Tarikh Penting September: Fed, CPI & Futures Expiry

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,
Maaf lewat buat penulisan pasal makro event September 🙏🙏🙏
Kalo bulan September ni ibarat medan perang, maka 3 tarikh besar ni lah yang akan jadi “bom jangka” utama untuk bulan ni ialah : Nonfarm Payroll (5 Sept), CPI (11 Sept) dan FOMC Meeting (17 Sept). Lepas tu, bila semua orang dah penat bertempur, datang pula Futures & Options Expiry (26 Sept) yang selalu jadi klimaks pergerakan.
Jom kita sembang satu persatu apa maksudnya, kenapa ia penting dan macam mana benda ni kacau market kripto. :
5 September – Nonfarm Payroll (NFP)

Inilah laporan kerja paling ditunggu setiap bulan. Bayangkan, berapa banyak kerja baru dihasilkan dalam ekonomi AS dan dengan satu angka saja ia boleh buat USD terbang atau jatuh dan bila USD bergerak, semua pasaran lain termasuk Bitcoin akan ikut bergoyang.
Kalau angka NFP ni lebih rendah dari jangkaan, itu tanda ekonomi mula lembik. Fed biasanya akan lebih cenderung potong kadar faedah, sebab nak elak kemelesetan. Berita ni biasanya bullish untuk kripto sebab geng Wall Street ni suka masuk aset berisiko bila interest rate nampak longgar. Tapi, kalo data terlalu buruk, crowd boleh panik dan lari dulu, kemudian baru masuk balik. Jadi pattern biasa dia lebih kurang macam ni : turun dulu , kemudian baru pump.
Sebaliknya, kalo NFP terlalu kuat, pasaran mula fikir “alamak, Fed mungkin takkan potong kadar cepat.” USD jadi kukuh, hasil bon naik dan crypto biasanya kena tempias bearish.
Jadi 5 September ni bukan sekadar angka pekerjaan tapi dia ibarat termometer kesihatan ekonomi global.
11 September – CPI (Inflasi)

Kalo NFP itu jantung ekonomi, CPI pula adalah darah. Inflasi ni lah yang selalu buat Fed pening kepala. Angka kecil saja tp ia boleh ubah jangkaan seluruh market. Kalo CPI kekal tinggi atau naik, crowd terus fikir Fed akan jadi hawkish. Kalo CPI turun ke arah target 2%, barulah lega sikit.
Untuk kripto, CPI ibarat signal lampu trafik:
👉 CPI tinggi → lampu merah untuk Bitcoin & altcoin.
👉 CPI rendah → lampu hijau, risiko kembali jadi “on”.
Lebih menarik, tarikh CPI ni hanya seminggu sebelum mesyuarat Fed., jadi ia akan jadi peluru terakhir sebelum FOMC. Ramai pro trader akan cuba “front-run” maknanya, buat posisi lebih awal dari jangkaan Fed akan respond pada angka tu.
7 September – FOMC Meeting

Aaaaa, inilah “main event” untuk bulan September, semua pasaran akan bernafas ikut keputusan Fed dan kali ni lagi panas sebab ramai pegawai Fed macam Waller sebelum ni dah beri hint nak potong kadar tapi dengan syarat data mesti menyokong.
Jadi dengan CPI baru akan keluar pada 11hb, semua mata akan terpaku pada keputusan 17hb ni.
Kalo Fed potong kadar, pasaran kripto boleh dapat suntikan baru. Cuba bayangkan bila trader dengar perkataan “rate cut”, saya rasa ni dah cukup jadi peluru untuk FOMO. Tapi, jangan lupa kalo Fed potong terlalu awal, crowd boleh jadi takut balik pasal stagflasi (inflasi naik semula).
Jadi rally kali ni mungkin bukan lurus ke atas, tapi penuh zig-zag.
Kalo Fed kekalkan kadar, mungkin market akan kuciwa sekejap, tapi kalau nada Jerome Powell dovish “kami bersedia potong bila perlu”, yang ni saya rasa masih boleh jadi bullish atlest untuk jangka sederhana.
26 September – Futures & Options Expiry

Lepas semua drama makro tu tadi, kita sampai ke tarikh expiry futures & options untuk BTC, ETH dan altcoin besar. Biasanya ini minggu yang paling volatile sebab billions dalam open interest akan expired. Geng Wall Steer akan adjust posisi portfolio mereka, ada yang tutup short, ada yang roll ke bulan depan.
Untuk retailer plak, ini selalu nampak macam “harga kena tarik-tarik.”
Kadang-kadang BTC naik pelik, sebab market maker nak liquidate short. Kadang-kadang jatuh tiba-tiba,sebab mereka nak ambil liquidity long.
Jadi expiry ni macam “final boss” setiap bulan, kalo sebelum ni pasaran dah letih, expiry akan jadi peluru terakhir yang tentukan September ditutup merah atau hijau.
Jadi September 2025 ni memang bulan roller coaster, sebab kita ada:
- 5 Sept NFP: ketegangan bermula.
- 11 Sept CPI: tambah minyak ke api.
- 17 Sept FOMC: letupan utama.
- 26 Sept Expiry: klimaks penutup bulan.
Dah beli dah buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain?
Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain ini bukan buku mengajar tentang Pelaburan atau Nasihat Kewangan, tapi kalau nak jadi pelabur Kripto yang berjaya, buku ini WAJIB dimiliki!
Maklumat lanjut, klik link dibawah ni
👉 https://tinyurl.com/26vhazvw
👉 https://tinyurl.com/26vhazvw
👉 https://tinyurl.com/26vhazvw
.
Untuk trader kripto, moral ceritanya jelas:
Jangan hanyut dengan hype semata-mata, kena tengok tarikh ni baik-baik, sebab setiap event ni boleh ubah arah market dalam sekelip mata jer. Kadang BTC naik bukan sebab on-chain data, tapi sebab Fed batuk. Kadang altcoin jatuh bukan sebab projek rugi, tapi sebab CPI keluar tinggi.
Inilah dunia kripto cycle 2025, ia bukan sekadar chart, tapi campuran makro, regulasi, dan psikologi crowd…jadi kalo nak masuk ke dunia kripto, awak semua kena hadam ni!
Dan macam biasa, pesanan santai saya macam penulisan “September Effect”, jangan biar emosi effect akaun kita. Kalo market goyang, kita goyang sikit-sikit je, jangan sampai tumbang.” 😎
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016 sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto #TakPerluJadiLejenTapiJanganJadiMangsa
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

