29.3 C
Kuala Lumpur
September 1, 2026
Ekonomi

Apa Yang Menyebabkan Harga Kripto Terbang

Apa Yang Menyebabkan Harga Kripto Terbang?

 

Ramai yang DM saya soalan yang sama pagi ni.

“Cikgu, kenapa BTC, ETH, SOL, altcoin semua naik tiba-tiba?”

Okay… Biar saya cerita dengan mudah.

3 benda berlaku serentak semalam dan kita kena faham ketiga-tiga ni.

Yang Pertama, Kerajaan Amerika Beli Balik Bon Mereka Sendiri.

Korang tahu tak Amerika ni ada hutang yang sangat besar?

Salah satu cara diorang pinjam duit dari dunia adalah dengan keluarkan bon kerajaan. Pelabur akan beli bon tu… dan Amerika bayar balik dengan faedah.

Tapi masalahnya… faedah bon tu dah naik sangat tinggi, sampai ke paras tertinggi dalam 19 tahun. Bila faedah bon tinggi… kos untuk Amerika bayar balik hutang pun jadi mahal dan pelabur pun mula risau pasal kestabilan kewangan Amerika.

Jadi semalam Setiausaha Perbendaharaan Amerika, Scott Bessent, buat keputusan besar. Kerajaan Amerika guna duit mereka untuk beli balik bon-bon tu dari pasaran… dalam jumlah yang jauh lebih besar dari biasa.

Bila Amerika beli balik bon sendiri… faedah bon tu turun. Bila faedah bon turun… pelabur rasa lebih selesa untuk ambil risiko semula. Duit pun mula keluar dari bon… dan masuk ke aset berisiko seperti crypto dan emas.

Sebab tu BTC dan kripto lain naik, emas naik..serentak dalam masa yang sama.

 

Yang Kedua, Ramai Yang Bertaruh Harga Akan Jatuh… tapi mereka silap.

Sebelum semalam… ramai trader besar dah positionkan diri untuk harga jatuh atau dalam bahasa trading diorang “short.” Bermakna diorang untung kalau harga turun.Tapi bila harga tiba-tiba naik mengejut… diorang panik, terpaksa tutup position diorang dengan cara beli balik aset yang diorang short tadi dan bila beribu-ribu orang beli serentak dalam masa singkat… harga naik lagi laju.

$1.44 bilion positions kena “force selling” dalam masa satu sesi sahaja. Ini yang orang panggil “short squeeze.” Macam minyak yang tiba-tiba disiram atas api, api jadi besar dengan cepat.

BTC lepasi $70,000. ETH tembus $2,000. SOL dan altcoin lain pun ikut sama.

 

JOM DAPATKAN, BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN SEKARANG!
>>> Dapatkan Disini <<<
Feedback dari pembaca buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain

 

Yang Ketiga, SEC Amerika Buat Pengumuman Besar Pasal Kripto.

Selama bertahun-tahun… syarikat-syarikat besar yang nak masuk dalam dunia crypto tak berani sebab undang-undang tak jelas. Compliance team diorang cakap “terlalu berisiko dari segi undang-undang.”

Semalam SEC… badan pengawal selia pasaran modal Amerika… keluarkan framework baru bernama “Regulation Crypto Assets.” Untuk pertama kalinya ada jalan yang jelas untuk syarikat kripto beroperasi secara sah di bawah undang-undang Amerika. Institutional yang selama ni duduk tepi padang mula bergerak. ETF Bitcoin tarik masuk $297 juta dalam satu hari.

Tapi saya nak korang ingat satu benda sebelum buat apa-apa keputusan.

3 sebab yang buat market naik ni.. ketiganya adalah events yang sementara. Bukan perubahan besar yang kekal.

Short squeeze akan habis, bila semua yang short dah tutup position… tiada lagi tekanan beli paksa tu.

Kesan beli balik bon oleh Amerika adalah sementara. Masalah hutang Amerika yang sebenar masih ada. Faedah bon akan naik semula bila kesan tu habis.

ETF masuk $297 juta dalam satu hari tu bagus, tapi satu hari belum cukup. Kita kena tengok sama ada ia berterusan beberapa hari lagi atau tak

Pendek kata… market naik sebab ada 3 benda berlaku serentak yang paksa orang beli. Bukan sebab tiba-tiba semua orang yakin kripto akan naik balik.

Bila ketiga-tiga forced events tu habis kesannya… market perlu berdiri atas kaki sendiri.

Dan itulah ujian sebenar yang kita semua tunggu.

Nak faham cara baca market dalam situasi macam ni…kena lah baca eBook 30 Days War Map 

>> Dapatkan Ebook 30 Days War Map Disini <<

 

Ini bukan nasihat kewangan / pelaburan.
Sekadar pendapat peribadi.
Buat kajian sendiri sebelum masuk market.

— Cikgu Mayee | Mycryptoversity

 

Related posts

Macamana Kita Nak Nampak Apa Yang Betul-Betul Gerakkan Market?

Nazrich

Firma Cryptocurrency Circle Untuk Menjadi ‘Awam’ Dengan Perjanjian Penggabungan $4.5bn!

Hazim Mustapa

2027: Pasaran Saham US Bakal Runtuh? Bitcoin Akan Jadi Raja… Atau Mangsa Terbesar?

BoldHisyam28
error: Content is protected !!