27.8 C
Kuala Lumpur
October 30, 2025
CryptocurrencyPendidikan

Kenapa Ramai Yang Kecundang Dalam Dunia Kripto?

Kenapa Kalau Nak Jadi Coiner Berjaya, Kita Perlu Berfikir Dengan Cara yang Berbeza?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Cryptonation followers MyCryptoversity yang saya sayangi dan dirahmati Allah SWT….lamanya saya tak menulis personal macam ni..

Saya ada nak berkongsi cerita,

Beberapa hari lepas, ada seorang student wassap saya nadanya lain macam, panik semacam..dia keliru… dia tanya saya “kita ni sebenarnya tengah dalam bull run ke bear market?

Lepas tu dia tanya saya lagi, “cikgu, macam mana nak preserve modal sekarang ni?”

Tapi saya tak bagi dia buat apa-apa…saya halang dia daripada bertindak terburu-buru.

Kenapa?
Sebab bagi saya, selama saya kenal Bitcoin sejak 2013, hold Bitcoin sejak 2015..mengajar pasal kripto dan blockchain sejak 2016...bagi saya kripto ni bukan sekadar market sahaja, selain dari teknologi yang dibawa ia juga adalah satu “Mindset”.

Dah lama saya cuba kongsi cara fikir ni sebab bila kita faham betul-betul, barulah kita nampak betapa gila bernilainya dunia kripto ni.

Kripto ni bukan sekadar aset yang trending.
Ia adalah kelas aset paling laju berkembang dalam sejarah kewangan moden.

Dan kalau kita betul-betul jumpa altcoin yang padu, bukan mustahil untuk dapat 10x dalam masa setahun.

Tapi masalahnya… ramai tengok benda tu dan cakap, “wah… menarik.”

Silap tu…. Ini bukan sekadar menarik.
Ini adalah peluang luar biasa.
Kita bukan sekadar boleh kaya. kita boleh jadi benar-benar berduit, boleh capai status Financial Freedom, kalau betul cara nya

Untuk betul-betul faham potensi kripto, kita kena bandingkan dengan pasaran lain.

👉 Mana ada bisnes biasa yang boleh bagi 10x dalam masa setahun?
👉 Mana ada saham bluechip boleh bagi macam tu?
👉 Mana ada idea “revolusioner” yang boleh bagi pulangan camtu secepat ni?

Jawapannya: Tak ada..!!!

Sebab tu, dalam kripto ni kita kena kenal siapa diri kita, kena ada kesabaran, kena ada plan dan laburkan hanya duit yang kita sanggup rugi.

Sebab tu saya santai… saya tenang bila market goyang… saya tak risau sangat pasal nak “protect modal” sepanjang masa.

Ingat lagi tak cycle 2020 dulu, waktu pandemik melanda.
Ramai yang cuak…ramai jual masa market jatuh.
Lepas tu market terbang gila-gila.
Dan yang kelakarnya, ramai jual lagi masa harga naik.

Akhirnya, siapa rugi?
Yang beli di puncak dan jual dua kali la kan? masa jatuh dan masa naik. Dua-dua rugi.

Sakit kehilangan peluang ni sebenarnya lebih perit daripada sakit kerugian duit.

Satu perkara penting lagi, kita tak tahu kalau dalam cycle akan datang, peluang macam ni masih lagi wujud atau tak…

Sebab apa? Sebab :
➤ Coin makin diluted
➤ Regulation makin ketat
➤ “Newbies” makin ramai join

Semua ni buat game kripto makin susah, makin penuh rintangan.

Sebab tu cycle sekarang ni bagi saya ia penting gila, kita tak boleh lalai..kena sentiasa bersedia, kena ada trading plan dan strategi..

Sebab tu la saya selalu buat webinar dalam circle MyCryptoversity, saya nak semua student saya sentiasa alert, sentiasa bersedia…jangan “duduk dalam gua’ disaat saat gentir macam ni…

Sebab bagi saya, sekarang ni bukan hanya masa untuk buat duit, tapi untuk setup masa depan yang cemerlang sebelum benda ni jadi terlalu mainstream dan dikawal ketat.

sign up MEXC here

 

Penutup dari saya…
Sebagai seorang trader dan juga pernah menjadi perunding kewangan berlesen sejak 2008 – 2018,sebgaai seorang yang dah berada dalam dunia kripto sejak 2015, yang dah lalui sendiri 3x halving (2016, 2020 & 2024), yang dah mengajar pasal kripto sejak 2016, ada satu benda yang buat saya yakin :

“Dalam dunia kewangan, peluang besar datang sekali dengan kerugian yang besar juga”

Kripto ni bukan tempat untuk mereka yang hanya nak cepat kaya.
Ia adalah tempat untuk mereka yang sanggup berfikir jauh, sabar dan bermain long term game.

Kalau awak semua boleh kekalkan disiplin, mindset jangka panjang dan tenang hadapi fasa naik turun…

Kejayaan itu sebenarnya bukan soal “kalau”, tapi soal “bila”.

Sehingga kita berjumpa lagi dalam perkongsian yang akan datang, Duk Kampung Takpe Janji Ada Kripto...perkongsian ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, hanya pandangan peribadi saya sahaja

Click here to joint us

Detail >>> Blajarkripto.com

Related posts

Betul ke Uptrend Kali Ni Jatuh Musim Sejuk 2025?

Nazrich

Bitcoin Buat ATH Baru, Apa Seterusnya?

Nazrich

Masa Altseason Nak Meletup Dah Dekat!

Nazrich
error: Content is protected !!