Uncategorized

Macamana Saya Selamatkan Profit Saya Masa Last Cycle

Satu SOP Yang Selamatkan Saya Daripada Hilang 70% Profit Crypto Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonation dan followers MyCryptoversity yang saya sayangi dan di rahmati Allah…

Saya tahu, ramai yang tengah semangat gila nak tunggu bull run kali ni, siap ada yang dah cat dinding hijau, pasang azam nak pencen awal lepas Bitcoin naik nati…ttapi izinkan saya cerita satu benda ni :

“bila market betul-betul pump, semua perancangan awak semua boleh hilang macam angin lalu jer”

Sebab,

Bila candle hijau tu naik macam tak ingat dunia dan portfolio awak tiba-tiba bernilai sepuluh – dua puluh kali ganda, awak akan mula rasa tak puas, rasa tak cukup. Awak dah letak target nak keluar masa BTC naik sekian sekian, tapi bila dia sampai kat harga target tu, awak mula fikir:

“Ala, baru 2x je… orang lain 10x.”

“Kalau aku keluar sekarang, nanti orang gelakkan aku plak.”

“Tunggu Influencer tu siap post screenshot wallet dia dapat 50x. Aku baru nak cashout?”

Inilah perangkap sebenar dalam dunia crypto. Bukan rugi sebab salah beli coin, tapi rugi sebab tak tahu bila nak STOP, tak tahu katmana nak keluar.

Saya sendiri pernah lalui benda ni masa last cycle 2021 aritu. Saya dah nampak bubble mula terbentuk masa BTC cecah $58K. Saya ada share dalam group, saya tulis kat wall: “Masa untuk keluar.” …tapi biasalah, bila market tengah sumbat duit kiri kanan, saya kena sakat.

“Ala, baru $58K dah nak panic?”

Tapi lepas tu BTC masuk gaung, jatuh sampai tinggal tulang -70% hilang macam tu je dan kawan saya yang sakat saya tadi tu mula menangis… kat bucu katil.

Tapi masa tu, satu SOP ni jer yang selamatkan saya.… Satu je. Tak fancy. Tak perlukan MACD atau Fibonacci pun.

Klik kat photo untuk daftar akaun LUNO

 

.

SOP dia simple:

Kalau nilai pelaburan crypto kita dah melebihi target jumlah simpanan kita → itulah isyarat untuk jual.


Awak semua mungkin fikir, “Ala, itu je? 🤔”

Tapiii…. saya nak awak semua cuba hadamkan elok-elok.

Contoh:
Katakan awak kerja gaji RM5,000 sebulan., simpanan bulanan awak Rm500, target nak ada simpanan sebanyak Rm100k..awak kena amik masa dalam masa 16 tahun 6 bulan untuk cukupkan target RM100K.

Dalam masa yang sama pelaburan crypto awak sekarang ni cuma Rm10K sahaja.
Kalau satu hari nati, pelaburan Rm10K awak tu naik jadi RM100K..  ini maksudnya awak baru je ‘earn’ hasil simpanan 16 tahun 6 bulan dalam masa 1 cycle market.,, Boleh faham tak?

Jadi, awak tak rasa profit ni patut diraikan ke?
Profit tu dah cukup besar untuk ubah hidup awak tau…
Kalau tak dapat Rm100k, dapat separuh Rm50k pun dah ok… Simpan dalam real-world assets, beli hartanah..labur situ plak…

Sebab kalau awak tak ambik langsung, awak akan mula tamak dan Tamak ni lah nanti akan makan semua profit awak, portfolio yang sebelum ni hijau gemuk..akan mengucup kembali floating loss… Saper yang penah kena macam ni? Ramai student senior saya macam ni, elok – elok saya dah bgtau suruh take profit, tapi mereka leka berkasih sayang dengan aset.

.

“Tapi Cikgu, macam mana kalau coin tu boleh naik 50x dan saya keluar masa 10x? Rugi la kan?”

Dengar sini, dan ingat baik-baik:
Dalam dunia pelaburan, kita takkan pernah puas.

Sabda Rasulullah S.A.W:

لو كان لابن آدم وادٍ من ذهب لتمنى أن يكون له واديان، وما ملأ جوف ابن آدم إلا التراب

“Kalaulah anak Adam itu diberi satu lembah dari emas nescaya mereka dambakan dua lembah. Tidak akan penuh tembolok anak Adam melainkan tanah (mati).” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

.

Last cycle saya keluar masa BTC $58K, tapi dalam hati saya juga ada rasa terkilan sebab BTC naik sampai $69K. Tapi sebenarnya saya dah selamatkan diri saya dari kejatuhan -70%. …tapi tu la manusia ni memang macam tu , selalau fikir “ah..aku patut boleh dapat lebih dari ni.” betul tak?

Bila kita faham yang emosi manusia ni memang takkan pernah puas, kita kena tanya diri kita:

Nak jadi orang yang keluar awal dengan duit yang cukup besar untuk ubah hidup…

Atau

nak terus kejar bulan bintang dan akhirnya hilang semua?

Sebenarnya pilihan tu sebenarnya jelas, tapi kita dikaburkan dengan sikap tamak

sign up MEXC here

.

Realiti Hidup ni, Bukan Sekadar Chart

Saya tahu kat luar sana ramai yang suka banding angka10x, 50x, 100x, tapi sebenarnya angka tu semua ilusi…lebih lebih lagi dalam cycle kali ni.

Sebenarnya apa yang betul-betul penting: ialah :

“berapa banyak duit tu beri impak dalam hidup kita”

Rm50K mungkin tak besar bagi tokey pasar malam yang dah ada 4 rumah sewa, tapi untuk orang gaji Rm3K – Rm5k, jumlah ini mungkin mereka boleh mula bisnes sendiri atau bayar rumah cash.


Jangan Gagal Dalam Fasa Melepas Cash Out Profit

Ini berdasarkan pengalaman saya berada dalam dunia pelaburan sejak 2008, ada satu lagi benda penting lepas kita cash out profit, jangan lupa alih duit tu ke dunia sebenar. Masukkan ke ASB skit ke atau kalo boleh penuhkan had max ASB lagi bagus, beli rumah flat  untuk pelaburan ke, simpan dalam Tabung Haji ke, janji profit tu bukan dalam wallet crypto lagi… boleh faham?

Sebab apa….ujian selepas cashout ni, godaan untuk masuk semula tu sangat kuat.
Nati ada la kawan kita akan ajak beli coin baru kononya boleh bagi 100x la… Influencer tu, influencer ni..sifu tu sifu ni akan post “altcoin ni bakal bagi1000x!”…kepala bana dia !
kat YouTuber plak ajar “how to turn $1K into Lamborghini”...aa mampoihh 🤪!

Ingat pesan saya ni, jangan lupa:
“Market crypto ni tak pernah janji akan kekal hijau selamanya.”
Dia bagi peluang..tapi dia juga boleh makan balik semua  keuntungan kita, silap-silap siap dengan modal sekali.

Penutup kata

Kalau ada satu nasihat yang saya boleh ulang setiap hari kepada semua pelabur muda, pelabur baru, pelabur penuh semangat:

“Objektif pelaburan bukan untuk jadi tamak. Objektif pelaburan ialah untuk kurangkan sebanyak mungkin perasaan ‘aku menyesal tak buat’.”

So bila peluang datang, ambik la.
Bila profit tu besar sampai dan kita rasa boleh ubah hidup kita..tekan jer sell.
Kalau tak semua, ambik separuh.
Buat perancangan… Jangan jadi macam 2021 aritu… Jangan jadi macam ramai lagi yang sekarang masih stuck floating loss tunggu altcoin dia balik modal.

Sebab dalam pelaburan ni, yang pandai keluar adalah Pemenang.

Harap dengan perkongsian satu SOP ni mungkin akan selamatkan hidup awak semua sekali lagi, macam mana dia dah selamatkan saya dulu.

Semoga bermanfaat dan suka saya ingtakan yang perkongsuan ini BUKAN NASIHATKEWANGAN / PELABURAN, hanya sekadar perkongsian pengalaman saya sendiri agar dapat dijadikan pengajaran buat semua terutaman Newbies.

#DukKampungTakpeJanjiAdaKripto

Detail >>> Blajarkripto.com

Related posts

World Liberty Financial dan Majlis Crypto Pakistan Menandatangani Perjanjian Mercu Tanda

Satch

Altseason 2026, Blueprint Lama Berulang Kembali

Nazrich

FED Minutes 30 Dis 2025 Penentu Arah 2026

Nazrich
error: Content is protected !!