26.6 C
Kuala Lumpur
September 1, 2026
Pendidikan

Dah ENTRY Tapi Tak Tahu Nak EXIT? Boleh Guna 5 Cara Ini

Harga entry dah cun dah, betul-betul kat support. Harga coin/token tengah mencanak-canak naik. Syok betul. Kita pun melompat happy. Tapiiii…kat mana nak tekan sell? Tak jumpa button sell pulak. Adoiiiii… Sudahnya harga turun, balik semula ke harga entry. Menyesal tak take profit, kan. Siapa pernah rasa situasi macam ni? Baik ngaku, hahaha.

Seorang trader yang bijak, kita perlu tahu dan rancang kat mana nak exit. Bukan tahu nak entry je. Exit strategy ni apa sebenarnya? EXIT STRATEGY adalah satu perancangan kita untuk jual pegangan aset-aset yang kita dah beli. Kenapa perlu ada exit strategy? Tujuannya adalah supaya kita dapat meminimumkan kerugian dan memaksimumkan keuntungan. Exit strategy mestilah dirancang supaya kita dapat kawal EMOSI.

_________________________

 

KENAPA PERLU ADA EXIT STRATEGY

Untuk menjadi seorang trader yang berjaya, kita kena tahu MUSUH utama seorang trader. Musuh utama seorang trader adalah diri dia sendiri. Kita larut dalam EMOSI kita sendiri. Kita takut rugi. Benda-benda emosi ni yang selalu ganggu kita masa nak buat decision making. Sebab tu sangat penting untuk rancang exit strategy.

Sebelum kita trade, cuba tanya diri sendiri soalan-soalan ni:

  • Kenapa kita nak beli coin/token ni?
  • Berapa lama kita nak hold?
  • Kat harga mana kita nak take profit?
  • Macam mana kita nak take profit?

Bila kita ada exit strategy, pengurusan portfolio akan jadi lebih mudah sebab kita dah tahu bila, di mana, kenapa, bagaimana kita nak take profit untuk kurangkan risiko rugi, selain kita dapat maksimumkan profit.

Jom tengok 5 exit strategy yang kita boleh guna.

1. SET STOP-LOSS ORDER

Stop-Loss (SL) Order ni biasanya digunakan oleh seorang active trader. SL order akan trigger bila harga cecah specific level yang kita set supaya potensi kerugian dapat dihadkan. Lebih baik rugi sikit daripada kena tanggung floating loss sampai 70%-80% kan. Koyak mental woo.

Macam Mana Nak Set Stop-Loss Order?

Percentage-based SL: Set SL pada specific percentage di bawah harga entry. Contohnya, jika kita beli BTC kat $40,000 dan set SL 5%. So kita akan exit jika harga BTC jatuh ke harga $38,000.

Technical SL: Set SL kat sedikit bawah support level atau garisan moving average. Contohnya, jika harga BTC berada atas garisan MA200, kita boleh set SL order sedikit bawah harga garisan MA200.

Kelebihan Set Stop-Loss Order:
– Ia adalah pelan pengurusan risiko yang jelas
– Proses exit menjadi automatik dan kurang melibatkan emosi

2. SIAPKAN TARGET UNTUK TAKE PROFIT

Sebenarnya take profit (TP) order dan stop-loss (SL) order adalah dua benda yang sama. Kedua-duanya kita set guna LIMIT ORDER. Cuma SL order tu untuk kawal kerugian. Dan TP order untuk kita lock profit. Limit order akan trigger bila sampai harga yang kita set. Makna kata coin/token akan dijual secara automatik. Kenapa TP order ni penting? Supaya kita tak kelam-kabut nak tekan sell bila harga tiba-tiba naik dan mengurangkan kacau-bilau emosi kita yang suka sangat nak tunggu “perrrrfecttt” exit.

Macam Mana Nak Set Target Untuk Take Profit

Risk-Reward Ratio: Kita boleh guna kaedah risk-reward ratio seperti nisbah 1:2 atau 1:3 (risk:reward). Contohnya, jika kita letak risiko kerugian $100, kita expect potensi keuntungan $200 atau $300. Nisbah risk-reward ni kita yang tentukan sendiri, ikut selera masing-masing.

Fibonacci Level: Untuk yang mahir guna Fibonacci retracement/extension, boleh gunakan ia untuk tahu level potensi profit. Contohnya, bila kita nampak price dah sampai ke level 1.618 kita dah boleh take profit sebab 1.618 adalah golden ratio yang biasanya menjadi zone penting untuk take profit.

Resistance Level: Kenal pasti support and resistance level. Misalnya kita dah cun dapat harga entry kat support, kita boleh TP kat area resistance. Sebab biasanya harga kan pull back kat area resistance tu.

Percentage-base TP: Sama macam SL, kita tentukan sendiri berapa percent kita nak TP. Katakanlah kita memang nak buat short term trade, kita set 30% TP. Bila dah achieve profit 30% tu, kenalah sell. Yang ni kena displin sebab kita dah tahu matlamat kita nak trade.

Kelebihan Siapkan Target Untuk Take Profit:
– Dapat kawal rasa tamak
– Dapat halang rasa nak overtrade
– Supaya kita dapat fokus untuk capai result yang konsisten

3. BUAT TRAIILING STOP

Trailing stop ni adalah stop-loss order yang kita set ikut pergerakan harga semasa. Tapi kita kena constantly update stop-loss level supaya kita dapat lock profit. Kalau harga coin/token tu semakin naik, kita pun kena gerakkan trailing stop tu. Sebab tu namanya TRAILING..menjejak, mengikut pergerakan harga.

Macam Mana Nak Set Trailing Stop

Boleh set berdasarkan percentage atau nilai tertentu. Contohnya kita nak letak 5% atau mungkin $100. Katakanlah kita ada hold BTC dan trailing stop kita adalah 5%. Bila harga BTC gerak dari $40,000 ke $50,000, kita adjust SL ke $47,500 (5% bawah $50,000). Bila harga BTC pergi ke $60,000, kita adjust lagi SL ke $57,000 (5% bawah $60,000)

Kelebihan Buat Trailing Stop
– Dapat meminimumkan kerugian jika market tiba-tiba reverse
– Kita dapat ikut pergerakan harga coin/token yang kita hold. Takde la kita rasa terkilan terjual awal.

4. TAKE PROFIT BERPERINGKAT

Konsepnya macam kita buat DCA. Biasanya kita beli coin/token secara DCA weekly atau monthly. Nak take profit pun boleh jugak secara berkala. Kadang tu rasa geram je tengok bila kita jual, harga naik mencanak. So kita boleh plan take profit secara berperingkat. So kita boleh dapat average harga yang kita jual.

Macam Mana Nak Take Profit Secara Berperingkat

Katakanlah kita ada 1 BTC yang pernah kita beli masa harga $20,000. Masa bullrun, harga BTC melonjak naik ke $50,000. Kalau kita nak jual semua masa harga $50,000 pun boleh. Dah profit lebih 100% kan. Tapi kita tahu yang harga BTC ni kalau dah meroket, laju kemain. So apa kita boleh buat? Kita jual 0.1 BTC kat harga $50,000, 0.1 BTC lagi jual bila harga cecah $60,000 dan harga-harga seterusnya.

Apa Kelebihan Take Profit Berperingkat
– Kurangkan emosi rasa terkilan sebab terjual awal
– Dapat memaksimumkan profit sebab dapat take profit kat pelbagai level

5. GUNA TA INDICATOR

Ini kelebihan untuk sesiapa yang mahir guna TA Indicator. Trader biasanya guna TA indicator untuk cari exit berdasarkan market signal. Beberapa indicator yang boleh digunakan adalah seperti Moving Average, RSI dan MACD.

Contoh:

  • Moving Average (MA): Bila candle stick cross (ke bawah garisan) MA50, itu boleh jadi signal bearish dah muncul. Biasanya trader akan exit untuk avoid loss yang lebih besar.
  • Relative Strength Index (RSI): Jika harga coin/token bergerak uptrend dan RSI tunjuk >70% (overbought), mungkin ini signal harga bakal reverse. Lebih baik lock profit dulu.
  • Moving Average Convergence Divergence (MACD): Bila garisan MACD cross (ke bawah) signal line, ia dipanggil death cross. Itu boleh dijadikan sebagai sell signal.

Apa Kelebihan Guna TA Indicator
– Trader dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa market
– Tak perlu nak buat guesswork, teka itu ini. So kurang emosi bila buat keputusan

GABUNGKAN BEBERAPA CARA UNTUK DAPAT OPTIMUM RESULT

Setiap strategi ada kelebihan masing-masing. Tapi sebenarnya kita boleh gabungkan beberapa cara untuk kita cuba maksimumkan profit. Bila saya kata maksimumkan profit bukan bermaksud jual betul-betul kat harga pucuk all-time-high (ATH). Takde siapa tahu kat mana harga ATH nak landing. Hahaha

Macam mana nak gabungkan? Contohnya kita boleh guna stop-loss order dan take-profit target supaya kita ada matlamat trading yang jelas. Boleh juga kalau kita nak gabungkan penggunaan TA indicator dan trailing stop supaya kita dapat ikut trend pergerakan harga.

Contoh macam mana nak gabungkan beberapa cara nak exit.

Kita dah beli BTC pada harga $44,000.
1. Mula-mula kita set stop-loss kat $42,000
2. Bila harga bergerak naik, set take-profit order kat $50,000 (sell sebahagian pegangan)
3. Guna trailing stop 5% bila harga meroket melebihi $52,000
4. Jika BTC hit $60,000 dan RSI tunjuk >70%, mula take profit secara berperingkat.

BONUS: CARA PALING SIMPLE TAPI PALING EFFEKTIF
ONE-CANCELS-THE-OTHER (OCO)

Kat MyCrptoversity, Cikgu Mayee selalu pesan kat students untuk guna OCO. Kenapa OCO ni best? Sebab kita boleh set TP order dan SL order serentak. Bila salah satu order tu dah triggered, maka order yang satu lagi tu akan canceled secara automatik. Cuma kalau kita cancel (secara manual) salah satu order, order yang satu lagi pun akan auto cancel.

Dulu kat Binance je ada feature OCO ni. Tapi sekarang CEX lain pun dah start ada. ByBit boleh, Kucoin pun dah ada. Macam mana nak guna OCO ni? Korang boleh tengok video ni.

KESIMPULAN

Exit Strategy ni penting. Jangan tak tau bila nak exit, payah ni. Entry dah cun. Exit strategy adalah satu pendekatan yang terancang supaya kita dapat urus profit dan loss dengan baik. Yang penting kena displin. Bila dah ada trading plan, dah ada exit strategy, ikutlah apa yang dirancang. Jangan ikut emosi pulak.

Trade what you see, not what you feel. Terima kasih kerana sudi baca sampai habis .

– Tamat –

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat. Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat pelaburan, perdagangan dan kewangan. Maklumat yang dikongsikan hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak MyCryptoversity atau pemiliknya.

sumber rujukan:

https://academy.binance.me/en/articles/5-exit-strategies-for-traders
https://academy.binance.me/en/articles/what-is-an-oco-order
https://www.investopedia.com/investing/understanding-exit-strategies/#toc-developing-an-exit-strategy
https://www.fidelity.com/learning-center/trading-investing/trading/exit-strategies

Related posts

Apa itu Solana?

Hazim Mustapa

Apakah Penyelesaian Skala Lapisan ke 2 Cryptocurrency?

Hazim Mustapa

5 Kesilapan Meramal Harga Bitcoin

mssalha

2 comments

Samsol January 2, 2025 at 4:00 am

Terbaik penulisan ini..ramai yang tahu beli tapi xpandai exit…harap dapat membantu semua..

Ringgit Jelita January 20, 2025 at 3:44 pm

Terima kasih tuan. Semoga bermanfaat utk yg membacanya =)

Comments are closed.

error: Content is protected !!