27.6 C
Kuala Lumpur
September 2, 2026
Cryptocurrency

Adakah Kita Dah Masuk Altseason?

Adakah Kita Dah Masuk Altseason?

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

.

Altcoin Season Index as 19 july 2025

.

Pasaran crypto minggu ni nampak meriah sikit, kan?

Bitcoin dah capai ATH baru, tp yang lebih menarik, banyak pelabur mula alihkan perhatian mereka ke altcoin.

Jadi, ada yang mula tanya, “Adakah kita dah masuk altseason?”

Altseason tu apa?

Maksudnya, altcoin mula menjadi daya penarik nak menggantikan Bitcoin sebagai pemain utama dalam pasaran sekarang ni. Dah lama kan kita tak dengar kan cerita altcoin boleh terbang tinggi? Mungkin ni masa dia dah tiba!

Ada tiga indikator besar yang kita kena fikir yang altseason mungkin dah dekat. Jom kita tengok:

📌 Altcoin Index Naik!
Dalam masa sebulan, Altcoin Index naik dari 15 ke 50. Kira kuat la tu!
Makin ramai yang mula beralih dari Bitcoin ke altcoin.
Maksudnya apa? Maksudnya pelabur dah mula berani ambil risiko dan nak cari peluang besar dalam altcoin. Bila Altcoin Index naik, maknanya altcoin pun perform dengan mantap dan pelabur mula rasa agresif sikit. Takde apa yang best kalau semua orang fokus dekat Bitcoin je, kan? Altcoin pun ada potensi besar dan ini tanda yang pasaran kripto dah berkembang.

📌 Dominasi Bitcoin Menurun!
Kita semua tahu Bitcoin still the king, tapi tengok ni dominasi Bitcoin dah jatuh dari 62% ke 58% dalam masa kurang sebulan. Walaupun Bitcoin capai ATH baru kat $120K, orang ramai mula alihkan duit mereka ke altcoin. Jad, kalo dominasi Bitcoin makin turun, itu tandanya altcoin mula dapat perhatian.
Tak ada yang kekal dominasi forever, kan? Altcoin pun ada potensi nak tunjuk taring gak kan, kasi la peluang skit..dah lama sangat ni duk dalam gua

📌 Fear & Greed Index: Greed, baby!
Kalo tengok Fear & Greed Index, sekarang ni ia dah kekal dalam Greed territory sejak 23 Jun ritu. FOMO (Fear of Missing Out) tinggi dan semua trader pun rasa macam tak nak ketinggalan. Bila market dalam Greed zone macam ni, sentimen jadi positif dan orang mula masuk altcoin dengan harapan untuk dapat keuntungan cepat.
Inilah ciri-ciri altseason. Semua nak cepat kaya, dapat 2X mana cukup..paling tidak dapat 1000X pun ok la kan? kata sifu kat luar sana… so mereka mula amik risiko lebih besar.
.

Tapi, bila  kita tengok balik, ada beberapa perkara yang buat kita rasa macam altseason mungkin dah tiba. Bitcoin masih lagi king, tak boleh nak lawan, tapi sekarang ni altcoin mula berkilau. Awak semua perasan tak, banyak altcoin yang mula bergerak? Kalo dulu semua orang sibuk dengan Bitcoin, sekarang ramai dah mula tengok pada altcoin yang sebelum ni mungkin orang tak hiraukan sangat.

Banyak yang berpendapat kalau Bitcoin naik tinggi, altcoin pun mesti ikut sama, tp sebenarnya, kalo tengok keadaan sekarang, altcoin nampaknya dah mula berdiri dengan kaki sendiri. Kita boleh nampak sentimen dalam pasaran dah mula berubah. Pelabur sekarang ni nampaknya lebih berani nak ambil risiko dan mereka mula beralih dari BTC ke altcoin.

Ada yang kata, “Kenapa nak duk dalam Bitcoin kalo ada peluang lebih besar kat altcoin?”

 

Profit +26% Feedback student MyCryptoversity

.

Bila Bitcoin stabil dekat $120K, ramai yang mula alihkan modal mereka ke altcoin. Lagi satu dengan Fear & Greed Index yang sentiasa ada dalam Greed zone sejak Jun, pelabur mula rasa FOMO (Fear of Missing Out). Bila sentimen pasaran macam ni, semua orang nak jadi yang pertama masuk altcoin sebab mereka fikir, “Nanti kalau altcoin meletup, aku dah ketinggalan!”

Tapi, macam biasa  altseason bukanlah sesuatu yang datang dengan mudah. Ada risiko yang besar. Altcoin memang berpotensi untuk terbang tinggi, tapi kita tahu, dalam dunia crypto, semuanya boleh berubah dengan sekelip mata jer. Jadi, kalau awak fikir nak masuk altcoin, pastikan fokus dan kawal risiko.

Jangan terbawa-bawa dengan fomo, sebab pasaran kripto ni boleh jadi rollercoaster bila-bila masa.

Kalo tengok pasaran sekarang, kita macam berada dalam persimpangan. Di satu pihak ada Bitcoin, yang sentiasa stabil dan di satu pihak lagi ada altcoin yang makin galak.

So, mana satu yang awak nak pilih?
Bitcoin yang meneruskan perjalanan stabil ke puncak atau altcoin yang terus menyerlah? Bagi saya ap yang pasti, dalam dunia kripto ni, semuanya boleh berlaku.

.

Bengkel Kripto & Blockchain by MyCryptoversity, layari >>> Blajarkripto.com
.
Kalo, Awak Tanya Saya…Cikgu, Altseason Dah Dekat Ke?

Jawapan saya, tp ni BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN.

Pasaran crypto minggu ni nampak macam ada sesuatu yang tak kena. Bitcoin dah capai ATH baru, tP altcoin pun tak kurang hebatnya kan..?

Kalau awak perasan, Altcoin Season Index semalam naik ke 51 dan setakat penulisan ni d buat pagi19/7/25 turun 43. Maksudnya, masih dalam fasa Bitcoin Season, tp dah hampir nak masuk altseason. Biasanya, kalo 75% daripada Top 50 coins perform lebih baik daripada Bitcoin dalam 90 hari lepas, barulah dikira altseason. Jadi, saya masih tunggu momentum ni..

Tapi, jangan risau, kalo ikutkan Altcoin Month Index dah kat 80, ini menunjukkan bulan ni lebih kepada altcoin. Jadi, walaupun Altcoin Season Index belum capai 75, bulan ni mungkin masa yang sesuai untuk kita fokus pada altcoin.Blockchain Center

Kalo tengok pergerakan harga, Ethereum (ETH) sekarang dalam $3,548, BNB $730, Cardano (ADA) $0.816, dan Solana (SOL) $177. Semua ni bagi saya menunjukkan altcoin sedang bergerak aktif kalo nak bandingkan sengan Q1 & Q2 hari tu.

So, awak rasa macam mana?
Adakah kita betul-betul dah masuk altseason atau ni cuma sentimen sementara?

Bagi saya, elok kita tengok la minggu ni macam mana, tp pastikan awak terus bijak dalam menentukan arah pasaran. Jangan biarkan fomo tentukan keputusan..
Semuanya masih terbuka, cuma apa yang penting.. kita kena bersedia kepada sebarang kemungkinan, sebab market ni bukan kita yang punya.

sign up MEXC here

.

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto


.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

Related posts

Bitcoin Nampak Dah Murah. Adakah Masa Untuk Membeli?

mssalha

Market Outlook 28 April – 2 Mei 2025 ( Kripto & Global )

Satch

Pemenang TRUMP MEME COIN Dijemput Makan Malam dengan Donald Trump

Satch
error: Content is protected !!