Market Outlook: 2–6 Jun 2025 – Minggu Data Berat, Market Sedang Menanti Nafas Baru
Hai Cryptonations,
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Cryptonation yang saya sayangi dan dirahmati Allah SWT semua,
Minggu pertama jun (2–6 Jun 2025) bakal menentukan hala tuju pasaran kewangan dan crypto. NFP, ADP, dan ucapan Powell antara event penting minggu ini.
Ada satu benda pelik minggu lepas..
Market macam senyap, tapi bukan senyap kosong tau, tapi senyap dia macam senyap yang ada degupan halus. Macam ombak yang tarik nafas sebelum melambung tinggi dan masa saya duduk sorang-sorang sambil belek chartBTC, rasa tu makin kuat…bukan sebab candle besar, bukan sebab volume luar biasa…tapi sebab market tengah tunggu sesuatu…saya ada share kat sini >>>
Dan bila saya tengok kalendar, baru saya sedar yang minggu ni 2 hingga 6 Jun bukan sebarang minggu. Miinngu ni adalah minggu penentu.
Jom kita hadam semuanya dalam gaya santai.
Minggu “Bertuah” Untuk Fed, Tapi Bahaya Untuk Mereka Yang Tak Bersedia
Cuba tengok susunan data minggu ni, dia bukan datang sikit-sikit…dia datang berderet dan semuanya data kelas berat, bermula dari awal minggu sampai ke hujung, pasaran global bakal dihentam kiri kanan oleh nombor-nombor penting bagi Fed, semua ni adalah “petunjuk ekonomi”, tapi bagi kita trader, ini adalah “Bom Jangka”.
Minggu ni dari 2 sampai lah 6 Jun 2025, kita akan masuk satu fasa “checkpoint besar” untuk pasaran kewangan global. Investor global. institusi kewangan dan geng Wall Street tengah berdiri atas pagar, mata terpaku pada data US. BTC masih kekal dalam range, tapi stablecoin inflow dan exchange reserve mula beri hint ada benda besar tentang apa yang sedang menunggu.
Jadi sebelum kita trigger apa-apa posisi, jom kita teliti perjalanan minggu ini sambil kita santai cuti sekolah tapi padat macam sembang kat NYSE.

📅 Ekonomi US Tengah Berdrama: Semua Mata Pandang Data
Isnin (2 Jun) belum apa-apa lagi, dah keluar Manufacturing PMI dan Construction Spending data yang selalu digunakan untuk tengok nadi industri Amerika, kedua dua ni penting untuk tahu sama ada ekonomi AS tengah berkembang atau mula kendur. Bacaan bawah 50 untuk PMI pembuatan akan jadi red flag dan boleh jadi peluru pertama untuk beri tekanan pada USD.
Kalau bawah 50? Itu tandanya sektor pembuatan tengah mengeluh dan bila pembuatan lemah, biasanya pasaran saham mula goyang.
BTC? biasanya BTC, dia selalu ikut, tapi lambat sikit…tapi kato ore kelate “kuk kuk blah mano pon dio ake ikut jugok” 😃”
.
🏃♂️ Selasa: JOLTS –Tengah Minggu: Maraton Data Bermula
Masuk Selasa, datang pula JOLTS Job Openings. Laporan JOLTS ni sebenarnya underrated, tapi impaknya besar. Dulu orang tak peduli sangat pasal JOLTS ni, tapi sejak Fed guna ni sebagai salah satu sebab tak mahu turunkan kadar faedah, semua orang tiba-tiba pandang serius plak. Laporan JOLTS ni p[etunjuk berapa banyak job opening masih tinggal di AS. Bila terlalu tinggi, Fed anggap ekonomi terlalu panas dan susah nak potong kadar faedah.
Kalau angka job opening jatuh teruk, ini boleh jadi signal awal bahawa ekonomi dah mula perlahan dan boleh jadijuga permulaan kepada naratif baru: “labour market dah mula sejuk.” Dan biasnya sangat bullish untuk yang berisiko seperti crypto.
.
🧑💼 Rabu: ADP & PMI Perkhidmatan – Dua Serangkai Penentu Sentimen
Ni lah highlight sebenar minggu ni, Hari Rabu ni ibarat hari penghakiman mini. Kita ada dua data utama: ADP Employment Change dan ISM Services PMI.
Kalau ADP tunjuk jumlah pekerja swasta makin meningkat, market boleh jadi nervous jugak, sebab apa? sebab takut nt Fed akan kekalkan kadar tinggi.
Tapi kalau data PMI Services mula turun, itu petanda sektor terbesar US pun dah mula rasa sesak nafas, nak demam dan biasanya Fed akan mula ubah nada bila servis sektor ni goyang.
Kalau dua-dua tunjuk tanda kelembapan ekonomi, pasaran akan mula ‘smell the pivot’. Maksudnya, pelabur akan mula yakin yang Fed tak akan terus kekalkan kadar tinggi dan bila sentimen tu timbul, trust me .. crypto lah yang akan lari dulu. ..laju pulak tu.
.
⚖️ Khamis: Kos Tenaga Kerja dan Imbangan Perdagangan
Hari ni kita dapat dua data yang agak teknikal tapi penting iaitu Kos Buruh (Unit Labor Cost) dan Trade Balance. Kalau kos pekerja makin naik, inflasi jadi “sticky” dan ini merupakan mimpi buruk untuk Fed. Tapi kalau data ni kendur, ia beri peluang pada Fed untuk mula lembutkan pendirian.
.
💥 Jumaat: NFP dan Kadar Pengangguran – Raja Segala Data
Kemuncak: Hari Jumaat Yang Menentukan Nasib
Laporan dan data – data yang sebelum tu ni hanya lah appetizer. jer….Main course dia yang sebenar ialah pada hari Jumaat. Non-Farm Payrolls. (NFP) The big boss. Data ni bukan sekadar nombor pekerjaan , dia adalah cermin keseluruhan ekonomi US dan tahun 2025 ni, NFP bukan sekadar “data bulanan” tapi dia dah jadi alat politik, alat propaganda, alat untuk baca nafas Fed.
Kalau angka terlalu tinggi, bermakna ekonomi masih panas. Fed akan diam-diam senyum dan terus pegang kadar tinggi. Tapi kalau NFP jatuh macam yang ramai tengah jangka itu akan jadi turning point.
Sebab kalau pasaran tenaga kerja mula runtuh, Fed dah tak boleh main keras lagi dan waktu tu lah kita mungkin akan dengar bunyi:
“rate cut in September might be on the table.”
Tapi kalau NFP jatuh dan pengangguran naik, itu macam bunyi loceng peluang , market akan mula pricing in rate cut dan BTC mungkin akan mula menjejak bawah paras $100K sekali lagi.
.
🧠 Jerome Powell Akan Bersuara? Suara Yang Ditunggu-tunggu
Dan ya, minggu ni juga ada jadual ucapan Jerome Powell., Powell dijangka beri ucapan minggu ni, saya tak pasti dia akan bagi hint besar atau sekadar ulang skrip biasa. Tapi kalau dia ubah nada sikit pun, letak satu ayat manis pasal inflasi mula reda, atau buruh mula lemah… ni jer cukup untuk pasaran mula bergerak.
Powell dijangka beri ucapan minggu ni, kalau dia ulang ayat seperti “inflation sticky” atau “kita masih perlu berhati-hati”, itu tanda hawkish.
Tapi kalau dia sebut pasal “labour market mulai kendur” atau “kami terbuka untuk penyesuaian dasar”, itu signal awal Fed bersedia pivot. Ini akan jadi pemangkin utama rally.
Ingat: Market tak tunggu tindakan, tapi market sebenarmya cuma perlukan nada berubah.
.
📈 Market Crypto Tengah Panaskan Enjin
Siapa Dah Sedia, Siapa Masih Menunggu?
Dalam dunia crypto, minggu ni ramai yang buat-buat tidur, tapi kalau kita tengok data stablecoin inflow, whale activity dan exchange reserve…. semuanya tengah bersedia. Memang takde candle besar, tapi address besar tengah tambah pegangan.
Saya tengok ETH L2 tengah gerak senyap-senyap. AI coin macam RWAI, AGIX, FET masih lagi consolidate. Tapi pattern dia macam spring coil…sikit je spark, Boom semua boleh meletup…DePin pun sama
Dan paling saya suka? USDT inflow ke cex makin naik..ni biasanya signal orang baru tengah siapkan modal untuk beli, bukan jual. Kita nampak stablecoin inflow naik, terutama USDT dan USDC. Ini tanda likuiditi mula bersedia untuk serangan.
Kalau data minggu ni menyebelahi kita, tak mustahil kita nampak breakout besar-besaran menjelang pertengahan Jun atau awal Julai (tapi ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN)
🎒 Jadi Apa Persiapan Kita?
Benda paling bahaya minggu ni bukanlah volatility tapi tak buat persediaan, kalau masuk market minggu ni tanpa tahu data apa nak keluar, yang keluar, jam berapa dan potensi kesannya itu ibarat macam kita masuk hutan pakai selipar jepun, sepatutnya kita pakai kasut yang sesuai.
So nasihat saya tp ini bukan nasihat kewangan / pelaburan:
-
Mark kalendar.
-
Faham correlation antara data makro dan crypto.
-
Simpan peluru.
-
Jangan FOMO waktu hijau , tunggu reaksi market.
Dan paling penting, jangan trade ikut emosi. Market akan cuba tarik perasaan kita kiri kanan., yang boleh survive bukan lah siapa yang laju, tapi siapa yang bersedia.
-
Monitor event makro rapat-rapat, terutama Rabu dan Jumaat.
-
Gunakan retrace untuk tambah posisi DCA, bukan waktu hijau melambung.
-
Pantau inflow stablecoin ke centralized exchange.
-
Watch Powell’s speech, bukan sekadar baca tajuk tapi penting untuk kita faham nada dan ayat penting.
-
Kemas kini watchlist altcoin, terutamanya sektor yang ada naratif kuat: AI, L2, RWA, DePin dan GameFi.
.
☕️ Kata penutup dari saya
Minggu ni mungkin minggu terakhir sebelum market buat keputusan besar
Minggu ni macam medan ujian perang kalau semua data sokong pelonggaran, ini boleh jadi titik mula rally seterusnya. Tapi kalau semuanya panas, pasaran mungkin perlu ‘cooling-off’ sekejap sebelum run besar.
Kalau semua data menyebelahi pelonggaran, BTC mungkin akan mula jejak balik paras $74k atau lebih. Altcoin pun akan mula naik ikut naratif masing-masing. Tapi kalau data semuanya keras, bersiaplah untuk sideways atau correction.
Yang penting, jangan trade ikut emosi, tapi trade lah ikut data.
Biar lambat, asal selamat dan yang lebih penting seperti yang saya selalu bgtau kt rakan-rakan dalam circle MyCryptoversity, simpan peluru, jangan kehabisan modal sebelum market mula naik.
Tapi apa pun yang berlaku…. yang menang, selalunya yang dah bersedia lebih awal.
Jumpa hujung minggu nanti untuk post-mortem, buat masa sekarang, simpan tenaga, kaji data dan pastikan mindset kita bukan nak menang cepat tapi nak hidup lama dalam game dunia kripto.
Sehingg akita berjumpa lagi, diharapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada awak semua,
#DukKampungTakpeJanjiAdaKripto
