, Cikgu Mayee cakap ini adalah antara salah satu indikator penting yang kita semua sebagai  trader dan pelabur perlu hadam:

  1. Pantau wallet illiquid. Bila makin ramai HODL, potensi untuk harga spike jadi lebih tinggi.

  2. Kenal pasti fasa akumulasi. Bila whales beli waktu tinggi, itu tandanya mereka yakin lagi jauh nak pergi.

  3. Rancang strategi jangka panjang. Jangan hanya tengok 1 jam punya candle. Tengok juga siapa pegang BTC dan apa naratif utama (sekarang: anti-inflasi, safe haven, treasury asset).

sign up MEXC here

.


Kata – Kata Penutup

Sebagai admin yang dah hampir 7 tahun bersama Cikgu Mayee, saya cuma nak pesan satu jer: harga boleh naik turun, tapi data tak pernah menipu. Bila makin banyak BTC ‘terkunci’, maknanya kepercayaan terhadap masa depan kripto khususnya Bitcoin, Makin Utuh.

Jadi kepada pelabur baru mahupun lama, fikirlah dengan bijak, jangan main hentam beli jer….tapi fahamkan naratif besar dan bertindak ikut strategi masing-masing.

Cikgu Mayee selalu pesan, Coiner yang Berjaya bukanlah mereka yang cepat panik tapi mereka yang sabar, konsisten dan tahu apa yang mereka buat.

Tapi apa-apa pun gais, Ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, BUY SIGNAL…sekadar pendapat peribadi sahaja.

#DukKampungTakpeJanjiAdaKripto

Detail >>> Blajarkripto.com

Related posts

Oktober: Bulan Penentu Bull Run Atau Shopping Bawah $100K

Nazrich

Market Dah Bagi Warning !! Crypto Treasury Runtuh, India Tarik Brek

Nazrich

Perlukah Kripto Sebagai Tabung Persaraan

Ringgit Jelita
error: Content is protected !!