31 C
Kuala Lumpur
September 2, 2026
Pendidikan

Apa Itu AI Agent dan Peranannya Dalam Kripto

Apa tu AI Agent? Ejen kepada PMX kah? Atau tajuk baru filem kartun Ejen Ali?

Pergi mana-mana pun semua orang sibuk cerita pasal AI. Semua benda pun nak di”AI”kan. Dusun durian nak guna AI. Ternak lembu pun nak guna AI.

AI (Artifical Intelligent) dah mengubah gaya hidup kita, rutin kita bekerja dan cara kita berinteraksi dengan teknologi. Dalam ruang lingkup cryptocurrency, ada satu naratif baru yang diperkenalkan iaitu AI Agent. Mungkin ramai ingat yang AI Agent ni sama macam Chatbot yang pernah atau selalu kita guna. Kalau korang fikir macam tu, korang silap. 

AI Agent adalah autonomus entity. Ia adalah satu inovasi yang dicipta untuk membolehkan sesebuah sistem tu jadi lebih pintar. Boleh digunakan dalam pelbagai bidang dan tidak terhad kepada dunia kripto. Jom kita cuba fahamkan apa itu AI Agent.

___________________

APA ITU ARTIFICIAL INTELLIGENT

Artificial Intelligent dalam Bahasa Melayu secara direct translation ialah Kecerdasan Buatan. Menurut laman web Wikipedia, Artificial Intelligent bermaksud

“Intelligence exhibited by machines, particularly computer systems. It is a field of research in computer science that develops and studies methods and software that enable machines to perceive their environment and use learning and intelligence to take actions that maximize their chances of achieving defined goals. Such machines may be called AIs”

Maksudnya, AI adalah kepintaran yang dipamerkan oleh mesin atau secara spesifiknya sistem komputer. AI merupakan satu bidang penyelidikan yang mengkaji kaedah dan software yang membolehkan mesin mengenali keadaan persekitaran. Mesin akan belajar dan gunakan kepintaran (lepas belajar, mesin jadi pandai) untuk take action bagi melaksanakan tugasan yang ditetapkan dengan sebaiknya.

Secara umumnya macam ni. AI adalah teknologi yang dirancang untuk memungkinkan mesin atau komputer meniru perilaku dan pemikiran manusia. AI melibatkan proses simulasi kecerdasan manusia, memungkinkan sistem untuk belajar dari pengalaman, mengenali pola, membuat keputusan dan menyelesaikan tugas-tugas kompleks dengan efisyen.

Macam mana AI jadi cerdik? AI akan kumpul data dan buat analisis banyak-banyak data (big data). Lepas tu, AI evaluate data tu sendiri dan beradaptasi tanpa bantuan manusia. Teknologi AI dapat digunakan dalam berbagai aplikasi seperti games, terjemahan bahasa, sistem pengenalan wajah dan kenderaan automatik.

LUNO 2024

APA ITU AI AGENT

AI Agent adalah sistem atau program yang berkebolehan membuat tugasan bagi pihak pengguna atau sistem lain. AI Agent akan design workflow dia sendiri dan guna tools sedia ada.

AI Agent ada keupayaan pembelajaran adaptif (adaptive learning), boleh create respon dia sendiri, boleh berinteraksi secara dinamik dan boleh bekerja tanpa pengawasan berterusan dari manusia. Dia boleh evaluate tugasan yang diberi, pecahkan tugasan kepada subtasks dan develop workflow dia sendiri untuk siapkan tugasan tu.

Fuhhh…hebat tak AI Agent?

AI AGENT VS AI ASSISTANT VS CHATBOT

Kita dah tahu definisi AI Agent, kan. Sekarang kita tengok pula, apa beza AI Agent dengan AI Assistant dan Chatbot. 

Apa itu AI Assistant?
AI Assistant adalah aplikasi pintar yang menggunakan teknologi AI seperti machine learning, natural language processing (NLP) dan computer vision untuk membantu pengguna selesaikan pelbagai tugas. AI Assistant boleh faham human language, so pengguna boleh berkomunikasi dengan AI Assistant guna voice command atau text input.

Cuma AI Assistant ni kebolehan dia terhad. Dia tak boleh take action tanpa prompt yang tepat dari pengguna. Arahan nak suruh dia buat apa, kena lengkap dan tepat. Satu lagi AI Assistant ni dia takde memory. So dia tak boleh improve diri dia sendiri melainkan pencipta dia release atau update version baru.

Contoh AI Assistant:

  • Siri oleh Apple
  • Google Assistant oleh Google
  • Alexa oleh Amazon
  • Cortana oleh Microsoft
  • Bixby oleh Samsung

Apa itu Chatbot
Chatbot adalah satu AI program yang dicipta untuk melakukan simulasi perbualan dengan pengguna. Chatbot dibangunkan menggunakan natural language processing (NLP), machine learning dan deep learning supaya dia dapat faham, tafsir dan respon dengan cara yang manusia faham (human-like manner). Biasanya kita berinteraksi dengan Chatbot guna input teks atau voice command, terutamanya melalui messaging apps, website atau platform media sosial.

Chatbot biasanya boleh handle tugas yang simple dan tak begitu kompleks. Contohnya jawab FAQ, bantu dalam pemilihan produk dan buat appointment.

Apa limitasi Chatbot? Chatbot tak dapat nak handle situasi yang kompleks. Selain tu, untuk Chatbot kekal relevan dan accurate, penciptanya perlu selalu melakukan update.

Contoh Chatbot:

  • Zendesk (customer service and engagement platform)
  • Erica oleh Bank of Amerika
  • H&M’s Virtual Personal Stylist
  • WOEBOT (healthcare chatboard)

So, secara amnya apa beza ketiga-tiganya yang agak ketara? AI Assistant dan Chatbot adalah program yang menunggu arahan dari pengguna. Kita suruh dia buat A, dia buat A. Kita suruh dia buat B, dia buat B. Bila kita suruh dia selesaikan masalah A12B#7XC!3, dia pening dah. Tapi bila kita suruh AI Agent cari solusi A12B#7XC!3, dia akan ambil inisiatif untuk selesaikan isu tu.

  • AI Assistant/ Chatbot: Awaiting instruction
  • AI Agent: Taking initiative

BAGAIMANA AI AGENT BERFUNGSI

Macam mana AI Agent ni boleh jadi cerdik? Ada 4 proses bagaimana AI Agent boleh jadi cerdik.

1. Kumpul Maklumat (Information Gathering): AI Agent akan kumpul data secara konsisten (contohnya harga token, berita, posting di media sosial)

2. Belajar dan Buat Analisis (Learning and Analyzing): Data yang dikumpulkan akan dijadikan input kepada AI model untuk cari pattern dan buat keputusan.

3. Buat Keputusan (Decision Making): Berdasarkan analisis yang dah dibuat, AI Agent akan buat keputusan apa yang nak dibuat.

4. Bertindak (Taking Action): AI Agent akan berinteraksi dengan blockchain berdasarkan keputusan yang dah dibuat.

APA AI AGENT BOLEH BUAT DALAM DUNIA KRIPTO

CEO Coinbase, Brian Armstrong menjadi antara figura yang lantang menyokong penggunaan AI Agent dalam kripto. Beliau jangkakan penglibatan entity automatik seperti AI Agent dalam transaksi blockchain akan meningkat pada masa akan datang kerana inilah pertembungan teknologi antara AI dan blockchain.

Kita tahu yang dunia kripto berkembang sangat pantas dan menawarkan satu sistem yang bersifat telus dan decentralized. Dan yang terkini ia diintegrasikan dengan teknologi AI. Orang kata perfect match. Dengan terlahirnya AI Agent, dunia kripto menjadi mudah diakses, selamat dan lebih cekap. AI Agent bagaikan nafas baru kepada pengguna dalam pengurusan digital finance.

Bagaimana AI Agent memudahkan hidup pedagang dan pelabur kripto?

Boleh Jadi Pengurus Kewangan Automatic
AI Agent akan handle urusan kewangan korang. Dia akan execute trade dan urus portfolio sambil korang boleh duduk santai-santai tonton movie kat Netflix. Ala-ala ada penasihat kewangan peribadi yang autopilot.

Boleh Buat Transaksi Dengan Amat Cekap
AI Agent boleh handle berjuta-juta transaksi serentak. Dia boleh trade dengan pantas dan guna strategi yang lebih canggih untuk keep up dengan pergerakan market kripto yang super laju.

Menjadi Pembantu Kewangan Peribadi
AI Agent bukan sahaja boleh buat recommendation, tapi dia boleh uruskan payment dan booking. Senang, kan?

Amat Mudah Nak Guna
Korang boleh berinteraksi dengan AI Agent guna arahan teks mudah sebab korang boleh guna natural language. Tak perlu nak buat coding bagai tu semua. Cuma kena beritahu apa yang korang nak dan AI Agent akan ikut arahan tu walaupun ia kompleks.

Level Sekuriti Yang Tinggi
Dengan teknologi canggih seperti MPC (multi-party computation), transaksi akan jadi lebih selamat. Aset kita dilindungi daripada unauthorized access.

CABARAN AI AGENT DALAM DUNIA KRIPTO

Bukan kerja mudah untuk mengintegrasikan AI ke dalam dunia kripto. Ini antara cabaran dan ianya masih perlu diperbaiki:

Isu Skalibiliti
Kebanyakan blockchain tak dicipta untuk interaksi yang pantas, sepantas real-time. Tapi AI Agent perlukan kepantasan. Walaupun sekarang dah banyak solusi untuk skalibiliti, tetapi masih belum cukup untuk digunakan secara global. So work is still in progress.

Isu Accuracy
Sungguhpun AI Agent ni canggih, tapi ianya bukan sesuatu yang perfect. Kesilapan kecil boleh bawa bencana besar, terutamanya untuk tugasan seperti trading atau menguruskan smart contract. Banyak developers sedang usahakan solusi seperti Retrieval-Augmented Generation (RAG) untuk kurangkan errors supaya sistem yang bakal digunakan menjadi lebih reliable.

Isu Trust dan Ketelusan
Blockchain memang membantu menyimpan rekod aktiviti yang dilakukan oleh AI Agent. Tapi isunya ialah macam mana nak bina decentralized trust system yang melibatkan berjuta-juta ejen. Kena fikirkan juga tentang data privacy, penyalahgunaan maklumat dan kesan daripada berlakunya perkara yang tak diingini. Mungkin AI Agent juga perlukan pengawasan kawal selia.

MASA DEPAN AI AGENT DALAM DUNIA KRIPTO

Kemunculan AI Agent masih di peringkat awal dan semua orang tahu yang potensinya amat besar dalam dunia kripto dan blockchain secara amnya. Mungkin suatu hari nanti, kita dapat melihat perkara berikut berlaku. Antaranya ialah:

Ekonomi Decentralized AI
Bayangkan rangkaian AI Agent berinteraksi antara satu sama lain. Diorang buat kerja masing-masing yang dah dikhususkan. Diorang membentuk satu ekonomi yang self-sustaining yang mana ejen-ejen yang ada boleh trade service masing-masing dan menguruskan resources secara autonomi.

Pengadoptasian Web3 Secara Meluas
AI Agent mampu melakukan automasi dan mudahkan interaksi antara blockchain. Ini membolehkan teknologi Web3 boleh diakses oleh semua orang. Tak kisah la orang tu anak muda yang memang tech savvy atau acik-acik di kampung.

Aplikasi DeFi Yang Lebih Advance
Apabila AI tools makin improve, banyak benda akan di”unlock”. So akan ada strategi baru untuk mengoptimumkan hasil, menguruskan risiko dan melakukan pelaburan kolaboratif.

PEMAIN UTAMA DALAM AI AGENT

Menurut laman web CoinMarketCap, setakat ni ada 2 pemain utama dalam landskap AI Agent.

1. VIRTUALS PROTOCOL

Boleh kata inilah “Abang Long”. Platform ni dah dilancarkan sejak Oktober 2024. Dibina atas rangkaian Base (bakal berhijrah ke Solana katanya nanti) dan digelar sebagai “nation” untuk AI Agent. Virtuals lengkap memiliki ekonomi dan undang-undangnya sendiri. Kalau korang nak beli AI Agent kat Virtuals, korang kena beli guna token VIRTUAL

Virtuals Protocol benarkan sesiapa saja untuk launch AI Agent. Tapi kena beli token VIRTUAL la. Bila ejen korang cecah nilai $503k, dia akan dapat liquidity pool sendiri dan jadi autonomous kat Twitter.

Dah ada beratus AI Agent dalam Virtuals. Antara yang femes ialah AIXBT, Luna, Cookie dan VaderAI.

2. ai16z

ai16z adalah sebuah decentralized investment platform yang beroperasi atas blockchain Solana dan menggunakan AI untuk uruskan pelaburan. ai16z telah dilancarkan sejak Oktober 2024 dan ia adalah DAO (Decentralized Autonomous Organization) yang pertama dikawal oleh virtual fund manager (AI Agent) bernama AI Marc. Pendekatan inovatif ini bertujuan untuk mengubah model pelaburan tradisional dengan memanfaatkan AI untuk buat analisis data dan buat keputusan.

ai16z guna framework yang dikenali sebaga ElizaOS untuk bangunkan dia punya AI Agent. Teknologi ni yang membolehkan AI beroperasi secara autonomous dengan mengumpul dan memproses data dari pelbagai sumber termasuk media sosial. Berdasarkan pengumpulan dan pemprosesan data inilah yang membantu AI Agent membuat keputusan pelaburan.

Lain-lain Project AI Agent

Bittensor – Salah satu projek Crypto AI yang mantap dan struktur subnetnya membolehkan penciptaan teknologi AI Agent yang powerful. Ia adalah sebuah decentralized infrastructure untuk membina dan menggunakan machine learning model dalam blockchain. Machine learning model ni akan dilatih dan dikongsikan pada skala yang besar.

Griffain – Sebuah platform bersifat blockchain-based yang menggunakan AI untuk membantu pengguna menguruskan asset digital. Ia dibina atas blockchain Solana. Griffain menyediakan ekosistem di mana pengguna boleh design AI Agent menggunakan intelligent tools yang ada. Ejen-ejen ini akan mampu execute tugas yang kompleks secara automatic seperti trading token, cipta memecoin, pindahkan aset seperti SOL dan buat analisa trend berdasarkan aktiviti media social.

Zerebro – Satu sistem autonomous AI untuk mencipta, distribute dan menganalisis content merentas decentralized platform dan platform sosial. Zerebro memanfaatkan teknologi AI untuk mengoptimumkan pengurusan content dan membenarkan pengguna melibatkan diri dengan pelbagai media digital secara efisien.

Projek-projek yang dikongsikan ni bukan nasihat kewangan atau pelaburan ya. Jangan ingat ni buy call pulak . 

Detail >>>Blajarkripto.com

KESIMPULAN

Masih terlalu awal untuk buat sebarang kesimpulan tentang naratif AI Agent kerana terlalu banyak development yang bakal kita saksikan pada masa akan datang. Yang pasti ia adalah naratif baru yang berjaya mencetuskan gelombang inovasi dan experimentasi akan terus berlaku dalam dunia digital ekonomi. Sinergi antara teknologi AI dan blockchain berpotensi memberi takrifan baru dalam dunia kripto.

Adakah naratif AI Agent ni akan berjaya boom masa bull run kali ini? Takde siapa tahu. Sama-sama kita saksikan.
Terima kasih kerana sudi baca sampai habis.

-Tamat-

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat. Ia tidak bertujuan digunakan sebagai nasihat pelaburan, perdagangan dan kewangan. Info yang ditulis adalah berdasarkan kompilasi bahan-bahan rujukan. Maklumat yang dikongsikan hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak MyCryptoversity atau pemiliknya.

sumber rujukan:

https://academy.binance.me/en/articles/what-are-ai-agents
https://www.coingecko.com/learn/what-are-crypto-ai-agents
https://coinmarketcap.com/academy/article/2025s-first-major-trend-why-ai-agents-are-taking-over-crypto
https://cointelegraph.com/explained/what-are-ai-agents-and-how-do-they-work-in-crypto
https://www.bitrue.com/blog/best-ai-agents-in-crypto-to-watch-out-for-in-2025
https://www.ibm.com/think/topics/ai-agents-vs-ai-assistants

Related posts

Apa Yang Sebenarnya Sedang Berlaku Kat Market Kripto Sekarang?

Satch

Apa Itu Hard Fork dan Soft Fork

Nazrich

Adakah Anda Memiliki Sepenuhnya NFT Yang Dibeli

mssalha
error: Content is protected !!