29 C
Kuala Lumpur
June 4, 2026
CryptocurrencyEkonomi

Betul Ke PCE Ogos Ni Last Dump Sebelum Meroket?

Betul Ke PCE Ogos  Ni Last Dump Sebelum Market Meroket?

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

Maaf seminggu dua kebelakangan ni tak sempat nak menulis 🙏🙏🙏, harap awak semua sihat hendaknya.

Mitos “Ogos bulan dumping” nampaknya masih hidup segar., awal bulan hari tu, BTC jatuh dari sideway $117k–118k terus sentuh $111k++ gara-gara data PCE & NFP yang “tak cantik”. Ada yang gelak kata, itu mungkin dump terakhir sebelum Q4 rally start.

Betul ke? Atau Fed nak main game lagi?

Sekarang ni BTC macam sangkut kat paras $113k–114k. kalo kekal sideway sampai hujung bulan, then tiba-tiba data PCE Ogos keluar lagi buruk, jangan terkejut kalau BTC turun bawah $110k. Siap-siaplah shopping list, sebab waktu macam ni biasanya peluang datang sekali je. 🤭

Tapi jangan lupa, hujung bulan ni bukan PCE saja, ada jugak earning Nvidia. Market ni gila, kadang crypto boleh react ikut hasil report company AI. Then masuk September, ada NFP, CPI, dan FOMC.

Yang paling penting ? September FOMC ni Fed akan keluarkan Dot Plot Chart iaitu peta berapa kali mereka plan nak turunkan rate. Ramai predict 80% chance September cut, tp kalo data-data ni semua “tak cantik”, jangan hairan kalau Fed hold dulu. Masa tu? Habis manis sepah dibuang ..market boleh rebah lagi.

Trump pulak? Dia ni suka buat magic edit nombor ekonomi. NFP bulan lepas kantoi, ramai dah mula curiga. Kalo PCE/CPI pun kantoi edit, bayangkan level uncertainty tu macam mana. 😅 Market memang tak suka uncertainty…betul x?

So nak buy ke sell sekarang?

Kalau long-term BTC hodler, relax la  tutup mata, sepanjang pengamatan saya BTC memang akhirnya selalu buat ATH baru, tp kalo trader fast-in-fast-out (FiFo), hujung bulan ni mungkin spot cantik nak DCA altcoin low cap, sebab dah banyak coin balik ke paras ATL masa April dump dulu, jd risiko dah lebih terkawal sebab dah ada nampak lantai chart jelas, kalo break bawah ATL tu, cut loss terus. Simple..jer kan? (tapi ni BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN)

Altcoin plak? Ikut selera masing-msaing,. masa bull run nanti, banyak coin pump, cuma bezanya pump banyak atau sikit je. Ingat, OM yang rugpull pun boleh rally 100%++ masa Jun–Julai.  jadi jangan underestimate “exit liquidity rally”.

Kesimpulan? Kalau nak low risk, main BTC, Ether je…kalo nak high risk, aim altcoin yang dah baring kat lantai…tp apa-apa pun, take profit jangan lupa.

Market 2025 ni laju macam gameplay Trump, kalo ambat tekan butang sell, alamat jadi liquidity orang lain la..

Dalam penulisan akan datang, Insya-Allah saya akan huraikan detail pasal “Hotsheet” saya ni..

.
Dapatkan Buku PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN Sekarang!!!

 

 

Sebelum saya akhiri penulisan ni, suka saya nak bgtau yang saya ada buat buku khas untuk pemula dan mereka yang dah lama dalam dunia kripto tapi takde pengetahuan penuh pasal kripto & blockchain.

Buku ni setebal 249 muka surat dengan 12 modul kesemuanya :

Modul 1: Apa Itu Kripto?

Crypto bukan sekadar trend, ia satu revolusi kewangan. Modul ini akan bawa anda faham asas apa itu mata wang kripto, kenapa ia berbeza daripada Ringgit atau Dolar, dan kenapa dunia mula anggapnya sebagai aset masa depan.

Modul 2: Blockchain – Jantung Kripto

Blockchain ibarat buku besar digital yang tak boleh dipadam atau diubah. Dalam modul ini kita bongkar bagaimana blok, rantai, hash dan timestamp bekerja, serta kenapa ia jadi tulang belakang Bitcoin dan ribuan kripto lain.

Modul 3: Bitcoin – Legenda Kripto

Bitcoin bukan saja duit digital pertama, tapi juga simbol kebebasan kewangan. Modul ini ceritakan kisah kelahiran Bitcoin, bagaimana ia berfungsi, dan kenapa ia jadi rujukan utama dunia crypto hingga hari ini.

Modul 4: Asas Blockchain

Kita gali lebih dalam tentang komponen blockchain, jenis-jenis (public, private, consortium, hybrid), serta kelebihan dan kekangannya. Dari sini, anda akan nampak kenapa blockchain dianggap teknologi “game changer” untuk pelbagai industri.

Modul 5: Altcoin & Ekosistem Kripto

Bukan Bitcoin saja yang wujud. Ada ribuan altcoin dengan fungsi berbeza : Layer 1, Layer 2, DeFi, AI, GameFi, Stablecoin, RWA, Memecoin. Modul ini kenalkan dunia altcoin, risikonya, dan peluang yang tersimpan di dalamnya.

Modul 6: Wallet, Exchange & Keselamatan Aset

Crypto tak ada bank untuk jaga duit anda. Di sini awak belajar apa itu wallet (hot, cold, custodial, non-custodial), beza CEX & DEX, seed phrase, dan langkah keselamatan penting supaya tak kena hack atau scam.

Modul 7: Cara Mula Beli & Simpan Kripto

Modul praktikal, cara buka akaun exchange, buat KYC, beli kripto pertama, pindahkan ke wallet, dan guna DEX untuk token kecil. Sesuai untuk pemula yang nak “first buy” dengan selamat.

Modul 8: Elak Terkena Scam

Dunia crypto penuh peluang, tapi juga sarang scammer. Modul ini kupas jenis scam popular phishing, pump & dump, Ponzi, exchange palsu, airdrop fake serta bagaimana nak kenal pasti dan elak jadi mangsa.

Modul 9: Strategi Pelaburan Kripto

Tak cukup sekadar beli dan tunggu. Modul ini kongsi strategi utama pelabur: DCA, HODL, swing trade, fast cycle, portfolio hybrid, entry-exit plan, dan risk management — asas survival pelabur bijak.

Modul 10: Naratif & Trend Pasaran

Dalam crypto, naratif ibarat angin yang bawa layar. Dari AI, DePIN, GameFi, hingga Stablecoin, naratif menentukan coin mana naik dulu. Modul ini ajar cara spot trend awal dan bina radar pelaburan sendiri.

Modul 11: Tools & Teknik Screening Coin

Nak cari coin bagus perlukan tools. Modul ini kenalkan tools lengkap untuk analisis projek dan trading signal.

Modul 12: Masa Depan Blockchain & Penutup

Kita akhiri dengan pandangan jauh  CBDC, stablecoin global, RWA, identiti digital, integrasi AI + blockchain, GameFi, dan mindset pelabur jangka panjang. Modul ini ibarat kompas terakhir sebelum anda terjun lebih dalam ke dunia crypto.

Berminat, boleh DM admin @Blockversity

“Awak tak perlu jadi pakar untuk kaya dengan kripto. Awak cuma perlu jadi pelajar seumur hidup. Market ini bayar orang yang berilmu, dan makan orang yang malas belajar. Crypto bukan pasal nasib, ia pasal persediaan. Siapa yang belajar, sabar, dan berdisiplin, mereka itulah yang jadi legenda, bukan mangsa.” – Mayee Nazrich

Related posts

September Effect, Nak Jual atau Beli?

Nazrich

Kenapa Bullrun Kali Ni Berbeza Dengan Cycle Yang Lepas?

Nazrich

Supreme Court Batal Tarif Trump… Market Bullish ke?

Nazrich
error: Content is protected !!