29.3 C
Kuala Lumpur
June 5, 2026
CryptocurrencyEkonomiKriptoPendidikan

Oktober: Bulan Penentu Bull Run Atau Shopping Bawah $100K

PCE Update – Inflasi masih degil, hutang Trump makin mahal, risiko shutdown semakin hampir dan Bitcoin masih lemah ikut rentak TradFi.

Adakah Oktober ni bulan kejutan untuk crypto?

Semua naratif, data, emosi dan trend yang saya nak kongsi dalam artikel ini berkumpul di titik ini: Oktober 2025. Bulan depan bukan sekadar sambungan siri, tapi mungkin bab yang paling kritikal dalam pelepasan bull run crypto tahun ini. Dalam cerita market kali ni, inilah “pertaruhan” sebenar, adakah simfoni inflasi & pekerjaan akan jadi medley kemenangan untuk crypto, atau adakah nada koreksi akan jadi instrument dominan?

Oktober semakin hampir dan pelabur dah mula bising tertanya — tanya “bulan depan ni bullish ke bearish?”

Lepas result PCE keluar sekitar 2.9%, ramai rasa macam tak ada apa-apa kejutan, tapi dalam diam sebenarnya pasaran sedang kumpul tenaga. Inflasi masih keras kepala, sektor pekerjaan bercelaru, tapi GDP pula tiba-tiba nampak cantik dengan angka “revised” naik.

Bila data diumumkan, wajah pelabur bercampur; ada lega, ada berkerut, tapi yang pelik, walaupun Fed dah turunkan kadar faedah, walaupun global liquidity tengah longgar, kita masih tengok Bitcoin macam motor pancit, terperangkap antara $115K–$117K. Emas plak? Senyum sampai telinga, siap catat All Time High baru lagi.

  • Jadi persoalannya sekarang, kenapa safe haven macam emas bersinar, tapi BTC yang kononnya digital gold nampak lesu?
  • Jadi kita ni nak percaya yang mana satu? Ekonomi ni tengah sihat atau sebenarnya bubble yang di edit supaya nampak menyinar?.
>>> Daftar Akaun Luno Anda Disini <<<

Jom kita kupas skit….

Benda camni lah yang buat pasaran makin serabut. Powell sendiri kata, “we need more data”. Itu bahasa lembut untuk yang bermaksud yang Fed sendiri pun sebenarnya keliru. Kalo mereka tekan brek kuat untuk kawal inflasi, sektor pekerjaan makin sakit…kalo mereka longgarkan sangat untuk selamatkan pekerja, inflasi akan hidup semula. Dual mandate Fed ni nampak cantik bila dibaca dalam buku teks, tapi bila diterjemahkan ke dunia nyata, ia ibarat tarik tali yang boleh putus bila-bila masa.

Jadi, mandat mana yang Fed akan pilih Oktober nanti? inflasi atau pekerjaan?

Mari kita tengok situasi market sekarang..

Inflasi, Pekerjaan & Fed: Dual Mandate Yang Tersepit

Data PCE terbaru masih melekat tinggi sekitar 2.9% YoY, masih tak cukup rendah untuk buat Fed rasa selesa, tapi tak cukup tinggi juga untuk bagi mereka ruang berpura-pura inflasi terkawal. Dalam masa sama, data pekerjaan US pula kelihatan bercelaru. Jobless claims minggu lepas turun, tapi NFP sebelum ni teruk. Lagi kelakar, GDP Q2 pula tiba-tiba “revised” naik dari 3.3% ke 3.8%. Ekonomi berkembang katanya, tapi rakyat masih merungut susah cari kerja.

Ilmu ekonomi saper yang Trump pakai ni?  Kita nak kena tau adakah ini realiti, atau sekadar bubble cantik hasil dari stock market rally yang ditarik oleh segelintir syarikat besar?

Kalo ekonomi US benar-benar kukuh, Fed boleh cut rate dengan yakin, tapi kalo mereka cut kerana ekonomi dah sakit dan inflasi masih degil, itu isyarat bearish. Itulah sebab kenapa market tak sambut rate cut dengan lemang hijau panjang, tapi sebaliknya ragu-ragu.

Treasury Yield & Kos Hutang Trump

Ramai crowd fikir “Fed cut rate, semua jadi murah”., tapi hakikatnya tak semudah itu. Lihat pada US Treasury yield, terutama long-term bond. Selepas Fed cut, yield bukannya jatuh, tapi naik. Ertinya, kos Trump untuk terbit hutang makin mahal, sama jugak dengan rakyat US yang nak buat loan rumah, kadar mortgage masih tinggi. Kenapa? Sebab marker global tak percaya dengan “standard rate” Fed. Mereka demand premium lebih tinggi sebab mereka nampak risiko politik + ekonomi di bawah Trump.

Saya bagi analogi mudah: Trump nak pinjam $1 bilion, janji bayar balik dengan 4% interest., tapi pelabur tengok USD makin lemah, inflasi degil, capor plak dasar Trump cari gaduh dengan separuh dunia, jadi kalo kita sebagai pelabur, kita nak terima  ke tak 4% ni? Sudah tentu tak la, sudah tentu kita akan mintak 5% ke 6% untuk play safe. ..Ini ah realiti yield sekarang.

Bayangkan macam ni: Trump nak pinjam duit $1 bilion daripada pelabur dunia, dia janji kalo dapat pinjaman, dia akan bayar balik dengan faedah 4%. Bunyi macam ok kan? Tapi sekarang keadaan sebenar:

  • Nilai USD tengah menjunam (maknanya duit yang kita akan terima balik nanti semakin kurang nilai).

  • Inflasi masih tinggi (harga barang naik, jadi duit faedah 4% tu tak cukup nak tampung kenaikan kos hidup).

  • Trump pula tengah cari gaduh dengan macam-macam negara, buat pelabur lagi tak yakin.

Jadi kalo kita yang jadi pelabur, logik ke nak setuju dengan tawaran 4% tu? Mesti kita kata: “Eh tak boleh la, risiko terlalu tinggi. Kalo nak aku bagi pinjam, aku nak interest lebih tinggi, mungkin 6% atau 7%.”

Inilah maksudnya walaupun Fed dah turunkan kadar faedah rasmi (contoh dari 4.5% turun ke 4%), tapi bila pelabur luar tengok keadaan sebenar ekonomi tak stabil, mereka tetap minta faedah lebih tinggi untuk pinjamkan duit.

Kesannya, kos hutang kerajaan US dan rakyat tetap mahal , loan rumah, pinjaman kereta, semua masih tinggi sebab ikut pasaran sebenar, bukan ikut kadar rasmi Fed semata-mata. Jadi, rate cut yang sepatutnya berita baik (bullish) untuk pasaran, boleh jadi sebaliknya (bearish), sebab pasaran tak percaya dengan “rate cut” tu dan terus demand kadar lebih tinggi, atas faktor ni la Fed kena berhati-hati, tak boleh main taram ikut kehendak Trump.

>>> Dapatkan Sekarang! <<<

Government Shutdown: Bayang-Bayang 1 Oktober

Dalam masa sama, bayang-bayang government shutdown mula menghantui, kalo kongres US gagal luluskan budget Trump sebelum 30 September, maka bermula 1 Oktober kerajaan US akan shutdown. Bayangkan kalo semua jabatan kerajaan Malaysia cuti: hospital, zoo, muzium, polis, bomba, malah Jabatan Statistik sekali pun cuti. Siapa nak keluarkan data NFP, CPI, PPI, PCE? Kalo shutdown sehari dua mungkin tak besar impaknya, tapi kalau berlarutan 2-3 minggu, maka Oktober ini boleh jadi bulan market sideway atau dump terus, lebih bahaya lagi, kalo shutdown ni datang serentak dengan tarif baru Trump untuk perabot, trak dan pharma, kalo bisnes nak berurusan dengan agensi kerajaan tapi semua pintu tertutup, ini bukan sekadar masalah kecil tapi ia boleh jadi kelam-kabut besar.. . jadi tanpa data, Fed pun terpaksa main agak-agak, tanpa data, pelabur pun hanya boleh buat assumption Dan assumption paling bahaya dalam pasaran ialah  “semuanya baik-baik saja, semua ok blaka”.

Dan di tengah semua ini, crowd crypto masih bertanya kenapa BTC tak terbang. Fed dah cut, global M2 pun ATH, sepatutnya high risk asset macam BTC patut melonjak. Tapi apa yang berlaku? Dump besar dengan liquidation $1.8 bilion long positions, malah ini jugak merupakan liquidation terbesar tahun ini.

Confirm sekarang ni ramai yang tertanya – tanya… Apa sebenarnya yang berlaku kat market kripto? kenapa cycle kali ni susah sangat kripto nak meletop?

Bagi saya jawapannya mudah, sebab BTC sekarang adalah TradFi, bila Wall Street risk-off, crypto lah yang jadi mangsa pertama, emas boleh melonjak ke ATH sebab emas dilihat sebagai alternatif yang selamat, saham mega-cap AI & tech boleh tarik indeks ke atas, tapi crypto? Ia masih dilabel aset berisiko., bila semua pelabur besar seperti intitusi kewangan global dan geng wall street main selamat, maka crypto selalu jadi pilihan terakhir mereka, bila mereka takde dalam market kripto, market kripto takkan gerak, sebab apa? sebab macam yang saya selalu bagitau sebelum ni..sekarang ni mereka lah yang mengerakkan market kripto, bukan lagi hype, tengok video penerangan saya kat sini : https://vt.tiktok.com/ZSDGMjYBX/

>>> Rebut Peluang Keemasan Sekarang, Dapatkan Sekarang! <<<

.

Jadi, apa sebenarnya yang menanti kita Oktober ni?

Kalo data inflasi reda, ekonomi nampak stabil, mungkin ada peluang untuk BTC uji semula $120k–$123k. Tapi kalo inflasi degil naik, shutdown jadi realiti dan yield makin tinggi, tak mustahil kita nampak BTC tembus ke bawah support $105.5k–$106.5k. Kalo itu pecah, maknanya peluang untuk shopping bawah $100k bukan lagi fantasi. Jadi, adakah kita berani ambil peluang itu, atau kita akan panik ikut arus jualan?

Hakikatnya, tiada siapa tahu. Powell pun ulang ayat sama, we need more data, tapi sebagai trader, kita tak boleh duduk tunggu data semata. Kita kena pandai baca sentimen, kita kena rasa denyut crowd, kita kena peka pada perubahan kecil yang boleh jadi signal besar. Market zaman Trump ni memang laju gameplay  dump laju, tapi pump pun boleh pecut balik tak sampai seminggu.

Strategi paling selamat? Jangan all-in, simpan peluru, guna taktik DCA.

Jadi, Oktober ni bukan sekadar bulan baru, ia mungkin jadi turning point sebenar, sama ada bull run akan dapat nafas panjang, atau pasaran akan masuk episod baru dumping.

Adakah kita dah bersedia, atau sekali lagi kita biar market ajar kita dengan floating panjang?

Penutup & Soalan Dari Saya…

Oktober ini bukan sekadar bulan transition, sebab ia mungkin jadi batu asas momentum Q4. Tapi tidak semua akan naik, hanya mereka yang tau baca makro, faham naratif dan tahu bila pintu dibuka akan melangkah masuk.

Soalan saya untuk direnungkan:

  • Adakah data Oktober nanti akan jadi pendorong reaksi besar crypto, atau hanya pengesahan kepada aliran sekarang?

  • Jika support utama pecah, adakah crowd siap ambil peluang beli bawah $100K, atau masuk perangkap panik?

  • Apakah “catalyst surprise” yang boleh ubah arah pasaran, undang-undang, ETF, kerjasama institution, geopolitik?

  • Akhir sekali: adakah kita sebagai trader lebih bijak daripada crowd? Atau kita akan ikut arus dan jadi mangsa kali ini?

Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto #TakPerluJadiLejenTapiJanganJadiMangsa
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

© MyCryptoversity· Ditulis oleh Tuan Mayee. Artikel Premium Bicara Market. Bukan nasihat kewangan.

Related posts

Bagaimana DCA Menggandakan Keuntungan Portfolio Bitcoin Anda Tanpa Rasa Stress

Nazrich

Testnet vs Mainnet – Apa Yang Pemula Perlu Tahu

Izzat Mustapha

Apa itu Solana?

Hazim Mustapa
error: Content is protected !!