27.6 C
Kuala Lumpur
September 1, 2026
EkonomiUncategorized

Result FOMC Dan Kesan Kepada Pasaran Kripto 18jun 2025

Result FOMC Dan Kesan Kepada Pasaran Kripto 18jun 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yang saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

Semalam saya ada bgtau kat Channel MyCryptoversity pasal FOMC ni, kenapa ia penting..kalo awk terlepas boleh klik kt sini >>> https://t.me/cryptoblock_edu/9634

Dalam perkembangan terbaru dari dunia ekonomi global, tumpuan kini tertumpu kepada keputusan mesyuarat FOMC Amerika Syarikat yang berlangsung semalam, di mana Rizab Persekutuan sekali lagi memilih untuk mengekalkan kadar faedah di paras semasa. Namun, isyarat yang disampaikan oleh Pengerusi Jerome Powell ternyata memberikan impak besar kepada pasaran global dan ini termasuk pasaran kripto.

Jom kita tengok laporan khas “Sorotan Ekonomi Dunia & Kesan Terhadap Pasaran Kripto Edisi 16 – 20 Jun 2025.”

KEPUTUSAN FOMC & MAKSUD DI SEBALIKNYA

Semalam Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell telah mengumumkan bahawa kadar faedah akan dikekalkan di paras 5.25% – 5.50%, seperti yang dijangkakan oleh majoriti penganalisa, namun begitu, apa yang mengejutkan semalam ialah nada hawkish yang lebih kuat daripada biasa.

Tapi kita jangan tertipu dengan statement “tiada perubahan”, kerana di sebalik kata-kata itu, ada mesej yang perlu diteliti lebih dalam dari sekadar teks rasmi.

Menurut Powell, pihak Fed masih belum yakin bahawa inflasi akan kembali ke paras sasaran 2%. Beliau menyebut bahawa tekanan harga masih wujud dalam sektor perkhidmatan dan penangguhan pengurangan kadar mungkin berterusan lebih lama daripada jangkaan.

Powell, dalam sidang medianya, membayangkan dengan jelas: Fed masih mahu lihat lebih banyak bukti kukuh bahawa inflasi benar-benar turun ke arah 2%. dan beliau secara sinis menyebut  “Dot plot bukan janji, ia cuma jangkaan”. Dalam kata lain: jangan terlalu harapkan dua kali potongan kadar tahun ini, walaupun carta rasmi FOMC masih meletakkan dua titik “cut” pada tahun 2025.

Hanya satu potongan kadar dijangkakan untuk tahun 2025 ni,  turun daripada dua kepada satu sahaja yang diramalkan dalam mesyuarat sebelum ini.

Pasaran saham Amerika Syarikat dilihat bercampur-campur dengan Nasdaq sedikit mengukuh hasil jangkaan bahawa sektor teknologi akan terus mendapat sokongan, manakala Dow Jones pula sedikit suram. Pasaran bon jangka pendek menunjukkan peningkatan hasil (yield), mencerminkan jangkaan kadar faedah yang tinggi akan bertahan.

Unjuran Ekonomi: Tanda-Tanda Awan Gelap di Q3-Q4

Yang lebih merisaukan bukanlah kadar faedah itu sendiri, tetapi unjuran ekonomi 2025 yang dikemukakan Fed.

👉 GDP 2025 diturunkan unjurannya daripada 1.7% kepada 1.4%.
👉 Unemployment dijangka meningkat dari 4.4% ke 4.5%.
👉 Dan yang paling penting, PCE inflation naik semula dari 2.8% kepada 3.1%.

Secara ringkasnya: Fed kini menjangka ekonomi Amerika akan lebih perlahan, pengangguran naik sedikit, dan inflasi masih degil. Kombinasi ini bukan resepi mudah untuk rally pasaran saham ataupun kripto. Malah, ia adalah amaran halus bahawa kita bakal hadapi suku ketiga yang berombak.

Klik photo untuk daftar LUNO

KESAN KEPADA PASARAN KRIPTO, ADAKAH BTC DAN ALTCOIN TERJEJAS?

Sementara itu, pasaran kripto turut menunjukkan tindak balas yang berhati-hati. Bitcoin yang sebelum ini bergerak stabil sekitar paras $107,000 telah mengalami sedikit penurunan ke paras $104,000–$105,000, mencerminkan keresahan pelabur terhadap penangguhan pemotongan kadar.

Ethereum turut susut sedikit di bawah paras $2,500 manakala kebanyakan altcoin lain turut menyusut antara 2% hingga 5%.,

Namun, penganalisis melihat penurunan ini sebagai peluang pembelian jangka pendek, lebih-lebih lagi menjelang musim panas yang dijangka menjadi “Fast Altcoin Cycle” yang dinanti-nantikan. Saya ada share dalam webinar Cycle 2021 vs 2025 Naratif Dominan, Timeframe Bullrun, Analisa Trend pada 16jun baru ni dengan rakan-rakan circle MyCryptoversity, 

.


Geopolitik : Timur Tengah & Tariff War : Kombinasi Berbahaya

Sementara Fed bermain dengan kadar faedah, dunia di luar sana juga tak duduk diam. Isu di Timur Tengah kembali panas, dengan Iran dan Israel saling ugut….tp isu lebih besar ialah jika Iran tumbang akibat tekanan dalam dan luar negara, apakah implikasinya?

Menurut pakar geopolitik, kejatuhan Iran boleh membuka ruang kepada konflik yang lebih besar., jika Israel menyasarkan Pakistan selepas itu, China tidak mungkin berdiam diri. Dunia sudah sedia maklum hubungan rapat China-Pakistan, khususnya dalam aspek pertahanan dan teknologi.

Bayangkan jika negara nuklear seperti Pakistan dicabar, bukan saja kripto, malah seluruh sistem kewangan dunia boleh goyah.

Ini kita belum sentuh isu Trump Tariff War lagi. Deadline 90 hari semakin hampir. G7 baru-baru ini gagal mencapai kata sepakat. Jika tariff dikenakan ke atas barangan China, expect reaksi balas. Pasaran saham akan bergoncang.dan seperti biasa, kripto akan ikut melompat ke atas atau ke bawah, bergantung pada nada berita.

Dalam konteks ini, kripto masih dilihat sebagai aset spekulatif dan berisiko tinggi yang boleh menyebabkan aliran modal lebih berhati-hati ketika ketidakstabilan politik memuncak.

.


ANALISA PAKAR CAP AYAM, APA YANG PATUT DILAKUKAN TRADER & PELABUR?

Menurut pakar pasaran veteran, Pak Itam, yang juga dikenali sebagai “trader durian kebun sebelah yang berpengalaman lebih dari 40 tahun, dalam bidang pelaburan” tempoh dari Jun ke Ogos ini adalah masa untuk “berjaga dan bukan berlumba.”

Ketika saya temui pakcik kebun sebelah ni, sambil memeriksa buah duriannya yang jatuh malam tadi, beliau berkata:

“Ni semua pasal timing,  Fed ni macam mak andam, lambat sikit turunkan make-up rate dia. Tapi dia pun takut kalau inflation buat hal semula. Maka dia hold je dulu.”

Pak Itam juga berkongsi analogi:

“Bayangkan BTC tu macam durian  harga tinggi tapi orang was-was nak beli sebab cuaca nampak nak hujan. Bila cuaca cerah balik,  baru la orang serbu.”

Pesanan beliau lagi:

“Dalam suasana kadar kekal tinggi, inflasi belum reda dan geopolitik makin meruncing, strategi terbaik adalah fast trade  bukan hodl tanpa arah. Masuk ketika support, keluar ketika resistance. Tak perlu tamak. Pasaran tidak beri peluang kedua jika kita FOMO.”

Tambah beliau lagi, bagi yang ingin “sauk altcoin,” peluang mungkin muncul jika Bitcoin kembali membuat retracement besar ke paras bawah $100K. Jika itu berlaku, altcoin boleh ‘sale besar-besaran’ dan ini akan jadi peluang terbaik untuk beli naratif seperti AI (Fetch.ai, Akash), DeSo (Kaia, Farcaster), RWA (Ondo, TokenFi) dan juga GameFi yang kini kembali menarik perhatian.

Tapi apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, hanya sekadar pandangan beliau sahaja, pelabur disarankan buatkajian sendiri terlebih dahulu sebelum masuk market.

.

sign up MEXC here

PENUTUP & RUMUSAN

Bulan Jun 2025 telah memperlihatkan bagaimana pasaran yang bergantung kepada dasar monetari boleh berubah arah dengan satu ayat dari Pengerusi Fed. Dunia kripto pula, walaupun kini semakin matang dan dikawal institusi, tetap sensitif dengan nada makro, saya ada bgtau kat sini >>> https://vt.tiktok.com/ZSkshBpv8/

Persoalannya, adakah kita akan melihat Altcoin Summer bermula? Atau adakah ini hanya musim berteduh sementara ribut tarif dan inflasi kembali menyerang?

Tiada siapa yang boleh ramal masa depan, yang terbaik kita teruskan pemantauan dan  kepada semua Cryptonations, kekal tenang, kekal berstrategi.

Fokus utama saya dari bulan Jun hingga Ogos ini ialah:

  • Peka dengan setiap data ekonomi: CPI, PPI, data pekerjaan,dan terutamanya minit mesyuarat FOMC yang bakal keluar minggu depan.

  • Jangan panik jika berlaku retracement: kerana itu mungkin peluang terbaik untuk sauk altcoin berpotensi tinggi.

  • Elakkan FOMO semasa rally mengejut. Ikut pelan, bukan emosi.

Apa akan berlaku antara Jun hingga Ogos?

• Powell tidak komited untuk potong kadar dalam masa terdekat.
• Data inflasi masih belum cukup meyakinkan.
• Konflik geopolitik meningkat.
• Tariff war belum selesai.
• US debt ceiling akan mula menekan pada akhir Julai.

Semua ini menjadikan Q3 sebagai medan survival, hanya trader yang pantas dan berdisiplin saja akan mampu bertahan. ..

Sejarah menunjukkan bahawa tahun selepas halving biasanya membawa kenaikan puncak pada Q4.

Jsdi, strategi apakah paling masuk akal? Bagi saya, saya bersiap jer sekarang, kutip skit skit bila ada diskaun. Exit bila crowd mula FOMO. Itu sahaja yang ada dalam otak saya sekarang ni.

Stakat ni dulu sembang kari laporan khas edisi hari ini….dari data FOMC hingga lah ke geopolitik Asia Barat, dari jangkaan pasaran hingga strategi trader jalanan , semuanya menunjukkan satu perkara ..iaitu pasaran sedang menunggu satu “spark”.

Mungkin ia datang dari pivot Fed… Mungkin dari damainya Timur Tengah…. Mungkin dari “reset” pasaran besar-besaran.

Tapi apa apa  pun, dunia belum berhenti, crypto juga belum habis.

Apa yang penting, kita jangan leka, duk dalam gua tu jangan sampai tidur berdengkur ..

Akhir sekali terima kasih dan tahniah saya ucapkan sebab awak semua baca sampai abis perkongsian ini, semoga ia memberi manfaat dan skali saya nak bgtau yang ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, hanya sekadar perkongsian merapu sahaja, buat lah kajian sendiri terlebih dahulu sebelum masuk market.
Teruskan bersama kami untuk perkongsian akan datang.

Teruskan trading dengan waras, dan jangan lupa: yang penting bukan naik atau turun, tapi siapa yang survive selepas ribut.

Sekian, terima kasih.

#DukKampungTakpeJanjiAdaKripto

Bengkel Kripto & Blockchain by MyCryptoversity

Detail kat >>> Blajarkripto.com

Related posts

Kenapa Market Jatuh Walaupun Banyak Berita Baik

Nazrich

5 Perkara Yang FED Cuba Sembunyikan Dari Market

Nazrich

NFP 5 Sept, Bear is Coming

Nazrich
error: Content is protected !!