26.4 C
Kuala Lumpur
April 28, 2026
CryptocurrencyEkonomiKriptoPendidikan

Macamana Kita Nak Nampak Apa Yang Betul-Betul Gerakkan Market?

Macamana Kita Nak Nampak Apa Yang Betul-Betul Gerakkan Market?

Ramai orang tengok market kat level terlalu surface…

Ada perang… terus kata sebab perang.
Ada Trump cakap sesuatu… terus kata sebab Trump.
Ada news Iran… terus kata tu punca saham jatuh, crypto lemah, ekonomi rosak.
Boleh jadi betul… tapi biasanya betul separuh jalan je.
.
Ada satu benda yang kita nak kena faham…
Market hampir tak pernah bergerak ikut sebab apa yang 80% orang tengah sembang kat medos, yang crowd nampak tu biasanya headline…yang gerakkan market sebenar… selalunya benda yang sunyi. Contohnya macam sekarang ni..
.
Ramai kata perang Iran jadi punca market goyang, pada dasarnya saya setuju… tapi setuju sikit jer. Perang tu mungkin mempercepatkan masalah yang ada sekarang ni, bukan memulakan masalah, sebab masalah sebenar dah bermula lebih awal lagi…

>>> Buka Akaun Luno Anda Disini <<<

Fed simpan interest rate tinggi terlalu lama, kos pinjaman naik..bisnes makin sempit..private credit mula tegang..unemployment slow-slow naik. Tapi benda macam ni tak glamor…tak viral…tak sedap nak dijadikan tajuk berita. Jadi crowd abaikan..mereka nampak bom meletup…tapi tak nampak ekonomi dah lama retak dari dalam.
.
Sama macam tahun 2020 dulu masa printer duit tengah hidup, QE tengah jalan, liquidity mencurah masuk…berapa ramai cakap “Eh nanti inflasi meletup ni.” …Tak ramai.
.
Kenapa?
Sebab ramai yang dengar Fed…Fed kata inflasi sementara…crowd pun percaya.
Bila market puncak hujung 2021…baru semua orang jadi bijak…baru semua orang cakap pasal money printing..baru semua orang cakap pasal rate hike, tapi masa benda tu sedang berlaku? Market sunyi…sepi macam lani la..semua orang tak nak amik tau..tau nak untung jer tapi malas amik tau..
.
Lepas benda jadi?
Semua jadi professor, sebab tu dalam circle Mycryptoversity, saya selalu cakap benda yang sama kepada student saya.
Kalau kita nak menang dalam market, jangan terlalu dengar apa yang ramai tengah ulang-ulang kat medsos. Sebab biasanya bila benda dah jadi topik utama…harga dah reflect awal-awal lagi.
.
Sekarang pun sama.
Ramai percaya perang akan tentukan market, saya setuju ia bagi kesan…tapi saya tak rasa itu akar utama dan saya tak rasa cerita ni akan drag terlalu lama..sebab ..Politik ada timing dia…Ekonomi ada limit dia…Pentadbiran mana-mana negara pun tak suka isu berat berpanjangan kalau dekat musim penting.

JOM DAPATKAN, BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN SEKARANG!
>>> Dapatkan buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain di sini <<<

 

Boleh ke benda ni jadi panjang?
Jawapannya Boleh…Tapi market trade dalam keadaan kemungkinan… bukan dengan kepastian.
.
Jadi apa yang kita nak kena tengok, bukan stakat perang saja, kita kena tengok jugak:
.
– Fed nak buat apa.
– Private credit sihat ke tidak.
– Bisnes besar mula potong kos ke tidak.
– Pengangguran naik senyap ke tidak.
– Liquidity masuk atau keluar.
– Yield naik atau reda.
.
Baru lah kita nampak gambar penuh, sebab market ni bukan enjin satu piston…dia enjin besar.
.
– Perang satu faktor.
– Fed satu faktor.
– Credit market satu faktor.
– Bisnes confidence satu faktor.
– Sentimen crowd satu faktor.

Bila semua ni campur sekali…baru price bergerak dan yang paling berbahaya ialah semua faktor ni bergerak serentak  tapi dalam arah yang berbeza-beza, sebab tu ramai yang sesat. Stanley Druckenmiller, seorang pengurus hedge fund yang bagi pulangan 30% setahun selama 3 dekad berturut-turut, bukan 3 tahun, bukan 13 tahun tapi 30 puluh tahun dia bagi pulangan 30% setahun..beliau pernah cakap lebih kurang macam ni maksudnya:

“Market jarang ikut benda yang obvious, sebab kalau obvious sangat…semua orang dah masuk dulu.”

Itu sebab contrarian mindset ni penting, bukan maksud lawan crowd suka-suka gitew..tapi berani tengok benda yang crowd malas tengok. So hari ni tanya diri sendiri…

Kita trade ikut headline..atau kita cuba faham apa yang berlaku belakang headline?

Sebab 2 ni jauh beza…
Kalau nak tau macamana beza nya dan nak tau macamana nak baca semua faktor ni dalam satu sistem yang praktikal, saya ada susun dalam eBook Survival Psikologi Dalam Trading | 30 Days War Map.. ia bukan teori semata. Tapi cara berfikir yang saya guna sendiri selama saya berada dalam industri kewangan ni sejak 2008.

>>> Dapatkan eBook Disni <<<

Sebab 2 ni jauh beza…
Kalau nak tau macamana beza nya dan nak tau macamana nak baca semua faktor ni dalam satu sistem yang praktikal, saya ada susun dalam eBook Survival Psikologi Dalam Trading | 30 Days War Map.. ia bukan teori semata. Tapi cara berfikir yang saya guna sendiri selama saya berada dalam industri kewangan ni sejak 2008.

Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan untuk bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.

>>> Join Disini <<<

Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.
.

Related posts

Apa Itu Polkadot (DOT)?

Hazim Mustapa

TOKEN UNLOCK – Penerangan Penuh

Nazrich

Apa Itu Layer 1 Blockchain

Ringgit Jelita
error: Content is protected !!