CryptocurrencyEkonomi

Makro Event US Minggu Ini: Adakah Pasaran Kripto Akan Terjejas?

Makro Event US Minggu Ini: Adakah Pasaran Kripto Akan Terjejas?

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

Bicara Market, Makro Event US Minggu Ini 21 – 25 JulI 2025

Minggu ni pasaran nampaknya boleh jd panas sedikit….bila kita tengok beberapa makroekonomi event yang akan datang ni, kita boleh jangka yang pasaran kripto dan saham akan terkesan dengan beberapa perkara ni.

Jadi, mari kita tengok apa yang sedang berlaku minggu ni, sebab saya rasa ramai orang kat luar sana pun tengah berdebar-debar nak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

Minggu ni kita mulakan dengan ucapan Jerome Powell pada Selasa, 22 Julai.

Tak dinafikan, ramai orang tengah berharap Powell akan beri petunjuk tentang kadar faedah. Inflasi yang masih tinggi dan pasaran buruh yang nampaknya masih ketat, ini semua mjadi faktor yang boleh menentukan hala tuju Fed.

Tapi, saya rasa kita semua sekarang ni tengah bercampur-campur, ada yang berharap Fed buat sesuatu yang positif, ada juga yang risau kalau Fed kekalkan kadar faedah tinggi dan pasaran terus tertekan. Kesan terbesar mungkin kepada pasaran kripto sebab bila Fed hawkish, risiko untuk altcoin terus drop jadi tinggi. Jadi, sentimen sekarang ni saya nampak agak berbelah bahagi.

Lepas tu, minggu ni ada juga data jualan rumah pada Rabu, 23 Julai. Saya rasa orang ramai kini lebih berhati-hati dengan pasaran perumahan, sebab harga rumah masih tinggi di Amerika dan dengan kadar faedah yang tak menentu, ramai rakyat Amerika yang tak mampu beli rumah. Kita boleh agak kalo jualan rumah turun lagi, banyak orang akan mula meragui keupayaan ekonomi untuk terus berkembang.

Jadi, kalo data rumah ni jatuh, saya rasa kita akan tengok banyak ketidakpastian dalam pasaran saham dan mungkin kripto juga akan terkesan.

Bengkel Kripto & Blockchain by MyCryptoversity, layari >>> Blajarkripto.com

.

Tapi apa yang menarik sedikit minggu ni ialah, tuntutan pengangguran yang akan keluar pada Khamis, 24 Julai. Orang ramai memantau data ni sebab kalau tuntutan ni meningkat, maksudnya ekonomi semakin lemah. Bila orang hilang kerja, kepercayaan pasaran boleh jadi merosot dan investor mungkin beralih ke aset selamat seperti USD.

Jadi, saya rasa ramai orang sekarang ni sedang tunggu dengan penuh debar untuk lihat jika ada peningkatan dalam tuntutan pengangguran, sebab ini lah tanda tekanan inflasi yang lebih besar.

Pada masa yang sama, FOMC meeting yang akan datang dan juga tarikh akhir tariff war Trump pada 1 Ogos pasti akan menambah lagi kerisauan orang ramai.

Mereka akan tertanya-tanya, “Apa langkah selanjutnya dalam perdagangan global? Dan macam mana ni nak kesan ke pasaran kewangan kita?”

Saya rasa ramai yang ragu-ragu sekarang ni, terutamanya di kalangan pelabur runcit. Ada yang masih percaya dengan potensi pasaran kripto, tapi ada juga yang risau kalau pasaran akan terkena dampak akibat ketidakpastian makroekonomi.

Lagi satu, ramai yang tunggu peluang untuk take profit, kan?

Terutamanya yang profit kat altcoin., mereka mungkin ada sedikit kerisauan kalo pasaran kripto masuk bearish lagi, jd mereka lebih cenderung untuk menjaga posisi mereka.

Feedback dari pelajar MyCryptoversity

Tapi walaubagaimana pun, sentimen pasaran kini menunjukkan ramai yang lebih optimis dengan altcoin, walaupun Bitcoin terus dominate. Saya rasa ramai orang tunggu momentum dan bila altseason mungkin berlaku.

Tapi kita kena ingat realitinya, altcoin pn menghadapi risiko tinggi. Jadi, kalo kita tengok keadaan sekarang, fokus pada data dan news memang penting untuk membuat keputusan yang tepat.

Kesimpulannya, minggu ni penuh dengan perasaan bercampur – campur ada yang optimis, ada yang ragu-ragu. Pasaran ni tak menentu dan saya rasa pelabur sekarang tengah berhati-hati, tak kira lah yang dalam pasaran kripto atau saham. Semua orang tengah tunggu untuk lihat keputusan Powell dan apa yang akan berlaku dengan tariff war dan tuntutan pengangguran.

Kita tengok je la macam mana pasaran bergerak minggu ni dan pastikan fokus pada apa yang penting. Jangan sampai terikut emosi pasaran. DYOR dan jangan lupa manage risiko!

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto
.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

Related posts

Hari Jepun Goncang Dunia: BOJ Naikkan Rate & Angin Cycle 2026 Mula Bertiup

Nazrich

Market Outlook: 9–13 Jun 2025 — Minggu Makro Ekonomi & Trade Talks

Nazrich

Apa Akan Jadi Kat Market Jika Jerome Powell Resign?

Nazrich
error: Content is protected !!