BITCOIN DAH NAK TUMBANG KE ATAU MARKET SEDANG UJI SIAPA YANG MASIH BERANI MEMBELI?

$82K DAH PECAH…. $1.19 BILION KENA LIQUIDATE… YIELD BUAT REKOD TERTINGGI SEJAK 2002.
Minggu ni Bitcoin memang menguji kesabaran.
Minggu lepas kita bincang pasal level $82,000 sebagai support penting yang masih bertahan. Tapi masuk minggu ini, harga akhirnya pecah jugak pada Khamis, 8 Oktober, BTC jatuh sampai $80,427 sebelum berjaya naik balik semula.
Dalam masa yang sama, liquidation mencecah $1.19 bilion pada hari Khamis, kalau dicampurkan dengan hari sebelumnya, jumlah liquidation sepanjang tiga hari melebihi $2 bilion.
Bukan itu sahaja. US10Y sempat mencecah 5.36%, paras tertinggi sejak 2002. US30Y pula naik sampai 5.73%, DXY menghampiri 102.5 dan spot Bitcoin ETF mencatat aliran keluar sekitar $729 juta dalam dua sesi.
Kalau kita tengok semua benda ni, memang mudah untuk kita fikir tekanan terhadap Bitcoin semakin berat, tapi ada satu perkara yang saya rasa kita jangan terlepas pandang..iaitu
$82K pecah, tetapi harga berjaya naik balik semula.
Sekarang BTC berada sekitar $82,431, masih dekat dengan kawasan yang sebelum ini kita anggap sebagai lantai penting. Pada masa yang sama, neckline double bottom masih sedang diuji.
Jadi, adakah lantunan ini tanda pembeli masih mempertahankan struktur market,atau sekadar reaksi sementara selepas liquidation besar-besaran?
Pakcik kebun sebelah cakap kita takleh terus anggap harga dah selamat hanya sebab ia berjaya lantun. Tapi kita jugak takleh terus menghukum struktur bullish sebagai rosak hanya sebab satu support pecah seketika.
Sebab minggu ini kita bukan hanya berdepan dengan chart. Rabu, 14 Oktober, data CPI Amerika Syarikat pula bakal menjadi ujian seterusnya. Konsensus menjangkakan kenaikan CPI bulanan sebanyak 0.6%, sementara odds kenaikan kadar Fed pada Disember sudah meningkat kepada 82%.
Kalau CPI keluar lebih panas daripada jangkaan, yield dan dollar mungkin mendapat tekanan untuk naik lagi. Tapi kalau angka inflasi lebih sejuk, market mungkin mula menilai semula tekanan terhadap Bitcoin.
Dalam Outlook kali ini, saya nak kita tengok beberapa perkara dengan lebih dekat..
- Adakah struktur harga masih mempunyai peluang untuk membentuk double bottom?
- Apa yang berlaku kepada Realized Price dan pelabur jangka pendek selepas kejatuhan ini?
- Adakah liquidation lebih $2 bilion sudah cukup membersihkan leverage, sedangkan ETF pula mencatat aliran keluar yang besar?
- Dan paling penting, apa yang perlu berlaku untuk kita menganggap lantunan ini benar-benar mempunyai asas — bukan sekadar harga berehat sebelum jatuh lagi?
Saya cenderung melihat kawasan $80,400–$85,000 sebagai julat penting untuk minggu ini dengan bias risiko ke bawah yang lebih besar berbanding minggu lepas. Neckline sekitar $82,814 menjadi pivot yang perlu diperhatikan, manakala $80,000 ialah paras penting yang boleh mengubah thesis jika ditembusi melalui daily close.
Sebab tu saya pecahkan Outlook kali ini layer by layer daripada semakan ketepatan laporan lepas, struktur harga, on-chain, aliran institusi, macro dan CPI, sehinggalah kepada tiga kemungkinan scenario yang perlu kita bersedia hadapi.
Kita tak boleh kawal apa yang CPI akan keluarkan, dan kita tak boleh paksa market bergerak ikut jangkaan kita.
Tapi kita boleh tengok bukti, kenal pasti apa yang berubah dan tahu di mana thesis kita perlu dinilai semula.
Minggu ini, persoalannya bukan lagi sama ada $82K boleh bertahan tanpa diuji. Market dah pun mengujinya. Sekarang kita nak tengok sama ada pembeli masih mampu mempertahankan kawasan ini apabila tekanan datang sekali lagi.
Jom kita bedah Bitcoin minggu ini.
Tapi apa-apa ini Bukan Nasihat Kewangan/Pelaburan, Data adalah hanya sekadar data ia bukan satu keputusan market, ia cuma pelengkap cerita makro dan selebihnya market jugak (tangan ghaib) yang menentukan keputusan.
— Cikgu Mayee MyCryptoversity Research & Strategy Desk
Cikgu Mayee Nazrich
mycryptoversity.net
BTC ditolak buat kali ketiga dari siling $87K (high minggu ~$86.7K, 6-7 Okt), tutup $85,552 pada 6 Okt dan $83,322 pada 7 Okt. Kemudian Khamis 8 Okt harga tembusi bawah $82,000, cecah low $80,427, tutup $82,681 dan kini $82,431.
Base Case: HIT PADA CLOSE — harga kekal dalam $82K-$87K hampir sepanjang minggu dan close semasa masih dalam julat, tapi hanya $431 di atas lantai. Bearish: PARTIAL HIT — low $80,427 masuk zon $78K-$81K, tapi tidak bertahan di sana. Bullish: TIDAK BERLAKU — siling $87K tidak ditembusi.
$87,000-$87,600 rejection berulang: HIT — ditolak lagi, lower high ketiga berturut (87.2K → ~86.9K → 86.7K).
STH paling vulnerable: HIT — flush Khamis bermula tepat di zon kos pelabur jangka pendek.
Thesis-break: weekly close bawah $82,000: BELUM DIPUTUSKAN — close mingguan sebenar jatuh Ahad. Harga $82,431 hanya $431 di atas paras itu.
Likely Structural buyer akan tangkap dip — PARTIAL. Pemegang besar tambah lebih 14,000 BTC (~$1.16B) sejak 1 Okt, tertumpu $82K-$85K, dan lantunan $3K dari low Khamis nyata. Tapi pembeli itu bukan ETF: ETF keluar $729M dalam dua sesi.
Guessing “Liquidation besar biasanya datang berganda” — TEPAT. Rabu $548M, Khamis $1.19B, jumlah tiga hari melebihi $2 bilion. Open interest malah naik 4% semasa harga turun 5%, bukti leverage dibina semula sebelum flush.
“Odds hike runtuh = tekanan Fed reda”: SALAH BACA. Odds hike Okt memang kekal rendah (18%), tapi pasaran hanya mengalihkan hike ke Disember (82%). Yield 10Y malah cecah 5.36%, paras tertinggi sejak 2002.
Aliran ETF akan pulih: SALAH. Rabu -$485M, hari keluar terbesar sejak Jun. Minggu ini dijangka jadi keluar bersih mingguan pertama dalam empat minggu, dan MTD kini -$407M.
Minggu ini kita ukur semula garis-garis LookIntoBitcoin terus dari carta (paksi log), dan semak dengan sumber luar. Hasilnya: Terminal Price ialah ~$289K, bukan ~$95K-100K seperti ditulis sebelum ini. Balanced Price ialah ~$37K-40K, bukan ~$75K-78K (ia dikira Realized Price tolak Transferred Price, jadi sentiasa di bawah Realized Price). LTH Realized Price ~$47K-50K, bukan ~$37K-42K. Selain itu, sumbu 6 Feb 2026 ialah ~$60K, bukan $74,233 seperti ditulis. Kesimpulan lepas bahawa struktur on-chain tidak retak kekal, tetapi ayat “runway $10K-15K ke Terminal Price” tidak betul: runway teori jauh lebih besar. Semua angka garis on-chain minggu ini ditandakan sebagai anggaran dari carta (ralat sekitar 5%).
Certain BTC berada di $82,431 pada Sabtu 10 Oktober (OANDA, 07:06 UTC), selepas minggu yang bermula dengan percubaan ketiga menembusi siling $87K dan berakhir dengan lantai $82K pecah sekejap. Selasa 6 Okt, BTC ditolak dari ~$86.7K dan tutup $85,552. Rabu, ETF Bitcoin keluar $485 juta, hari keluar terbesar sejak Jun, dan hasil Treasury 10Y mencecah 5.36%, paras tertinggi sejak 2002. Khamis, $1.19 bilion kedudukan leverage dilikuidasi dan BTC cecah $80,427 sebelum melantun ke ~$83.4K dan tutup $82,681. Jumlah liquidation tiga hari melebihi $2 bilion. Pagi ini harga duduk $431 sahaja di atas lantai yang kita panggil “support kritikal” minggu lepas.
Di 3H, harga tengah bina ascending triangle selepas lonjakan 22 September. Resistance mendatar di $87.2K hingga $87.4K, manakala support plak naik perlahan dari $82.6K ke ~$84K. Tapi tiga kali harga cuba naik, tiga kali juga high-nya lebih rendah dan support segitiga tu akhirnya pecah Rabu hingga Khamis. Low $80,427, sebelum harga melantun dan merebut semula $82.5K.
Sekarang harga memampat dalam julat $82K hingga $87.4K. Di bahagian atas, seller masih menjaga zon $85,000 hingga $86,500, buyer September tengah tunggu masa nak keluar bila balik modal. Di bawah, pemegang besar (big hodler) telah menambah lebih 14,000 BTC sejak 1 Okt dengan bid terbesar di $81,000.
Level yang kita pantau, dari atas ke bawah: $87,200 hingga $87,400, $85,000 hingga $86,500, $84,000, kemudian lantai julat $82,000 hingga $82,500, $81,000 dan $80,427. Jika semua tu pecah, $77,500 dan $75,025 jadi sasaran.
Untuk jadi pulih, kita perlukan dua close 3H berturut-turut di atas $84,000, kemudian zon $85,000 hingga $86,500. Selagi itu belum berlaku, ia masih julat, bukan breakout.
| Paras Harga | Jenis | remark | Confidence |
|---|---|---|---|
| Terminal Price Upper Bound | ~$289K | Batas atas teori kitaran. Harga semasa hanya ~29% daripadanya. Bukan pencetus jangka pendek; fungsinya sebagai penanda bahawa kitaran ini jauh dari fasa euphoria. Angka dari NewHedge, disahkan dengan ukuran carta. | Likely |
| $87,738 Siling | Yearly Open (Resistance) | Paras rujukan tahunan. Daily close di atasnya ialah syarat breakout sebenar. Sumber: carta TradingView kita. | Certain |
| $87,200 — $87,400 | Ceiling 3H (Resistance) | Dua sentuhan penuh (22 Sept, 2-3 Okt) dan satu percubaan lemah 6-7 Okt (~$86.7K). Setiap percubaan menghasilkan high lebih rendah. | Certain |
| $85,000 — $86,500 | Cost-Basis Cluster / Sell Wall | Zon kos asas pembeli September. Sell wall $86,500. Pembeli di sini mahu keluar pada titik pulang modal, jadi ia penjual semulajadi. | Likely |
| $84,000 | Reclaim Pertama (Resistance) | Purata 21 hari ~$83,850. Tiada reclaim di sini, tiada isyarat awal. | Certain |
| $82,814 | Neckline Double Bottom (High Mei) | Pivot Daily. Khamis tutup $82,681, $133 di bawahnya. Resistance yang tadinya support. | Certain |
| $82,431 ← HARGA SEMASA | Retest Neckline | 10 Okt 2026, 07:06 UTC (OANDA). $431 di atas lantai julat $82,000. | Certain |
| $82,000 | Support Julat 3H | Lantai sejak 24 Sept. Pecah intraday Khamis, direbut semula. Close mingguan Ahad di bawah ini ialah amaran awal. | Certain |
| $81,000 | Support (Bid Block) | Bid block terbesar. Likuiditi yang menyerap jualan semasa flush Khamis. | Likely |
| $80,427 | Low Khamis (Support) | Low 8 Okt. Bawah ini, struktur 1H dan 3H rosak. | Certain |
| $75,025 — $77,500 | Support Struktur (Low 15 Sept) | Low September $75,025. Purata kos Strategy (MSTR) ~$75,974 duduk di zon ini, jadi ia paras pertahanan institusi bersejarah. | Certain |
| STH Realized Price Retail Baru | ~$71K-75K | Kos purata pelabur jangka pendek (<155 hari). BTC kini +10-16% di atas. Anggaran dari carta (paksi log tidak berlabel), ralat ~5%. | Likely |
| LTH Realized Price Smart Money | ~$47K-50K | Kos purata pemegang jangka panjang (>155 hari). BTC +65-75% di atas. Diukur dari carta; angka lama kita ($37K-42K) terlalu rendah. | Likely |
| Overall Realized Price Keseluruhan | ~$52K-55K | Kos purata seluruh pasaran. BTC +50-58% di atas. Anggaran dari carta. | Likely |
| Balanced Price Bear Floor Model | ~$37K-40K | Realized Price tolak Transferred Price, jadi sentiasa di bawah Realized Price. BTC +105-130% di atas. Angka lama kita ($75K-78K) tersalah; dibetulkan minggu ini. | Likely |
Certain BTC Dominance 59.95%: menguji semula rintangan ~60% (puncak ~60.4% pada awal September, ~61.2% pada Mei, dasar ~57.9% pada awal Jun). Perhatikan sebab ia naik: BTC jatuh ~3% minggu ini, tetapi Ether jatuh ~7%. Dominance naik kerana altcoin jatuh lebih laju, bukan kerana modal baharu masuk ke BTC. Ini bukan isyarat risk-on.
Likely Aliran modal: jumlah market cap kripto ~$2.8 trilion (BTC ~$1.67T). Bekalan stablecoin hampir mendatar: USDT ~$184.1B (+0.10% seminggu), USDC ~$73.1B (-1.31%, kira-kira -$967 juta), lima stablecoin teratas ~$273.7B (-0.21%). Tiada serbuk kering baharu masuk. TVL DeFi seluruh rantaian ~$91.5B (Ethereum ~$51.3B, Base ~$6.2B, Solana ~$6.2B, Tron ~$5.7B, BSC ~$5.6B, Bitcoin ~$4.4B). Hanya ETF XRP kekal hijau (+$8M Khamis); ETF Ether keluar lapan sesi berturut-turut (-$641M).
Certain Angka garis on-chain dalam Layer 3 ialah anggaran dari kedudukan garis pada carta LookIntoBitcoin (paksi log tidak berlabel, ralat sekitar 5%), bukan bacaan terus. Data wallet-level Arkham dan Lookonchain tidak dapat diakses minggu ini; sebagai proksi kita guna aggregat “pemegang besar tambah lebih 14,000 BTC sejak 1 Okt” daripada laporan pasaran.
Certain NUPL ~0.36 (Optimism/Anxiety): naik dari dasar ~0.10-0.15 pada Ogos ke ~0.36, dan sedikit stabil walaupun flush Khamis. Masih jauh dari zon Belief/Denial (0.50-0.75) dan euphoria (>0.75). Majoriti pemegang untung sederhana. Struktur ini tidak menyerupai puncak: puncak datang bila NUPL tinggi, bukan bila ia baru pulih dari dasar.
Likely MVRV Z-Score — zon rendah/Normal: Z-Score berada jauh di bawah puncak-puncak 2013, 2017 dan 2021, dan Market Cap hanya sedikit di atas Realized Cap. Ini struktur yang tidak overheated. Angka tepat tidak boleh dibaca dari carta; kita labelkan ia sebagai zon rendah-ke-normal, tidak lebih.
Likely SOPR — hampir neutral, campuran hijau dan merah: bar terkini kecil dan bercampur. Tiada spike hijau besar (profit-taking agresif) dan tiada spike merah dalam (capitulation menyeluruh) seperti 2020 atau 2022. Pemegang yang jual semasa flush Khamis secara purata menjual hampir pada kos mereka. Itu konsisten dengan tafsiran bahawa tekanan jual datang dari pelabur baru di titik pulang modal, bukan dari pemegang lama.
Likely RHODL Ratio ~600-1,000 (zon pertengahan): jauh di atas zon hijau accumulation (<350) dan jauh di bawah zon merah FOMO (>22,000). Garis telah turun hampir sepanjang 2025-2026 dan berhenti turun di sekitar paras ini. Retail belum masuk beramai-ramai; FOMO belum sampai.
Likely Terminal Price ~$289K (pembetulan): garis Terminal Price berada jauh di atas ATH $126K, dan BTC hanya ~29% daripadanya. Dalam laporan lepas kita tulis ~$95K-100K; itu salah. Terminal Price bukan alat timing jangka pendek. Fungsinya satu: menunjukkan kitaran ini jauh dari fasa di mana BTC historikal menyentuh batas atasnya. Ia tidak memberitahu apa-apa tentang CPI Rabu.
Certain Fear & Greed 56 (Neutral): turun dari 67 minggu lepas dan 67 bulan lepas, dan jauh dari puncak tahunan 82 (27 Ogos). Dasar tahunan 5 (6 Feb). Sentimen kembali ke tengah selepas tiga minggu zon Greed. Crowd tidak panik, tapi tidak lagi yakin.
Realized Price Framework | Empat Model Serentak
Empat model Realized Price ini memberikan kita gambaran paling lengkap tentang di mana setiap kumpulan pemegang berdiri berbanding harga semasa $82,431. Semua angka di bawah ialah anggaran dari kedudukan garis pada paksi log, bukan bacaan terus.
Likely Overall Realized Price ~$52K-55K: BTC +50-58% di atas kos purata seluruh pasaran. Majoriti pemegang dalam untung kukuh. Jauh dari 3-4x Realized Price yang selalu menandakan puncak.
Likely LTH Realized Price ~$47K-50K: BTC +65-75% di atas kos pemegang jangka panjang (angka lama kita $37K-42K terlalu rendah). Tiada tanda distribution walaupun flush Khamis. Pemegang besar malah menambah.
Likely STH Realized Price ~$71K-75K: pada skala log garisnya nampak hampir bertindih dengan harga, dan itu menipu mata. Jarak sebenar ~10-16%. Ini kumpulan paling vulnerable: pelabur yang beli semasa lonjakan Ogos-September dengan kos purata di sekitar sini, tanpa cushion tebal. Satu lagi flush ke $75K akan bawa mereka ke titik pulang modal.
Likely Balanced Price ~$37K-40K (pembetulan): garis ini sentiasa di bawah Realized Price kerana ia dikira Realized Price tolak Transferred Price. Dalam laporan lepas kita letak ia di $75K-78K; itu tersalah. Fungsinya bukan fair value dekat harga, tetapi anggaran dasar kitaran bear. BTC +105-130% di atasnya.
Minggu lepas kita tulis paradox: Fed nampak lebih dovish, tetapi yield tertinggi sejak 2002. Minggu ini paradox itu bertukar menjadi tekanan sebenar. Yield 10Y mencecah 5.36% pada Rabu, 30Y 5.73%, indeks dollar menyentuh ~102.5 (tertinggi sejak April 2025), dan Brent kekal sekitar $103. Dalam masa yang sama S&P 500 duduk dekat 7,765, hampir paras rekod, manakala BTC -34.6% dari ATH. Ini adalah perbezaan yang patut dipersoalkan, bukan diterima.
Certain Fed — Hike Dialih, Bukan Hilang: julat Fed Funds 3.75%-4.00%. CME FedWatch letak 18% untuk hike Oktober dan 82% untuk Disember. Dalam laporan lepas kita baca runtuhnya odds Oktober (67.5% ke 17%) sebagai tekanan Fed reda. Itu tafsiran yang tergesa-gesa: pasaran hanya mengalihkan hike ke Disember. CPI September Rabu 14 Okt dengan konsensus 3.6% y/y dan +0.6% m/m (Ogos +0.4%) akan tentukan sama ada Disember jadi 82% atau lebih. Pengerusi Fed Kevin Warsh berucap Jumaat 16 Okt, dan tempoh senyap Fed bermula 17 Okt menjelang FOMC 27-28 Okt.
Certain Minyak, Iran Dan Yield: Brent sekitar $103 (paras $105 dipantau pasaran) menolak jangkaan inflasi dan yield. Rebound Khamis-Jumaat datang selepas Trump kata tiada serangan ke Iran sebelum pilihan raya 3 November. Ini bermakna kripto kini sensitif kepada tajuk minyak dan geopolitik, bukan hanya kepada data Fed.
Likely Dua pasaran ini dibayar oleh sumber likuiditi berbeza. Saham didorong pendapatan korporat dan tema AI. BTC bergantung pada likuiditi marginal: aliran ETF (negatif minggu ini, -$729M dalam dua sesi), bekalan stablecoin (mendatar) dan leverage (baru dilikuidasi). Bila yield 10Y menyentuh 5.36%, aset tanpa aliran tunai seperti BTC menanggung kos peluang paling tinggi. Divergence ini tidak akan bertahan selama-lamanya: sama ada saham turun mengejar BTC, atau BTC naik apabila yield reda.
Siapa yang terpaksa jual Khamis lepas? Bukan pemegang lama. Mereka dalam untung +65-75% dan, mengikut data pasaran, pemegang besar menambah lebih 14,000 BTC sejak 1 Okt. Yang terpaksa jual ialah trader leverage yang buka posisi long selepas rebound awal minggu. Open interest naik 4% semasa harga jatuh 5%, jadi leverage dibina semula ketika harga turun. Rabu $548 juta dilikuidasi, termasuk $403 juta long BTC dalam satu jam. Khamis $1.19 bilion. Mereka tidak ada pilihan: margin call automatik tutup posisi pada harga yang sedang jatuh. Di belakang mereka, ETF turut keluar $729 juta dalam dua sesi, bersamaan 8,790 BTC atau 19.5 hari penerbitan baharu. Tekanan ini nampak sementara, kerana funding rate kini hanya 7.1% tahunan berbanding 26.9% sebelum kejatuhan Oktober 2025. Tapi soalan sebenar: berapa banyak lagi leverage yang menunggu CPI Rabu?
Likely Divergence Kunci: naratif institusi (ETF sebagai pembeli struktur) bertentangan dengan angka minggu ini: ETF keluar, sementara dompet besar menambah. Pemegang besar menyerap jualan, tetapi mereka bukan ETF. Selagi ETF tidak kembali sebagai pembeli, setiap lantunan bergantung pada dompet besar.
Minggu ini mempunyai satu catalyst yang menentukan segalanya dan tiga yang menguatkannya. Jadual data padat dari Rabu hingga Jumaat, dengan pasaran sudah tegang selepas flush Khamis.
Certain CPI September — Rabu 14 Okt, 8:30 pagi ET: konsensus 3.6% y/y dan +0.6% m/m, selepas Ogos +0.4% headline dan +0.3% teras. Jangkaan +0.6% sudah tinggi, jadi margin untuk kejutan ke atas dan ke bawah sama-sama besar. Angka panas menolak odds hike Disember melebihi 82% dan yield 10Y ke paras baharu. Angka sejuk memberi yield ruang bernafas dan memberi BTC alasan untuk merebut neckline $82.8K.
Certain Retail Sales & PPI — Khamis 15 Okt: disusun bersama jobless claims dan Philly Fed. Selepas CPI, data ini menentukan sama ada pergerakan Rabu bertahan atau dibalikkan. Pada Jumaat 16 Okt, Pengerusi Fed Kevin Warsh berucap dan opsyen tamat tempoh. Tempoh senyap Fed bermula 17 Okt.
Likely Aliran ETF: ETF Bitcoin keluar $485 juta (Rabu) dan $244 juta (Khamis), dengan FBTC menyumbang $197 juta pada Khamis. Minggu ini dijangka jadi keluar bersih mingguan pertama ETF Bitcoin dalam empat minggu. ETF Ether keluar lapan sesi berturut-turut (-$641M). Hanya ETF XRP kekal hijau (+$8M Khamis). Tanpa pembalikan di sini, lantunan bergantung pada dompet besar.
Certain SEC Regulation Crypto Assets — Tutup Komen 20 Okt: proses rulemaking SEC berjalan selari dengan kebuntuan CLARITY Act di Kongres. Kesan pasaran jangka pendek dijangka kecil.
Dua minggu berturut-turut saya tulis “structurally bullish kekal”, dan minggu lepas saya letak tag Certain pada sebuah paras harga yang belum diuji. Empat hari kemudian ia pecah. Itu pelajaran yang tidak selesa. Ada satu lagi: beberapa angka on-chain dalam laporan lepas, Terminal Price dan Balanced Price, ialah anggaran yang tidak diukur dari carta. Kedua-duanya tersasar jauh. Kami betulkan di atas, kerana pembaca yang membuat keputusan atas angka itu berhak tahu. Satu soalan yang saya tidak mahu elak: jika $82K pecah dan neckline $82.8K gagal, adakah thesis structurally bullish kita masih thesis, atau sekadar harapan yang saya ulang-ulang?
Tailwinds — Yang Sokong BTC
- →Neckline double bottom Daily ($82,814) sedang diuji dari atas. Retest yang bertahan ialah corak kenaikan klasik.
- →Pemegang besar tambah lebih 14,000 BTC (~$1.16B) sejak 1 Okt, tertumpu $82K-$85K. Mereka menyerap jualan Khamis.
- →LTH dalam untung +65-75%, tiada tanda distribution. NUPL ~0.36, MVRV dan RHODL jauh dari zon puncak.
- →Funding rate hanya 7.1% tahunan berbanding 26.9% sebelum kejatuhan Oktober 2025. Leverage lebih bersih.
- →Trump: tiada serangan ke Iran sebelum 3 Nov. Risiko geopolitik jangka pendek reda, dan harga minyak boleh mendingin.
- →Terminal Price ~$289K, jauh dari fasa euphoria. Ruang struktur jangka panjang besar.
Headwinds — Yang Boleh Tekan BTC
- →Yield 10Y 5.36% (puncak Rabu), tertinggi sejak 2002. 30Y pernah 5.73%. Kos peluang tertinggi dalam dua dekad.
- →Hike Disember 82% (CME). Fed bukan dovish; ia hanya menunda hike. CPI Rabu boleh tolak odds lebih tinggi.
- →ETF Bitcoin keluar $729 juta dalam dua sesi, MTD -$407M. Pembeli institusi berundur ketika dibantu yield tinggi.
- →$2 bilion+ liquidation dalam tiga hari. Open interest naik 4% semasa harga turun 5%, bermakna leverage sedang dibina semula.
- →DXY ~102.3, tertinggi sejak April 2025. Dollar kukuh ialah headwind klasik bagi BTC.
- →STH Realized Price hanya 10-16% di bawah harga. Satu flush ke $75K membawa pelabur baru ke titik pulang modal.
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
DUA SUMBER BACAAN DARI MYCRYPTOVERSITY
Untuk Perjalanan Korang Seterusnya, Kalau Korang Serius Nak Berjaya!
Produk 01
Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain
Buku ini bukan sekadar buku, tetapi sebuah kompas rujukan yang wajib dimiliki semua yang ingin menjadi Coiner Berjaya, tak kira samada anda seorang pemula atau dah lama dalam dunia Kripto & Blockchain.
Ia mengupas asas Bitcoin, Altcoin, Blockchain, cara beli, simpan, elak scam, cara screening projek yang berpotensi, hinggalah ke strategi pelaburan jangka panjang. Ramai coiner terjerat dengan scam atau rugi kerana masuk tanpa ilmu, jadi buku ini hadir sebagai pelindung dan panduan sebenar.
https://blajarkripto.com/plpkb
Produk 02
30 Days War Map | Survival Psikologi Dalam Trading
Korang dah tahu strategi. Tapi kenapa masih rugi? Sebab musuh korang sebenar bukan market… ia dalam kepala korang sendiri.
eBook 30 War Map ni untuk korang faham bagaimana emosi, ego, dan gameplan market yang memusnahkan pelan yang rasional. Ini bukan teori. Ini pengalaman 18 tahun dalam market yang ditulis supaya korang tidak ulang kesilapan yang sama.
https://blajarkripto.com/30dayswarmap/
© Mycryptoversity. Hak Cipta Terpelihara.
