CryptocurrencyEkonomiKripto

$1B Longs Hancur Dalam 1 Jam, Bull Run Delay Lagi?

$1 Bilion Longs Kena Rekt, Apa Cerita Sebenarnya?

Potongan kadar Fed baru semalam, tapi pasaran crypto dah tergoncang. Adakah liquidation besar ini tanda market nak bersih leverage sebelum naik, atau amaran bahaya depan mata?

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

Semalam market crypto kena satu goncangan yang cukup dahsyat, lebih $1 bilion posisi long lenyap dalam tempoh sejam je. Kalo kita nak faham senario ni, ia ibarat macam domino effect: bila satu blok jatuh, yang lain ikut berderai. Bila harga jatuh sikit saja, sistem exchange akan automatik liquidate posisi leverage tinggi untuk tutup kerugian. Bila banyak long sekali gus kena sapu, tekanan jual makin besar, harga jatuh lagi, jadi lebih banyak long position kena rekt. Nilah yang kita panggil “cascade liquidation”.

Skala liquidation kali ini besar bukan sekadar ratusan juta, tapi bilion USD., bagi saya ni tanda jelas ada shift dalam sentimen market. Kalo seminggu dua lepas kita dengar cerita bullish, Fed potong kadar faedah, stablecoin dapat regulasi, altcoin market cap breakout… tut tut pagi ni cerita jadi terbalik.

Jadi adakah ini sekadar “shake-out” untuk buang leverage bilis? atau signal awal bahawa market dah mula takut dengan bayangan ekonomi global?

Buka Akaun Luno Anda Disini >>>

 

Bitcoin dan Ethereum paling kuat kena. BTC sempat jatuh bawah sokongan minor, ETH pula hilang momentum nak pecut ke $5K. Altcoin jangan cerita lah, lagi parah sebab liquidity nipis. Bila setiap kali BTC goyah, altcoin berganda ganda ganda jatuhnya. Trader yang masuk leverage tinggi pada SOL, XRP atau token hype baru memang banyak yang kena “margin call” free free jer.
.
Kalo kita fikir balik, benda ni bukan pelik, sebab market dah lama penuh dengan leverage tinggi, semua tamak nak cepat kaya, semua yakin bull run “dah confirm”,  faktor halal haram letak tepi, saya dah banyak kali dh bgtau trade futures ni HARAM, Tak Patuh Syariah..tp trade jugak sebab terpengaruh dengan popit yang sipu-sipu dan influencer duk tayang…boleh rujuk sini : https://www.youtube.com/watch?v=OZHT6bsB9M0.
.

Apa faktor sebenar yang trigger semua ni?

Ada yang kata whales sengaja hentak pasaran untuk bersihkan leverage crowd. Ada yang kaitkan dengan data makro, inflasi masih degil, ekonomi US makin goyah dan Fed cut baru-baru ini dianggap lebih kerana “terpaksa daripada yakin”. Ada juga yang spekulasi ini ada kaitan dengan “token unlocks” besar yang berlaku minggu ni.
.
Bagi saya, hakikat sebenarnya mungkin semua faktor-faktor ni bercampur sekali dan menjadi perfect storm.
.
Dalam dunia crypto ni kita kena sentiasa ingat, setiap kali crowd dah overconfident, time tu la market suka bagi warning biar semua ingat balik pasal risiko sebenar. Geng Wall Street panggil ni “leverage washout”,  market nak bersihkan semua posisi long yang terlalu rakus dan tamak, sebelum cycle seterusnya boleh jalan dengan lebih sihat, biasa la bila market nak naik lagi tinggi, kena ada pullback dulu..baru la sihat.
.
Jadi, adakah ini peluang terbaik kita nk entry altseason murah? atau perangkap licin untuk bilis yang tak sabar tunggu rebound?

Ada trader kata… inilah peluang terbaik kalo nak shopping bila leverage dah dibersihkan, pasaran jadi lebih stabil dan ruang untuk naik lebih luas/banyak lagi. Tapi ada juga traders yang skeptikal, kalo Fed cut sebab ekonomi makin teruk dan inflasi masih degil, mungkin rally sebenar masih jauh dan liquidation macam ni hanyalah episod pertama drama Q4.
.

>>> Dapatkan Maklumat Penuh Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain Di Sini <<<

Satu lagi naratif yang kita kena ingat, regulator tengah duk perati jer semua ni. Bila liquidation $1 bilion dah jadi tajuk besar, pasti ada suara politik kata “crypto terlalu berisiko, perlu kawalan yang lebih ketat.”
.
Jadi apa yang saya nampak selain dari market risk, ada juga risiko naratif politik yang boleh datang bila-bila masa jer dalam dunia kripto ni.

Liquidation sebesar US$1 bilion dalam satu jam ni bukan perkara kecil, bagi saya ia adalah simbol bahawa market masih sangat rapuh terhadap kejutan, terutama dengan leverage yang tinggi dan ketidakpastian makro. Untuk trader & pelabur, ini adalah peringatan bahawa walau bagus macamana pun berita seperti potongan kadar atau stablecoin regulasi boleh membantu, tapi risiko tetap ada depan mata.

Sekarang kita berada di situasi antara dua hala, sama ada ini akan jadi koreksi pendek sebelum rally semula, atau signal bahawa pasaran perlukan sedikit masa untuk stabil sebelum bull run boleh kembali dengan tenaga penuh.

Apa yang pasti, kita kena lebih bijak: jauhi leverage, baca sentimen makro dan jangan terperangkap dengan euforia.

Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto #TakPerluJadiLejenTapiJanganJadiMangsa
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

Related posts

10.7 juta Bitcoin (BTC) Bernilai $ 97,000,000,000 Tidak Bergerak Sejak 365 Hari Lalu

Nazrich

Apakah itu Indeks Fear dan Greed Crypto ?

Ammar Uzair

Perlukah Kripto Sebagai Tabung Persaraan

Ringgit Jelita
error: Content is protected !!