Saya pernah tanya soalan ni kepada Cikgu Mayee, “kenapa orang nak beli ETF sedangkan kita boleh terus beli BTC, ETH dan lain-lain coin/token, waima RM10 dalam Luno”?
Jawapan yang saya boleh simpulkan adalah ETF ada target market sendiri. Sama macam ASB. Cuma bezanya ASB adalah untuk golongan marhaen. Tapi target market ETF adalah lebih kepada pengurus dana-dana besar dan orang-orang kaya yang takde masa nak belajar benda yang remeh-temeh, contohnya tukar fiat ke stablecoin kat crypto exchange atau guna kripto wallet, nak kena simpan private key pulak. Leceh, kan. Tapi itu bukan bermakna ETF ni tak boleh dibeli oleh retailers. Retailers pun boleh trade dan invest dalam ETF. Point paling penting ialah ETF adalah “jambatan” yang menghubungkan pelabur tradisional ke pasaran kripto.
ETF bukan satu instrument kewangan yang popular kat Malaysia. Sebab orang Malaysia biasanya letak duit dalam unit amanah atau amanah saham, Tabung Haji, saham dan fixed deposit. ETF Kripto ni apa pulak? Sebenarnya ETF Kripto mula jadi perbualan sejak Winklevoss Twins (pengasas Gemini) memfailkan permohonan ETF Bitcon di Amerika pada tahun 2013 tapi permohonan tu ditolak oleh SEC sebab bimbang isu manipulasi pasaran dan perlindungan pelabur. Sejak tu, banyak kompeni yang cuba untuk lancarkan ETF Bitcoin. Akhirnya pada tahun 2021, ETF Bitcoin berasaskan niaga hadapan (futures) pertama diluluskan di Amerika.
Itulah serba sedikit tentang sejarah kripto ETF. Sekarang jom kita fahamkan apa sebenarnya kripto ETF ni. Penting sangatkah ETF untuk pasaran kripto? Kenapa institusi berminat sangat kat ETF ni?
Apa Itu ETF
Kita citer dulu ETF secara umum. ETF ni nama penuh dia Exchange-Traded Fund. Secara umumnya ETF ni sama je macam mutual fund atau unit trust. Jangan kata yang korang tak tau apa tu unit trust pulak ya. Hehe. Cumanya ETF adalah dana pelaburan yang diniagakan di bursa saham. Ia memberi peluang kepada para pelabur untuk dapatkan exposure kepada pelbagai aset tanpa perlu beli atau pegang setiap aset secara terus. ETF akan track harga aset yang dia wakili, contohnya emas dan boleh juga jadi dia track harga sekumpulan aset.
Kat mana nak beli ETF? Nak jual beli ETF ni sebijik macam beli saham. So kenalah ada akaun saham dan berjual beli kat platform trading saham.
Mengapa ETF Penting
ETF kat Malaysia memang tak femes. Sehingga tahun 2024, cuma ada kira-kira 20 ETF yang listed kat Bursa Malaysia. Tapi kat negara-negara maju macam kat Negara Barat dan Eropah, ETF ni dah lama ada dan dah matang pun.
Kat Amerika dah ada ~3000 ETF yang listed. Kat Eropah pulak ada ~2000 ETF. Punya la banyak, kan. Akhir tahun 2023, ETFGI (sebuah firma penyelidikan dan perundingan yang cover tentang trend ekosistem ETF global) melaporkan yang aset yang dilaburkan dalam industri ETF dah cecah nilai $11.63 trillion. Fuhhh…banyak tu .
Kenapa Orang Nak Invest Dalam ETF
Ada beberapa sebab kenapa orang invest dalam ETF dan bukan beli directly aset-aset yang ada. Ini adalah antara sebab-sebabnya:
- Diversification
Kalau kita beli ETF, kita akan dapat exposure ke beberapa aset dalam masa yang sama. Contohnya pelabur ETF S&P500 akan dapat exposure kepada 500 kompeni besar dalam pasaran Amerika. So ETF ni dapat kurangkan risiko pelaburan. Kalau kita melabur kat dalam individual stock, kita hadap turun naik harga stock tu la. Buatnya stock yang kita entry tu volatile tak ingat dunia, mood kita pun kejap ke laut dalam, kejap ke langit biru. ETF ni memang dicipta supaya harganya kurang volatile sebab dia pool pegangan dalam satu produk. - Kos Pengurusan Yang Murah
Kalau nak dibandingkan dengan unit trust, kos pengurusan ETF ni lebih murah. Orang kata passively managed, maknanya ETF ni bukan dicipta untuk beat index (contonya S&P500) tapi keja ETF memang track the index. Kalau actively managed macam unit trust, fund manager kena kerja keras supaya fund diorang dapat outperform benchmark yang dah ditetapkan. Kiranya pelabur kena la bayar upah fund manager lebih sikit sebab diorg kena kerja lebih. - Senang Nak Trade
ETF ni senang nak trade. Jual/beli dibuat waktu trading day. Boleh guna limit buy/sell, stop order. Semua aktiviti jual/beli dibuat dalam platform pasaran saham. So sesiapa yang memang dah ada akaun saham tu, boleh terus je trade ETF dalam tu. Senang, kan?
Apa Itu ETF Kripto
Kripto ETF adalah dana yang track prestasi aset kripto. Dana ETF Kripto akan dilaburkan dalam aset kripto, contohnya Bitcoin dan Ethereum. Pelabur yang beli ETF Kripto, diorang BUKAN beli dan simpan BTC dan ETH tu secara langsung. Diorang sebenarnya beli saham ETF yang mewakili BTC dan ETH.
Terdapat 2 jenis ETF Kripto:
- Spot Crypto ETF ETF jenis spot ni akan BELI DAN SIMPAN aset kripto. So nilai ETF ni adalah cerminan langsung harga spot aset yang dipegang.
- Futures Crypto ETF ETF jenis futures pulak, memang TAK SIMPAN aset kripto. Tapi ia melabur dalam kontrak niaga hadapan (futures contract). So nilainya adalah berdasarkan jangkaan harga masa depan.
Bagaimana ETF Kripto Berfungsi?
Ini adalah antara langkah-langkah umum macam mana nak create dana ETF kripto:
- Pengumpulan Dana: Pengurus ETF (seperti syarikat pelaburan besar BlackRock atau Fidelity) kumpulkan duit daripada para pelabur.
- Pembelian Aset:
- Spot Crypto ETF: Pengurus ETF gunakan dana untuk beli aset kripto secara langsung (contohnya BTC) dan simpan aset tu dalam penyimpanan kustodian (custody).
- Futures Crypto ETF: Pengurus ETF beli futures contract untuk mata wang kripto tertentu.
- Penciptaan Saham ETF: Unit-unit saham ETF dicipta untuk mewakili pemilikan dana.
- Pendaftaran Di Bursa: Saham-saham ETF ini kemudian didaftarkan untuk didagangkan di bursa saham tradisional (contohnya NYSE, Nasdaq).
- Perdagangan Di Bursa: Pelabur runcit seperti kita boleh beli/jual saham ETF ini melalui platform broker saham biasa (contohnya kalau kat Malaysia kita guna Maybank Trade, Rakuten Trade atau broker antarabangsa), sama seperti kita beli saham syarikat. Harga saham ETF berubah-ubah sepanjang hari dagangan berdasarkan permintaan dan penawaran, serta prestasi aset kripto.
- Pengurusan: Pengurus ETF akan uruskan dana, pastikan keselamatan aset (bagi spot ETF), menggulung kontrak niaga hadapan (bagi futures ETF) dan mengenakan yuran pengurusan tahunan.
Kelebihan Melabur Dalam ETF Kripto
Ini adalah antara kelebihan bila kita melabur dalam ETF Kripto:
Mudah dan Tak Pening Kepala:
Pelabur tak perlu nak buka akaun baru kat cryptocurrency exchanges, tak payah pecah kepala nak belajar guna crypto wallet dan simpan private key, segala tu. Apa yang pelabur perlu buat ialah berjual-beli kat platform broker yang diorg dah biasa guna.
Rasa Lebih Selamat:
Bila beli ETF, pelabur tak perlu simpan aset kripto sendiri. So diorang tak perlu nak hadap risiko aset dalam wallet atau exchange hilang disebabkan kelalaian atau kena serangan siber. Macam spot ETF, aset disimpan dalam akaun kustodi.
Lebih Telus dan Ikut Peraturan:
ETF didagangkan kat bursa yang dikawal selia oleh pihak berkuasa (kat Amerika, ETF dikawal selia oleh SEC). Jadi pelabur rasa ianya lebih telus dan keselamatan duit diorg terasa lebih dilindungi.
Risiko dan Cabaran
Bukan semua tentang Kripto ETF ni ceritanya indah-indah belaka. Memang la syok bila tengok portfolio menggemuk bila harga naik, tapi bila dah namanya pelaburan, tentunya akan ada risiko dan cabaran. Antara risiko dan cabaran yang perlu dihadapi oleh para pelabur ETF adalah:
Volatiliti Harga Kripto:
Kita tahu yang harga mata wang kripto turun naiknya macam roller coaster. Oleh kerana ETF Kripto ni track harga asset kripto, so harga ETF tu pun ikut jadi roller coaster jugak. Jangan terkejut nilai pelaburan korang kejap-kejap tinggi, 2 jam lepas tu…..merudum.
Yuran Pengurusan:
Ni kos tambahan yang korang kena tanggung bila melabur dalam ETF. Pengurus ETF mengenakan yuran tahunan (biasanya dinyatakan sebagai nisbah perbelanjaan – expense ratio) yang akan kurangkan pulangan pelaburan korang. Kasi la upah sikit kat fund manager tu sebab korang tak nak urus aset sendiri, kan.
Isu Pengawalseliaan:
Landskap peraturan untuk kripto dan ETF Kripto masih berkembang dan berbeza-beza mengikut negara. Perubahan peraturan boleh menjejaskan ETF tertentu atau pasaran secara keseluruhan. Kalau kat Amerika, SEC boleh tangguhkan atau tolak permohonan baru untuk ETF.
Perbezaan Harga (Futures ETF):
Futures ETF mungkin tidak menjejaki harga spot kripto disebabkan oleh kos menggulung kontrak niaga hadapan, yang boleh menyebabkan prestasinya kurang baik (“contango drag”) dalam jangka masa panjang.
Tiada Pemilikan Langsung:
Bila korang melabur dalam ETF, korang tak pegang aset kripto tu secara langsung. So korang TAK BOLEH guna token/coin tu untuk transaksi dalam ekosistem kripto.
Potensi Aliran Masuk Dana Global
Setakat ini ada 10 spot BTC ETF dan 9 spot ETH ETF. Pengurus-pengurus dana yang uruskan dana-dana ETF tersebut adalah:
- Blackrock
- Fidelity Investment
- ARK Invest
- 21Shares
- Bitwise
- VanEck
- Valkyrie
- Invesco
- Franklin Templeton
- Grayscale
Tapi, kalau kita nak citer pasal ETF kripto global (semua ETF kripto termasuk spot, futures dan produk derivative), menurut data dari ETFGI, setakat April 2025 aset global dalam ETP/ETF kripto adalah sekitar $146.3 billion. Tahun 2024 sahaja, aliran masuk bersih dicatatkan sekitar $42.3 billion. Untuk setakat April 2025, year-to-date aliran masuk terkumpul adalah kira-kira $6.0 billion. Ringkasannya macam ni:
- Aset Terkumpul: Aset global di ETF/ETP kripto $146.3B (setakat April 2025)
- Aliran Masuk 2024: Rekod aliran bersih $42.3B (2024)
- Aliran Masuk Terkini: US$6.0B YTD hingga April 2025
Dia main bilion-bilion ya gais. Sekarang korang nak tahu potensi aliran masuk? Tak payah susah-susah kira, diorang kat industri dah buat kerja ramalan. Tapi ni ramalan untuk spot BTC ETF:
| RAMALAN ALIRAN MASUK KE SPOT BTC ETF | |
| Bitwise | $120 bilion (2025) $300 bilion (2026) |
| 21Shares | $55 bilion (2025) |
| Galax | $14 bilion (2024) $27 bilion (2025) $39 bilion (2026) |
Statistik Menarik Tentang Spot Bitcoin ETF:
- Jumlah AUM ETF Spot BTC adalah $26.2 bilion (setakat 3 Jun 2025).
- Pengendali terbesar adalah Blackrock (Dana IBIT) dengan AUM $18.1B
- Aliran kumulatif 2024 dan 2025 (setakat 3 Jun 2025) adalah $27.0 bilion
Kesan ETF Terhadap Pasaran Kripto
Pergerakan Harga Aset Digital
Sifir mudahnya ialah bila aliran modal banyak masuk melalui ETF, harga aset pun akan cenderung untuk naik. Jurrien Timmer (penganalisa di Fidelity) kata:
“Bitcoin berpotensi mengambi alih peranan emas sebagai penyimpan niai bila berjaya berada di atas paras $100,000“
Volume Dagangan dan Kecairan
Bila aliran modal banyak masuk, dah tentu volume dagangan dan kecairan juga bertambah. Tapi ni cerita kat dalam bursa tradisional sebab ETF didagangkan kat situ. Bila volume dagangan dan kecairan tinggi, maka volatility pun kurang dan pasaran jadi lebih stabil.
Minat Pelabur Institusi
Bila kripto berjaya di”ETF”kan terutamanya spot ETF, pelabur institusi contohnya bank, hedge fund dan pengurus dana-dana besar yang lain mula tunjuk minat sebab ia dah jadi satu instrument yang berlesen, yang ada kawal selia dan mudah untuk dana besar melabur menggunakan platform sedia ada. Morgan Stanley pun dah benarkan financial advisor diorang tawarkan ETF Bitcoin kat customer.

Altcoin ETF Bakal Menyusul
Selepas SEC luluskan spot Bitcoin dan Ethereum ETF, para pemain industri nampak yang polisi SEC terhadap kripto makin friendly. Ditambah dengan sambutan hangat terhadap kedua-dua spot ETF tu. Jadi diorang rasa inilah masa untuk push altcoin pula untuk di”ETF”kan.
Ini senarai beberapa altcoin yang menarik untuk kita perhatikan selepas asset manager memfailkan permohonan untuk dijadikan ETF:
| Nama Aset | Asset Manager Yang Mohon |
| SOLANA ($SOL) Halangan utama Solana ialah statusnya samada $SOL ni masih dikategorikan sebagai sekuriti atau tak. Klasifikasi ni masih lagi menjadi perdebatan di SEC. |
VanEck, 21Shares, Bitwise, Grayscale, Canary, Franklin Templeton |
| RIPPLE ($XRP) XRP army paling seronok bila aset kesayangan diorang difailkan untuk ETF. Kes Ripple dengan SEC sebahagian besar dah selesai. Tapi masih ada isu pasal settlement untuk penalty $50 juta. Hakim kata “procedurally improper“. |
Bitwise, Canary, 21Shares, WisdomTree, Grayscale, Coinshare, ProShares, Teucrium, MEMX, Volatility Shares, Franklin Templeton |
| LITECOIN ($LTC) Coin generasi dinasor yang digelar “digital silver“. Boleh kata coin ni underrated tapi masih bertahan. |
Canary, Grayscale, CoinShares |
| CARDANO ($ADA) Masih berada di top 10 by market cap dan ada loyal community. Tapi tak banyak penyenaraian di US futures market. |
Grayscale |
| AVALANCHE ($AVAX) Layer 1 blockchain yang pernah menjadi pencabar Ethereum. Katanya pemfailan ETF ke SEC oleh VanEck masih belum formal. Masih ada lagi maklumat yang belum lengkap. |
VanEck |
| APTOS ($APT) Layer 1 yang dibangunkan oleh bekas jurutera Meta (Facebook). Boleh kata pemfailan ETF ni adalah tindakan “berani” oleh Bitwise. |
Bitwise |
| SUI ($SUI) Layer 1 yang masih “setahun jagung”. Pemfailan ETF boleh dikatakan agak spekulatif. Pemfailan ETF ke SEC oleh Canary masih banyak yang info yang tak lengkap termasuk takde ticker symbol dan tak letak nama exchange untuk listing. |
Canary |
| MOVEMENT NETWORK ($MOVE) Aset baru kategori Layer 2. Masih belum ada liquidity yang besar terutamanya dari institusi dan pasaran derivative. |
REX Shares & Osprey Funds |
MEMECOIN ETF
Walaupun memecoins selalu dianggap takde intrinsic value, tapi daya tahan dan pengaruh memecoins tak boleh nak dinafikan. Mungkin disebabkan itu, asset managers ni cuba “mencabar” peraturan yang ada. Diorang pun nak test water agaknya . Ini adalah beberapa memecoins yang cuba di”ETF”kan:
| Nama Aset | Asset Manager Yang Mohon |
| $DOGE | Rex Shares Osprey, Grayscale, Bitwise |
| $TRUMP | Rex Share |
| $BONK | Rex Share |
| $PENGU | Canary |
Kesimpulan
Boleh kata yang tahun 2024-2025 adalah tempoh penting bagi ETF Kripto. Pertama sebab Spot ETF untuk Bitcoin dan Ethereum dah jadi sebahagian daripada landskap kewangan global. Lepas ni kita tunggu pulak keputusan SEC untuk spot ETF bagi altcoin. Kalau spot ETF altcoins lulus, bakal berlaku gelombang ETF kedua. Seterusnya pengaruh kripto dalam pasaran tradisional dapat diperluaskan. Luaskan kuasamu
Apa yang boleh disimpulkan di sini, ETF kripto mampu membawa masuk jumlah dana yang besar ke dalam pasaran kripto global. Ini secara tak langsung akan melonjakkan harga aset kripto dan menghubungkan kripto ke pasaran tradisional. Penganalis kewangan juga berpendapat ETF kripto akan membawa kesan positif dalam liquidity dan kestabilan pasaran walaupun, risikonya tetap ada. Masa depan ETF kripto dilihat cerah berdasarkan potensinya yang mampu membawa lebih banyak dana berbilion malah bertrilion dolar ke dalam ekosistem kripto pada masa hadapan.
So sekarang dah faham apa itu ETF, kan. Dah tau kan, kenapa semua orang happy giler bila Spot Bitcoin dan Ethereum diluluskan.
Terima kasih kerana sudi baca sampai habis
-TAMAT-
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat. Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat pelaburan, perdagangan dan kewangan. Maklumat yang dikongsikan hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Mycryptoversity atau pemiliknya.

Detail >>> Blajarkripto.com
sumber rujukan:
https://www.coingecko.com/learn/list-of-crypto-etfs
https://www.coinbase.com/learn/crypto-basics/what-is-an-etf
https://www.kraken.com/learn/what-is-crypto-etf
https://www.investopedia.com/investing/understanding-cryptocurrency-etfs/
https://www.coindesk.com/learn/bitcoin-etfs-explained-what-are-they-how-do-they-work
https://cointelegraph.com/news/bitcoin-inflows-projected-to-reach-420b-in-2026-bitwise
https://www.21shares.com/en-us/research/21shares-forecasts-a-50-surge-in-bitcoin-etfs-inflows-this-year
https://www.galaxy.com/insights/research/sizing-the-market-for-a-bitcoin-etf/
