Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat. Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat pelaburan, perdagangan dan kewangan. Maklumat yang dikongsikan hanyalah pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak MyCryptoversity atau pemiliknya.
Kredit: Cointelegraph
Awal pagi tadi (waktu Malaysia), harga Bitcoin sekali lagi cecah paras di bawah $60k untuk kali kedua bulan ni. Ada sesiapa yang kena panic attack ker, bila tengok chart bangun pagi tadi? Atau ramai yang dah mentally prepared dan bersiap dengan “peluru” untuk jadi penembak tepat. Ataupun korang adalah antara penghuni gua yang berhibernasi bersama beruang kutub, walaupun korang hidup dalam cuaca khatulistiwa. Alaaa..lantak la market tu, nanti bila BTC dah naik $100k balik, baru la aku munculkan diri.
Tak kisahlah korang dalam kategori yang mana. Sebab pilihan di tangan masing-masing. Cuma kita kena ingat yang market tetap bergerak dan pergerakkannya sangat pantas. Setiap hari 24/7 tanpa henti. Apa yang berlaku sepanjang bulan Jun ni, dah dikongsikan oleh Cikgu Mayee awal bulan lagi. Jun, satu bulan yang bukan biasa-biasa. Bulan yang penuh dengan events dari minggu pertama sampai minggu akhir. Dan sekarang kita dah pun berada di minggu terakhir. Ini juga bermakna Q2 dan H1 bagi 2026 akan berakhir tak lama lagi.
Saya bukan nak recap pasal events yang dah berlaku sepanjang Jun ni. Masa tengah scroll Telegram, tengok news, saya terjumpa satu klip interview oleh Cointelegraph. Diorg interview Zach Pandl, Head of Research di Grayscale. Saya rasa konten interview ni sangat menarik untuk dikongsikan untuk dijadikan panduan.
Untuk korang yang ada masa nak tengok interview yang berdurasi 11:45 minit ni, korang boleh tengok kat sini
Untuk korang yang takde masa nak layan video hampir 12 minit tu, jemput la baca intipati penting dalam interview tu. Reading time 5-7 minit. Saya dah cuba compile, susun dan ringkaskan sebaik mungkin menggunakan pertolongan AI. Harap korang enjoy baca, ya.
Adakah Harga Bitcoin Sudah Murah?
Berdasarkan petunjuk penilaian on-chain, harga Bitcoin secara teknikalnya dah murah dan berada di bawah harga long term average. Tapi tidaklah “terlalu murah” seperti ketika berlakunya kejatuhan FTX dalam cycle lepas.
Nasihat Grayscale kepada pelanggan adalah untuk tak terburu-buru membeli secara membuta tuli (close your eyes and buy) atau pergi all-in semua modal. Sebaliknya, ini adalah masa yang sangat baik untuk DCA (Dollar-Cost Averaging) bagi pelabur jangka masa panjang.
Harga BTC ni dah cukup bottom ker? Zach Pandl pun tak tahu adakah harga BTC sekarang dah cukup rendah atau tak.
“It could be lower, we’ll see. But it’s hard to predict this thing”.

Risiko Utama & Pemangkin Pasaran
“Our message to our clients is that it’s not quite the time to close your eyes and buy. Bitcoin is not so cheap that you just want to kind of go all in..”
“It’s time to watch catalysts and react based on those catalysts”
Pasaran sedang menanti pemangkin pasaran yang besar, terutamanya kelulusan undang-undang Clarity Act di Senat AS, serta kestabilan balance sheet syarikat MicroStrategy dan entiti DAO lain. Tapi kenapa MicroStrategy? Sebab diorg beli Bitcoin menggunakan pinjaman dan hutang yang besar.
Jika Clarity Act lulus, ia mungkin menandakan berakhirnya crypto winter.
Rule making process ambil masa 18 bulan. Maknanya undang-undang penuh Clarity Act mengambil masa sekitar 18 bulan untuk disiapkan. Tapi kelulusannya dah cukup untuk memberikan keyakinan segera kepada institusi kewangan di Wall Street untuk melakukan aktiviti penggabungan (merger & acquisition), tawaran awam awal (IPO) dan paling penting mula menulis big cheque.
Sebaliknya, jika ia gagal diluluskan, pasaran mungkin berhadapan dengan crypto winter yang lebih panjang.

Hyperliquid Sebagai Trend Popular
“What is the buzziest thing today? And I would say Hyperliquid is probably the thing that is the most buzzy with our investors today”
Produk yang paling mendapat perhatian (buzziest) dalam kalangan pelabur Grayscale ketika ini ialah Hyperliquid. Grayscale juga telah memperkenalkan Grayscale Hyperliquid ETF.
Dua tarikan utama tentang Hyperliquid yang menarik minat pelabur institusi:
- Crypto Tech Coming to Mainstream Finance – teknologi teras kripto kini mula digunakan untuk menyelesaikan atau menambah baik sistem kewangan tradisional (TradFi), bukannya lagi sekadar menjadi aset spekulasi. Hyperliquid berjaya membina sebuah bursa decentralized (DEX) yang mengendalikan perdagangan perpetual futures dengan sangat pantas dan cekap menggunakan teknologi blockchain.
- Model Pendapatan yang Jelas – Pelabur institusi tradisional sangat menyukai aset yang mempunyai aliran tunai atau pendapatan yang jelas (seperti dividen saham atau hasil sewa hartanah). Hyperliquid menarik perhatian mereka kerana ia mempunyai model perniagaan yang sangat mudah difahami. Ia berfungsi sebagai sebuah bursa pasaran yang mengambil caj peratusan (take rate) daripada setiap urus niaga perdagangan. Hasil pendapatan atau yuran yang dikutip akan dialirkan terus kepada pemegang token platform tersebut.

Masa Depan Ethereum & Tokenisasi
Walaupun harga Ethereum (ETH) sekarang agak tertekan dan terdapat rombakan kepimpinan dalam Ethereum Foundation, Grayscale melihat Ethereum berada di kedudukan terbaik untuk menerajui megatrend tokenisasi aset.
“Tokenization will be a rising tide that lifts all boats, essentially in the digital assets ecosystem. And Ethereum is the biggest boat..”
Zach Pandl percaya TOKENIZATION dijangka menjadi megatrend dalam bagi tempoh 10 hingga 30 tahun akan datang. Memandangkan Ethereum mempunyai seni bina rangkaian kontrak pintar yang paling matang, ia dianggap sebagai the biggest boat yang akan melonjak bersama megatrend tersebut. Jangan lupa yang Ethereum juga adalah blockchain paling banyak digunakan oleh institusi untuk membina projek tokenisasi.
Tokenization megatrend berpotensi memindahkan aset kewangan tradisional ke dalam blockchain dan ini akan menguntungkan seluruh industri kripto secara amnya. Namun, memandangkan Ethereum adalah raja dalam ekosistem kontrak pintar, aset ini dijangka akan menerima limpahan dana yang paling besar berbanding rantaian blok yang lain.
Sektor Kripto AI (Artificial Intelligence)
Sektor ini masih berada di peringkat awal (emerging market) tetapi mempunyai potensi pertumbuhan yang sangat besar. Sektor AI dipercayai mampu melahirkan aset bernilai trilion dolar pada masa hadapan.
“I think there will be a trillion dollar asset in that market segment, and there certainly is not yet today”
Antara projek utama yang menarik perhatian Zach Pandl dalam kategori AI ini ialah Bittensor (TAO) (category leader dalam sektor AI ), Near, dan World.
– Tamat –


