CryptocurrencyPendidikan

Crypto Market vs PCE Data – Cerita Disebalik BTC Pump & Dump

Cerita Disebalik Pump & Dump  BTC

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Cryptonation

Baru je kita rasa macam market nak start pecut balik, tiba-tiba ZUPPP! Merah menyala satu crypto. Ramai tanya, Kenapa BTC boleh jatuh sampai bawah $101K semula ni? Bukan ke baru je small rally minggu lepas?”

Awak semua rasa tak semalam macam kena prank gitu? Tengah syok BTC panjat pelan-pelan ke $103K, baru nak senyum sikit, sekali dia meluncur balik bawah $101K. Ramai yang pelik. “Eh, ada whale dump ke? Ada FUD ke?”

Cerita sebenarnya senang je, semua ni berlaku sebab satu benda yang nama dia ramai tak endah pun, tapi dia ni ada kuasa besar dalam menggerakkan pasaran iaitu data PCE.

 Apa benda PCE tu?

PCE tu apa sebenarnya?
Nama penuh dia Personal Consumption Expenditures Price Index — ini indikator kegemaran Federal Reserve untuk pantau inflasi. Ramai orang dok fokus kat CPI, tapi Fed sebenarnya lebih tengok PCE ni sebab dia lebih “halus” dan mencerminkan gaya perbelanjaan rakyat Amerika secara lebih tepat.

Photo : Investopedia

PCE ni bukan main-main, ni la indikator inflasi kegemaran Federal Reserve (FED). Kalau CPI tu macam budak sekolah menengah, PCE ni kira level pensyarah ekonomi. Fed ni, dia tak tengok CPI semata, mereka tengok PCE sebab PCE ni lebih tepat dalam menggambarkan kos sebenar yang pengguna kena tanggung, termasuk perubahan dalam cara orang berbelanja.

Okay, macam ni, setiap bulan market akan tunggu dua benda pasal inflasi kat US iaitu CPI dengan PCE. CPI ni ramai dah tahu, yang setiap bulan keluar dulu tu, yang ramai tunggu sebab boleh goncang market. Tapi PCE ni walaupun keluar lambat sikit, dia la yang Fed paling suka tengok untuk nilai betul-betul tahap inflasi rakyat kat sana.

Dalam bahasa mudah, CPI tu macam tengok resit kedai, PCE ni pulak macam tengok kad kredit statement lebih “jujur” pasal apa rakyat US betul-betul belanja.

So, bila data PCE keluar, nombor dia tak sedap. Market ingat inflasi akan menurun, tapi realitinya core PCE tu masih tinggi, tak ikut forecast. Bila benda ni jadi, terus market baca: “Alaaa Fed tak jadi la potong rate…”

Dan bila Fed tak potong rate, confirm market tak suka. BTC pun muram. Altcoin apatah lagi, berderet merah. Yang pegang memecoin confirm rasa macam nak uninstall app kejap.

Sebenarnya, kalau kita tengok balik pattern sejak awal tahun, market ni macam nak naik  tapi tiap kali nak laju sikit je, datang satu data ekonomi yang tarik brek. Januari ada FOMC hawkish. Februari ada CPI panas. Sekarang PCE pulak buat hal. Fed macam bagi signal: “Hangpa chill dulu. Rate cut? Bukan sekarang.”

Minggu lepas, data PCE keluar lebih tinggi daripada apa yang pasaran jangka. Market ingat inflasi dah mula kendur sikit, tapi rupanya masih liat. Core PCE naik 2.8% tahun ke tahun, padahal orang expect 2.7% je. “Alah 0.1% je pun!” …. ya betul, tapi dalam dunia Fed dan Wall Street, beza 0.1% tu dah cukup buat jerung lari dan retail holder panik jual.

Apa jadi lepas tu? Fed jadi semakin sukar untuk justify nak turunkan interest rate dalam masa terdekat. Bila Fed tak potong rate, maknanya tiada angin segar masuk market. Nak harapkan liquidity baru? Memang tak lah. Jadi, market pun bertukar mode  dari optimis kepada defensive.

Risk asset macam crypto kena dulu, lepastu baru saham dan sebagainya.

Klik kat photo untuk daftar akaun LUNO

..

Market sekarang ibarat tengah jalan atas tali. Bila ada data buruk sikit macam PCE tempoh hari, terus hilang keseimbangan. Jadi tak pelik kenapa minggu ni BTC jadi mangsa dan kalo kita tengok pula kalendar  minggu depan ada NFP la, ada CPI la dan tak lama lepas tu FOMC meeting plak. Semua ni bukan calang-calang.

🗓️ Road Ahead: Minggu-Minggu Yang Tak Tenang

Next big events:

  • 2 Jun: Tariff policy update Trump

  • 4 Jun: NFP (Non-Farm Payrolls) — tengok pasaran kerja macam mana

  • 10 Jun: CPI keluar

  • 12 Jun: FOMC meeting & Fed rate decision

Dalam tempoh ni, agak susah nak expect BTC atau altcoin buat rally besar. Kalau ada pun, mungkin short-lived relief rally je.

Geng Wall Street pun tak berani nak gasak beli banyak-banyak selagi tak jelas apa keputusan Fed nanti.

Sekarang ni ramai tanya, masih sesuai ke nak guna strategi DCA dan hodl panjang-panjang?

Saya jawab jujur la ya.. untuk BTC tu mungkin boleh, sebab dia masih raja dan banyak institusi sedang tunggu nak collect bawah radar..tapi kalo untuk altcoin? Kena hati-hati la skit sebab banyak chart tengah tenat dan kalau sambung jatuh, ramai akan stuck dengan floating loss macam musim sejuk 2022 dulu.

Saya sendiri pun sekarang banyak main fast trade saja. Red buy green sell. Tengok profit, terus keluar. Tak sempat sayang coin. Market sekarang bukan macam 2021 dulu, sekarang ni kita bukan bertanding siapa hodl paling lama, tapi siapa paling cepat cabut lepas untung. Kalau lambat, nangis di bucu katil la jawapnya.

Satu lagi benda kena ingat , bila tengok harga emas sekarang, kita boleh nampak cerita yang lebih besar. Emas tengah catat all-time high baru, hampir setiap minggu. Itu tanda besar-besar pelabur global tengah cari perlindungan. Bila gold pump, itu petanda dunia tengah risau dan bila dunia risau, crypto pun tak boleh rilek sangat. Jadi sekarang ni bagi saya bukan masa sesuai nak berangan nak jadi whale baru.

Kalau nak main selamat, buat macam Warren Buffet buat. Pegang cash banyak-banyak, letak dalam tempat yang bagi yield  dan tunggu peluang datang. Kita di dunia crypto pun boleh buat lebih kurang sama macam dia dengan simpan USDT atau aset yang boleh staking ke farming ke dan bersiap sedia untuk cycle seterusnya. Tapi ingat, kalau Muslim, status syariah USDT farming tu kena study sendiri. Jangan main langgar hukum syarak ni .

Kesimpulannya, dump market kali ni bukan sebab projek rug pull, bukan sebab influencer tweet pelik. Semua ni berkait rapat dengan inflasi, PCEdan dasar ekonomi US. Siapa rajin follow cerita makro, dia akan nampak pattern. Siapa malas baca news, akan sentiasa terkejut dan panik bila market buat U-turn.

sign up MEXC here

.

Jadi, soalan cepumas: Nak DCA lagi ke sekarang?

Bagi saya, kalau BTC belum confirm break 110K dengan volume padu, jangan gatal-gatal nak long hodl altcoin lagi. Simpan dulu angan-angan jadi OKB. Sekarang ni gameplay paling selamat: red buy, green sell. Fast in, fast out. Kalau nak hodl juga, BTC je lah. Yang lain tu, tengok dulu dia boleh bertahan ke tak bila market kena hempuk.

Kita pun tak tahu lagi Fed nak buat apa bulan depan. Nak potong rate? Rasanya belum. Nak naikkan balik? Mungkin tak juga. Tapi kalau Trump buat hal dan ekonomi US mula goyang, mungkin Fed kena pusing balik strategi. Tu baru mungkin ada harapan BTC nak buat rally betul.

Jadi sekarang ni?
Main short game dulu la. Kalau BTC naik sikit, ambik la. Kalau dia retrace, standby je jangan gelabah. Yang penting, jangan sayang coin sangat. Kita bukan Saylor.

Untuk saya, sekarang bukan masa yang sesuai nak guna strategi DCA + Hodl long term (terutama untuk altcoin).
Lebih selamat:

  • Red buy, green sell

  • Fast trade, secure profit

  • Guna stop loss, jangan sayang coin

2021 dulu, kita semangat baca whitepaper…tapi 2025 ni, kita kena rajin baca data inflasi & polisi Fed.

Sebab sekarang ni realitinya simple je:

US Stock Market pump = BTC pump
US Stock Market dump = BTC pun ikut dump

Tapi apa-apa pun, kena ingat !

Ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, hanya sekadar pendapat peribadi saya sahaja.

DOYR sebelum masuk market.

#DukKampungTakpeJanjiAdaKripto

Feedback Nurhidayah, selepas join circle MyCryptoversity

Related posts

Apa itu Cryptocurrency? Apa Pemula Perlu Tahu

Nazrich

7 Tip Untuk Elak FOMO

Ringgit Jelita

10 Fundraising Gems Untuk Next Bullrun

Nazrich
error: Content is protected !!