Betul ke Uptrend Kali Ni Jatuh Musim Sejuk 2025?

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt, ramai jugak yang PM saya tanya pasal ni…
Bicara Market 29/8/25
Cycle Kali Ni Perlahan, Betul ke Akan Rally Musim Sejuk 2025?
Kalo kita tengok chart hari-hari memang pening, candle merah hijau keluar macam lampu trafik rosak. Tapi kalo kita zoom out, tengok market dengan mata helang, baru kita nampak corak besar yang tengah terbentuk. Bitcoin ni ibarat bendang padi, dulu masa fasa 1 dan 2, hasil tuaiannya lebat gila. Market naik macam roket, semua orang rasa kaya.Bitcoin ni sekarang dah masuk fasa ketiga cycle.,dulu masa fasa satu dan dua, semua orang rasa macam duduk atas roket, harga naik mencanak, slope curam, siapa lambat masuk pun masih boleh kaut untung.
Tapi kali ni game plan dia lain. Ya, market masih uptrend, tapi slope dah makin landai, perjalanan makin panjang, macam pelari marathon lari dalam panas terik.
Kenapa cycle ni terasa perlahan?
Sebab kali ni bukan retail yang jadi boss, kita dah ada spot ETF, institusi besar, malah ada negara yang simpan Bitcoin dalam reserve mereka. Bila pemain besar masuk, market jadi lebih berat. Bukan lagi macam zaman 2020, retail boleh goyang market dengan FOMO Twitter.
Sekarang pergerakan lebih terkawal, macam bas kilang penuh penumpang. Driver dia bukan trader kecil, tapi Powell, FOMC, Trump, ETF fund manager. Bas tu tetap bergerak, tapi lajunya dah lain.
Dan saya perasan ada satu pattern pelik dalam cycle kali ni, dimana etiap kali modal mula mengalir ke altcoin, BTC terus semacam tarik hand brek. Momentum yang laju tiba-tiba flat, saya perasa pattern ini dah berulang beberapa kali sejak awal tahun ari tu lagi. Dulu, antara 2023 ke 2024, BTC memang raja mutlak, semua duit masuk dekat dia, tapi sekarang nampak jelas duit mula beralih perlahan-lahan ke altcoin.
Sikit-sikit modal lari, macam air sungai cari cabang baru.
Sebelum saya teruskan lagi perkongsian ini, saya nak maklumkan yang saya akan buat Promosi RM68 untuk Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain (PLPKB) sempena Hari Kemerdekaan kita yang ke 68 tahun. Promosi ni akan bermula paDA 30 & 31 Ogos (2 hari) dan terhad untuk 100 orang terawal shj,

Apa Yang Anda Akan Dapat?
🔥 12 Modul Lengkap:
Modul 1: Apa Itu Kripto?
Crypto bukan sekadar trend, ia satu revolusi kewangan. Modul ini akan bawa anda faham asas apa itu mata wang kripto, kenapa ia berbeza daripada Ringgit atau Dolar, dan kenapa dunia mula anggapnya sebagai aset masa depan.
.
Modul 2: Blockchain – Jantung Kripto
Blockchain ibarat buku besar digital yang tak boleh dipadam atau diubah. Dalam modul ini kita bongkar bagaimana blok, rantai, hash dan timestamp bekerja, serta kenapa ia jadi tulang belakang Bitcoin dan ribuan kripto lain.
.
Modul 3: Bitcoin – Legenda Kripto
Bitcoin bukan saja duit digital pertama, tapi juga simbol kebebasan kewangan. Modul ini ceritakan kisah kelahiran Bitcoin, bagaimana ia berfungsi, dan kenapa ia jadi rujukan utama dunia crypto hingga hari ini.
.
Modul 4: Asas Blockchain
Kita gali lebih dalam tentang komponen blockchain, jenis-jenis (public, private, consortium, hybrid), serta kelebihan dan kekangannya. Dari sini, anda akan nampak kenapa blockchain dianggap teknologi “game changer” untuk pelbagai industri.
.
Modul 5: Altcoin & Ekosistem Kripto
Bukan Bitcoin saja yang wujud. Ada ribuan altcoin dengan fungsi berbeza Layer 1, Layer 2, DeFi, AI, GameFi, Stablecoin, RWA, Memecoin. Modul ini kenalkan dunia altcoin, risikonya, dan peluang yang tersimpan di dalamnya.
.
Modul 6: Wallet, Exchange & Keselamatan Aset
Crypto tak ada bank untuk jaga duit anda. Di sini anda belajar apa itu wallet (hot, cold, custodial, non-custodial), beza CEX & DEX, seed phrase, dan langkah keselamatan penting supaya tak kena hack atau scam.
.
Modul 7: Cara Mula Beli & Simpan Kripto
Modul praktikal cara buka akaun exchange, buat KYC, beli kripto pertama, pindahkan ke wallet, dan guna DEX untuk token kecil. Sesuai untuk pemula yang nak “first buy” dengan selamat.
.
Modul 8: Elak Terkena Scam
Dunia crypto penuh peluang, tapi juga sarang scammer. Modul ini kupas jenis scam popular, phishing, pump & dump, Ponzi, exchange palsu, airdrop fake serta bagaimana nak kenal pasti dan elak jadi mangsa.
.
Modul 9: Strategi Pelaburan Kripto
Tak cukup sekadar beli dan tunggu. Modul ini kongsi strategi utama pelabur: DCA, HODL, swing trade, fast cycle, portfolio hybrid, entry-exit plan, dan risk management asas survival coiner bijak.
.
Modul 10: Naratif & Trend Pasaran
Dalam crypto, naratif ibarat angin yang bawa layar. Dari AI, DePIN, GameFi, hingga Stablecoin, naratif menentukan coin mana naik dulu. Modul ini ajar cara spot trend awal dan bina radar pelaburan sendiri.
.
Modul 11: Tools & Teknik Screening Coin
Nak cari coin bagus perlukan tools. Modul ini kenalkan tools lengkap untuk analisis projek dan trading signal.
.
Modul 12: Masa Depan Blockchain & Penutup
Kita akhiri dengan pandangan jauh tentang CBDC, stablecoin global, RWA, identiti digital, integrasi AI + blockchain, GameFi, dan mindset pelabur jangka panjang. Modul ini ibarat kompas terakhir sebelum anda terjun lebih dalam ke dunia crypto.
Semua ini dalam bahasa santai, mudah faham, macam ada mentor duduk sebelah anda.

OK! Kita sambung skit lagii pasal cycle kali ni..
Tapi jangan salah faham., walaupun cycle kali ni nampak perlahan, ini bukan bermakna peluang dah habis. Malah, correction tambahan kali ni boleh jadi peluang paling cun untuk saya shopping.
Sebab apa? Sebab bulan September ni katanya Fed dijangka akan turunkan interest rate.
Kalo rate cut sebab inflasi reda, ini bullish.
Tapi kalo rate cut sebab ekonomi parah, bagi saya ini loceng kecemasan.
Bezanya nampak nipis, tapi kesannya besar., lepas tu Oktober ada pula kemungkinan ETF altcoin diluluskan. Ni kalo betul jadi, altseason boleh menyala bila masuk musim luruh ke musim sejuk nanti. Jadi sekarang ni, bagi saya lah, sekarang ni fasa consolidation.. bukan masanya untuk saya panik.
Ini masanya saya standby USDT, tunggu timing terbaik, untuk masuk market.
BTC bawah $115k sekarang bukan tanda hari nak kiamat, kalop turun bawah $110k, malah bawah $100k sekalipun, ini semua boleh jadi diskaun kaw-kaw. ETH pula masih lagi ikut abang, nak lari sendiri memang tak boleh, inflow ETF semua tak bermakna kalo si abang dia BTC tengah rebah. Altcoin low cap pula banyak plak yang dah cecah ATL., jadi sekarang ni saya nampak macam bundle shop, memang banyak nampak macam kain buruk, tapi kalo kita pandai pilih..kita boleh dapat baju rare. Bezanya cuma siapa ada mata tajam, siapa main sauk semua.
Dalam market macam ni, strategi paling selamat ialah fast game. Masuk keluar cepat, ikut news trigger. Jangan mimpi nak hodl panjang buta-buta gitu…ni saya selalu pesan kat rakan-rakan dalam circle Mycryptoversity..
Untuk altcoin, saper yang dah mula DCA kecil-kecilan tu kena WAJIB ada plan cut loss yang jelas. Dan paling penting, jangan sesekali bakar semua peluru tu. Simpan USDT tu macam simpan air masa musim kemarau.
Sebab dalam cycle macam ni, siapa ada standby cash, dialah yang boleh senyum besar bila market bagi peluang.
Kesimpulannya, cycle kali ni memang lain…panjang, berat semua dah dikawal institusi. Retailer sekarang bukan lagi pemandu, kita dah cuma penumpang dah. Tapi ruang untuk untung tetap ada kalo ada ilmu.
Correction tambahan macam ni bukan bala, tapi peluang.
Coiner yang bijak tak takut tengok merah, sebab tahu merah itu tanda sale. 2021 dulu kita sibuk duk study whitepaper, utiliti projek, tokenomics, tapi 2025 ni cerita lain. Sekarang kita kena study Powell, Trump, ETF, makro ekonomi dan geopolitik. Market Crypto dah bukan dunia indie lagi. BTC sekarang dah jadi TradFi. 🤡
Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, hanya sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016 sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto #TakPerluJadiLejenTapiJanganJadiMangsa
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

