Cryptocurrency

Kali Ni Correction Atau Tanda Besar Market Nak Jatuh?”

Bicara Market 23jun’25: Bila Bitcoin Mengeluh, Dunia Bergegar, Kita Nak Buat Apa?

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

Hari ni saya nak sembang dari hati ke hati, kalo awak semua rasa market crypto ni sekarang macam bini merajuk, kejap dia manja kejap hempas pintu..betul la tu sebab saya pun rasa benda yg sama….danbetul, hari ni saya bukan nak crita pasal teknikal je, tapi nak kupas dengan jiwa sekali…kita sembang ala-ala macam saya borak dengan Pak Itam, tuan kebun durian sebelah kebun saya.

Saya cuba kupaskan dari pandangan mata saya pasal situasi market sekarang ni (23jun 2025)

.


Harga BTC Dah Macam Suhu Air Kopi, Turun Panas, Naik Suam

Baru minggu lepas BTC pecut sampai $110K , pastu apa jadi? Dia toleh belakang, cakap “eh, banyak sangat orang FOMO ni, aku turun sat,” terus landing kat $97K. Hari ni? Dia main dekat-dekat $101K plak…dalam perut ni dah macam-macam rasa.

Saya tau, kat luar sana ramai yang dalam hati tengah tanya:

“Cikgu, ini correction sihat ke? Atau petanda besar market nak jatuh?”

Kalo nak jawab ni kita kena tengok chart…tp bukan tengok chart je .. kita kena tengok dunia…tengok dunia macam mana? Ha, meh saya crita.

Dari segi teknikal, BTC masih duduk atas major support, tp dah goyang. RSI (Relative Strength Index) dah mendap bawah 45, volume makin kecut, pastu MACD pun baru bagi “death kiss”. Pendek kata, kalau BTC tutup bawah $100K dua tiga hari ni, saya tak hairan kalau dia meluncur pi cari support bawah  $97K tu bukan mustahil.

.

“Tapi Cikgu, Kenapa BTC Jatuh? Kan Dunia Tengah Suka Bitcoin?”

Ha, ni part yang ramai lupa: market crypto bukan hidup dalam gua, dia hidup dalam dunia yg makin menggila, baru dua tiga hari lepas, Israel pi serang kem nuklear Iran. US pun join sekali. Iran blackout internet, pastu hacker pulak masuk ‘pow’ exchange Nobitex, lesap USD90 juta. Siapa yang tak cuak?

Investor global, geng Wall Street.. apa depa buat bila tengok ni semua?
Confirm la depa lari pi parking aset depa dalam emas, US dollar dan treasury bond.

Bitcoin? Sorry la.. buat sementara waktu ni market treat dia macam high risk asset, bukan safe haven. Itu sebab bila world war mode ni on, BTC pun kena tempias…tapi percayalah, bila habis ribut ni nanti, BTC lah yang akan bangun dulu, ni game dia sejak 2011 lagi…

Masa dulu, 2013,market panik bila Mt Gox kena hacked, 2017 market panik bila China banned kripto. 2021 panik sebab Elon Musk tweet pasal Tesla. Dan 2025? Market panic sebab drone tembak reaktor nuklear dan Trump ugut tariff.

Candle tetap candle. Tapi cerita di sebalik candle tu yang penting.

.


Ekonomi Global: Cerita Dia Lagi Sedih

Fed baru umum minggu lepas, interest rate tak turun lagi. Dot Plot Chart masih forecast 2 kali cut tahun ni, ada rumous kata dengar-dengar nak buat skali plak tapi Powell siap cakap “jangan percaya sangat dengan plot tu, kami ubah bila-bila je ikut data semasa”…masak!

Yang ni buat kita lg senak perut,  projection Fed pun makin seram:

  • GDP 2025 turun dari 1.7% ke 1.4%

  • Pengangguran naik 4.5%

  • Inflasi (PCE) naik balik ke 3.1%

Maknanya? Fed pun dah risau sebenarnya ekonomi Amerika ni boleh terjelepuk tersungkur, tp dia tak nak panic the market, jd dia buat buat santai jer la…walhal dalam hati cuak giler!

Dan ini belum masuk lagi krisis US debt ceiling bulan depan dengan deadline tarif Trump yang masih tergantung. …jd bila-bila masa je boleh ada “breaking news” yang buat market boleh goyang lutut.

.


Altcoin? Ada Harapan Lagi Ke?

Ha, ni ramai nak tau kan. Jawapan saya: “Ada tapi kena sabar.”

Kalau kita tengok historical cycle, altcoin biasanya akan naik padu bila BTC dah settle correction dan sideways. So sekarang ni, sementara BTC masih buat drama, better kita plan dulu…

Saya sendiri tengah survey balik coin AI (AGIX, FET), DePin (HNT, IOTX, KYVE), DeSo (KAIA, FRIEND), GameFi (WEMIX, PYR), dan projek identity macam WLD… tp ini saya monitor jer ya..bukan masuk sekarang, tunggu candle bagi green engulfing besar dengan volume padu, baru saya sauk.

.

Klik photo untuk daftar akaun LUNO

.

Kenapa Saya Rasa Crypto 2025 Ni Dah Tak Best Macam 2021?

Ha… saya pun pernah rasa. 2021 kita beli & hodl coin sebab bila kita baca whitepaper dia, kita percaya visi dia, percaya kat FA dia….tp 2025? Kita trade sebab Trump tweet….kita scan wallet whales….kita baca data inflasi dan berita perang.

Tapi ini bukan bermakna crypto dah tak best… cuma sebab sekarang dia dah dewasa…dia dah nak hampir matang…dalam kelas “Crypto For Newbies” saya ada bgtau bila tarikh matang kripto secara jelas.

Dulu kita belajar naik basikal…sekarang kita bawak Ducati tp xde lesen… risikonya lebih besar, tp potensi lebih padat. Kita tak boleh guna mindset lama dalam era yang baru, kita kena jadi lebih strategik, lebih disiplin dan lebih bijak urus emosi atau dalam erti kata lain yang saya selalu bgtau kat student MyCryptoversity…kita kena jd “Fleksible”


Apa Harapan Kita Sekarang?

Macam yang saya bgtau dalam private grup coaching minggu lepas, Jun sampai Sept ni adalah waktu persediaan.. bina posisi.

Kalau dunia reda, WW3 tak jd, kalau Fed mula cut, kalau BTC bounce balik atas 110K..(brapa banyak kalau daa…) pakcik kebuh sebelah cakap dia yakin Q4 kita akan tengok market rally besar-besaran, sama macam cycle 2017, sama macam 2021. dan mungkin 2025 jadi lebih besar sebab sekarang ni Bitcoin dah jadi benda “serius” bagi institusi.

.

sign up MEXC here

 

Cikgu, Jadi Apa Kita Nak Buat Sekarang Ni?

Kalau awak semua tengah confuse, jangan risau saya sdiri pun rasa benda yang sama..tp dari pengalaman berada dalam kewangan ni sejak 2008, saya belajar satu benda:

Kita bukan kalah bila kita tak trade, tapi kita akan kalah bila kita hilang disiplin.

Strategi saya sekarang:

  1. Jangan FOMO.

  2. Simpan 30–50% modal dalam stablecoin (buat masa sekrang).

  3. Trade BTC dalam range (support/resistance).

  4. Kalau BTC jatuh ke bawah $97K dan ada panic, itu mungkin signal untuk sauk perlahan-lahan.

  5. Target untuk all-in tu Q4 nanti – itu kalau semua setup cantik: Fed cut rate, tarif reda, perang reda.


Kesimpulannya, Kita Sembang,  Kita Rancang,  Kita Bertahan

Jadi… kepada semua Cryptonations yang tengah pening tengok chart, yang tengah gigit jari sebab sangkut pucuk, yang tengah tunggu peluang , suka saya nak pesan:

“Ini bukan akhir cerita, ini baru pertengahan babak., dalam setiap cycle, yang survive adalah mereka yang sabar, bukan yang laju, mereka yang pandai bertahan, bukan yang pandai sembang, mereka yang fokus kepada satu kaedah, bukan mereka yang lompat grup sana grp sini cari keadah Holy Grail”

Dan kalau esok BTC drop ke $92K, jangan panik..kalau dia naik balik ke 105K, jangan tamak. Kita plan, kita bersedia, dan kita belajar dari setiap trade.

Kalau tak trade pun, jangan rasa rugi. Kadang-kadang ‘duit yang kita tak hilang’, adalah ‘duit yang kita sebenarnya untung’.

Jadi kita terus belajar, terus follow, terus cari peluang dan kalau awak perlukan sokongan, kita semua ada dalam komuniti ni. Kita sama-sama kuatkan mental, kuatkan ilmu, dan insyaAllah kuatkan akaun.

.

Sehingga kita berjumpa lagi dalam perkongsian akan datang….. Duk Kampung Takpe Janji Ada Kripto…

Penulisan ini hanya sekadar pandangan saya sahaja dan TIDAK BOLEH DIJADIKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, buat analisa sendiri sebelum masuk market.

Bengkel Kripto & Blockchain by MyCryptoversity, detail >>> Blajarkripto.com

Related posts

Hari Jepun Goncang Dunia: BOJ Naikkan Rate & Angin Cycle 2026 Mula Bertiup

Nazrich

Market 2026 Dah Memasuki Fasa Ngeri

Nazrich

NFP 5 Sept, Bear is Coming

Nazrich
error: Content is protected !!