26.4 C
Kuala Lumpur
May 24, 2026
CryptocurrencyEkonomi

Persediaan Naratif Ogos September 2025

Persediaan Naratif Ogos September 2025

Bicara Market Ogos Sampai September, Perjalanan Event Besar Dunia Makro & Crypto

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

Kalo kita tengok balik perjalanan market sejak Jun lepas, BTC ni dah jadi macam budak sekolah nakal yang semua pergerakannya ditentukan oleh cikgu disiplin bernama Fed. Apa Fed kata, apa data ekonomi keluar.. itulah yang jadi alasan untuk dia nak rally atau dia nak merajuk dump.

Bulan Ogos ni, saya nampak senarionya lebih pedas, sebab setiap minggu ada bom jangka makro yang boleh ubah mood crowd.

Jadi untuk perkongsian kali ni, saya nak kongsikan dengan awak semua 4 makro event yang bagi saya penting untuk kita amik berat, supaya kita semua boleh rancang trading kita lebih awal dan agar kita tak terbabas kedalam parit lalu terus masuk gua. 4 makro event tu ialah :

📌 27 Ogos 2025 – Nvidia Earnings Report
📌 29 Ogos 2025 – US PCE (Final Data)
📌 Awal September 2025 – NFP & CPI
📌 16–17 September 2025 – FOMC + Dot Plot

Jom saya cerita panjang sikit, biar jelas di mana checkpoint penting kita.

1. Nvidia Earnings,  AI Jadi Lokomotif Pasaran

27 Ogos nanti Nvidia akan umum result, dulu nama Nvidia ni sekadar company chip grafik jer, tapi sejak AI jadi trend global, saya nampak dia dah jadi macam “nadi” pasaran plak.

Semua pelabur nak tahu samada, AI hype ni masih bertahan atau dah mula crack., kalo result dia meletup.. untung berganda, revenue pecah rekod .. saham tech boleh terbang dan crypto AI macam $FET, $AGIX, $RENDER, pun akan ikut tailwind.. malah projek baru AI kat Binance pn akan jadi buah mulut coiner. Tapi kalau result dia lembik, crowd boleh terus sedar yang AI bukan lagi magic wand dan sudah tentunya sekali dengan alt AI pun boleh kena flush.

Tip Pakcik Kebun Sebelah: “Jangan kejar candle masa result diumum, biar market digest dulu. Kalo beat besar, tunggu retrace baru sauk. Kalo miss target, relax, ini peluang untuk shopping bila market panic berlaku.”

Ingat ya!, AI coins ni sentiasa ikut mood Nvidia, bukan ikut whitepaper dah.

2. PCE : Ujian Inflasi Paling Digemari Fed

29 Ogos PCE data akan keluar.

Inilah “cermin hati” Jerome Powell, sebab FED ni lebih suka ukur inflasi melalui PCE daripada CPI., kita tengok last quarter turun ke 2.1%, cantik la tu., tapi kalo kali ni dia naik semula, bersedialah kita semua untuk drama.

Sekarang BTC tengah sideway sekitar $113k. Kalo data cantik BTC boleh push balik $120k, tapi kalo “tak cantik” senang-senang jer BTC boleh terjun bawah $110k. Inilah moment yang crowd panggil “final August dump”.

Hot Tip : Pakcik kebun sebelah bgtau saya, kalo  data buruk, jangan panik., biasanya dump PCE tu bagi peluang untuk dia DCA BTC & pilih alt low-cap yang dah rapat ATL, kalo data cantik, kita boleh ride momentum tapi kena take profit cepat-cepat., sebab berdasarkan pengalaman dia, market bulan Ogos ni suka main tipu, pagi naik +5%, petang dia boleh retrace -7%.

Buka Akaun Luno Di Sini >>>

3. NFP & CPI : Mini Boss Sebelum FOMC

Awal September nati, keluar dua data penting, iaitu NFP (Non-Farm Payrolls) dan CPI, yang satu tu petunjuk kesihatan pekerjaan dan  yang satu lagi tu petunjuk inflasi rakyat. Kedua-dua ni jadi  macam, “jawapan soalan bocor” sebelum FOMC.

Kalo data dovish, tandanya pekerjaan lemah, inflasi pun turun jadi Fed ada alasan nak cut rate dan ini saya nampak bullish trigger untuk crypto. Tapi kalo nada hawkish , petanda inflasi masih lagi degil, pekerjaan kukuh ..biasanya BTC boleh jadi malas nak gerak, sideway jer.

Tip persediaan: Jangan “all in” sebelum data keluar, kalo nak masuk gak ambil la posisi kecil untuk “early bet”, simpan baki untuk post-data move. Ingat, first move baisa selalu fake movement. Pakcik kebun sebelah cakap, “entry yang selamat ialah bila market dah settle sejam dua lepas announcement.”

Dapatkan buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain Sekarang!

Sebelum saya teruskan ke makro event ke 4, FOMC + Dot Plot, suka saya nak bgtau yang saya ada buat buku khas untuk pemula dan mereka yang dah lama dalam dunia kripto tapi takde pengetahuan penuh pasal kripto & blockchain.

Buku ni setebal 249 muka surat dengan 12 modul kesemuanya :

Modul 1: Apa Itu Kripto?

Crypto bukan sekadar trend, ia satu revolusi kewangan. Modul ini akan bawa anda faham asas apa itu mata wang kripto, kenapa ia berbeza daripada Ringgit atau Dolar, dan kenapa dunia mula anggapnya sebagai aset masa depan.

Modul 2: Blockchain – Jantung Kripto

Blockchain ibarat buku besar digital yang tak boleh dipadam atau diubah. Dalam modul ini kita bongkar bagaimana blok, rantai, hash dan timestamp bekerja, serta kenapa ia jadi tulang belakang Bitcoin dan ribuan kripto lain.

Modul 3: Bitcoin – Legenda Kripto

Bitcoin bukan saja duit digital pertama, tapi juga simbol kebebasan kewangan. Modul ini ceritakan kisah kelahiran Bitcoin, bagaimana ia berfungsi, dan kenapa ia jadi rujukan utama dunia crypto hingga hari ini.

Modul 4: Asas Blockchain

Kita gali lebih dalam tentang komponen blockchain, jenis-jenis (public, private, consortium, hybrid), serta kelebihan dan kekangannya. Dari sini, anda akan nampak kenapa blockchain dianggap teknologi “game changer” untuk pelbagai industri.

Modul 5: Altcoin & Ekosistem Kripto

Bukan Bitcoin saja yang wujud. Ada ribuan altcoin dengan fungsi berbeza : Layer 1, Layer 2, DeFi, AI, GameFi, Stablecoin, RWA, Memecoin. Modul ini kenalkan dunia altcoin, risikonya, dan peluang yang tersimpan di dalamnya.

Modul 6: Wallet, Exchange & Keselamatan Aset

Crypto tak ada bank untuk jaga duit anda. Di sini awak belajar apa itu wallet (hot, cold, custodial, non-custodial), beza CEX & DEX, seed phrase, dan langkah keselamatan penting supaya tak kena hack atau scam.

Modul 7: Cara Mula Beli & Simpan Kripto

Modul praktikal, cara buka akaun exchange, buat KYC, beli kripto pertama, pindahkan ke wallet, dan guna DEX untuk token kecil. Sesuai untuk pemula yang nak “first buy” dengan selamat.

Modul 8: Elak Terkena Scam

Dunia crypto penuh peluang, tapi juga sarang scammer. Modul ini kupas jenis scam popular phishing, pump & dump, Ponzi, exchange palsu, airdrop fake serta bagaimana nak kenal pasti dan elak jadi mangsa.

Modul 9: Strategi Pelaburan Kripto

Tak cukup sekadar beli dan tunggu. Modul ini kongsi strategi utama pelabur: DCA, HODL, swing trade, fast cycle, portfolio hybrid, entry-exit plan, dan risk management — asas survival pelabur bijak.

Modul 10: Naratif & Trend Pasaran

Dalam crypto, naratif ibarat angin yang bawa layar. Dari AI, DePIN, GameFi, hingga Stablecoin, naratif menentukan coin mana naik dulu. Modul ini ajar cara spot trend awal dan bina radar pelaburan sendiri.

Modul 11: Tools & Teknik Screening Coin

Nak cari coin bagus perlukan tools. Modul ini kenalkan tools lengkap untuk analisis projek dan trading signal.

Modul 12: Masa Depan Blockchain & Penutup

Kita akhiri dengan pandangan jauh  CBDC, stablecoin global, RWA, identiti digital, integrasi AI + blockchain, GameFi, dan mindset pelabur jangka panjang. Modul ini ibarat kompas terakhir sebelum anda terjun lebih dalam ke dunia crypto.

Berminat, boleh DM admin @Blockversity

“Awak tak perlu jadi pakar untuk kaya dengan kripto. Awak cuma perlu jadi pelajar seumur hidup. Market ini bayar orang yang berilmu, dan makan orang yang malas belajar. Crypto bukan pasal nasib, ia pasal persediaan. Siapa yang belajar, sabar, dan berdisiplin, mereka itulah yang jadi legenda, bukan mangsa.” – Mayee Nazrich

.

4. FOMC September :  Final Boss Dengan Dot Plot

Inilah kemuncak event untuk Q3, 2025, pada 16–17 September nati FOMC meeting. Malam ni bukan saja sekadar umum interest rate, tapi keluar sekali Dot Plot iaitu carta berapa kali FED rancang cut rate tahun ni.

Kalo Dot Plot tunjuk 2–3 cut , saya rasa crowd jadi euphoric, crypto boleh mula parabolic…tapi kalo cuma 0–1 cut .. pakcik kebun sebelah cakap market boleh jadi takut, BTC mungkin kembali test $100k support.

Tip Pakcik Kebun Sebelah: Jangan tidur lah, kalo ada pegang posisi besar. Trade ikut Dot Plot, bukan ikut tweet crowd. Kalo Dovish, altseason boleh start lebih awal, tapi kalo Hawkish, jangan keras kepala la, stanby trading plan elok-elok..kalo rasa perlu cut, cepat-cepat la cut, tunggu kat bawah..tunggu setup baru. Dalam market ni, yang survive bukan yang paling bijak, tapi yang paling fleksibel.

“Kita Tak Perlu Jadi Lejen, Tapi Jangan Jadi Mangsa” Mayee Nazrich

Jadi, Ogos ni bukan sekadar bulan dumping, ia juga bulan checkpoint. Nvidia earnings jadi power-up untuk AI, PCE jadi penentu stamina, NFP & CPI jadi mini boss dan FOMC September tu final boss. Kalo kita pandai baca flow, kita bukan sekadar boleh survive, tapi kita boleh jadi hero yang collect semua reward.

Satu benda kena ingat: market suka makan orang tamak. Jadi apa pun result, take profit bila ada peluang. Sebab dalam cycle kali ni, cepat masuk cepat keluar itu lebih selamat daripada tunggu bulan jatuh ke riba.

Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

Related posts

5 Projek Tengah “Hidup” Masa Market Tengah Layu

Nazrich

Total Market Cap Kripto 1 Mei 2025

Satch

Apa Yang Panaszz 25jun 2025

Nazrich
error: Content is protected !!