26.4 C
Kuala Lumpur
May 24, 2026
CryptocurrencyEkonomiPendidikan

Kenapa Market Jatuh Walaupun Banyak Berita Baik

Kenapa Market Jatuh Walaupun Banyak Berita Baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

Oktober ni betul betul menguji mental kita kan? Menjelang malam terakhir oktober ni, saya nak share skit apa yang saya nampak, apa yang saya rasa berkenaan keadaan market sekarang ni.

.

Market crypto minggu ni boleh buat otai-otai trader garu kepala yang tak gatal, mana taknya berita bukan main keluar yang baik-baik belaka, tapi market tetap jugak menjunam. Bayangkan: Federal Reserve dah potong kadar faedah dua kali tahun ni dan siap umum nak hentikan quantitative tightening (QT) awal Disember. Beberapa ETF altcoin pun dilancarkan termasuk ETF Solana Staking pertama di dunia, tanda institusi Wall Street dah mula serius tengok altcoin. Malah perang dagang AS-China pun konon dah “reda”  Presiden Trump dengan Xi Jinping siap capai truce, AS kurangkan tarif 10% dan China setuju sambung beli kacang soya Amerika. Pendek kata, berita fundamental bullish berderet keluar minggu ni.

Tapi kenapa harga Bitcoin dan altcoin masih lembik? Retail trader dekat luar sana ada yang dah bersorak sakan ingatkan kombo Fed rate cut + tamat QT + damai dagang = Roket to the moon., tapi yang jadi, portfolio merah menyala. Bila saya korek-korek, rupanya whales dan jerung – jerung besar tak turut serta dalam euforia berita baik ni. Data on-chain dari CryptoQuant menunjukan belian institusi makin suram Coinbase Premium Gap (beza harga BTC di Coinbase vs bursa global) dah negatif semula minggu ni. Kalo Coinbase lebih murah dari harga luar, maksudnya pembeli US (biasanya institusi besar) tengah tak lalu nak beli, jadi demand domestik memang lembik.


Malah, ETF altcoin baru pun tak meletup volumenya, ada outflow berterusan, tanda big money tak berapa nak masuk. Kat sini kita nampak elasnya, pelabur besar masih memilih untuk tunggu dan lihat. Yang galak beli nampaknya retail je, itu pun modal tak besar mana.

Sebenarnya, pasaran baru saja kena reality check dengan Fed. Dalam mesyuarat FOMC tempoh hari, Pengerusi Jerome Powell selamba je cakap potong kadar bulan Disember “not a foregone conclusion, far from it,” yakni belum tentu jadi. Terkejut beruklah sesiapa yang awal-awal yakin Fed nak terus dovish. Powell bagitau ada “pandangan berbeza ketara” dalam Fed sendiri memang betul pun, dua ahli FOMC siap membantah keputusan konsensus (seorang nak potong 50 mata asas, sorang lagi tak nak potong langsung) Fed jadi berbelah bahagi sebab serba salah: ekonomi AS mula perlahan, data pekerjaan pun kendur (Powell akui job market tengah “stumbling”) tapi inflasi masih di atas sasaran.Tambahan pula, waktu tu data pun tak lengkap dek penutupan kerajaan. Pendek kata, Fed sendiri tak konfiden nak janji apa-apa, kena tunggu data masuk, baru mereka buat keputusan.

Bila Powell cakap macam tu, market expectation terus kena reprice. Sebelum ni pasaran yakin 90% Disember nanti ada lagi rate cut, lepas Powell sembang jatuh tinggal ~70% je peluang.Tak hairan la Dow Jones yang awalnya hijau terus U-turn merah petang tu indeks Dow jatuh sekitar 0.2% kepada 47,632 mata, S&P 500 flat tak ke mana. Biasalah, sentimen pasaran ni umpama budak kecil: Fed bagi gula-gula (rate cut) semua melonjak suka, tapi bila Powell hint gula-gula seterusnya mungkin tak dapat, terus merajuk balik. Betul juga kata seorang CIO, komen Powell tu “ambil seri sekejap dari pasaran”, rally yang ada terus pudar sebaik dia buka mulut.

Bab geopolitik pula, nampak tenang tapi sebenarnya bergelora di bawah permukaan. Gencatan dagang AS-China tadi pakar kata hanyalah “ceasefire” sementara, bukan solusi muktamad. Isu fundamental macam Taiwan pun langsung tak disentuh dalam pertemuan Trump-Xi tu, jadi ketegangan strategik kekal ada. Beijing pun bila-bila masa boleh ulang suara beri amaran jangan “main api” kat Selat Taiwan. Tambah lagi, Trump buat hal sebelum meeting dengan Xi habis, dia sempat umum di media sosial nak sambung ujian senjata nuklear Amerika. Berita Uncle Sam nak test bom ni memang buatkan pelabur global seriau; analisis pakar kata pengumuman nuklear tu langsung tak membantu redakan keadaan, malah buat suasana rundingan tambah dingin. Bayangkan, perang dagang baru nak reda, tapi bunyi perang nuklear pula datang… mahu tak kecut perut orang dibuatnya? Betul tak?

NAK JADI COINER BERJAYA? DAPATKAN BUKU INI SEKARANG!

>>> Beli Disini <<<

Di sebalik segala kegelisan ni, ada satu penjuru dunia yang tengah ceria semacam: Jepun. Bank of Japan (BOJ) masih kekal dengan dasar monetarinya yang longgar dah enam kali mesyuarat policy straight tak ubah apa. Kadar kekal rendah, yen pula makin lemah; kombinasi ni macam minyak pelincir untuk ekonomi mereka. Tak hairan Bursa Tokyo rancak semacam. Nikkei 225 minggu ni meledak all-time high baru tiga hari berturut-turut catat rekod, siap tutup atas 52,000 mata untuk kali pertama ever pada 31 Oktober lepas. Sepanjang Oktober sahaja, indeks Nikkei melonjak 16.6%, peningkatan bulanan terbesar sejak tahun 1990. Lepas segala event besar (Fed meeting, US-China summit, BOJ meeting) selesai tanpa kejutan buruk, pelabur yang sebelum ni jual saham sebab berwaspada terus buyback balik dengan yakin. Banyak syarikat Jepun pula keluar earnings padu, jadi makin berselera lah orang melabur. Pendek kata, bull run Tokyo masih on, jauh berbeza dengan pasaran Barat yang muram.

Akhir kata, short-term memang market agak lemau banyak good news pun, harga macam tak ada “feel”. Tapi sebagai orang yang dah berada dalam dunia kewangan dan pelaburan sejak  17 tahun lalu (2008), saya nampak masih ada sinar untuk 2026 nanti. Fed dah tamatkan QT, biasanya ini bermakna liquidity boleh perlahan-lahan pulih masuk balik dalam sistem kewangan. Ini ibarat baja untuk pasaran; liquidity tambahan diharap mampu kembalikan selera risiko pelabur tahun depan. Jadi siapa yang nak fikir panjang, mungkin setuju: banyak berita baik tak semestinya harga terus naik, tapi asas dah semakin kukuh, cuma tunggu masa je nak menuai hasil. Sementara tu, kita chill dulu, kita duk lepak – lepak acam trader otai, perhati senyap-senyap dengan senyum sinis dan sedia peluru untuk masuk bila peluang terhidang. Outlook jangka panjang masih okay, jadi tak payah hype lebih-lebih ..trade wisely, profit steady.

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat,..tak kan share pun nak kedekut? 😃
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

 

Related posts

XRP Fork – Bagaimana Nak Tuntut Spark Token Anda

Nazrich

Crypto Market vs PCE Data – Cerita Disebalik BTC Pump & Dump

Nazrich

Apa Akan Jadi Kat Market Jika Jerome Powell Resign?

Nazrich
error: Content is protected !!