CryptocurrencyEkonomi

NFP 5 Sept, Bear is Coming

NFP 5 Sept, Bear is Coming


Review saya pasal NFP semalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

Semalam dunia market dapat satu hidangan “lemang merah panjang” bila data Non-Farm Payrolls (NFP) keluar jauh terpesong dari jangkaan. Orang market forecast ada 75 ribu kerja baru, tapi realitinya cuma 22 ribu. Maknanya pasaran pekerjaan US makin semput, kilang, ladang, pejabat makin kurang hire orang atau dalam bahasa mudah, ekonomi US tengah batuk-batuk, nak jalan pun tersengguk-sengguk. Walaupun nampak kecik angka tu, tapi besar kesannya pada market.

Bila angka tu keluar, reaksi pertama yang saya nampak : USD terus jatuh, bond yield pun ikut tergolek, market tak tunggu lama, FedWatch Tool yang sebelum ni pricing rate cut 0.25% terus shift ke 0.50%. Macam semua orang serentak kata: “Fed, kau kena turunkan rate besar sikit kalau nak selamatkan keadaan.” Tapi kan, peliknya bukankah rate cut biasanya bullish? Patutnya kalo kos pinjaman murah, liquidity masuk, market pump…kan?

Tapi persoalannya kenapa lepas news ni market terus tumbang?

Mari saya jelaskan…kata pakcik kebun sebelah ni..sebabnya mudah jer dan inilah point yang ramai pelabur baru selalu terlepas: rate cut tak selamanya bullish.  Sebab kalo Fed potong rate masa inflasi rendah dan ekonomi steady, ini hadiah, market suka, tapi kalo Fed potong rate sebab terpaksa, inflasi masih tinggi, rakyat susah cari kerja, tariff war Trump–China belum settle, hutang US makin menimbun, ini tanda masalah besar.

Market nampak Fed bukan potong rate untuk “reward” pelabur, tapi untuk pasang “ubat kecemasan” pada ekonomi yang dah tengah parah.

Tambah pulak, hutang US sekarang lebih $37 trilion dan baru-baru ni naik lagi $500 bilion dalam sebulan. Treasury sibuk terbitkan bond baru, tapi buyer makin kurang. China dah malas beli sebab perang tariff, Jepun sendiri pun tengah nazak ekonomi. Jadi siapa nak beli bond US ni?

Kalo bank dan syarikat terpaksa beli, maksudnya liquidity lari masuk bond, bukan lari masuk ke saham atau kripto.

So logicnya jelas: kalau bond sapu liquidity, market lain confirm slow.

Dapatkan Maklumat Lanjut Di www.blajarkripto.com (Klik Sini)

 

Wall Street pun blur, ada futures S&P naik, tapi ramai trader veteran baca ni sebagai signal stagflation. Gold makin laku, sebab semua orang cari safe haven, sebab tu la kita tengok lately ni kenapa harga Gold naik…faham tak? harga Gold naik bersebab, turun pun bersebab..jadi ini kenapa kita nak kena pandai baca pasal makro, supaya kita boleh tafsirkan pergerakan yang seterusnya. Ok berbalik kepada BTC…BTC kita tengok masih hover sekitar $110k, tapi realitinya BTC sekarang adalah cerminan kepada saham US. Bila stock pump, BTC ikut pump, bila stock slow, BTC pun ikut slow.

Era “BTC asset bebas” tu dah lama berlalu, sekarang BTC dah sebati dengan mood TradFi.
.

So apa next?
Semua mata sekarang pandang pada CPI minggu depan, kalo inflasi makin naik, makin jelas la rate cut ni bukan bullish. Lepas tu, data PCE hujung bulan September plak akan jadi penentu sama ada kita ada peluang rally Q4 atau tidak.

Dari sudut strategi, saya sendiri prefer relax dulu. Altcoin yang dah cecah ATL bulan April lalu, boleh la DCA sikit-sikit. Untuk BTC, saya wait & see. Kalo bawah $110k, boleh la shopping kecik-kecik. Tapi kalo CPI tembak naik, jangan terkejut kalo p.a BTC bawah $100k muncul depan mata kita.

Buka Akaun Luno Anda Disini >>>

 

Kesimpulannya pada saya lah… NFP kali ni bukan sekadar angka 22 ribu. Ia macam bunyi siren polis “loud and clear” yang nak bagitahu bahawa sekarang ni ekonomi US makin goyah, Trump anak beranak tengah sibuk buat duit dengan projek World Liberty Financial (WLFI) dia. Fed cut nanti bukan tanda party, tapi tanda kapal tengah bocor. Jadi siapa yang faham game ni akan kawal risiko, tak gelojoh FOMO dan tunggu timing betul untuk sauk.

Ingat!! bila Fed buat rate cut masa inflasi tinggi, ini adalah bearish signal.

 

Dah beli dah buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain?

Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain ini bukan buku mengajar tentang Pelaburan atau Nasihat Kewangan, tapi kalau nak jadi Coiner yang Berjaya, buku ini WAJIB dimiliki!

👉 https://tinyurl.com/26vhazvw
👉 https://tinyurl.com/26vhazvw
👉 https://tinyurl.com/26vhazvw

Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain

Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto #TakPerluJadiLejenTapiJanganJadiMangsa
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

Related posts

Nvidia Meletup… so what’s next?

Nazrich

PCE 26 Sept, Adakah Data Inflasi Penentu Bull Run Q4 atau Brek Mengejut?

Nazrich

$300 Bilion Harga Bitcoin Dan Kripto Turun Selepas Amaran Stark Fed—Ethereum, BNB, Solana, Cardano Dan XRP Dalam Penurunan Bebas

Hazim Mustapa
error: Content is protected !!