“Market Tengah Sunyi, Tapi Projek Tengah Menyanyi”
(Edisi 13/11/2025 — Kisah Disebalik 5 Projek & Pergerakan Whales Yang Ramai Tak Perasan)

Pagi tadi masa saya buka chart, rasa macam buka TV lama yang siaran tak muncul..gambar ada, tapi suara tak keluar, tapi saya tahu ada sesuatu berlaku di belakang tabir. BTC terbaring diam, altcoin pun buat-buat tidur, walaupun kita tahu altcoin ni jenis hati tisu, kalo ada drama sikit pun dia dah mula menggelupur. Tapi yang peliknya hari ini, bukan altcoin yang bising, bukan BTC yang mengaum, tapi projek-projek besar pula yang tiba-tiba jadi aktif macam tengah buat persiapan perayaan Christmas.
Saya duduk termenung sekejap, selalu bila market senyap, pakcik kebun sebelah ckap itu petanda dua benda, sama ada semua orang takut nak buat apa-apa, atau ada sesuatu yang lebih besar sedang bergerak perlahan dari bawah tanah. Orang luar nampak market sideways. Trader biasa nampak candle tak bergerak. Tapi orang yang dah lama dalam game ini tahu… kalo projek tiba-tiba hidup waktu market mati, itu bukan kebetulan.
Ontology tiba-tiba umum perubahan besar dalam tokenomics. Polygon keluarkan upgrade besar macam mereka nak pitch blockchain terus ke sektor perbankan. ZKsync pula tiba-tiba cadang nak ubah cara token mereka digunakan dalam ekosistem. Uniswap muncul dengan idea untuk “reset” semula jantung DeFi. Dan ETH pula… ahh, ETH ni lagi kelakar, retailer buat muka ragu-ragu, tapi whales pula ambil kesempatan beli macam barang diskaun Shopee sempena 11.11.
Ini semua berlaku pada hari yang BTC buat-buat tidur.
Kalo orang baru masuk crypto, dia tengok chart, dia cakap, “Market boring.”
Tapi orang lama tengok apa projek buat, apa whales buat, apa narrative bergerak… dan dia senyum.
Saya nak bawa awak semua masuk dalam cerita saya hari ini, macam kita sembang sambil duduk tepi kopi panas, sambil kita perhati gelagat market yang suka buat kejutan.
Bermula dengan Ontology, projek lama yang orang selalu salah anggap “mati”. Tapi projek yang orang fikir mati ni kadang-kadang yang paling senyap, paling fokus, paling diam-diam kumpul nafas untuk sprint seterusnya. Ontology tak buat pengumuman kecik-kecik tapi dia terus umum tokenomics ONG akan dirombak, MainNet v3.0.0 pula akan dilancarkan awal Disember. Bila projek buat perubahan struktur masa market senyap, pakcik kebun sebelah cakap biasanya ini tanda mereka nak align balik ekonomi dalaman untuk cycle baru. Developer yang malas tak akan rombak tokenomics. Developer yang dah give up tak akan buat MainNet major upgrade.
Dalam crypto, tech that moves in silence selalunya tech yang paling jauh hidup.
Benda ni saya dah ulang banyak kali dalam kelas Pronet dan saya tulis dengan jelas dalam buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain (PLPKB) boleh rujuk sendiri di https://blajarkripto.com/plpkb kalo sesuatu projek tu ubah tokenomics, maksudnya mereka nak hidupkan semula value flow. Ini bukan kerja kecil, ini tandanya “Reset.”


Lepas tu kita lompat pula ke ETH. Saya tak tahu kenapa, tapi ETH ni memang selalu suka momen sunyi. Retailer tak ada mood nak beli, chart tak ada mood nak break resistance, tapi whales sibuk. Kat data On-chain tracker tunjuk berpuluh ribu ETH masuk ke wallet besar. Ada yang withdraw dari exchange, ada yang beli OTC, ada yang tambah leverage. Boleh rujuk modul 11 buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain (PLPKB) https://blajarkripto.com/plpkb
Bila whales dah mula kumpul masa sentiment crowd goyang, ini selaluna jadi tanda awal yang sesuatu akan berlaku.
Whale bukan beli sebab yakin. Whale beli sebab risiko sebelah bawah makin nipis.
Kalo awak dah lama dalam dunia trading, awak tentu tau timing whales selalunya datang sebelum narrative muncul. Retailer plak nanti akan cari alasan ETF la, staking la, gas fee murah la, L2 adoption la. Whales tak perlukan semua alasan ni, sebab Whales cuma perlukan imbalance dan positioning.
Hari ini imbalance dan positioning dah berlaku dan whales sudah mula isi bakul mereka.
Polygon plak buat hal dengan upgrade Rio mereka, katanya 5,000 TPS, instant finality, validation lebih efisien, ini bukan upgrade untuk game memecoin. Ini upgrade untuk institusi. Nak tau tak bila sesuatu projek blockchain tu mula masuk fasa matang? Projek blockchain tu matang bila mereka berhenti kejar “speed” untuk hype, dan mula kejar “reliability” untuk bank dan kerajaan.
Kalo Polygon berjaya push narrative baru ini, kita akan nampak shift besar akan berlaku, bukan lagi “Polygon untuk scaling Ethereum”, tapi “Polygon untuk pembayaran global”. Benda ni jarang orang nak cerita sebab ramai sibuk kejar coin baru yang nak 50x la 100x la. Tapi dalam dunia crypto sebenar, narrative macam inilah yang bentukkan future. Polygon sedang positioning diri sebagai player infra kewangan global. Market susah nak bagi reaksi sekarang, tapi trust me… bila narrative ini mula diangkat News dan TradFi, baru retailer akan kejar.
Tapi masa tu harga dah jauh.

ZKsync pula muncul dengan proposal baru, mereka nak jadikan token ZK bukan sekadar governance token, tapi token utiliti ekonomi. Ini shift yang besar, sebab token tanpa utility adalah token yang hanya hidup dalam hype. Dalam dunia ZK, competition sangat ganas. StarkNet kejar adoption. Scroll kejar developer. ZKsync pula tak boleh hanya survive atas nama ZK.
Proposal mereka untuk benarkan ZK capture value adalah langkah penting,bukan sebab effect immediate, tapi kerana ia tunjuk developer pun sedar token mereka tak boleh survive kalo sekadar “tools for voting”. Community tengah rancak bincang, Governance belum lulus. Tapi bila idea ini dilontar, narrative mula bergerak. Bila narrative bergerak, biasanya price nanti akan ikut.
Sebab ini adalah “hukum crypto“.
Uniswap… yang ini saya tengok lama sikit, bagi saya bila projek paling besar dalam DeFi buat reset besar, saya tahu DeFi akan hidup balik. Orang suka cakap DeFi dah mati, TVL tak naik, user lari ke chain lain, semua nak memecoin saja. Tapi DeFi bukan mati tapi DeFi tengah tunggu jantung baru dan Uniswap baru saja pasang jantung itu iaitu “UNIfication.”
Nama pun dah bunyi macam major. Burn mechanism, governance overhaul, fee restructuring.
Ini bukan “update interface” tapi ini DNA surgery.
Dan surgery besar macam ni selalunya ambil masa untuk crowd faham. Tapi bila DeFi giant buat reset, lama-lama narrative akan shift… dan chain-chain lain akan ikut.
Hari ini mungkin sunyi, tapi hari ini adalah hari permulaan.
Awak perasan tak? Semua ini berlaku serentak.
👉 Ontology overhaul tokenomics.
👉 ZKsync revive utility.
👉 Polygon upgrade infra.
👉 Uniswap reset governance.
👉 ETH dikumpul whale.
Dan semua berlaku bukan masa BTC pump tapi semua berlaku masa BTC diam.
Ituah sebab saya selalu ingatkan kat student saya,ramai orang fokus pada harga, padahal harga adalah echo paling lambat dalam crypto. Dalam dunia kripto projek bergerak dulu, Whales imbalance dan positioning pastu baru narrative bergerak dulu. Retailer plak? Retailer selalu masuk paling akhir dan suka FOMO.
Hari ini, kita dapat tengok dengan jelas siapa tengah buat kerja dan siapa tengah tidur.
Jadi bila saya tengok keseluruhan market hari ini, saya rasa macam kita tengah duduk di tepi pantai waktu Subuh. Air laut tenang, angin pun malas nak bertiup, tapi jauh di tengah lautan, arus bawah sedang bergerak kuat. Bila arus bawah bergerak, permukaan lambat laun akan ikut. Kita mungkin tak nampak sekarang, tapi tanda-tanda awal itu sudah ada.
Market yang diam bukan market yang lemah.
Market yang diam adalah market yang tengah kumpul tenaga.
Bila projek bergerak, tandanya cycle baru tengah isi minyak.
Bila Whales beli, tandanya positioning sedang berlaku.
Bila Narrative berubah, tanda besar sebelum rally.
Dan bila semua ini muncul serentak, itu bukan kebetulan.
Ini adlah “blueprint cycle“ dan market masih lagi hormat dan ikut hukum “Money Flow”
Samada cycle ini bergerak hujung November, Disember atau masuk Q1 2026, itu nanti kita bincang dalam grp pronet, tapi kalo awak tanya saya, apa yang saya nampak berdasarkan pola market sejak cycle 2020, ialah projek gerak dulu, baru harga datang kemudian.
Dan hari ini projek dah mula gerak.
Saya tak cakap market akan pump esok.
Saya tak cakap BTC nak pecah ATH minggu depan.
Saya tak cakap altcoin nak lari 5x atau 20x dalam masa terdekat.
Saya cuma cakap satu benda:
“Market tak sunyi, cuma orang je yang tak dengar, tak perasan apa yang sedang berlaku kat market.”
Kalo awak nak dengar suara market dengan betul, awak kena belajar lihat apa yang orang tak tengok. Sebab itu saya tulis buku PLPKB (https://blajarkripto.com/plpkb/) supaya mindset Coiner Malaysia tak lagi ikut crowd yang hanya tengok candle merah hijau dan lepas tu panic.
Crypto bukan sekadar chart, Crypto adalah ecosystem.
Dan ecosystem hari ini sedang hidup.
Kita yang kena peka, bukan skit skit masuk gua…floating skit masuk gua…floating skit masuk gua.
Sebab market ini pelik,bila kita abaikan dia masa senyap, nanti bila dia mula menjerit dengan candle hijau panjang, kita plak yang terkejut nanti.
Lebih baik kita dengar bisikan market sekarang…daripada terkejut dengan jeritan market kemudian.
— Cikgu Mayee Bicara Market
Penafian: Ini bukan nasihat kewangan. Sekadar pandangan peribadi berdasarkan data, politik dan psikologi crowd.
Untuk pelajar yang nak belajar cara baca aliran whales, analisis makro dan geopolitik crypto dengan betul, boleh rujuk Modul 11 Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain di 👉 https://blajarkripto.com/plpkb
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016 sebab minat.
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.
