26.4 C
Kuala Lumpur
May 24, 2026
Pendidikan

FAHAMI KAEDAH WYCKOFF UNTUK PROFIT DALAM TRADING

Richard Wyckoff adalah seorang legenda dalam financial market pada awal abad ke-20 sebaris dengan beberapa nama besar seperti Charles Dow, Ralph Elliot dan Jesse Livermore. Beliaulah yang memperkenalkan Wyckoff Method dan kaedah ni masih relevan untuk digunapakai sehingga kini. Kaedah ni dah banyak bantu traders dan investors dalam pemilihan asset, masa yang terbaik untuk tekan buy/sell dan cara macam mana nak urus trading risk.

Mungkin ianya nampak remeh atau mungkin terlalu simple bagi sesetengah orang. Boring kan. Ya la, bila masuk market kripto ni kita cuma buat duit je. Buat apa nak ambil tahu pasal kaedah itu kaedah ini pulak. Lagipun sekarang zaman AI, tanya je AI tu entry point, TP point kat mana, kan? Orang nak hit and run je pun. Ada profit kita jual je la. Atau kalau malas sgt, kita DCA je lah tutup mata, cukup time jual. Apadahal.

Tapi bagi korang yang dah pernah rasa ribut taufan, puting beliung dalam market, mesti korang faham yang trading ni bukan sekadar tekan buy tekan sell. Bukan hanya setakat candle hijau candle merah. Ada seribu satu ceritera di sebalik turun naik chart yang korang hadap setiap hari tu. Sementara market tengah boring ni, jom la kita selak nota ulangkaji.


LUNO 2024

3 PRINSIP ASAS WYCKOFF

1) The Law of Supply and Demand

Konsep asas bekalan dan permintaan ni biasa kita dengar, kan? Harga akan naik bila permintaan tinggi dan begitulah sebaliknya. Wyckoff berpendapat bila demand tu melebihi supply, harga akan naik sebab lebih ramai orang nak beli berbanding menjual. Tapi bila barang yang nak dijual berlebih-lebih berbanding orang yang nak membeli, supply akan jadi banyak berbanding demand, jadi harga akan turun.

Secara ringkasnya, macam kat bawah ni:

Demand > Supply = Harga Naik
Demand < Supply = Harga Turun
Demand = Supply = Harga Tak Berubah (Price Equilibrium)

2) The Law of Cause and Effect

Konsep Cause and Effect ni lebih kurang macam ni. Sesuatu perkara tu terjadi disebabkan oleh sesuatu yg lain. Bukan kerana kebetulan semata-mata. Mcm pening sket kan. Contohnya, korang sakit kaki sebab terjatuh longkang. Mana boleh kaki tiba-tiba sakit kan?

Menurut Wyckoff, pengumpulan harga tu adalah CAUSE yang menyebabkan berlakunya pertukaran trend. So pertukaran trend tu adalah EFFECT.

CAUSE: Pengumpulan harga (harga tengah kumpul tenaga untuk gerak)
EFFECT: Pergerakan harga (pertukaran trend sama ada breakout atau breakdown)

3)The Law of Effort vs Result

Dalam law ke-3 ni Wyckoff percaya yang harga akan bertukar disebabkan ada effort yang menolaknya. EFFORT kat sini adalah trading volume. RESULT ialah harga bergerak disebabkan ada trading volume yang menolaknya. Jika harga bergerak seiring dengan volume, maka ada peluang trend akan continue. Tapi kalau volume dan harga tak seiring, trend mungkin dah habis.

EFFORT: Trading volume
RESULT: Harga bergerak

Contohnya, kita bayangkan Bitcoin mula consolidate dengan volume yang tinggi selepas musim bear yang panjang. Volume yang tinggi menunjukkan EFFORT tapi pergerakan sideway tu adalah RESULT. So kita akan nampak yang banyak BTC bertukar tangan, tapi harga tak banyak berubah (low volatility). Dalam situasi ni, kita boleh kata yang fasa downtrend akan berakhir dan menghampiri reversal.


Tokenize 2023

THE COMPOSITE MAN

The Composite Man ni bahasa kampungnya yang senang faham adalah Wyckoff Market Cycle. Cuma Wyckoff cipta nama Composite Man ni sebagai satu identiti khayalan dalam market. Beliau berpendapat yang market ni dikawal oleh satu entity dan semua retail investor/trader perlu study benda ni supaya senang kita nak menari bersama market.

The Composite Man adalah para sharks dan whales (seperti golongan maha kaya, pelabur institusi dan ada yang gelar smart money atau market maker). Diorg ni menggerakkan market supaya diorg boleh buy low dan sell high.

The Composite Man bertindak tak sama macam bilis. Diorang ada strategi sendiri dan strategi itulah yang Wyckoff nak semua bilis belajar. Untuk memudahkan semua orang, Wyckoff dah simplify kitaran pasaran dan pecahkan kepada 4 fasa iaitu:
1. Fasa Accumulation
2. Fasa Uptrend
3. Fasa Distribution
4. Fasa Downtrend

liberated stock trader

1. Fasa Accumulation

Fasa paling boring sebab market bergerak macam ketam. Market bergerak sideway dan takde perubahan harga yang signifikan. Masa ni la Composite Man buat kerja. Diorang shopping sakan sebelum bilis-bilis masuk makan.

2. Fasa Uptrend / Markup

Bila Composite Man ni dah cukup target unit yang diorang nak dan selling pressure pun makin kurang, diorang akan mula push harga naik. Diorang umpan supaya lebih ramai orang yg membeli, so demand kat sesuatu asset nampak menyelerakan sebab nampak harga semakin naik.

Kita kena ingat yg market tak gerak parabolic non-stop. Dalam fasa uptrend ni, akan berlaku re-accumulation beberapa kali. Bila tengok harga makin naik, makin ramai orang akan beli, betul tak? Jadi, kita boleh relate balik dengan Law of Demand dan Supply. Pada ketika uptrend, demand akan lebih tinggi daripada supply.

investopedia

3. Fasa Distribution

Kat fasa ni, selalunya news yang keluar semuanya positif dan murni je. Contohnya, target price 50X-100X, harga boleh buat ATH baru, banyak investor besar masuk bla bla bla. Investor/trader newbie pulak akan fikir, “boleh naik lagi ni”.

Tapi sebenarnya ni la fasa Composite Man mula menjual. Diorang jual pegangan diorang kepada manusia yang F.O.M.O. Kat fasa ni, kita mungkin akan nampak yang harga bergerak sideways, yg mana supply yang ada sedang menampung permintaan yang tinggi hinggalah market penat.

4. Fasa Downtrend / Markdown

Inilah fasa market penat. Bayangkan orang berlari marathon, bila dah lama berlari tenaga pun makin berkurangan. Bila dah sampai finish line, dah kepenatan dan perlukan rehat. Market pun sama. Bila supply dah tak mampu nak tampung demand yang terlalu tinggi, market akan penat. Masa ini Composite Man sebenarnya dah habis menjual pegangan diorang dan mula push market ke bawah. Dalam fasa ini, supply dah berlambak melebihi permintaan.

Sama macam masa fasa uptrend, price tak terus terjun non-stop. Kalau kat fasa uptrend, kita panggil re-accumulation. Bila dalam downtrend, kita panggil dia re-distribution. Kadang-kadang orang panggil sebagai Dead Cat Bounces. Ada juga orang gelar dia sebagai Bull Trap. Masa ni ada buyer masuk dengan harapan trend akan reverse, tapi ianya tak berlaku.

Bila fasa downtrend habis, market akan kembali ke fasa accumulation. Maka, begitulah kitaran market. Ianya akan berulang-ulang. Korang boleh tengok video panduan lengkap pasal Wyckoff ni kat bawah.

Kesimpulan

Walaupun kaedah Wyckoff telah dicipta lebih seabad lalu, tetapi ia masih relevan dan digunapakai hingga ke hari ni. Ia bukan sekadar TA indicator kerana terdapat pelbagai prinsip, teori dan teknik yang diterapkan oleh Richard Wyckoff.

Kaedah Wyckoff dah bantu ramai investor dan trader dalam membuat keputusan yang lebih rasional berbanding emosi hingga membolehkan diorang dapat kurangkan risiko dan tingkatkan peluang untuk berjaya. Tapi perlu ingat yang takde satu pun kaedah yang foolproof dan teknik holy grail dalam dunia pelaburan atau trading.

So sekarang korang dah tau kat mana nak entry, kat mana nak exit, kan?

– Tamat –

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat. Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat pelaburan, perdagangan dan kewangan


Binance2024


Chatroom - MyCryptoversity Circle

Follow us on:
Facebook
Telegram
TikTok

sumber:
https://www.investopedia.com/articles/active-trading/070715/making-money-wyckoff-way.asp
https://academy.binance.me/en/articles/the-wyckoff-method-explained
https://www.liberatedstocktrader.com/wyckoff-method/

Related posts

Hukum Staking Crypto di DAX Yang Menggunakan Terma “Interest” Dan “Rewards”

Nazrich

FED Minutes 30 Dis 2025 Penentu Arah 2026

Nazrich

Apa Itu Cosmos (ATOM)?

Hazim Mustapa
error: Content is protected !!