CryptocurrencyEkonomiKripto

Market Dah Bagi Warning !! Crypto Treasury Runtuh, India Tarik Brek

Market Dah Bagi Warning !!

Crypto Treasury Runtuh, India Tarik Brek

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

Jom Kita Tengok Sorotan Pasaran Hari Ini

1. “Crypto Treasury” Mulai Runtuh

Nampaknya drama ni makin membuak-buak. Syarikat-syarikat yang tadinya bangga war-warkan pegangan crypto mereka (Strategy, Metaplanet, Smarter Web) kini tengah rilek, santai tepi bucu katil sebab saham mereka jatuh teruk: antara 60%–70%, ada yang hanya tinggal “shadow of the hype.” Mania crypto treasury ni nampaknya dah mula nampak macam parah, saya nampak yang tinggal hanya yang kuat dan logik saja dapat bertahan.

2. Market Dalam Fasa Konsolidasi , Tenang Tapi Kena Waspada

Menurut penganalis, Bitcoin dan Ethereum tengah berada dalam zon konsolidasi, harga masih stabil dan volatiliti dikatakan dalam paras paling rendah dalam beberapa bulan. Ini fasa penting, kerana bila kita korek keluar data makro (CPI, FOMC minggu depan), besar kemungkinan akan ada ledakan harga tinggi.

3. India Berundur Dari Regulasi Kripto Sepenuhnya

Negara G20, India yang biasanya audacious, tapi kali ni nampak berhati-hati. Mereka kalih plan untuk buat regulasi penuh terhadap crypto sebab takut ia ganggu sistem kewangan nasional. UPI (sistem pembayaran mereka) menurut dokumen bank pusat, mungkin tergugat jika stablecoin dibiarkan melimpah. Perspektif menarik ni beri warna berbezatimeline adopsi berbeza mengikut negara.

Buka Akaun Luno Anda Disini

.

Jom saya story skit pasal sorotan tadi..

Crypto Treasury Runtuh, India Tarik Brek, Market Dah Bagi Warning
Crypto Morning Brief Monday, 11 September 2025

Pagi ni suasana market kripto nampak pelik…nampak tenang di permukaan, tp kalo kita selam sikit, macam ada banyak persoalan duk berlegar-legar. Bitcoin duduk cantik atas $113k, seolah-olah malas nak bergerak jauh. Persoalan yang timbul: kenapa BTC macam tak nak lompat lebih tinggi, padahal inflow ETF masih stabil? Adakah big player sengaja tekan harga untuk akumulasi? Atau memang pasaran tengah tunggu data CPI dan keputusan Fed minggu depan? ….saya rasa jawapan ni student circle MyCryptoversity dah tau dah kenapa, kan?
.
Ethereum pula steady dekat $4.3K, mesti ramai duk tanya, bila nak sampai $5K, kan? Ada analis kata institusi dah mula shift modal dari BTC ke ETH, tapi kenapa harga macam tak agresif naik? Adakah mereka sebenarnya beli secara OTC tanpa kacau pasaran spot? Atau institusi pun tengah test market, tunggu confirm dulu sebelum all-in?
.
Benda-benda macam ni yang buat kita pening ni, betul x?
.
Dalam masa sama, cerita crypto treasury stocks plak jadi bahan ketawa, kalo tak silap baru minggu lepas jer banyak syarikat umum konon nak jadi “Bitcoin hoarder,” harga saham naik gila, tapi minggu ni jatuh sampai 60–70% 🤦🏻‍♂️. Persoalannya: adakah ini betul-betul strategi long term atau sekadar hype nak tarik pelabur? Kalo syarikat besar pun boleh tergolek sebab overexpose pada kripto, macam mana dengan retail yang all-in tanpa plan? betul tak?
.
Kali ni India plak jadi topik hangat, diaorang tarik brek, tak mau teruskan full regulasi kripto sebab risau nanti takut ganggu sistem kewangan. Bila benda ni berlaku, ramai crowd mula tanya, kalo India pun sanggup hold back, adakah negara lain jugak akan buat benda sama? Apa jadi dengan stablecoin adoption yang makin hari makin kuat, bolehkah bank pusat kekal kawal kalo rakyat lebih selesa guna digital dollar berbanding mata wang tempatan?
.
Apa yang saya nampak, Trump cuba perkasakan stablecoin ni sebab utama ialah nak lawan BRICS jer, al maklumlah USD sekarang dah makin melemah.
.

Dapatkan Harga Promosi Sekarang, Klik Sini >>>

Dan yang last yang paling mencuri perhatian saya, hype altcoin tetap hidup. Harga token Rollblock naik macam roket dari harga presale, katanya token ni gabungan meme + GameFi, tp saya tengok kat webisite tulis ‘online casino”, jadi sah sah la Tak Patuh Syariah kan? Ada yang percaya ini peluang nak dapat 100x, boleh caya ke?

Tapi persoalan saya: adakah ini real utility atau sekadar gula-gula sementara jer? Sama gak dengan Layer Brett, semua bising pasal staking gila-gila APY tinggi melangit, tapi cer fikir saper sanggup simpan lama kalau hype pudar/hilang? Dunia kripto ni kita kena pikir logik akal jer, baru boleh selamat dan kekal lama.

Jadi kesimpulan pagi ni, bagi saya market kali ni memang bagi lebih banyak persoalan daripada jawapan. BTC dan ETH nampak steady tapi tak explosive. Institusi katanya masuk, tapi harga tak refleks. Negara besar macam India masih ragu-ragu, stablecoin makin mendominasi. Altcoin hype berlari, tapi risiko tergolek sentiasa ada dekat.

Jadi persoalan paling besar untuk kita semua, adakah ini fasa “calm before the storm,” atau sebenarnya pasaran dah mula bosan dan tunggu trigger besar minggu depan?
.
Apa pendapat awak semua?

Saya rasa macam biasa, jawapan awak semua tentu bercampur-campur. Ada yang yakin September ini bakal jadi titik lonjakan, ada juga yang takut correction besar.

Tapi….bagi saya soalan yang sebenar kita kena tanya diri kita ialah…
“kita nak jadi crowd yang hanyut dengan hype, atau nak jadi trader yang baca isyarat dan guna akal yang waras?”

Betul tak?

Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto #TakPerluJadiLejenTapiJanganJadiMangsa
Photo : NBX.com
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

Related posts

Cerita Di Sebalik BTC Bawah $100K

Nazrich

Apa Itu Kusama $KSM

Naqiu Nazrich

Nvidia Meletup… so what’s next?

Nazrich
error: Content is protected !!