29 C
Kuala Lumpur
June 4, 2026
Cryptocurrency

Cerita On-Chain Bitcoin Minggu 20

Penafian: Ini bukan nasihat pelaburan. Artikel ini ditulis berdasarkan laporan mingguan oleh Glassnode. Semua data disediakan hanya untuk tujuan maklumat dan pendidikan. Tiada keputusan pelaburan boleh dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan di sini. Sebarang keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.

Minggu 20 ( 11-17 Mei 2026)

Bitcoin nampak masih “keras” dari segi struktur, tapi bawah permukaan dah mula goyah. Spot demand makin lemah, ETF inflows dah perlahan dan posisi long makin crowded. Semua ni buat momentum jadi kurang meyakinkan.

Harga sempat reclaim True Market Mean ($78.3k), tapi gagal sustain atas paras tu. Sejarah pernah  tunjukkan yang bull market sebenar perlukan konsolidasi berminggu hingga berbulan atas harga mean sebelum boleh confirm fasa berubah. Buat masa ni, profit-taking lebih laju daripada demand, dan cost basis cohort terbaru ($78.2k) dah bertukar jadi resistance. Immediate support pula duduk sekitar $71.4k.

Suasana makro ekonomi semakin susah nak bernafas. Market sekarang terpaksa berdepan dengan USD yang makin kuat beserta hasil bon (yield) yang tinggi dan tekanan inflasi yang kembali meningkat. Index DXY telah melonjak hampir ke paras tertinggi dalam tempoh 6 minggu. US 10Y Yield pula meningkat melepasi paras 4.6%, so pelabur rasa lebih selamat simpan duit dalam bon kerajaan AS atau pegang tunai dolar berbanding melabur dalam aset berisiko (macam saham dan kripto). Risiko rendah, tapi pulangan tinggi.

Pasaran komoditi pun tak terlepas dari kena tekanan makro. Harga minyak mentah kekal tinggi disebabkan oleh risiko gangguan bekalan di Timur Tengah. Sebab itulah inflasi dijangka kekal tinggi.  Bila harga minyak naik, kos barang pun naik. Kesannya, Fed terpaksa fikir banyak kali untuk buat rate cut. Bila inflasi panas (di samping data-data ekonomi lain yang tak memberangsangkan), mungkin juga Fed terpaksa naikkan balik kadar faedah tahun ni.

Emas pun struggle bila yield naik dan USD semakin mengukuh. Secara logiknya, bila ada risiko perang dekat Timur Tengah, pelabur sepatutnya pakat lari beli emas, kan. Tapi sekarang emas “kalah” dengan 2 sekawan ni iaitu yield dan USD). Bila yield tinggi maksudnya pulangan bon tengah tinggi dan dijamin selamat oleh kerajaan AS. So simpan bon lebih menguntungkan. Bila USD kuat, kuasa membeli pelabur antarabangsa yang pegang mata wang lain (macam Euro, Yen) jadi lemah untuk borong emas. Dah nampak, kan kenapa emas pun tengah struggle.

Untuk aset digital, strukturnya masih lagi intact tapi dah nampak fragile. Bitcoin dikira hebat juga sebab harganya masih bertahan walaupun ekonomi tengah tegang. Tapi, kalau Bitcoin nak kembali bullish, kita kena tunggu harga minyak turun, dolar melemah dan yield menyejuk. Selagi benda-benda ni tak jadi, tak ada iquidity mengalir balik dalam pasaran.

Harga masa rally baru-baru ni, BTC berjaya cecah paras $82k, melepasi True Market Mean $78.3k. True Market Mean ni berfungsi sebagai garisan pemisah antara rejim bear dan bull market. Bila harga dah melepasi True Market Mean, maksudnya bagus la, kan. Dapat reclain paras ni memang antara syarat yang diperlukan untuk market bullish tapi belum cukup untuk sahkan peralihan struktur berlaku.

Secara konvensional, dalam fasa pre-bull biasanya harga akan consolidate berminggu-minggu hingga berbulan lamanya si sekitar paras True Market Mean. Jika berlaku satu lonjakan melepasi True Market Mean, memang pergerakan tu nampak konstruktif tapi belum tentu market akan beralih fasa. Untuk benar-benar sahkan peralihan daripada bear ke bull, harga perlu bertahan dan konsolidasi selama beberapa minggu atau bulan di atas paras True Market Mean.

Apa yang kita perlu perhatikan sekarang ialah kalau berlaku deep correction (tembus paras True Market Mena), maknanya kenaikan harga ni adalah rally sementara. Market cuma buat local top. So, history repeats itself? Sebenarnya struktur harga macam ni dah berlaku berulang kali dalam cycle sebelum ni. Istilah yang kita selalu panggil dead cat bounce.

Kalau kita tengok mekanik dalaman rally baru-baru ni, metrik Realized Profit/Loss Ratio jadi alat pengukur kesihatan pasaran di bawah permukaan. Metrik ni bandingkan nilai keuntungan yang direalisasi dalam on-chain berbanding kerugian.

Realized Profit/Loss Ratio

Bacaan >1 = dominasi pengambilan untung

Bacaan <1 = dominasi jual rugi (cut loss)

Dalam rally ni, SMA 30 hari melonjak dari 0.4 (Februari) ke 1.8, maksudnya ramai pelabur ambil kesempatan untuk jual dengan untung bila harga pulih. Tapi masalahnya, permintaan (demand) tak cukup kuat untuk serap gelombang jualan ni. Jadi momentum rally tak dapat sustain sebab terlalu ramai gunakan kenaikan harga sebagai peluang keluar.

Untuk sahkan pasaran betul-betul pulih, bacaan SMA 30-day (atau 90-day) untuk Realized Profit/Loss Ratio  perlu berada di atas 2 dan bacaan itu stabil. Makna stabil tu ialah bertahan selama beberapa minggu. Itu baru boleh jadi signal yang signifikan bahawa buy-side conviction dah kembali dan pasaran mampu hadap tekanan jualan tanpa tumbang.

Kita dah tahu yang harga dah tembus bawah dari True Market Mean ($78.3k). Jadi kita perlu tengok metrik lain untuk tentukan kat mana paras support dan resistance terkini untuk dijadikan panduan. Metrik yang kita boleh guna ialah Realized Price by Age. Sebabnya metrik ni track harga purata pembelian aset mengikut tempoh pegangan.

30-day accumulation cohort cost basis adalah sekitar $78.2k, so kelompok ni tengah layan floating loss. Jangan lupa juga yang paras ni pernah jadi lantai sokongan tapi sekarang dia jadi bumbung yang perlu dirobohkan. Itu cerita 30-day accumulation cohort.

Kita tengok pula Feb–Apr accumulation cohort, kelompok yang beli dalam sebulan ke 3 bulan lepas. Cost basis diorang adalah sekitar $71.4k. So diorang masih boleh bernafas. Dah nampak kat mana paras support dan resistance terdekat untuk short-term ni?

  • Data aliran spot tunjuk permintaan masih lemah.
  • All Exchange Spot CVD Bias kekal negatif → jualan lebih dominan daripada belian agresif.
  • Binance nampak sedikit recovery, tapi Coinbase kekal lesu → tanda demand institusi US masih kurang yakin.
  • CME Futures Open Interest terus naik → institusi tambah posisi melalui derivatif.
  • Tapi ETF inflows US dah mula flatten → spot demand dari institusi US makin perlahan.
  • Pasaran makin banyak digerakkan oleh futures berbanding spot.
  • Pullback terbaru lebih banyak didorong oleh spot selling, bukan short agresif.
  • Funding rate kekal positif → ramai masih kekal long walaupun harga melemah.
  • Setup: long position tinggi + spot demand lemah → pasaran rapuh, senang kena flush.
  • Implied volatility naik sikit (front-end dari 32% → 36%), tapi masih rendah secara relatif.
  • Realized volatility terus jatuh → premium risiko volatility melebar.
  • Hedging masih murah, jadi trader banyak ambil perlindungan jangka pendek.
  • Trader bayar premium lebih tinggi untuk put options → demand perlindungan downside meningkat.
  • Skew makin bearish, terutama jangka pendek.
  • Short gamma cluster besar sekitar $75k → kalau harga jatuh ke situ, dealer hedging boleh amplify kejatuhan.
  • Put demand sangat tinggi (lebih 90% premium dalam 24 jam terakhir) → pasaran defensif, sensitif kepada swing tajam.

Secara struktur, Bitcoin masih dalam posisi yang konstruktif, tapi data terbaru tunjuk momentum makin selektif.

  • Institusi: penyertaan melalui futures CME terus pulih, menandakan minat institusi dalam derivatif semakin baik.
  • Spot demand: masih lemah, terutama dari institusi US (Coinbase & ETF inflows makin perlahan).
  • Opsyen & volatiliti: pasaran opsyen tunjukkan suasana lebih berhati-hati, dengan permintaan perlindungan downside meningkat.

Terima kasih kerana sudi baca sampai habis. Kepada yang nak baca laporan asal, boleh klik sini.

Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain

Related posts

Bullrun Tak Hilang, Cuma Kita Yang Terlalu Awal Berdiri Di Garisan Penamat.

Nazrich

NFP 5 Sept, Bear is Coming

Nazrich

Betul Ke PCE Ogos Ni Last Dump Sebelum Meroket?

Nazrich
error: Content is protected !!