5 November, Tarikh Yang Tentukan Hidup Mati Bull Run 2025

Bicara Market 3 Nov 2025 , Tariff War & Supreme Court: Real Catalyst Behind The Calm
Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,
Waktu saya letakkan cawan kopi di meja selepas solat isya ni, pandangan saya tertumpu pada skrin berita yang memaparkan satu momen yang pada saya boleh dikira sebagai berita kritikal, di mana Supreme Court of the United States akan mendengar hujah mengenai kuasa tarif Donald Trump pada 5 November ini. Bagi ramai pelabur kripto yang faham “permainan besar di belakang tabir”, tarikh ni bukan sekadar kalendar tapi juga ia boleh jadi pemicu kepada gelombang besar seterusnya.
Sepanjang tahun 2025, kita dah lihat beberapa kali market kripto buat “swipe” besar: Jatuh, tarik nafas, bangkit semula dan kalo kita kaji punca… banyak swipe yang muncul ni bukan sebab CPI atau FOMC saja, tapi sebab tarif dagang, ancaman perang ekonomi antara AS dan China yang terus menghantui dunia. Data terkini mengesahkan: Mahkamah Rayuan AS telah menyatakan bahawa banyak tarif yang Trump kenakan pada tahun ini melampaui kuasa presiden melalui International Emergency Economic Powers Act (IEEPA). Sekarang ni, Mahkamah Agung dijadualkan akan dengar hujah pada 5 November dan keputusan mahkamah nanti boleh mengubah landskap ekonomi global.
Jadi, apa kaitannya dengan kripto? Sekarang ni kripto bukan lagi hanya sekadar aset “berisiko tinggi” dalam pengertian klasik, tapi kripto sudah jadi penjuru untuk modal yang mengimbangkan risiko makro-ekonomi. Bila ekonomi AS mengalami tekanan seperti tarif dagang yang tinggi, defisit yang melebar maka dolar mungkin terganggu. Ini bermaksud aset berisiko seperti kripto boleh jadi salah satu “jalan longkang” untuk aliran modal global…boleh faham?
Bayangkan ini: kalo Mahkamah Agung menolak kuasa tarif presiden, maka langkah dagang antarabangsa AS boleh mengalami kerencatan. Pelabur akan mula fikir: “Kalo S tak dapat guna senjata tarif, dan ekonomi AS makin goyang, di mana nak alih modal?” Biasanya jawapannya, ke instrumen yang tak terlalu dikendalikan oleh sistem tradisional iaitu seperti kripto, tapi sebaliknya, kalo Mahkamah mengesahkan kuasa tarif, AS boleh terus guna tekanan dagang sebagai alat dan ekonomi, pada pendapat saya global akan berada dalam mod “risk off”. Dalam mod ini, pelabur besar biasanya akan tarik diri dari risiko, termasuk kripto.
NAK JADI COINER BERILMU DAN BERJAYA? DAPATKAN BUKU PANDUAN INI SEKARANG!

.
Dalam erti kata lain: 5 November ni = checkpoint utama untuk altcoin season.
-
Kalo keputusan menolak tarif, USD boleh melemah ..modal boleh berpindah ke kripto dan biasanya altcoin boleh mula naik.
-
Kalo keputusan sokong tarif, tekanan kos, ekonomi AS terkesan ..jadi modal akan lari ke aset selamat dan kripto mungkin tenggelam atau sideway.
Sekarang ni, apabila kita tengok harga BTC yang mulai merosot ke sekitar USD 107k dan stablecoin dominance (USDT.D) meningkat, semua ini adalah tanda bahawa crowd sedang tunggu. Mereka tak mahu terlepas gelombang, tapi dalam masa yang sama juga takut kerugian dan ini adalah ruang yang pemain besar seperti market maker suka, sebab ramai akan panik, harga turun, mereka beli senyap dan tunggu trigger…seperti yang saya cakap kat https://t.me/cryptoblock_edu/10339
Sekarang ni saya tengok struktur market macam : Trader retail masih takut masuk spot besar, mereka tunggu “lampu hijau” dari mahkamah atau berita utama. Sementara itu, whales mungkin sudah menyiapkan posisi mereka dengan membeli spot pada harga murah, pancing short players dan bila trigger datang, mereka akan “menarik tali” dan BOoom !! ….Altcoin season boleh dimulakan.
Tapi saya nak ingatkan yang ini bukan jaminan, walaupun semua syarat nampak ready, pasaran mungkin masih mengambil masa sebelum pump sebenar. Kadang-kadang trigger besar datang selepas beberapa minggu kelewatan. Ada jugak kadang-kadang keputusan mahkamah bagus tapi pasaran sudah pun “pre-priced”. Bila sampai waktunya, market pump mungkin tak meluruh seperti yang dijangka.

Teruskan pantau berita tarif AS-China, indeks dolar dan aliran stablecoin sebab, bagi saya ini adalah petunjuk pergerakan modal.
Akhir kata dari saya….
Bila semua orang fikir “bila Bitcoin dominasi jatuh, market akan pump, altcoins season akan datang”, kita plak tau yang sebenarnya pump datang bila crowd belum ready dan semua syarat makro yang saya bgtau tadi siap.
Jom kita minum lagi kopi sambil pantau chart dan berita dan jangan jadi mangsa hype, sebab bila lampu hijau 5 November menyala, kita nak kena siap berdiri, bukan tergolek.
Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016 sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.
