30.7 C
Kuala Lumpur
April 22, 2026
CryptocurrencyEkonomiKripto

PCE 26 Sept, Adakah Data Inflasi Penentu Bull Run Q4 atau Brek Mengejut?

 

PCE 26 Sept, Adakah Data Inflasi Penentu Bull Run Q4 atau Brek Mengejut?

Ditulis oleh: Tuan MayeeNazrich
Tarikh: 24 September 2025
Minggu ini pasaran kripto ibarat highway besar yang tiba-tiba bertukar jadi red light district , bukan sebab drama, tapi sebab semua orang menunggu indikator nombor satu FED iaitu : PCE (Personal Consumption Expenditures) pada Jumaat, 26 September. Selepas FOMC memotong kadar 25bps, pasaran sepatutnya lega, tapi relief itu cepat bertukar menjadi resah apabila lebih $1 bilion posisi long dilikuidasi dalam sejam dan Bitcoin hilang momentumnya untuk tembus $118K.
Jadi, persoalannya, adakah PCE nanti jadi lampu hijau untuk bull run Q4? atau brek mengejut yang memaksa kita berhenti di lorong kecemasan?

 

Ringkasan :

  • Konsensus Core PCE sekitar 2.9% YoY (naik dari 2.8%). Jika lebih rendah = bullish crypto; jika  lebih tinggi ≥3.0% = USD rebound, crypto tertekan.
  • DXY pecah channel & sedang retest breakdown. Jika gagal naik semula, bias USD melemah (pro-crypto).
  • Leverage washout $1B minggu lepas bersihkan bukulog trader futures, jika PCE menyebelahi, rally seterusnya akan jadi lebih “bersih”.
.

Kenapa PCE, bukan CPI yang jadi kompas Fed?

Ini disebab kan PCE di mata Fed ialah cermin yang lebih menyeluruh tentang inflasi,  bukan sekadar harga barangan, tetapi ia pola belanja isi rumah, servis dan perubahan tingkah laku pengguna, manakala CPI pula lebih popular di media, tapi lebih volatile dan sempit atau dalam dalam bahasa kampung: kalo CPI ialah “harga lauk di pasar”, PCE ialah “keseluruhan kos dapur & isi rumah”…aa gitew, boleh faham?

Kesan praktikalnya? Keputusan dasar Fed lebih responsif kepada PCE. Jadi, angka  hari jumaat ini bukan angka kaleng – kaleng, sebab ia boleh mengubah haluan “narrative” Q4 dengan cepat.

>>> Buka Akaun LUNO Anda Disni <<<

Jangkaan & Dua Jalan Cerita

Senario Hijau (Bullish)

Jika Core PCE keluar lebih rendah daripada 2.9% (contohnya 2.7–2.8%), ia mesej bahawa inflasi benar-benar reda. Fed ada ruang untuk teruskan rate cuts hujung tahun. USD cenderung melemah, DXY sambung turun dan Bitcoin ada peluang push ke $120K–$123K. Biasanya dalam suasana begini, altcoin biasanya outperform, terutamanya sektor yang sudah ada traction institusi (SOL/BNB/RWA/AI).

Senario Merah (Bearish)

Jika bacaan ≥3.0%, inflasi dianggap degil. Fed jadi serba salah: potong lagi berisiko, tapi tahan kadar akan percepat kelembapan ekonomi. Biasanya dalam senario gini, USD boleh buat comeback, DXY memantul semula ke atas breakdown zone dan crypto tertekan. BTC mungkin test $108K–$110K  dulu, sementara altcoin terkesan lebih besar disebabkan likuiditi yang lebih nipis.

Inti dagangan: PCE ialah event risk yang menggerakkan USD → DXY → Crypto. Jangan FOMO sebelum data. Tunggu konfirmasi pada reaksi DXY & price action BTC.
.
.

USD (DXY) vs Bitcoin

Ini adalah rahsia umum yang selalu terbukti: apabila DXY mengukuh, BTC mudah lemah; apabila DXY longgar, BTC cenderung buat kenaikan. Lihat visual ringkas ini untuk jelas:

Hubungan songsang DXY vs BTC (contoh visual garis hijau DXY, garis oren BTC)

Gambar 1. DXY vs BTC: bila USD melemah (garis hijau turun), Bitcoin cenderung dapat ruang bernafas dan rally.

Ketika ini DXY dilihat telah breakdown dari ascending channel jangka panjang dan sedang menguji kawasan retest. Jika pengesahan gagal naik semula biasanya itu mengisyaratkan bias bearish USD , naratif yang menyebelahi aset berisiko termasuk crypto. Tapi jika DXY kembali membuat kenaikan memanjat atas garisan pecahan, crypto boleh kena hentam semula…ulasan penuh di https://t.me/cryptoblock_edu/10174

.

BTC: Rising Wedge, Kumo Sebagai Kusyen

Gambar 2. BTC/USDT: di dalam rising wedge, disokong Ichimoku cloud. Lantun di atas kumo = peluang ke $120–$123K, tapi jika pecah lantai = risiko $108–$110K.

Secara teknikal, Bitcoin masih berlegar dalam rising wedge pada rangka masa tinggi, dan “kumo hijau” (Ichimoku cloud) bertindak sebagai kusyen. Saya bagi Playbook mudah: selagi close harian/3D kekal atas lantai wedge + kumo, bulls yang pegang stereng. Tapi jika penutupan di bawahnya, ia selalunya membuka “ruang udara” untuk correction…ulasan penuh di : https://t.me/cryptoblock_edu/10173

.

Market Psychology – Leverage Washout $1B

Minggu lepas, market crypto digegarkan dengan liquidation lebih $1 bilion longs dalam masa sejam. Itu bukan main-main, bagi saya itu tanda crowd terlalu yakin BTC akan tembus $120K, leverage naik menimbun. Bila market rasa crowd dah rakus, biasanya dia “basuh” semua dulu, sebelum membuat kenaikan.

Sekarang leverage crowd dah dicuci, kalo ikut dalam teori trading, itu bagus, sebab kalau PCE menyebelahi crypto, rally seterusnya lebih bersih, tak sarat dengan posisi rapuh. Tapi kalo PCE keluar negatif, risiko jatuh tetap ada. Bezanya, kali ni mungkin lebih terkawal.

Checklist Pantas Selepas PCE:

  • Lihat reaksi pertama DXY (5–30 minit) adakah ia kuat atau emau?
  • Lihat penutupan 4H/12H BTC di atas/bawah aras penting ($116.5K, $120K, $110K).
  • Periksa lonjakan volum: adakah spot-led (sihat) atau derivatives-led (rapuh)?
.

Altcoin Radar,  Aset Mana Berpotensi Outperform?

Gambar 3. Altcoin Market Cap: breakout dari ascending triangle, 21/50MA sebagai sokongan dinamik. Pegangan atas paras ini = pro-altseason.

Altcoin yang mempunyai real flows institusi dan use-case nyata baisanya akan mendahului. Saya bagi 2 contoh naratif yang tengah meletop lani : Solana (SOL) sebagai L1 berprestasi tinggi & BNB yang kini meniti rel institusi. Sektor AI dan RWA/tokenization juga makin memikat sebab ia menyambung dunia TradFi dengan on-chain liquidity.

Peringatan Penting : altcoin yang paling cepat terbang itulah juga yang paling cepat jatuh., jadi adalah lebih baik kita tunggu isyarat BTC terlebih dahulu.

Nota Strategi Untuk Altcoin : elak FOMO sebelum data. Cariretest atas paras breakout” atau range reclaim selepas reaksi PCE untuk risiko-ganjaran yang lebih waras.
..

Politik,  Stablecoin, Genius Act & Bitcoin Reserve?

Di Washington, saya nampak naratif ini semakin jelas: stablecoin bukan lagi aset di pinggiran, tapi ia bakal jadi plumbing kewangan digital. Genius Act mengiktiraf rangka kerja pembayaran stablecoin dan ada desas-desus mengenai Strategic Bitcoin Reserve sebagai aset strategik negara. Walau apa pun warna politik selepas PRU akan datang, kita nampak jelas yang market macam dah bersedia untuk USD-on-chain dan market kripto yang makin “mesra institusi”, jadi keputusan PCE nanti akan menentukan seberapa “laju” naratif ini berjalan.

.

What’s Next ? Pelan Bertindak Selepas PCE

  • Jika PCE di bawah jangkaan: pantau DXY sambung turun; cari break & hold BTC atas $120K. Altcoin dengan volum spot sihat boleh leg up.
  • Jika PCE di atas jangkaan: jaga risiko; DXY rebound = tekanan crypto. Cari peluang mean reversion di zon $108–$110K jika wujud seller exhaustion.
  • Neutral/inline: pasaran mungkin “menarik nafas” → range trading. Fokus pada rotations (BTC → ETH → SOL/BNB) dengan disiplin ketat.
Dapatkan Sekarang Sebelum Terlambat ! >>> Klik Sini <<<

Kesimpulannyaa……

Pasaran sekarang memang rasa macam duduk di simpang tiga besar. Kita ada USD yang baru saja tergelincir keluar dari channel 10 tahun, kita ada Bitcoin yang tersangkut dalam rising wedge sambil kumo jadi tilam dan kita ada altcoin yang baru nak senyum selepas lama tenggelam. Semua ni tunggu satu signal kecil jer yang bernama PCE.

Ironi kan? Nombor yang cuma bergerak 0.1% atau 0.2% boleh jadi punca market trillions dollar ambil arah baru.

Kalo bacaan PCE lebih rendah, bayangkan suasana apabila crowd sedar yang Fed ada “lesen” untuk potong lagi kadar faedah. USD melemah, DXY makin longgar dan tiba-tiba BTC ada ruang untuk lompat ke $120K. Altcoin macam SOL, BNB dan token AI pula tak tunggu lama, semua mungkin jadi bahan FOMO baru.

Peroalannya, adakah crowd bersedia nak kejar? atau masih trauma dengan liquidation $1 bilion minggu lepas?

Kalo bacaan PCE lebih tinggi, ceritanya lain. USD boleh dapat semangat baru, DXY melompat balik dan crypto kena brek kecemasan. BTC boleh junam  test balik $108K–$110K, altcoin confirm akan jadi mangsa jualan besar-besaran. Tapi apa yang peliknya, ada jugak trader yang suka senario ni .

Kenapa? Sebab retrace lah yang bagi peluang untuk “shopping” coin di harga lebih rendah.

Dan benda yang penting kita kena tanya diri kita sendiri ialah : adakah kita lebih suka tunggu rally? atau lebih suka ambil peluang masa orang lain panik?

Di atas semua-semua ini, jangan kita lupa lapisan politik. Trump dengan Genius Act dan cadangan Bitcoin Reserve Act mungkin nampak mesra crypto. Democrats pula cenderung ke CBDC. Sekarang ni saya nampak PCE dah jadi macam peluru dalam senapang politik, kalo  keluar rendah, Trump boleh kata “lihat, dasar kita berjaya, crypto akan jadi masa depan”. Kalo keluar tinggi, lawan boleh serang balik “inflasi masih degil, crypto hanya tambah risiko”. Jadi bukan sekadar ekonomi, tapi juga naratif geopolitik yang terikat dengan nombor ni.

Last but not least, kita kena jujur yang PCE bukanlah “penamat” cerita. Ia cuma bab penting dalam novel panjang bull run 2025–2026. Lepas ini, kita masih akan kena berdepan dengan NFP, CPI, FOMC November, dan mungkin drama global macam tarif perang atau geopolitik akan keluar lagi. Tapi dari pengalaman saya yang baru berada dalam dunia kripto ni sejak 2013…dalam setiap bull run besar selalunya akan ada satu “trigger” awal dan persoalannya ….. Adakah Jumaat, 26 September ini akan menjadi menjadi trigger itu? Atau kita hanya akan ingat ia sebagai satu lagi plot twist yang buat crowd pening kepala?

Apa pendapat awak semua?

Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .

Oppss satu lagi benda yang pasti dalam dunia kripto ni ialah….Market sedang memerhati, Whales sedang tunggu untuk tekan butang beli atau jual. Retailer plak sedang berdebar tunggu “lemang hijau panjang”, manakala Institusi pula sedang kira semula risiko portfolio dan saya dengan komuniti MyCryptoversity duduk di tengah — tengah sambil membaca, ,menulis, menilai dan bersedia.

Jadi persoalan terakhir yang saya nak tinggalkan pada awak semua: adakah awak semua sudah bersedia untuk kedua-dua senario ini? Atau awak masih berharap hanya ada satu jalan sahaja yang akan berlaku?

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto #TakPerluJadiLejenTapiJanganJadiMangsa
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

© MyCryptoversity · Ditulis oleh Tuan Mayee. Artikel Premium Bicara Market. Bukan nasihat kewangan.

Related posts

KESAN PENUTUPAN KERAJAAN AMERIKA KEPADA DUNIA KRIPTO

Nazrich

Apa Yang Panaszz 25jun 2025

Nazrich

Dollar Is Dying, Buy Bitcoin – Robert Kiyosaki

Nazrich
error: Content is protected !!