26.8 C
Kuala Lumpur
September 2, 2026
CryptocurrencyKriptoPendidikan

Masa Altseason Nak Meletup Dah Dekat!

Rising Wedge BTC.D Dah Tamat? Adakah Altcoin Dah Mula Curi Perhatian Whales?

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

Berdasarkan chart terkini, dominasi Bitcoin (BTC.D) nampaknya berada di fasa genting, selepas beberapa bulan memanjat dalam pola rising wedge (wedge menaik), BTC.D akhirnya mengalami breakdown, ia telah pecah ke bawah dari corak itu, memberi isyarat awal kelemahan momentum. Kini, peratusan dominasi BTC berlegar di celah antara garisan purata pergerakan 50 hari (MA50) dan 100 hari (MA100) yang menandakan kawasan sokongan/rintangan teknikal yang penting. Dengan MA50 dan MA100 masing-masing kini menjadi halangan di atas paras semasa, pasaran sedang menilai sama ada trend dominasi BTC akan bertukar arah atau sekadar berehat sebelum menyambung kenaikan.

Secara teknikal, jika dominasi BTC terus merosot dan berjaya menembusi ke bawah paras MA100 dengan meyakinkan, ini bakal mengesahkan corak penurunan (bearish) tersebut. Pelabur teknikal lazimnya memandang situasi ini sebagai petanda BTC kehilangan trend kenaikannya yang lepas dan membuka ruang untuk penurunan lebih lanjut lagi. Sasaran seterusnya mungkin menjurus ke paras sokongan psikologi contohnya ke benchmark 50% dominasi. Malah, ada penganalisis berpendapat bahawa seandainya dominasi BTC jatuh di bawah paras penting seperti 50%, lonjakan pasaran altcoin boleh menjadi lebih agresif. Hubungan songsang antara dominasi BTC dan prestasi altcoin sememangnya menjadi rujukan para pelabur teknikal; apabila BTC.D menyusut, altcoin lazimnya akan menerima limpahan modal dan mula outperform Bitcoin.

Pada masa ini, dominasi BTC dianggarkan berada sekitar paras tinggi 50-an peratus (~58%), terendah dalam beberapa bulan kebelakangan (malah terendah sejak Februari 2025). Penurunan dominasi ini selari dengan tanda-tanda bahawa musim altcoin dah mula terbentuk. Indeks Musim Altcoin (Altcoin Season Index) baru-baru ini mencecah dah ~76/100 (76 daripada 100 mata wang kripto teratas telah mengatasi prestasi Bitcoin dalam 90 hari terkini), merupakan yang tertinggi sejak akhir 2024 . indikator ini jelas bahawa minat dan dana dah mula beralih ke altcoin secara menyeluruh. Malah, kita dapat lihat beberapa altcoin utama sudah menunjukkan prestasi cemerlang seperti Ethereum dah mencecah hampir $4,000, manakala aset lain seperti SOL, ADA dan XRP juga sedang meningkat seiring pasaran yang kembali rancak berdonsa 😃

Dengan dominasi Bitcoin yang semakin ‘longgar’, perhatian pelabur beralih kepada altcoin, ia ibarat seperti air mencari ruang baru. Market cap altcoin (tidak termasuk BTC) semakin bertambah dan sentimen terhadap projek di luar bayangan Bitcoin kian positif. Persoalan “ke mana modal akan mengalir?” mula terjawab apabila beberapa segmen altcoin menunjukkan kekuatan luar biasa, dalam suasana ini, sektor-sektor tertentu mula mencuri tumpuan akibat penurunan dominasi BTC, di antaranya token berteraskan AI, projek DeFi yang kembali hidup, serta rangkaian Layer-1 seperti Solana dan Avalanche yang kian menonjol dengan kemajuan terbaru. Geng pelabur Wall Street dah mula melihat peluang di segenap sudut altcoin apabila pegangan BTC melemah, apa yang saya nampak ini situasi klasik yang boleh menghidupkan harapan mini altseason di mana altcoin lebih meraih perhatian dan keuntungannya sudah tentu lebih tinggi berbanding BTC.

>>> Klik Sini Untuk Daftar Akaun LUNO <<<

.

Sektor AI

Hype kecerdasan buatan (AI) yang melanda dunia teknologi turut menyemarakkan minat terhadap kripto berunsur AI. Pelabur mula memburu token yang terkait dengan naratif AI, mengharapkan sentimen futuristik ini mendorong spekulasi lebih tinggi. Tidak hairanlah beberapa token AI mula mencatat lonjakan besar. Sebagai contoh, token ChainOpera AI (COAI)  sebuah projek kecil yang baru disenaraikan di DEX, telah mendadak melonjak sebanyak +1,757% dalam tujuh hari selepas penyenaraian di Aster DEX. Kenaikan luar biasa ini menunjukkan betapa sektor AI boleh meletup apabila sentimen pasaran beralih kepada altcoin berisiko tinggi. Selain COAI, token AI popular seperti Fetch.ai (FET) atau SingularityNET (AGIX) yang sebelum ini tenggelam mungkin turut mendapat nafas baru andai trend ini berterusan.

.

Sektor DeFi

Bidang kewangan terdesentralisasi (DeFi) yang agak suram sepanjang tahun ini, nampaknya dah mula bangkit semula. Jumlah nilai terkunci (TVL) dalam protokol DeFi global meningkat sekitar +40.2% pada suku ketiga 2025, mencecah ~$161 bilion. Lonjakan ini didorong oleh kenaikan harga Ether (ETH) ~68% (ETH mencecah ~$4,215) dalam tempoh yang sama, ini tidak menghairankan sebab ETH adalah tunjang utama ekosistem DeFi. Di samping itu, pelancaran ETF berasaskan Ethereum serta trend tokenisasi aset dunia nyata (RWA) juga telah menarik aliran modal institusi ke dalam kripto, ini dapat mempertingkat keyakinan dan kecairan pasaran. Protokol DeFi terkemuka seperti MakerDAO, Aave dan Uniswap mula melihat peningkatan penggunaan semula apabila pelabur memburu peluang yield farming dan pinjaman di platform-platform ini (Tak Patuh Syariah). Pendek kata, apabila dominasi BTC mengendur, sektor DeFi yang pernah menjadi nadi bull run sebelum ini telah kembali di radar, disokong data fundamental yang semakin kukuh.

.

Layer-1 Chains

Platform Layer-1 jugak saya nampak turut mendapat tempias positif. Solana (SOL) misalnya, mencatat prestasi memberangsangkan melonjak naik ~28% sepanjang bulan lepas dan berjaya memecah paras harga $220. Malah, ada penganalisis menjangkakan SOL mampu menuju julat $250–$400 menjelang akhir tahun ini jika momentum ini kekal. Peningkatan Solana didorong oleh faktor fundamental (seperti peningkatan skalabiliti dan ekosistem NFT/DeFi di rangkaiannya) dan ETF SOL dah diluluskan.

Tidak ketinggalan jugak, Avalanche (AVAX) mula mencuri perhatian susulan naik taraf penting Octane pada Julai 2025 yang mengurangkan yuran transaksi di rangkaian AVAX ~43%, sekali gus melonjakkan TVL DeFi Avalanche ~40% ke $1.5B. Di samping itu, kemasukan pelaburan institusi  seperti dana BlackRock’s BUIDL bernilai $2.85B dan dana RWA $100M oleh VanEck  ke ekosistem Avalanche telah menambah keyakinan terhadap prospek jangka panjang AVAX. Hasilnya, harga AVAX berjaya menembusi halangan $20 baru-baru ini dan para bulls kini mengintai sasaran kenaikan berikutnya dalam zon $25–$30. Rangkaian lain seperti Cardano (ADA) juga menunjukkan pemulihan, walaupun sentimen runcit agak hambar sebelum ini, tapi data opsyen menunjukkan 92% dari nilai posisi terbuka ADA kini dalam call (bullish), menandakan keyakinan pelabur besar terhadap potensi kenaikan ADA. Ringkasnya, platform Layer-1 kini berada dalam perhatian dan macam dah bersedia menjadi peneraju sekiranya kitaran altcoin ini berterusan.

.

SERIUS NAK JADI COINER BERJAYA? DAPATKAN BUKU INI SEKARANG!!!
Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain ini bukan buku mengajar tentang Pelaburan atau Nasihat Kewangan, tapi kalau nak jadi pelabur Kripto, buku ini WAJIB dimiliki!

.

.

Token “Meme” & Naratif Baharu

Untuk melengkapkan panorama altcoin, saya rasa fenomena token “meme” jugak wajar kena sebut, ketika sentimen risiko tinggi, token meme sering menjadi lubuk spekulasi. Baru-baru ini misalnya, dagangan token meme di DEX (contoh: Raydium di Solana) mencetus yuran transaksi ~$87 juta kepada liquidity provider hanya dalam tempoh satu suku saja dengan ~90% volume datang daripada perdagangan berunsur spekulatif. Saya nampak angka ini jelas menunjukkan betapa agresifnya pelabur runcit mengejar profit yang giler-giler di saat pasaran berpihak kepada alt. Naratif baru lain seperti token AI (seperti yang dibincang di atas) dan trend Real World Assets (RWA) turut mendapat momentum tersendiri. Banyak projek terkini cuba menjadi jambatan antara dunia nyata dengan blockchain  dan jika arus minat ini berterusan, saya nampak ekosistem altcoin akan bertambah rancak dengan peluang pelaburan baru yang kreatif.

>>> Dapatkan Disini <<<

.

Apa yang saya nampak, perkembangan dominasi BTC ini membawa dua implikasi kepada market. Pertama, potensi peluang  dengan syarat trend ini berterusan, altcoin tertentu (terutama berfundamental baik) berpotensi memberikan pulangan lebih tinggi dalam jangka pendek berbanding Bitcoin. Sentimen semasa sekarang ni jelas memihak kepada altcoin, maka bersiap sedialah dengan senarai watchlist dalam sektor AI, DeFi, L1 dan naratif baru yang menunjukkan tanda kekuatan. Namun yang kedua, risikonya jugak meningkat sebab altseason memang terkenal dengan sifatnya yang pantas dan volatil, kenaikan mendadak altcoin boleh berbalik arah tanpa amaran apabila sentimen berubah atau apabila Bitcoin mula rally semula.

Oleh sebab itu, pengurusan risiko dan disiplin tetap menjadi kunci utama, seperti yang saya selalu ingatkan “jangan membeli sekadar takut ketinggalan; jangan FOMO tengok orang lain untung… buatlah kajian sendiri sebelum masuk market”  Musim altcoin sememangnya masa menggembirakan bagi yang bersedia, tapi ia juga boleh mengecewakan bagi yang alpa.

Sebagai penutup, sekali lagi suka saya ingatkan yang  breakdown dominasi BTC dari pola rising wedge baru-baru ini boleh ditafsirkan sebagai perubahan rentak dalam pasaran kripto. Altcoin mula mengorak langkah mengatasi dominasi Bitcoin buat seketika. Jika BTC.D terus melemah di bawah MA100 dan paras sokongan utama, tidak mustahil kita menyaksikan altseason mini yang lebih panjang seperti mana yang saya share dengan pelajar pelajar saya dalam circle pronet MyCryptoversity. Suka juga saya sarankan awak semua memantau rapat nisbah dominasi ini sebagai sebahagian dari toolkit analisis.

Ingatlah, dalam kitaran kripto yang dinamik, Bitcoin kekal penanda aras utama,  pergerakannya akan tetap mempengaruhi seluruh pasaran. Oleh itu, manfaatkan peluang altcoin yang timbul dengan bijak dan berstrategi, sambil berwaspada terhadap sebarang perubahan sentimen mendadak dari si raja kripto ini.

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

.

Related posts

Jom Lihat Dimana Kita Boleh Beli, Cipta Dan Pasarkan NFT Sendiri

Nazrich

Bila Altcoins Nak Mula?

Nazrich

Top10 Coin Pun Tak Selamat

Nazrich
error: Content is protected !!