Sembang CPI 15 Julai 2025, Kemana arah market?
Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

.
Bicara Market – 15 Julai 2025
Jadi, smalam kita dpt laporan CPI Jun 2025 yang agak tinggi, iaitu 2.7% YoY, lebih tinggi drpd jangkaan. Bila kita tengok lbh dalam, harga tenaga dan makanan antara penyumbang utama kenaikan ini. Gasolin naik, makanan pun ada kenaikan dan ini memberi tekanan yg lbh besar pada ekonomi, terutamanya bg mereka yang hidup dengan kos yang semakin meningkat.
Apa yang lebih mencabar, CPI Teras juga naik 2.9%, yang menunjukkan inflasi ni bukan setakat harga barang asas macam makanan dan tenaga sahaja, tp dah mula merebak ke banyak sektor lain.
Persoalnya, bila inflasi tinggi macam ni, apa yg akan jadi dengan pasaran kita, khususnya kripto?
Pasaran saham pun nampak terkesan selepas pengumuman CPI ni, S&P 500 jatuh 0.4% dan Dow Jones jatuh 1%. Bila saham turun, kripto takkan terlepas. Lagi-lagi, inflasi tinggi ni menyebabkan Fed mungkin akan kekalkan kadar faedah yang tinggi lebih lama lagi dan ini pasti memberi impak pada pasaran kripto.
Jadi, awak semua rasa apa yang akan berlaku?
Kita semua tahu bila inflasi tinggi dan kadar faedah tinggi, pelabur mula ragu-ragu. Mereka mula berfikir dua kali, “Adakah kita akan terus tengok kripto naik macam dulu, atau adakah ini fasa penurunan yang lebih panjang?” Kebimbangan crowd makin timbul dan bila ramai pelabur mula jual, harga pun mula jatuh. Begitulah “siklus” ketakutan yang berlaku dalam pasaran. Sebab tu kita nampak harga Bitcoin jatuh dari paras tertinggi $123K kepada $117K, dan Ethereum pun turun ke $3,126.
Ini sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan d kalangan pelabur, sebab dengan inflasi yang tinggi, ramai yang mula fikir dua kali. Adakah pasaran akan terus bear, atau kita akan lihat rebound?
Sekarang, apa yang kita nak buat?

.
Saya nampak market sekarang penuh dengan ketidaktentuan dan kita tak tahu sejauh mana downtrend ni akan berterusan. Kalau kita tengok pada FOMC yang akan datang pada 29-30 Julai, ini akan jadi titik penentu sama ada kita akan lihat pump atau dump yang lebih besar. Kalau Fed kekalkan kadar faedah tinggi, kita mungkin akan lihat pasaran flat atau lebih volatil.
Tp kalau mereka buat kejutan dan turunkan kadar faedah, kita mungkin boleh jangka pump pada kripto.
Pasal Pak Trump kita plak mesti awak semua tertanya-tanya, apa pendapat dia tentang semua ni. Kita tahu, dia bukan seorang yang suka inflasi tinggi, dlm banyak kesempatan, dia dah cakap yang inflasi adalah masalah besar utk ekonomi dan mesti ditangani dengan serius. Kalau dia tengok keadaan ni, boleh jadi dia akan marah dengan Fed sebab kadar faedah tinggi ni akan menghalang ekonomi daripada berkembang, terutama dalam sektor-sektor yang dia sokong macam industri dan pelaburan. Tp, dalam masa yang sama, Trump suka kalau pasaran saham naik, dan inflasi yg tinggi ni mungkin buat dia berkecil hati skit la. Dia lebih suka kalau ekonomi stabil dan kadar faedah lebih rendah supaya semua orang boleh berbelanja dan melabur lebih bebas.
Mungkin Trump akan berpendapat yg Fed perlu lebih dovish, atau lebih longgar dengan dasar monetari mereka, sebab ini mungkin akan membantu pasaran kripto dan saham dan bg lebih keyakinan kpd pelabur.
Hakikat sebenarnya sampai bila pun kita akan bergantung pada keputusan Fed dan sentimen pasaran yang boleh berubah sekelip mata.

.
Ada apa-apa news gempak x semalam?
CPI memang beri kesan pada pasaran, tp yang buat market jatuh lepas tu, adalah undian Genius Act yang Trump push. Genius Act ni gagal di House of Representatives, kalo Genius Act ni lulus, regulasi crypto akan jadi lebih jelas, terutama tentang stablecoin. Banyak institusi besar dulu ragu-ragu nak masuk crypto sebab regulasi yang tak jelas. Kita tahu, mereka ni main dengan modal besar, bukan setakat 1-2 juta USD, tp beratus juta atau billion USD. So, kena lah ada guide yang jelas untuk protect pelaburan mereka.
Tapi, bila undian Genius Act gagal, Bitcoin jatuh sekejap…tapi, lepas tu harga BTC kembali pump. Kenapa?
Sebab lepas tu, Trump post media cakap dia dah bincang dengan wakil Republican yang awalnya tolak undian tu, mereka mungkin akan ubah undian dalam mesyuarat yang akan datang.
Jadi Harapan hidup balik. Bijak tak Trump?😃
Sekarang, apa pula isu yang buat Genius Act tu gagal? Anti-CBDC, dan perbalahan kuasa antara SEC dan CTFC. Isu Anti-CBDC ni adalah sebab Federal Reserve taknak masuk campur dalam stablecoin , kalo Federal Reserve yg pegang kuasa, nt susah. Sebab siapa yang “pegang kuasa”, dialah yang boleh control market. So, pelabur nak stablecoin bawah kawalan yang boleh dipercayai dan diinsuranskan dengan peraturan yang jelas.
Lepas tu, ada pulak isu tentang SEC vs CTFC? Ada perselisihan sama ada XRP, Ethereum, dan Bitcoin itu sekuriti atau komoditi…dan kalo stablecoin, siapa nak kawal? So, banyak isu yg masih belum selesai dalam dunia crypto, tapi satu je yang pasti, regulasi jelas perlu ada.
Trump kata minggu ni adalah Crypto Week, dia nak Genius Act tu diluluskan minggu ni jugak. Jadi, kita tunggu tengok macmana undian seterusnya malam ni atau esok (kalau ditunda). Kalo undian positif, mungkin kita akan nampak sentimen positif dlm crypto hingga hujung bulan ni, sebab FOMC meeting akan datang juga nt. Hujung bulan ni mungkin lebih volatile, tp sentimen boleh positif kalau ada regulasi yang jelas.
Tapi, kita tak boleh lupa juga pandangan dari institusi kewangan besar seperti Goldman Sachs dan JP Morgan. Mereka ni semua ada pandangan mereka tentang inflasi dan kesannya pada pasaran. Goldman Sachs baru-baru ni ada bgtau bahawa inflasi yang lebih tinggi mungkin memaksa Fed untuk kekalkan kadar faedah tinggi untuk tempoh yang lebih lama. Ini boleh menyebabkan pasaran saham dan kripto terus tertekan. JP Morgan plak menyarankan agar pelabur berhati-hati dalam keadaan inflasi seperti ni, dengan memberi penekanan pada portfolio yang lebih selamat seperti gold dan bond berbanding dengan aset berisiko macam kripto.
Institusi-institusi besar ni memang ada pandangan mereka sendiri yg kadang-kadang boleh memacu sentimen pasaran. Bila mereka buat kenyataan tentang inflasi dan kadar faedah, ramai pelabur akan mengikut pandangan mereka, terutamanya jika mereka yakin dgn analisis yang mereka buat. Jd, kita tak boleh ambil ringan tentang apa yang mereka katakan. Mereka ni sebenarnya penentu arah aliran pasaran, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil macam skrang ni.
Jadi, apa yang kita perlu buat?
Pantau FOMC dengan teliti, sebab keputusan mereka nanti akan memberi penunjuk sama ada kita akan terus dalam trend menurun atau pasaran akan kembali menguat. Jangan terpengaruh sangat dengan kebimbangan crowd, biarkan kita lebih rasional dalam menentukan langkah seterusnya. Kita terus stay alert, kawal risiko dan jgn biarkan ketakutan crowd ni mengawal keputusan kita.
Apa pendapat Awak semua plak?
Adakah Trump akan marah dengan inflasi yg terus meninggi ni atau ada peluang tuk market kembali naik? Kita tengok sama-sama apa kn jd nanti, tp pastikan kita terus fokus pada strategi yang betul!
Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016 sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto
.

Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.
