29 C
Kuala Lumpur
June 5, 2026
CryptocurrencyKriptoPendidikan

Supreme Court Baru Sesi Hujah, Tapi Market Dah Kena Hukum.

Supreme Court Baru Sesi Hujah, Tapi Market Dah Kena Hukum.

.

Mahkamah Agung baru selesai mendengar hujah-hujah..

“Tariff Bukan Sekadar Cukai, Tapi Cermin Kuasa” Kadang-kadang, dalam dunia ekonomi moden, berita paling besar bukan datang dari Wall Street tapi datang dari mahkamah. Semalam, seluruh pasaran global berhenti sekejap untuk tengok satu babak penting: Trump naik Mahkamah Agung (Supreme Court US). Bukan sebab politik partisan, tapi sebab satu isu yang nampak kecil tapi impaknya macam domino iaitu tariff.

Nampak macam teknikal, kan? Tapi dalam dunia pelaburan, tariff ni bukan sekadar cukai. Ia cermin kepada kuasa siapa yang sebenarnya kawal ekonomi dunia.

Peguam utama Trump, John Sauer, masuk mahkamah dengan nada yakin katanya tariff tu bukan cukai, tapi alat kawalan perdagangan antarabangsa (regulatory tariffs). Tak sampai lima minit, hakim liberal dan konservatif dua-dua hentam kenyataan tu. Justice Sotomayor tanya: “Kalau bukan cukai, kenapa rakyat Amerika bayar?” Justice Roberts pula sindir lembut: “Mengutip cukai adalah kuasa Kongres. Presiden tak boleh buat suka hati.”

Dan masa tu barulah ramai sedar, isu ni bukan sekadar legal technicality tapi ini soal perlembagaan.
Sama ada Amerika masih negara yang dikawal oleh undang-undang, atau negara yang dikawal oleh executive order.

Trump guna satu undang-undang lama tahun 1977 – International Emergency Economic Powers Act (IEEPA)  yang asalnya direka untuk menghadapi kecemasan perang atau sekatan terhadap musuh negara. Tapi Trump ubah penggunaannya jadi alat ekonomi kenakan tariff 10% sampai 50% atas hampir semua negara, termasuk sekutu macam Switzerland dan Brazil. Katanya demi keselamatan negara, tapi realitinya, itu senjata ekonomi paling ampuh untuk tekan lawan dan “tarik balik” kuasa ekonomi global ke US.

Masalahnya, bila kuasa tariff ni digunakan tanpa had masa dan tanpa kebenaran Kongres, ia jadi preseden berbahaya. Macam kata Justice Gorsuch, “Kalau presiden boleh guna kuasa ni sesuka hati dan veto bila-bila, siapa yang akan halang dia nanti?”
Kenyataan tu tak datang dari hakim liberal, tapi dari konservatif yang biasanya sokong Trump, ni dah cukup untuk buat market berpeluh.

>>> Buka Akaun LUNO Anda Disni <<<

 

Apa yang ramai tak perasan ialah kes ni bukan sekadar tentang cukai import. Ia tentang masa depan ekonomi global.
Kalo mahkamah lepaskan kuasa tu terus kepada presiden, maknanya setiap kali Trump marah pada mana-mana negara dia boleh kenakan tarif “atas nama kecemasan nasional.” Hari ni mungkin China. Esok mungkin Mexico, Jepun, atau Malaysia.
Bayangkan apa akan jadi pada supply chain, kadar inflasi, dan keyakinan pelabur antarabangsa.

Dan jangan lupa, sejak Januari lalu, bila Trump masuk pejabat semula, dia dah hidupkan balik “global trade war 2.0.” Hasilnya? Volatiliti naik, pelabur lari ke safe assets, bond yield melambung, dan crypto jadi collateral damage.

Dalam hujahnya, peguam Trump kata, kalau tariff ni dibatalkan, ekonomi Amerika akan “runtuh.” Tapi lawyer pihak lawan, Neal Katyal, balas dengan tajam:

“It is simply implausible that Congress handed the president the power to overhaul the entire tariff system and the American economy in the process.”

Atau dalam bahasa kita: “Tak logik langsung kalau Kongres bagi presiden kuasa mutlak ubah keseluruhan sistem ekonomi negara sesuka hati.”

Kata-kata tu kena macam peluru.
Sebab ia bukan sekadar bantahan undang-undang, tapi juga sindiran terhadap seluruh falsafah ekonomi Trump  ekonomi yang berdiri atas ego, bukan data.

Kalau kita tengok daripada perspektif pasaran, setiap soalan hakim tu ada pantulan terus dalam carta crypto dan saham.
Sebab pelabur bukan tunggu keputusan, mereka baca nada.
Bila hakim konservatif pun ragu-ragu, itu tanda risiko politik tengah naik.
Bila risiko politik naik, pelabur cari tempat berlindung bukan dalam BTC, tapi dalam cash dan gold.
Sebab macam saya kata semalam “BTC bukan aset selamat dalam chaos politik, BTC aset spekulasi dalam kestabilan.”

Tapi yang buat saya geleng kepala, Treasury Secretary, Scott Bessent, sempat post di X (Twitter) lepas sesi mahkamah katanya peguam Trump “bagi hujah yang kuat” dan pihak lawan “tak faham ekonomi.”
Padahal, data rasmi tunjuk kerajaan kutip hampir $151 bilion hasil tariff dalam separuh tahun semuanya dari poket syarikat dan pengguna US sendiri.
Orang yang import, bukan China, yang bayar cukai tu. Tapi naratif politik kata “kita ambil duit dari musuh.”
Macam biasa, crowd pun percaya sebab siapa peduli fakta bila retorik lebih sedap didengar?

Sekarang ni semua trader besar tengah duduk senyap. Market bukan takut harga jatuh market takut salah baca keputusan.

KaloTrump menang kes ni, expect wave baru ketidaktentuan, mungkin correction besar sebelum rally semula.
Kalo dia kalah, mungkin ada relief bounce sekejap, tapi lepas tu, masalah fiskal US pula akan meletup bila kerajaan terpaksa refund berbilion hasil tariff yang dikutip.

Jadi walau apa pun keputusan yang keluar nanti, outcomenya tetap sama: volatility.
Cuma arah dia berbeza.

Kalo tanya saya, saya tengok ni semua bukan dari sudut politik, tapi psikologi pasaran.
Setiap kali crowd yakin “Trump kuat, ekonomi kukuh”, market sebenarnya dah mula resah.
Dan setiap kali orang gelabah, whale senyum, tengok jer kat data on-chain minggu ni beratus juta USD keluar dari exchange, tapi bukan panic sell. Itu accumulation senyap.
Macam biasa, yang takut hilang duit jual dulu, yang pandai baca masa beli senyap-senyap. Kalo awak taktau kat mana nak tengok ni, boleh baca kat data wallet tracker dalam Modul 11 buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain kat https://blajarkripto.com/plpkb 

>>> Dapatkan Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain Disni <<<

Saya tahu, ramai tunggu saya jawab satu soalan, kan?
“Kalau Trump kalah kes ni, market naik ke tak?”

Jawapan saya: Naik sementara, tapi bukan kerana ekonomi pulih, tapi sebab ketakutan berhenti sekejap.
Sebab dalam dunia pelaburan, rally bukan datang dari kekuatan, tapi dari kelegaan dan kelegaan tu tak pernah kekal lama. (tapi apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.)

Jadi malam ni, kalo kita buka chart BTC dan nampak dia senyap bawah $100k, jangan panik.
Dia bukan jatuh sebab TA, dia tengah tunggu keputusan mahkamah.
Bila keputusan keluar, baru dia menjerit sama ada lega, atau kecewa.
Sebab dalam dunia hari ni, satu keputusan hakim boleh lebih besar dari seribu candle.

Market tak takut dump. Market takut Trump.
Dan macam saya selalu pesan “Market tak pernah salah, yang selalu silap cuma timing kita.”

“Take profit is a skill, bukan nasib.” Cikgu Mayee Bicara Market, 6 November 2025

Penafian: Ini bukan nasihat kewangan. Sekadar pandangan peribadi berdasarkan data, politik dan psikologi crowd.
Untuk pelajar yang nak belajar cara baca aliran whale, analisis makro dan geopolitik crypto dengan betul, boleh rujuk Modul 11 Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain di 👉 https://blajarkripto.com/plpkb 

Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

Sumber : Reuters

Related posts

Market Outlook 19 – 23 Mei 2025

Nazrich

Blockchain Gaming – Peranan Cabaran dan Peluang NFT dalam Pasaran Blockchain Crypto

Ammar Uzair

Cara Paling Mudah Tentukan Saiz Pegangan

mssalha
error: Content is protected !!