CryptocurrencyEkonomi

August Final Dump

 

August Final Dump, Realiti Yang Market Baru Nak Hadam

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

Minggu lepas, bila saya tulis ogos ni boleh jadi last dump, ramai yang senyum sinis, boleh baca kat sini :

https://mycryptoversity.net/betul-ke-pce-ogos-ni-last-dump-sebelum-meroket/

Ada yang kata tak logik, Powell dah nada dovish, September rate cuts macam confirm, market sepatutnya pump laju, tpi sekarang ni kita tengok sendiri, BTC dah pun jatuh sampai $108k, jadi persoalannya… siapa yang betul, siapa yang hanyut ikut hype? 🤔

Sebenarnya benda ni mudah je. Powell pada hari Jumaat lepas bagi ucapan yang ramai anggap “berita baik” sebut pasal potential rate cuts. Market terus pump, sebab crowd ni jenis dengar separuh ayat, separuh lagi diabaikan. Yang orang ramai terlepas pandang ialah nada Powell tentang economic risks. Dia sebut jelas, ekonomi US dah mula goyang, data NFP awal bulan pun dah tunjuk pasaran pekerjaan makin lemah.

Tapi biasalah, hari Jumaat tu nak hujung minggu dah, semua tengah happy pump, tak ada siapa nak fikir jauh.

Masuk hujung minggu, bila trader duduk lepak sambil minum kopi, baru otak nak bersambung wayar., baru terfikir, “weh, kalau Fed cut rate masa inflasi masih tinggi, itu bukan bullish weh, itu tandanya ekonomi US dah parah.”

Jadi bila Isnin buka market, panic sell pun bermula. Sama macam kenduri kahwin masa makan nasi minyak semua happy, bila balik rumah baru perut mula memulas sebab kari basi. 🤡

BTC jatuh, ETH yang digembar-gemburkan konon inflow besar pun ikut tersungkur, dari dulu saya dah ulang benda sama, ETH ni tak boleh hidup sendiri. Selagi BTC jatuh, ETH dan semua altcoins akan ikut sekali.

Jangan percaya naratif media yang kononnya ETH boleh “decouple”  mengarut tu!

 

 

Buka Akaun LUNO anda di sini >>>

Jadi sekarang ni, apa yang kita kena tanya ialah: dumping ni dah habis atau belum?

Jawapan mudah: kita kena tengok data besar yang nak keluar minggu ni dan minggu depan, biasanya kalo PCE nanti keluar tinggi, market confirm sambung jatuh, tapi kalo PCE cantik, mungkin ada peluang rally sekejap. Tapi jangan gembira dulu, sebab minggu depan ada NFP. Kalo NFP keluar buruk dua bulan berturut-turut, ini merupakan pengesahan bahawa ekonomi US memang betul dalam masalah. Fed confirm potong rate September, tapi ini bukan bullish cut, ini emergency cut.

Cut sebab inflasi reda memang hadiah yang kita tunggu-tunggu, tapi kalo cut sebab ekonomi nazak.. ini loceng kecemasan ni…kita kena berhati-hati.

Ramai orang kena perangkap minggu lepas., dengar Powell dovish, terus buy the rumor. Lepas tu market dump, sell the news. 🤡 Ini lah  sifat market ..siapa cepat makan, siapa lambat kena makan.

Dalam ucapan Powell pun ada disebut pasal “dual mandate” , tugas Fed nak jaga inflasi sambil pastikan ekonomi stabil. Dulu fokus Fed lebih pada inflasi, tapi sekarang Powell sendiri dah shift tone, cakap risiko lebih kepada ekonomi.

Bila fokus beralih macam ni, jelaslah mereka dah mula resah tengok pasaran pekerjaan makin lemah. Inilah sebab kenapa NFP bulan depan jadi data penentu., boleh faham tak stakat ni?

Dapatkan Buku Panduang Lengkap Pemula Kripto & Blockchain Sekarang!

.

Jadi apa strategi sekarang ni?

Untuk saya tapi ini Bukan Nasihat Kewangan / Pelaburan… BTC buat masa ni bukan masa untuk saya hodl lama. Fast game je, masuk keluar cepat, jangan simpan. Altcoin low cap yang dah jatuh ke ATL, itu lebih menarik., banyak chart dah sampai lantai, macam kedai bundle yang penuh baju terpakai. Kalo pandai pilih, boleh dapat rare piece,  kalo salah pilih, dapat kain buruk jer la. Tapi sekurang-kurangnya kita ada lantai jelas untuk buat cut loss.

Dan jangan lupa, sentiasa ada reserve USDT, walaupun tengah bull run, simpan peluru untuk buy the dip. Siapa tahu, minggu ni kita dapat diskaun bawah $110k, minggu depan mungkin dapat bawah $100k pula. 🤣 Dalam market macam ni, siapa yang ada cash standby, dia lah yang boleh shopping kaw-kaw.

Kesimpulannya senang jer.. macam yang selalau saya share dalam circle MyCryptoversity..last cycle dulu kita sibuk study whitepaper, nak tahu utiliti token, nak faham fundamental..tp cycle kali ni lain cerita. Sekarang kita bukan study coin lagi, kita study Powell, Trump, Makro Ekonomi dan Geopolitik. Crypto dah bukan dunia indie. Sekarang BTC dah jadi TradFi. 🤡

Fokus utama:

  • Minggu depan , Artikel Bicara Market khas sempena NFP (Non-Farm Payroll).

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, hanya sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto #TakPerluJadiLejenTapiJanganJadiMangsa
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

Related posts

CLARITY Act

Nazrich

ANALISIS TERKINI SOLANA (SOL) – 22 APRIL 2025

Satch

KESAN PENUTUPAN KERAJAAN AMERIKA KEPADA DUNIA KRIPTO

Nazrich
error: Content is protected !!