Penafian: Ini bukan nasihat pelaburan. Artikel ini ditulis berdasarkan laporan minggu oleh Glassnode. Semua data disediakan hanya untuk tujuan maklumat dan pendidikan. Tiada keputusan pelaburan boleh dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan di sini. Sebarang keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.
Pasaran crypto berada di persimpangan penting. Lepas beberapa bulan dihantui tekanan jualan dan aliran keluar institusi, sekarang kita boleh nampak ada tanda-tanda pemulihan. Buyers perlahan-lahan datang balik. Institusi pun dah mula tunjuk ‘early re-entry’ melalui ETF dan CME futures. Walaupun pasaran masih nampak rapuh tapi ada cahaya kecil yang mungkin boleh jadi permulaan trend baru.
Tembok Halangan Masih Kuat. Adakah Harga Bakal Cari Support Terdekat?

Kalau korang masih ingat, minggu lepas kita bercerita tentang True Market Mean Price (TMMP) dan Short-Term Holder Cost Basis yang menjadi resistance zone. Masa Minggu 16, TMMP dilaporkan sekitar $78,100 dan STH Cost Basis pula sekitar $80,1000. Harap korang masih ingat apa tu TMMP.
TMMP ialah purata nilai pembelian pelabur yang betul-betul aktif sekarang.
Kalau harga berada di bawah TMMP, market berada dalam territory bearish.
Kalau harga berada di atas TMMP, suasana beralih ke fasa recovery dan market kembali positif.
Minggu 17 ni TMMP berada di sekitar $78,000 dan STH Cost Basis berlegar di paras $79,000. Harga dilihat gagal melepasi Resistance Zone ni. Macam liat juga nak tembus. Bila harga bermain-main dekat sangat dengan harga breakeven para short-term holders ni, ramai pelabur lebih cenderung nak exit sebab nak selamatkan modal dan ambil profit yang ada. Jadi momentum untuk harga bergerak ke atas dah jadi terbantut.
Disebabkan berlaku rejection kat resistance zone ($78,000 – $79,000), market dilihat kembali tertekan dan mid-term bias cenderung untuk turun mencari support. Paras $68,000 (band -1 standard deviation) adalah support level penting yang perlu dipantau. Kalau $68,000 bertahan, market mungkin boleh pantul semula. Tapi kalau paras support ni tembus, struktur jangka pendek akan rosak dan risikonya ialah penurunan harga yang lebih besar bakal berlaku.
Short-Term Holder Realized Profit Yang Melampau Tinggi

Apa maksud Short-Term Holder Realized Profit? Ia adalah ukuran berapa banyak profit sebenar (realized profit) yang direkodkan apabila pelabur jangka pendek menjual pegangan diorang. Kalau STH Realized Profit tinggi, maknanya ramai pelabur jangka pendek sedang ambil untung.
Macam mana boleh tahu yang STH ni dah jual untuk ambil profit? Adakah aktiviti pengambilan untung dibuat secara agresif atau sederhana? Jawapannya ada dalam 24-hour Moving Average of STH Realized Profit. Ia bertindak sebagai “alat” yang mengukur secara real-time.
Bila harga bergerak menghampiri $80k, “alat pengukur” STH Realized Profit menunjukkan bacaan $4juta sejam. Maksudnya $4juta telah berjaya direalisasikan (cash out) oleh Short-Term Holders dalam masa sejam dan jumlah ini adalah 4 kali ganda lebih tinggi daripada paras asas (base leve) yang rekodkan sejak pertengahan April. Fuhhh..bunyinya macam agresif betul ni.
Berdasarkan lonjakan besar dalam STH Realized Profit ni, nampaknya pihak buyers terpaksa mengalah kerana gagal menyerap tekanan pengambilan untung, sekali gus menamatkan momentum pergerakan harga. Inilah salah satu punca berlakunya rejection di kawasan $78k-$79k.
Pertarungan Bullish dan Bearish Dalam Satu Cluster

Penolakan harga di zon True Market Mean dan STH Cost Basis nampak seperti mengukuhkan lagi kelemahan struktur keseluruhan yang dah pun ada ciri bearish. Tapi masih ada elemen yang tak sepenuhnya negatif, maksudnya ada faktor lain yang mungkin dapat bantu pasaran untuk tak jatuh lebih teruk.
Sepanjang dua bulan lepas, satu accumulation cluster terbentuk di sekitar $65k dan $70k. Maknanya kat kawasan ni banyak pembelian berlaku dan berkemungkinan boleh jadi “lantai” yang kukuh. Jadi zon $65k-$70k boleh dijadikan asas (foundation) untuk menyokong lantunan harga jangka pendek. Sasaran lantunan short-term adalah di sekitar $84k (supply cluster).
Ringkasnya macam ni. Support Zone: $65k – $70k. Resistance Zone: $84k
Kalau market gagal menyerap tekanan harga di zon True Market Mean ($78,000), macam biasa harga akan bergerak mencari support. Kita boleh guna dua rujukan untuk support level iaitu harga yang terbentuk di accumulation cluster $65k – $70k dan kalau nak lebih spesifik, kita boleh tengok balik paras -1 standard deviation band untuk STH Cost Basis iaitu $68k. Sekarang kita dah nampak, kan? Paras -1 standard deviation band untuk STH Cost Basis $68k tu termasuk dalam accumulation cluster. Agaknya pertarungan bullish dan bearish dalam satu cluster ni, siapa akan menang? Semuanya bergantung sama ada buyer mampu serap tekanan jualan ataupun tak.
Apa Yang Berlaku Off-Chain
Kita tengok sikit apa yang berlaku off-chain pula. Saya cuma highlight 2 point penting je. Tapi kalau korang ada masa, bacalah full weekly report dari Glassnode tu ya.
Tekanan Jualan Mengendur, Buyers Mula Masuk

Beberapa bulan yang lepas, Spot Volume Delta (SVD) memang tunjuk bacaan negatif, mencerminkan tekanan jualan yang berterusan kat semua bursa kripto. Sebab tu kita nampak correction harga dalam julat yang besar, terutamanya penurunan mendadak ke range harga $60k – $70k. Kalau rajin korang boleh tengok chart BTC antara pertengahan Januari hingga sepanjang Februari tahun ni.
Tapi data terkini menunjukkan ada perubahan yang sedikit positif. Data 7-day average sedang bergerak ke arah neutral sebab sekali-sekala bacaan delta tunjuk signal positif. Nampak gaya macam selling pressure dah mula reda dan buyers dah mula masuk.
Daripada perspektif market, peralihan ni sangat penting. Walaupun belum menunjukkan fasa pengumpulan yang kuat, pergerakan ke arah keseimbangan menandakan permintaan spot yang semakin baik dan tekanan jualan semakin kurang. Untuk market betul-betul recover, meter SVD perlu kekal bergerak ke arah positif. Bila SVD selalu positif maknanya buyers in control.
Spot Volume Delta (SVD) ialah metrik on-chain yang mengukur perbezaan bersih antara volume beli dan volume jual di pasaran spot.
Bila SVD negatif → lebih banyak order jual (hitting the bid) berbanding order beli. Ini tandanya tekanan jual dominan.
Bila SVD positif → lebih banyak order beli (hitting the ask), menunjukkan pembeli lebih agresif.
Bila SVD neutral → keseimbangan antara pembeli dan penjual
Aliran Masuk Oleh Institusi

Positioning dari institusi mula stabil. Tanda awal recovery ni boleh nampak kat CME Open Interest dan US Spot AUM ETF. ETF position dah mula pulih, dah bergerak keluar dari paras negatif. CME open interest pula mula membentuk base, menandakan re-engagement dah bermula. Maksudnya selepas price jatuh dan market mula stabil, institusi kembali tunjuk minat untuk ambil posisi.
Cuma masih terlalu awal untuk kita kata yang market akan bullish. Perubahan yang berlaku sekarang masih di fasa re-accumulation secara berhati-hati. Untuk trend jadi lebih kuat, market perlukan aliran masuk yang kuat. Buat masa sekarang, data menunjukkan kemasukan institusi masih berada di peringkat awal.
Kesimpulan Untuk Minggu 17
Struktur Pasaran: Rejection yang berlaku di zon True Market Mean & STH Cost Basis mengesahkan pasaran masih lagi lemah. Paras $65k–$70k menjadi support zone yang perlu diberi perhatian.
Spot Volume Delta: Tekanan jualan yang berlaku beberapa bulan sebelum ni nampak semakin reda. Data 7-day average pulih ke neutral dan ini adalah tanda awal pembeli mula masuk semula.
Institusi: ETF AUM & CME Open Interest mula stabil → fasa “early re-entry”, tapi belum full conviction.
Secara keseluruhannya, pasaran masih lemah tapi ada tanda awal pemulihan. Untuk recovery lebih kukuh, market perlukan inflow berterusan & Spot Volume Delta kekal positif.
