Kita kembali lagi dengan sambungan artikel “Bottom BTC: Mitos atau Boleh Dianggarkan? (Part 2)”.
Jika anda belum membaca Part 1, saya sangat sarankan untuk baca dahulu sebelum meneruskan artikel ini. Ini kerana Part 2 akan masuk lebih mendalam dan menggunakan beberapa indikator on-chain serta data sejarah untuk memahami bagaimana zon bottom Bitcoin boleh dikenal pasti.
Rujuk Part 1 di sini:
https://mycryptoversity.net/bottom-btc-mitos-atau-boleh-dianggarkan-part-1/
Dalam artikel (Part 2) kali ini, saya akan tunjukkan bagaimana beberapa indikator sejarah boleh digabungkan untuk membantu kita mengenal pasti sama ada Bitcoin benar-benar sudah berada di zon bottom atau masih belum.
Perkara paling penting untuk difahami:
Analisis ini bukan berdasarkan emosi, tekaan, atau andaian seperti “Bitcoin akan jatuh sebab rasa takut” atau “Bitcoin akan naik sebab semua orang bullish”.
Sebaliknya, ia berdasarkan data sejarah, corak pasaran (market pattern), dan tingkah laku pelabur yang pernah berlaku dalam kitaran Bitcoin sebelum ini.
Sudah tentu, tiada indikator yang boleh meramal masa depan dengan tepat. Namun, dengan menggabungkan beberapa indikator, kita boleh meningkatkan keyakinan dalam membuat keputusan dan memahami di mana kedudukan Bitcoin dalam sesuatu kitaran.
Baik, mari kita mulakan.
6 Indikator Untuk Mengenal Pasti Bottom Bitcoin
Dalam analisis ini, kita akan melihat 6 indikator utama:
- Net Unrealized Profit/Loss (NUPL)
- RHODL Ratio
- MVRV Z-Score
- Puell Multiple
- 2-Year MA Multiplier
- Dynamic Rainbow Chart
Setiap indikator mempunyai cara berbeza untuk melihat pasaran:
- Ada yang melihat keuntungan dan kerugian pelabur.
- Ada yang melihat tingkah laku holder lama dan pelabur baru.
- Ada yang melihat aktiviti miner.
- Ada yang menggunakan sejarah harga Bitcoin.
Apabila beberapa indikator memberikan isyarat yang sama, ia memberi gambaran yang lebih jelas tentang keadaan pasaran semasa. Mari kita bedah 6 indicator utama satu per satu.
- Net Unrealized Profit/Loss (NUPL)

BTC NUPL ialah indikator on-chain yang digunakan untuk melihat sama ada kebanyakan pelabur Bitcoin sedang berada dalam keuntungan atau kerugian, dan pada masa yang sama mengukur emosi pasaran.
Secara mudah, NUPL membandingkan harga Bitcoin sekarang (Market Value) dengan harga purata Bitcoin ketika kali terakhir ia dipindahkan (Realized Value).
Jika ramai pelabur sedang untung besar, bacaan NUPL akan semakin tinggi.
Jika ramai pelabur sedang rugi, bacaan NUPL akan menjadi rendah atau negatif.
Apa yang menarik, indikator ini bukan sekadar menunjukkan untung atau rugi, tetapi juga membantu mengenal pasti fasa pasaran.
NUPL terlalu tinggi (zon merah/atas 75%) → Pasaran mungkin sedang terlalu “panas”. Ramai pelabur sudah untung besar dan risiko mengambil keuntungan (sell) semakin tinggi. Dari sudut sejarah, kawasan ini sering menjadi masa yang sesuai untuk mula mengambil sebahagian keuntungan.
NUPL rendah (zon hijau/ bawah 0%) → Ramai pelabur sedang mengalami kerugian. Walaupun sentimen ketika ini biasanya negatif, kawasan ini sering menjadi peluang terbaik untuk pelabur jangka panjang mula mengumpul Bitcoin.
Secara keseluruhannya, NUPL sangat berguna untuk memahami psikologi pasaran. Jika kita lihat pada tahun 2018 dan 2022 waktu Ketika harga BTC betul-betul bottom, kita boleh lihat NUPL sedang menghampiri harga dasar (bottom) pada zon hijau / bawah 0%.
2. RHODL Ratio

RHODL Ratio ialah indikator on-chain yang digunakan untuk mengukur sama ada pasaran Bitcoin sedang terlalu panas (overheated) atau masih berada dalam zon yang sihat.
Secara mudah, indikator ini membandingkan Bitcoin yang baru dibeli (dipegang kurang daripada seminggu) dengan Bitcoin yang telah dipegang selama 1 hingga 2 tahun.
Jika semakin ramai membeli Bitcoin dalam tempoh singkat, bacaan RHODL Ratio akan meningkat.
Jika kebanyakan pelabur masih memilih untuk menyimpan Bitcoin dalam jangka panjang, bacaan RHODL Ratio akan kekal rendah.
Apa yang menarik, indikator ini membantu mengenal pasti fasa pasaran berdasarkan tingkah laku pelabur.
RHODL Ratio menghampiri zon merah → Pasaran mungkin sedang terlalu “panas”. Kebiasaannya ramai pelabur baru masuk kerana FOMO, dan dari sudut sejarah, kawasan ini sering menjadi masa yang sesuai untuk mula mengambil sebahagian keuntungan.
RHODL Ratio berada di zon hijau → Pasaran masih berada pada tahap yang rendah. Ini sering menjadi kawasan yang menarik untuk pelabur jangka panjang mula mengumpul Bitcoin.
Secara keseluruhannya, RHODL Ratio sangat berguna untuk melihat sama ada harga Bitcoin sudah terlalu tinggi atau masih berada pada paras yang menarik. Jika kita lihat pada tahun 2018 dan 2022 waktu Ketika harga BTC betul-betul bottom, kita boleh lihat RHODL Ratio sedang menghampiri harga dasar (bottom) pada zon hijau.
3. Bitcoin: MVRV Z-Score

MVRV Z-Score ialah indikator on-chain yang digunakan untuk melihat sama ada harga Bitcoin ketika ini terlalu mahal (overvalued) atau terlalu murah (undervalued) berbanding nilai sebenar (fair value).
Secara mudah, indikator ini membandingkan harga Bitcoin semasa (Market Value) dengan nilai sebenar berdasarkan harga ketika setiap Bitcoin kali terakhir dipindahkan (Realized Value). Kemudian, ia mengukur sejauh mana perbezaan kedua-dua nilai tersebut.
Jika harga Bitcoin jauh lebih tinggi daripada nilai sebenar, bacaan MVRV Z-Score akan meningkat.
Jika harga Bitcoin jauh lebih rendah daripada nilai sebenar, bacaan MVRV Z-Score akan menjadi rendah.
Apa yang menarik, indikator ini membantu mengenal pasti fasa pasaran dengan lebih tepat.
MVRV Z-Score memasuki zon merah → Harga Bitcoin mungkin sudah terlalu mahal dan pasaran semakin “panas”. Dari sudut sejarah, kawasan ini sering berlaku hampir dengan puncak setiap kitaran (cycle), menjadikannya masa yang sesuai untuk mula mengambil sebahagian keuntungan.
MVRV Z-Score memasuki zon hijau → Harga Bitcoin mungkin sedang didagangkan di bawah nilai sebenar. Dari sudut sejarah, kawasan ini sering menjadi peluang terbaik untuk pelabur jangka panjang mula mengumpul Bitcoin.
Secara keseluruhannya, MVRV Z-Score sangat berguna untuk menentukan sama ada Bitcoin sedang berada pada harga yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Jika kita lihat pada tahun 2018 dan 2022 waktu Ketika harga BTC betul-betul bottom, kita boleh lihat MVRV Z-Score sedang menghampiri harga dasar (bottom) pada zon hijau.
4. Puell Multiple.

Puell Multiple ialah indikator on-chain yang digunakan untuk melihat sama ada pendapatan pelombong (miner) berada pada tahap yang terlalu tinggi atau terlalu rendah berbanding kebiasaan. Oleh sebab miner sentiasa perlu menjual sebahagian Bitcoin untuk menampung kos operasi, tingkah laku mereka boleh memberi kesan kepada harga Bitcoin.
Secara mudah, indikator ini membandingkan pendapatan harian miner dengan purata pendapatan mereka sepanjang 365 hari yang lalu.
Jika pendapatan miner jauh lebih tinggi daripada biasa, bacaan Puell Multiple akan meningkat.
Jika pendapatan miner jauh lebih rendah daripada biasa, bacaan Puell Multiple akan menurun.
Apa yang menarik, indikator ini membantu mengenal pasti fasa pasaran berdasarkan aktiviti miner.
Puell Multiple memasuki zon merah → Miner memperoleh keuntungan yang sangat tinggi dan berkemungkinan menjual lebih banyak Bitcoin. Dari sudut sejarah, kawasan ini sering berlaku berhampiran puncak pasaran (top) dan menjadi masa yang sesuai untuk mula mengambil sebahagian keuntungan.
Puell Multiple memasuki zon hijau → Pendapatan miner berada pada tahap yang sangat rendah. Dari sudut sejarah, kawasan ini sering menjadi peluang terbaik untuk pelabur jangka panjang mula mengumpul Bitcoin kerana harga biasanya berada berhampiran dasar (bottom).
Secara keseluruhannya, Puell Multiple sangat berguna untuk memahami keadaan pasaran melalui pendapatan miner. Dengan melihat sama ada miner sedang menikmati keuntungan luar biasa atau mengalami tekanan, kita boleh menganggarkan sama ada Bitcoin sedang menghampiri harga puncak (top) atau harga dasar (bottom).Jika kita lihat pada tahun 2018 dan 2022 waktu ketika harga BTC betul-betul bottom, kita boleh lihat Puell Multiple sedang mengalami tekanan dan menghampiri harga dasar (bottom) pada zon hijau.
5. 2-Year MA Multiplier

2-Year MA Multiplier ialah indikator yang digunakan untuk membantu pelabur mengenal pasti sama ada harga Bitcoin ketika ini murah, mahal, atau berada pada paras normal berdasarkan sejarah pergerakan harga.
Secara mudah, indikator ini menggunakan purata harga Bitcoin selama 2 tahun (2-Year Moving Average) sebagai rujukan. Ia juga menggunakan garisan 2-Year MA × 5, yang sering menjadi petunjuk apabila harga Bitcoin sudah terlalu tinggi.
Jika harga Bitcoin menghampiri 2-Year MA × 5 (garisan merah), ia sering menunjukkan harga sudah terlalu tinggi dan sesuai untuk mula mengambil sebahagian keuntungan.
Jika harga Bitcoin jatuh di bawah 2-Year MA (garisan hijau), ia sering dianggap berada pada harga yang menarik untuk mula mengumpul Bitcoin.
Apa yang menarik, indikator ini sangat mudah difahami kerana ia berpandukan corak sejarah (historical data), bukan emosi pasaran.
Harga menghampiri garisan merah → Dari sudut sejarah, kawasan ini sering berlaku berhampiran puncak pasaran (top), di mana ramai pelabur mula mengambil keuntungan.
Harga berada di bawah garisan hijau → Dari sudut sejarah, kawasan ini sering menjadi peluang terbaik untuk pelabur jangka panjang membeli Bitcoin.
Secara keseluruhannya, 2-Year MA Multiplier bukanlah alat yang paling tepat untuk meramal harga bitcoin betul2 di bottom, tetapi ia sangat berguna untuk melihat sama ada harga Bitcoin ketika ini murah atau mahal berbanding sejarah. Dengan menggunakan indikator ini, pelabur boleh membuat keputusan membeli secara DCA dengan lebih tenang dan tidak dipengaruhi emosi pasaran.
6. Bitcoin Rainbow Chart.

Bitcoin Rainbow Chart ialah satu indikator jangka panjang yang digunakan untuk melihat sama ada harga Bitcoin ketika ini berada dalam kawasan murah, normal, atau terlalu mahal berdasarkan corak sejarah pergerakan harga.
Secara mudah, carta ini menggunakan garisan pertumbuhan jangka panjang (logarithmic growth curve) dan membahagikan harga Bitcoin kepada beberapa zon warna seperti pelangi. Setiap warna menunjukkan keadaan sentimen pasaran pada ketika itu.
Warna panas (merah, oren, kuning) → Menunjukkan pasaran mungkin sudah terlalu panas. Harga Bitcoin berada jauh lebih tinggi berbanding trend jangka panjang dan secara sejarah sering menjadi kawasan di mana pelabur mula mengambil keuntungan.
Warna sejuk (biru, hijau) → Menunjukkan sentimen pasaran sedang lemah dan ramai pelabur kurang berminat terhadap Bitcoin. Dari sudut sejarah, kawasan ini sering menjadi peluang menarik untuk pelabur jangka panjang mengumpul Bitcoin.
Apa yang menarik, Bitcoin Rainbow Chart membantu kita melihat kitaran emosi pelabur. Apabila harga naik terlalu cepat, ramai mula menjadi terlalu yakin dan mengejar harga. Sebaliknya, apabila harga jatuh besar, ramai menjadi takut dan hilang keyakinan.
Secara keseluruhannya, Bitcoin Rainbow Chart ialah alat visual yang mudah untuk memahami kedudukan harga Bitcoin dalam sesuatu kitaran. Ia boleh membantu pelabur membuat keputusan dengan lebih rasional, tetapi tidak sepatutnya digunakan sebagai satu-satunya faktor untuk membeli atau menjual Bitcoin.
Conclusion: Adakah Bitcoin 2026 Sudah Capai Bottom?
Selepas kita memahami fungsi setiap indikator, sekarang kita gabungkan kesemuanya untuk melihat keadaan Bitcoin ketika ini.
Selain 6 indikator tersebut, kita turut mengambil kira faktor tambahan iaitu 365 hari selepas ATH Bitcoin, seperti yang dibincangkan dalam Part 1.
Persoalannya:
Adakah Bitcoin sudah benar-benar berada di zon bottom, atau baru sebahagian indikator menunjukkan tanda-tanda awal?
Mari kita lihat:
| No. | Indicator | Sudah capai zon bottom? | Tarikh jika sudah sampai bottom |
|---|---|---|---|
| 1 | Net Unrealized Profit/Loss (NUPL) | Belum | – |
| 2 | RHODL Ratio | Belum | – |
| 3 | MVRV Z-Score | Belum | – |
| 4 | Puell Multiple | Belum | – |
| 5 | 2-Year MA Multiplier | Ya | 05/02/2026 |
| 6 | Dynamic Rainbow Chart | Ya | 24/02/2026 |
| 7 | 365 hari selepas ATH (29/09/2026) | Belum | – |
Kesimpulan.
Berdasarkan 6 indikator utama yang kita kaji, Bitcoin Masih Belum menunjukkan kesemua tanda bahawa bottom telah berlaku.
Buat masa ini, hanya 2 daripada 7 faktor yang telah mencapai zon yang biasanya dikaitkan dengan bottom berdasarkan sejarah.
Namun, ini tidak bermaksud Bitcoin pasti akan turun lagi.
Analisis ini hanyalah satu perspektif berdasarkan data sejarah dan corak pasaran, bukannya ramalan masa depan.
Dalam dunia pelaburan, masalah terbesar bukan semata-mata membeli terlalu awal atau terlalu lambat.
Kadang-kadang, terlalu fokus mencari harga paling rendah menyebabkan kita terlepas peluang apabila pasaran mula bergerak semula.
Sebab itu ramai pelabur jangka panjang memilih strategi seperti DCA (Dollar Cost Averaging) kerana ia membantu mengurangkan tekanan emosi dan tidak bergantung kepada cubaan mencari harga paling sempurna.
Seperti pesan cikgu:
“Jangan terlalu sibuk mencari harga paling sempurna. Yang penting adalah mempunyai strategi yang konsisten.”
Sumber Indicator
- Net Unrealized Profit/Loss (NUPL) : https://www.bitcoinmagazinepro.com/charts/relative-unrealized-profit–loss/
- RHODL Ratio : https://www.bitcoinmagazinepro.com/charts/rhodl-ratio/
- MVRV Z-Score : https://www.bitcoinmagazinepro.com/charts/mvrv-zscore/
- Puell Multiple : https://www.bitcoinmagazinepro.com/charts/puell-multiple/
- 2-Year MA Multiplier : https://www.bitcoinmagazinepro.com/charts/bitcoin-investor-tool/
- Dynamic Rainbow Chart : https://www.bitcoinmagazinepro.com/charts/bitcoin-rainbow-chart/
Penafian
Ini bukan nasihat kewangan atau pelaburan.
Artikel ini hanya berkongsi pandangan berdasarkan data sejarah, corak pasaran, dan indikator yang pernah digunakan dalam kitaran Bitcoin sebelum ini.
Buat kajian sendiri (DYOR – Do Your Own Research) sebelum membuat sebarang keputusan kewangan atau pelaburan.
Pasaran kripto sangat volatile dan boleh berubah dengan cepat disebabkan oleh pelbagai faktor seperti polisi kewangan global, keputusan FOMC, sentimen pelabur, dan perkembangan geopolitik.
