CryptocurrencyPendidikan

2025 : Nak Hodl atau Trade?

Cycle Kali Ni Nak Hodl ke Nak Trade?

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonation dan followers MyCryptoversity yang saya sayangi dan di rahmati Allah…

Saya pasti ramai dikalangan awak semua pun dalam di lemma macam ni kan?

Kalau korang dah lama dalam dunia crypto ni, saper yang pernah follow saya sejak zaman bull run 2016, korang mesti pernah rasa nikmat pegang coin tanpa fikir banyak. Beli waktu murah, tidur lena, bangun-bangun tengok harga dah 10x – 100x tu biasa jer. Masa tu kita sibuk baca whitepaper, cari utility, fahamkan tokenomics. Waktu tu, hodl tu bukan sekadar strategi tapi dia jadi macam satu falsafah untuk menjadi Coiner Berjaya. Siapa pegang lama, dia menang atau kita panggil Diamond Hand

Tapi itu cerita dulu. Sekarang 2025. Dunia crypto dah berubah…jauh berubah.

Sekarang kalau korang sibuk sangat baca whitepaper, orang ketawakan korang. “Bro, ni zaman memecoin, mana ada orang tengok use case dah.” .. walaupun ramai yang tahu bahawa memecoin yang dicipta tanpa  tujuan yang jelas tu Tak Patuh Syariah, tapi dak-dak BBNU / generasi sekarang ni saya tengok mereka tak hirau pasal halal haram ni..sedih sungguh! 😢😢😢 ini bukan gurauan. Tengok je market sekarang. Coin yang ada billion market cap pun boleh dump macam tu jer tapi coin yang baru launch dengan maskot kat gambar profil, boleh pump sampai 3000% dalam masa sehari jer.

Bagi saya memecoin ni dah macam Mesin Judi dah..mesin Judi / Kasino Alaf Baru , tengok jer berapa ramai yang buat profit banyak dalam masa yang singkat dan boleh hilang semua profit tu dalam masa 1 hari jer.. memang tak ubah macam Kasino, kan?

sign up MEXC here

.

Baik, berbalik kepada tajuk kita tadi..

Jadi soalan dia sekarang: masih relevankah strategi DCA + long hodl? Atau kita dah masuk era baru, era fast trade dan fast game?

Saya dulu pun kaki hodl jugak, student saya tahu pasal ni. Saya suka cari coin solid, masuk DCA sikit-sikit, lepas tu tunggu je. Tapi cycle kali ni lain macam, tengok jer Coin yang korang pegang dari Disember tahun lepas lepas pun belum tentu keluar dari floating loss. Saya sendiri pun ada aset low cap yang sangkut. ..saya ok jer sebab saya memang pakai duit lebihan, duit dari profit yang lepas lepas. Tapi style macam ni bukan untuk semua orang. Korang kena kenal diri korang dulu, saya selalu pesan kepada student student saya dalam circle MyCryptoversity…Kalau tak tahan tengok merah tiap hari, baik jangan main hodl dalam cycle kali ni.

Sebab cycle kali ni bukan macam 2016/2021 dulu.

Sekarang ni, market ikut US economy bulat-bulat. Bila Fed buka mulut pasal interest rate, BTC pun terbatuk. Bila Trump muncul dengan polisi tariff, ETH pun jatuh tersungkur. Bila data PCE keluar tinggi, altcoin merah macam banjir lumpur. Jadi, nak tak nak, kalau kita nak jadi coiner berjaya, kita kena belajar sikit pasal makro ekonomi global.

Sebab tu kalau korang tengok perkongsian kat blog & channel telegram MyCryptoversity, saya dan admin admin banyak berkongsi pasal FA, pasal berita semasa (sentimen), pasal makro ekonomi global, kami bukan saja – saja kongsi tanpa tujuan tau! Ia semata – mata nak bagi ilmu kat korang, nak suruh pandai, harap dapat membantu korang jadi Coiner Berjaya Dunia Akhirat...insya-Allah..amiin

Apa jadi kalau kita degil nak pegang coin altcoin yang kita sayang? Contoh coin macam MANTA, BLAST, ARB,TIA dan seangkatan dengannya semua tu belum tentu ada masa depan yang cerah kalau market sambung sideway atau bearish. Chart mereka belum ada tapak kukuh..kalau korang DCA sekarang, tak mustahil korang DCA turun sampai bawah tanah.

Jadi, bagi saya, kalau nak DCA, saya pilih BTC dan 3 lagi coin saya ada kongsi dengan rakan-rakan dalam circle MyCryptoversity.

Nak main altcoin? Main cepat. Buy red, sell green. Fast game, see money, take money.

Baca juga : Crypto Market vs Data PCE kat sini >>>

.

Saya sekarang bukan 100% hodler macam dulu, Saya separa hodl, separa trader, kedua portion ni saya ada share dalam modul Membina Portfolio masa dalam kelas face to face & online saya. Hodl tu untuk mimpi jangka panjang , yang mana la tahu satu dua coin lowcap boleh jadi 1000x, boleh la jadi OKK kat kampung 😃🤣🤣

Itu mimpi laa, tapi kat realitinya, sekarang ni saya juga trade untuk kelangsungan, untuk nak bayar belanja bulanan, nak bayar bil utiliti, nak rolling modal niaga skit skit. Trading ni bukan tempat untuk berangan semata-mata. Kena buat kerja lain jugak, tak boleh harapkan income dari 1 sumber, kena pelbagaikan sumber pendapatan, baru boleh hidup tenang skit.

Kesimpulan?

Hodl tak salah, tapi jangan hodl membuta tuli, kena pandai baca market, kena pandai baca sentimen, kena tahu bila nak keluar.

Siapa sangka 4-year cycle pun boleh lari skrip, kan? Semua dah berubah bilamana market sudah dikuasai oleh pelabur institusi dan geng Wall Street.

New Player – New Game

Jadi, kalau korang nak survive dalam dunia crypto 2025/2029, jangan harap jadi hodler je. Kena jugak belajar TA, belajar analisis makro ekonomi global…. atau paling kurang pun, belajarlah jaga modal.

Sebab dalam cycle sekarang ni, yang survive bukan lah yang paling banyak coin dalam beg dia tapi….
Yang survive ialah Siapa yang paling cepat adapt perubahan. – ini adalah berdasarkan pengalaman perjalanan saya dalam dunia kripto seejak 9 tahun lalu

.

Itu saja untuk kali ni, harap perkongsian ini memberi manfaat kepada awak semua, Saya doakan semoga dipermudahkan Allah segala urusan awak semua untuk menjadi Coiner Berjaya Dunia Akhirat, bebas Kewangan...Insya Allah, Amiin Ya Rabb Alamiin..

Oh Ya! Perkongsian ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, hanya sekadar pendapat peribadi sahaja, DOYR sebelum masuk market.

“Duk Kampung Takpe Janji Ada Kripto” 

Detail >>> Blajarkripto.com

Related posts

Apa Itu Ethereum Plasma?

Hazim Mustapa

Jangan Jadi Mangsa Smart Money

Nazrich

Apa itu Cryptocurrency? Apa Pemula Perlu Tahu

Nazrich
error: Content is protected !!