Minggu Ni Market Nak Ke Mana? Jom Kita Tengok Dulu Apa Cerita Amerika…
Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonation dan followers MyCryptoversity yang saya sayangi dan di rahmati Allah…
Minggu ni suasana pasaran nampak macam nak tenang-tenang aje awalnya, tapi jangan terpedaya sangat dengan hari Isnin yang cool dan santai tu, sebab tengah minggu ni bakal ada satu event yang boleh buat market bergegar sikit iaitu FOMC Meeting Minutes.
.
🇺🇸 Makro Event AS Minggu Ini
Isnin, 19 Mei 2025
-
Tiada data makro utama dikeluarkan. Market lebih kepada sideways dan sentimen earnings serta anticipation data pertengahan minggu.
Selasa, 20 Mei 2025
-
Earnings report runcit AS bermula (Home Depot, Lowe’s) pelabur pantau sama ada consumer spending masih kuat atau mula lemah.
Rabu, 21 Mei 2025
-
FOMC Meeting Minutes (Mei)
⏰ 2 pagi Khamis waktu Malaysia
👉 Ini penting sebab akan beri petunjuk apakah Fed masih kekal “hawkish” atau sudah mula “dovish” berdasarkan data inflasi PCE baru-baru ini.
Khamis, 22 Mei 2025
-
Initial Jobless Claims (mingguan)
👉 Data pekerjaan mingguan ni beri petunjuk awal kekuatan pasaran buruh. Naik = tanda ekonomi mungkin mula perlahan. -
S&P Global Flash PMI (Mei)
👉 Data awal aktiviti sektor pembuatan dan perkhidmatan. Jatuh = ekonomi perlahan = peluang Fed turunkan kadar.
Jumaat, 23 Mei 2025
-
Tiada data utama, tapi sentimen pasaran bergantung kepada reaksi dari FOMC minutes + data pekerjaan & PMI sebelum tu. Market boleh jadi volatile jika ada kejutan dari kenyataan Fed.

Meh saya cerita satu-satu.
Awal minggu, Isnin tu kosong, takde data penting dari US. Biasanya hari macam ni trader lebih fokus pada swing yang sedia ada dan mungkin akan ada sideways sikit sebelum data besar keluar. Tapi pasaran boleh mula bergerak perlahan-lahan berdasarkan anticipation terhadap kenyataan Fed pertengahan minggu nanti.
Masuk Selasa, pelabur geng Wall Street mula pandang pada laporan keuntungan dari syarikat-syarikat runcit besar macam Home Depot dan Lowe’s. Kalau kita nak tahu mood pengguna Amerika sekarang ni macam mana, kat sinilah tempat kita tengok. Kalau untung bersih syarikat runcit ni mula mengecut, itu tanda consumer spending makin lemah dan itu boleh jadi petanda ekonomi dah mula perlahan, ini juga merupakan satu point penting untuk Fed buat keputusan nanti.
Tapi kemuncaknya datang hari Rabu malam waktu AS (bersamaan awal pagi Khamis waktu kita). Masa ni keluar FOMC Meeting Minutes, dokumen penuh perbincangan Fed masa mesyuarat sebelum ni. Yang market nak korek sekarang ni satu je:
“adakah Fed masih degil dengan nada “kita takkan turunkan kadar faedah selagi inflasi tak jinak betul-betul”?
Atau mereka dah mula lembut sikit sebab PCE data haritu keluar lebih tinggi dari jangkaan dan nampak inflasi masih keras kepala? Boleh baca pasal PCE kat sini >>>
Kalau ayat-ayat dalam minutes tu masih berbunyi keras dan hawkish, mungkin market akan sambung jatuh. Tapi kalau ada tanda-tanda Fed mula goyah dan terbuka untuk longgar sikit dasar monetari, kita mungkin nampak mini relief rally, sekurang-kurangnya untuk jangka pendek.
Hari Khamis pula keluar data biasa yang market suka rujuk sebagai pulse mingguan iaitu jobless claims. Kalau makin ramai orang mohon bantuan pengangguran, itu tandanya ekonomi makin lembik dan bila ekonomi mula slow, itu akan beri tekanan kepada Fed untuk turunkan interest rate. Hari yang sama juga keluar data PMI awal dari S&P Global, ini merupakan pengukur sama ada sektor perkilangan dan perkhidmatan di US sedang berkembang atau mengecut.
Kalau PMI makin jatuh, satu lagi signal ekonomi makin perlahan.
Akhir minggu Jumaat, tak ada apa-apa data besar keluar dari US. Tapi jangan ingat market boleh relaks sebab trader dan pelabur global akan digest balik semua benda yang keluar Rabu dan Khamis tu, dan buat position untuk minggu depan.
Biasanya hari Jumaat ni market boleh jadi tak tentu arah, especially kalau data yang keluar mengejutkan pasaran.

.
Kesimpulannya minggu ni, pasaran kripto, saham dan emas semua akan pandang satu benda besar je iaitu isi kandungan FOMC Minutes. Kalau Fed nampak macam masih keras kepala, mungkin kita kena bersedia untuk fasa turun lebih jauh. Tapi kalau ada nada yang mula mesra dan lembut sikit, ini boleh buka pintu untuk short rally atau bounce dalam market yang tengah lesu ni.
Itu saja untuk kali ni, harap perkongsian ini memberi manfaat kepada awak semua, Saya doakan semoga dipermudahkan Allah segala urusan awak semua untuk menjadi Coiner Berjaya Dunia Akhirat, bebas Kewangan...Insya Allah, Amiin Ya Rabb Alamiin..
“Duk Kampung Takpe Janji Ada Kripto”

