29 C
Kuala Lumpur
June 4, 2026
CryptocurrencyEkonomiKriptoPendidikan

Kalender Kripto Jun 2026

Kalender Kripto Jun 2026

Photo : layerggofficial

Jun 2026 Dah Tiba dan Bulan Ni… Bukan Bulan Biase-Biase.

Biasanya dalam setahun, ada satu dua bulan yang tenang, takde banyak benda nak jadi..market gerak slow. kita trader pun relax sikit..tapi Jun 2026 ni bukan bulan macam tu.

Bulan ni packed, dari minggu pertama sampai minggu terakhir, ada je benda besar yang akan berlaku. Macro… Crypto… Geopolitik…semua sekali..serentak. Macam jadual peperiksaan yang letak semua subjek dalam satu minggu, kita boleh survive tapi kena ada plan yang bagus la kan?

Tanpa melengahkan masa, jom kita bedah jadual untuk bulan jun ni.

Minggu pertama

Belum sempat kita habis minum kopi pagi Isnin, market dah bagi amaran awal.

2 Jun — US Spectrum Auction bermula. Walaupun ini bukan crypto event, tapi ia cerminkan satu benda, iaitu kerajaan Amerika sedang jual infrastruktur digital. Bila infrastruktur digital jadi urusan kerajaan…saya berpendapat yang crypto ada tempat dalam gambar besar tu.

5 Jun — US dan Iran akan duduk semeja semula.

Dah berbulan-bulan dua negara ni dalam ketegangan. Minyak naik. Selat Hormuz dalam tekanan dan sekarang ada meeting besar yang akan tentukan apa akan jadi seterusnya.

Bayangkan dua orang jiran yang dah lama tak bertegur sapa, terpaksa berbaik semula sebab ada hal besar. Persoalannya, adakah pertemuan ini akan bawa ketenangan, atau keluar dengan lebih banyak masalah dari yang masuk?

Kalau diorang resolve sesuatu, pastinya harga minyak akan turun, tekanan inflasi reda, Fed pon ada ruang untuk bernafas dan market akan bersinar kembali.
Kalau takde kata sepakat, harga minyak naik semula, inflasi kekal tinggi dan semua risk assets termasuk crypto akan rasa kesannya.

Satu meeting jer, tapi kesan dia boleh ubah mood market global dalam masa beberapa jam sahaja.

JOM DAPATKAN, BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN SEKARANG!
>>> Dapatkan Disini <<<
Feedback dari pembaca buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain

Minggu kedua.

Ini minggu yang saya paling pantau skali.

10 Jun — CPI keluar, keesokannya, 11 Jun — PPI plak keluar.

Dua data inflasi. Dua hari berturut-turut.

Saya yakin awak pernah tunggu result peperiksaan yang menentukan masa depan awak kan? lebih kurang macam tu la rasanya untuk minggu kedua ni. Semua orang tau ia akan keluar, semua orang duk pretend relax…santai.. tapi dalam hati semua orang dah buat calculation sendiri-sendiri, betul tak?

Kalau kedua-dua data ni hot, Fed takkan potong kadar.. Yield akan naik, duit jadi mahal dan aset berisiko termasuk crypto akan rasa tekanannya.

Kalau kedua-dua data ni cool, ini cerita lain plak. Institutional sudah pasti akan mula positioning semula dan Environment akan berubah berubah.

2 hari ni je dah cukup untuk set tone seluruh bulan Jun.

Oh lupa plak..dan 11 Jun ni jugak  FIFA World Cup 2026 bermula.

Ramai akan kata ini takde kaitan dengan market, tapi bila perhatian global beralih kepada event sebesar World Cup, liquidity dalam market akan jadi nipis, trading volume turun dan dalam keadaan nipis macam tu, pergerakan harga boleh jadi lebih liar dari biasa. Kalau ikutkan pengalaman saya yang lepas – lepas selama 18 tahun dalam dunia kewnagan ni, time World Cup ni lah time yang paling boring sekali..market bearish manjang, jadi,..

Jangan underestimate bola sepak ni ya.

>>> Daftar Akaun LUNO Anda Disini <<<

Minggu ketiga.

17 Jun — FOMC.

Tapi kali ni lain sikit.
Ini adalah kali pertama Warsh sebagai Fed Chair yang baru, akan bercakap kepada market dalam kapasiti penuh beliau. Jadi nada FED kali ni bukan Powell yang semua orang dah hafal cara dia bercakap, cara dia pilih perkataan, cara dia hint sesuatu tanpa betul-betul cakap.

Warsh adalah muka baru di kerusi paling berkuasa dalam ekonomi global dan saya percaya semua orang nak tahu satu benda jer dari beliau, iaitu Warsh ni hawkish ke dovish?

Jawapan kepada soalan ni atau hint sekecil mana skali pun ke arah mana-mana, dia akan gerakkan semua asset class dalam masa beberapa minit sahaja… Saham..Bond..Emas..Crypto. ..semua sekali bergerak serantak.

Jadi minggu kedua ni sata rasa ramai trader akan tidur lewat malam Selasa nati, semata-mata nak tunggu FOMC ni.

Minggu keempat.

Kalau awak dah survive tiga minggu sebelum ni dengan tenang, minggu keempat ni akan uji tahap kesabaran awak skali lagi.

23 Jun — MEGA unlock $15.84 juta. Hampir 33% daripada float mereka masuk pasaran dalam satu masa.

24 Jun — H token unlock $98.26 juta, bersamaan 9.41% daripada float.

26 Jun — SAHARA unlock $33.19 juta, bersamaan 30% daripada float.

3 unlock besar dalam masa 3 hari.
Bayangkan awak ada dalam bilik, pastu tiber-tiber pintu terbuka luas dan ramai orang baru serbu masuk serentak ke bilik yang sama awak duduk tu dan tiber-tiber awak rasa bilik tu sempit.

Itulah yang berlaku dalam market bila supply baru masuk dalam jumlah besar dengan cepat, pastinya akan ada tekanan jualan, walaupun tak semestinya jatuh teruk. Tapi ia tetap perlu kita pantau.

Dan 26 Jun jugak, 60 juta call on Bitcoin akan expire.
Ini adalah satu lagi tarikh yang trader derivatives dah tandakan merah dalam calendar mereka.

DAPATKAN eBOOK 30 Days War Map | SURVIVAL PSIKOLOGI DALAM TRADING

>>> Dapatkan Disini <<<

 

Dan yang event paling besar… masih TBA lagi.

USA Clarity Bill — Senate vote masih belum ada tarikh tetap.

Kalau awak ingat 13 mei hari tu saya ada buat perkongsian video & text pasal Clarity Act ni kat Tiktok & FB saya. Ini adalah undang-undang yang akan tentukan masa depan crypto di Amerika untuk dekad akan datang, jadi bagi saya ini bukan sekadar berita, tapi ia adalah keputusan yang akan dibuat sekali dalam satu generasi.

Kalau Lulus, bermakna pintu institutional terbuka luas..modal yang selama ni duk tunggu tepi padang akan mula bergerak masuk ke dalam crypto.

Kalu Gagal atau tangguh lagi, uncertainty akan terus kekal dan uncertainty adalah musuh terbesar market.

Boleh faham?

>>> Joint Channel Telegram MyCryptoversity <<<

 

18 tahun dalam dunia kewangan, saya dah belajar satu benda ni…

Bulan yang packed macam ni selalu tinggalkan kesan., samada dalam bentuk peluang yang datang tiba-tiba atau dalam bentuk kerugian bagi orang yang tak bersedia.

Yang bezakan dua kumpulan ni bukan nasib.
Tapi samada mereka ada plan atau tidak sebelum bulan tu bermula.

Jadi, awak masuk Jun ni dengan plan yang jelas… atau masih tengok dulu apa jadi?

Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan untuk bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.

Related posts

Apakah Penyelesaian Skala Lapisan ke 2 Cryptocurrency?

Hazim Mustapa

AIRDROP (Part 02)

Nazrich

Jom Kenali Litecoin Dengan Lebih Dekat

mssalha
error: Content is protected !!