25.3 C
Kuala Lumpur
April 21, 2026
CryptocurrencyEkonomiPendidikan

FOMC, CPI dan TARIFF : Apa Impak Besar Pada Kripto Minggu Ini?

FOMC, CPI dan TARIFF : Apa Impak Besar Pada Kripto Minggu Ini?

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

Bicara Market: Makro Event Minggu Ini (28 Julai – 2 Ogos 2025)

.

Minggu ni boleh dikatakan penuh dengan peristiwa besar jugak yang boleh mempengaruhi pasaran global, bukan hanya dalam dunia kripto, tp jugak dalam TradFi

Bermula dengai data ekonomi US hingga lah kepada keputusan FOMC yang sangat penting, kali ni saya rasa pasaran kripto mungkin akan terjejas dengan volatiliti yang agak liar.

So, minggu ni macam penuh dengan gila-gila je. Macam ada perang besar yang bakal berlaku dalam pasaran global dan kripto, kan?

Semua orang dah mula cakap-cakap tentang keputusan Fed rate cuts, FOMC dan segala macam hal mak nenek yang bakal goncang market. Jd, sebelum kita pergi jauh, saya nak tanya…awak rasa tak ada something yang pelik dalam pasaran kripto ni?

Macam mana BTC tiba-tiba turun skit, altcoin ada yang stabil, ada yang terjun terus?
Kalo nak tau semuanya pasal gara gara pengaruh Tradfi lah! (Traditional Finance)

Saya ada perasan, saya tengok semua macam dah ada feeling yang market ni memang akan goncang. Tak tahu la kenapa, tp saya nampak crowd macam dah nampak yang ketidakpastian ni. Tapi apapun, mari kita recap apa yang bakal berlaku  minggu ni dan kenapa semua ni boleh jadi game-changer dalam pasaran.

Jadi, jom kita bincangkan event makro utama yang perlu kita alert minggu ini, bermula 28 Julai hingga 2 Ogos.

Daftar Akaun LUNO Anda di sini >>>

.

1. Laporan Pendapatan Syarikat Tech Giants (29 Julai – 1 Ogos 2025)

Minggu ni, banyak syarikat teknologi besar akan keluarkan earnings report mereka. Meta, Microsoft, Apple… boleh kata semua geng-geng AI ni akan kena spotlight. Apa yang kita nampak kat sini, kalo earnings report mereka tak memenuhi expectation, boleh expect market akan ada sentimen bearish.

Saya nampak Crowd pun dah mulai gelisah sebab kalo big tech jatuh, pasaran kripto pun sama. So, kita kena alert dengan data earnings minggu ni.

Tapi kan, kalo AI tak perform, nak tunggu teknologi ni dah ada penurunan bukan satu berita baik untuk kripto, betul tak? Ramai orang kata AI hype sekarang ni overhyped, jd sentimen fear mungkin masuk ke dalam market dan kita boleh nampak red flag kat sini.

Impak kepada kripto: Kalo laporan pendapatan AI syarikat utama seperti Meta dan Microsoft lebih lemah daripada jangkaan, kita mungkin akan lihat penurunan harga dalam altcoin dalam naratif AI. Kripto secara keseluruhan mungkin juga akan berisiko mengalami volatiliti tinggi sepanjang minggu ini.

.

2. CPI & PPI , Data Inflasi (31 Julai – 1 Ogos 2025)

Next up,CPI (Consumer Price Index) dan PPI (Producer Price Index) yang akan keluar pada 31 Julai dan 1 Ogos ni. Kedua-dua data ini sangat penting untuk memahami inflasi dan kos pengeluaran dan ia memberi gambaran jelas tentang ekonomi AS. Ini data inflasi yang sangat penting.

Kalo data CPI menunjukkan inflasi yang lebih tinggi, ini boleh menyebabkan Fed untuk terus mengekalkan kadar faedah tinggi.

Kalau inflasi masih tinggi, kita semua tahu apa yang akan jadi, kita mungkin akan dengar lg suara-suara makro ekonomi kata, “Oh, pasaran masih belum nak recovery.”

Kalo data PPI menunjukkan peningkatan kos pengeluaran, ini memberi isyarat bahawa supply chain masih lg duk bergelut dan cost-push inflation mungkin akan terus meningkat.

Dan suda tentu, kalau inflasi naik tinggi, ia akan menambah tekanan kt market kripto.

Crowd pun mesti dah rasa kan, kalau inflasi terus mendaki, BTC mungkin akan terkesan dalam jangka pendek. So, kena alert betul-betul kalau data ni keluar dengan angka yang mengejutkan.

Impak kepada kripto: Kenaikan inflasi akan meningkatkan ketidakpastian ekonomi dan dalam jangka pendek, BTC mungkin jugak akan akan terkesan. Tapi, kalo inflasi dapat dikawal, kita mungkin lihat sentimen positif kembali ke kripto, sebab geng Wall Street tengah mencari instrument alternatif seperti BTC untuk lindungi nilai.

 

Bengkel Kripto & Blockchain by MyCryptoversity, Baca Detail kat sini >>>

.

3. Tariff War Trump & Kesan Tariff (1 Ogos 2025)

Okay, jangan lupa pasal Trump dan tariff war. Tariff ni bukan isu kecil tau!

Trump mungkin berhadapan dengan tariff war yang baru dan kita akan melihat kesannya terhadap industri di AS serta kripto. Keputusan terbaru mengenai perang tarif dan kenaikan yang berlaku boleh memberi kesan langsung pada syarikat yang terlibat dalam industri teknologi, AI dan crypto.

Jika ada tarif baru atau sekatan terhadap China dan EU, ia akan memberi kesan negatif pada supply chain dan sentimen ekonomi global.

Kalau Trump terus buat tariff war dengan China atau EU, kita boleh nampak kesan besar kepada supply chain dan akhirnya pasaran kripto dan saham US pun akan terkesan. Memang macam tidak menentu!

Ada juga pendapat yang geli-geli bila dengar, tapi sebenarnya, benda macam ni boleh jadi penentu besar pasaran. Jadi, crowd pun berdebar-debar juga kan, apa keputusan yang akan keluar minggu ni?

Betul ke Trump delay Tariif War ni?

Ya, betul, Trump tidak menunda perang tarif, tp dia telah menunda pelaksanaan tarif baru yang dijadualkan pada 1 Ogos 2025. Sebagai contoh, tarif 15% yang dirancang untuk negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan, dan Afrika Selatan akan tetap dilaksanakan pada tarikh tersebut. Tapi, tarif 30% yang dijadualkan untuk Kesatuan Eropah (EU) dan Mexico telah diturunkan kepada 15% melalui perjanjian perdagangan yang baru diumumkan.

Perjanjian ini bertujuan untuk mengelakkan perang perdagangan dengan EU dan Mexico.

Selain itu, perjanjian gencatan senjata tarif antara AS dan China yang dimulai pada Mei 2025 dijadualkan berakhir pada 12 Ogos 2025. Tapi, terdapat kemungkinan bahawa kedua-dua negara akan memanjangkan gencatan senjata ini untuk mengelakkan tarif yang lebih tinggi. Perbincangan antara pegawai tinggi AS dan China sedang berlangsung di Stockholm dengan harapan dapat mencapai kesepakatan sebelum tarikh akhir tersebut.

Secara keseluruhan, walaupun Trump tidak menunda perang tarif secara keseluruhan, beliau telah membuat beberapa penyesuaian terhadap pelaksanaan tarif baru untuk negara-negara tertentu, sambil berusaha untuk mencapai kesepakatan perdagangan dengan negara-negara utama.

Impak kepada kripto: Kesan negatif terhadap pasaran saham AS akan mempengaruhi kripto, terutamanya BTC dan altcoin yang lebih berisiko. Jadi, kita perlu alert dengan perkembangan terbaru dalam tariff war ini.

Testimoni / Feedback dari Pn Azinah, Student MyCryptoversity

.

4. FOMC Meeting, Keputusan Kadar Faedah (1 Ogos 2025)

Okay, ni besar, korang kena alert! FOMC meeting pada 1 Ogos ni, betul-betul akan tentukan sama ada Fed akan turunkan interest rate atau tak.

Dalam beberapa minggu lepas, kita semua dah dengar desas-desus tentang Fed rate cuts dan saya rasa semua orang sedang menunggu untuk melihat apa kesan yang akan berlaku kepada USD dan kripto.Kalo Fed turun interest rate, ramai yang expect market akan pump kan?

Tapi, kita semua tahu kan, dalam dunia kripto apa-apa prediction boleh jadi terbalik. Ada yang cakap, “Oh, rate cuts ni mungkin bullish,” tp saya rasa ada persoalan besar yang timbul, apa jadinya kalau bear market datang?

Bayangkan je, pasaran kripto yang sekarang ni tengah bergolak, tiba-tiba rate cuts ni mungkin buatkan kita serius tak sedap hati. BTC yang naik tu pun boleh terkesan, walaupun ada hype pasal mass adoption dan segala bagai.

Jadi, siapa yang berani ambil risiko dalam keadaan ketidakpastian ni?

Impak kepada kripto: Kalo Fed buat rate cut, ada kemungkinan kita akan melihat harga BTC jatuh dalam jangka masa pendek dan mungkin altcoins jugak akan turut terkesan. Tp dalam jangka panjang, kalo polisi ini menggalakkan inflasi yang lebih tinggi, BTC sebagai digital gold mungkin mendapat manfaat.

.

5. Sektor Lain, Pelaburan Kripto dan AI (2 Ogos 2025)

Lagi satu, pasaran kripto dan AI ni,  saya nampak ada pelaburan baru yang sedang mencuri tumpuan. Sektor DeFi dan AI ni makin berkembang, tp masih ada banyak projek yang belum dapat perhatian. Crowd masih belum sepenuhnya fokus pada ni, jd kalo ada projek baru yang nak mula hype, kita mungkin akan nampak rally dalam altcoin yang berfokus kepada AI dan blockchain.

Impak kepada kripto: Pelaburan dalam blockchain dan AI boleh menggalakkan pergerakan harga altcoin yang berfokuskan DeFi, AI dan RWA. Kita perlu alert pada projek-projek baru yang mungkin mempengaruhi sentimen pasaran secara keseluruhan.

sign up MEXC here

.

Kesimpulan Dari Saya

Minggu ini adalah minggu yang penuh dengan peristiwa besar …jd, minggu ni memang banyak benda yang berpotensi akan mengubah arah pasaran. Dari FOMC, earnings report, CPI/PPI data..semua ni boleh goncang pasaran. Jangan hanya tunggu dan lihat, tpi kena alert dengan semua berita makro yang akan datang, sentimen pasaran dan berita makroekonomi yang memberi impak langsung kepada kripto dan TradFi

Kalau rate cuts tu jadi, kita mungkin celebrate dulu, tapi dalam jangka panjang, kita mungkin kena berjaga-jaga dengan volatiliti yang besar.

So, buy dip atau wait & see?

Semua tu tergantung pada game plan masing-masing, jangan terperangkap dalam FOMO dan pastikan kita ambik profit bila masa sesuai, reward diri dulu. Kalo tak nak pening, boleh duduk tepi dulu, tunggu 1 Ogos lepas earnings report dan FOMC meeting. 🤔

Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, hanya sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto


.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

Related posts

Fahami Market Dinamik Bitcoin & Price Prediction

Nazrich

Trending Kripto 2023 Yang Anda Perlu Tahu (Part 01)

Nazrich

Market 2026 Dah Memasuki Fasa Ngeri

Nazrich
error: Content is protected !!