Untuk kepada baru berkenalan dengan mata wang kripto, stablecoin ni adalah perkara biasa yang akan ditanya. Stablecoin tu apa? Kenapa nak kena guna stablecoin? Bukankah kita boleh je buat bank transfer ke platform Luno, Tokenize dan yang terbaru, Hata. Lepas tu kita boleh terus beli aset digital macam BTC, ETH, SOL dan lain-lain. Kenapa nak susahkan diri guna stablecoin, kan? Betul, takde masalah pun kalau korang tak nak guna stablecoin. Cuma dah alang-alang korang masuk dalam dunia kripto, takkan korang tak nak tambah ilmu. Rugi la.
Stablecoin telah muncul sebagai kuasa transformatif. Stablecoin adalah representasi kepada inovasi yang unik dalam mata wang kripto. Ia merupakan satu digital aset yang dicipta supaya nilainya kekal stabil dengan menambatnya kepada aset lain seperti mata wang fiat dan barangan komoditi.
Setakat akhir June 2024, market cap untuk stablecoin telah melebihi $162 bilion. Menariknya, berdasarkan data dari Alphractal yang disiarkan oleh Cointelegraph pada 31 Januari 2025, market cap stablecoin dah naik sebanyak 73% dari $121.18 bilion pada Ogos 2023 kepada $211 bilion. Selain tu, data dari Chainalysis (beberapa bulan sebelum berakhir tahun 2024) mendapati lebih 2/3 urus niaga mata wang kripto yang bernilai trilion dolar adalah datangnya dari transaksi stablecoin. Itu kalau kita cerita tentang data.
Tapi kalau korang rasa yang stablecoin ni fungsinya cuma sebagai trading pair, korang silap. Sebab pertumbuhan atau growth yang signifikan oleh stablecoin menandakan kepentingannya dalam merapatkan jurang antara sistem kewangan tradisional dengan ekosistem digital aset.
Jom kita tengok apakah sebenarnya stablecoin dan apakah peranannya dalam ekosistem kripto.

APA ITU STABLECOIN
Menurut laman web wikipedia, stablecoin adalah sejenis mata wang kripto yang nilainya ditambatkan atau diikat kepada reference asset tertentu seperti mata wang fiat, barangan komoditi (contohnya precious metal) atau mata wang kripto yang lain. Secara teori, stablecoin sepatutnya akan track nilai reference asset dengan nisbah 1:1 supaya jurang turun/naik harga stablecoin tak jadi begitu ketara.
Tujuan stablecoin dicipta adalah untuk menjadi alternatif kepada mata wang kripto yang memang popular dengan kadar volatility yang tinggi. Kita ambil contoh BTC. Harganya sangat volatile. Katakanlah..waktu pagi harganya $97,000. Waktu tengahari boleh jadi $89,000 dan tak sampai sejam lepas tu, harga naik mencanak $100,000. Volatility macam ni menyebabkan kripto ni payah nak dijadikan sebagai day-to-day payment.
Apakah stablecoin pertama dicipta? BitUSD adalah stablecoin pertama yang dicipta pada tahun 2014 oleh Dan Larimer dan Charles Hoskinson. BitUSD telah dikeluarkan pada blockchain BitShares dan disokong oleh BTS (core token oleh BitShare). Ini juga menjadikan BitUSD sebagai crypto-backed stablecoin yang pertama. Manakala, fiat-backed stablecoin yang pertama adalah USDT (oleh Tether) yang juga dilancarkan pada tahun 2014.
Malangnya BitUSD gagal kekalkan tambatan 1:1 dengan USD pada tahun 2018 dan tak berjaya dipulihkan sehingga kini.
JENIS-JENIS STABLECOINS
Stablecoin ada pelbagai jenis dan masing-masing ada mekanisme tersendiri untuk kekalkan kestabilan harga. Kat sini kita cuma kupas 4 jenis stablecoins yang paling common.
1) Fiat-backed stablecoin
Stablecoin jenis fiat-backed adalah yang paling popular. Nilainya ditambat 1:1 dengan mata wang fiat seperti USD, GBP dan EUR. Ia menjadi stabil bila mana adanya rizab duit fiat yang dijadikan sebagai cagaran (collateral).
Contoh fiat-backed stablecoin: USDT, USDC, EURC
2) Crypto-backed stablecoin
Stablecoin jenis ini disokong oleh rizab mata wang kripto lain. Disebabkan nilai cryptocurrency yang volatile, stablecoin ini biasanya guna kaedah over-collateralized. Maksudnya nilai rizab yang ada perlu melebihi nilai stablecoin yang dikeluarkan. So ada la buffer nak lawan price fluctuation. Untuk maintain kestabilan, stablecoin jenis ini juga biasanya akan disokong oleh fiat-collateralized stablecoin.
Contohnya, DAI ada rizab USDC dan USDT walaupun telah ada BTC dan ETH sebagai collateral utama.
3) Commodity-backed stablecoin
Stablecoin jenis ini disokong oleh rizab aset fizikal seperti gold, silver dan oil. Nilai stablecoin ni biasanya akan diikat mengikut kadar pasaran komoditi. Dia akan cuba track pergerakan harga barang komoditi tu. Rizab stablecoin ini selalunya dipegang secara off-chain oleh penjaga yang dipercayai.
Contoh commodity-backed stablecoin: XAUT (Tether Gold) dan PAXG (PAX Gold). Kedua-dua stablecoin ini menawarkan kepada pelabur peluang pelaburan dalam komoditi melalui mata wang kripto.
4) Algorithmic stablecoin
Stablecoin jenis ni lain sikit. Dia bukan asset-backed token. Algorithmic stablecoin ni guna algoritma dan smart contract untuk kawal supply dalam circulation supaya harganya stabil. Turun naik harganya akan mempengaruhi jumlah coin dalam circulation, samada supply perlu dikurangkan atau ditambah bergantung kepada demand. Macam prinsip supply and demand. Kalau demand tinggi, harga naik, supply akan ditambah. Kalau demand kurang, harga jatuh, supply akan dikurangkan.
Secara konsepnya, sistem algoritma akan kurangkan supply kalau harganya jatuh dari harga wang fiat yg dia track. Cara kurangkan supply adalah melalui locked staking, burning atau buy-back. Kalau harganya naik melebihi wang fiat yang dia track, token baru akan dicipta dan dimasukkan dalam circulation. Nampak mudah tapi tak semudah yang kita sangka.
Keupayaan stablecoin jenis algorithmic ni masih lagi menjadi perdebatan terutamanya selepas insiden kejatuhan TerraUSD (UST).

MENGAPA PERLU ADA STABLECOINS
Kenapa stablecoin penting dalam ekosistem cryptocurrency? Salah satu cabaran terbesar dalam kripto ialah VOLATILITY. Korang pun tau yang harga kripto boleh swing mencanak naik, boleh terjun pandalela dalam masa yang amat singkat. So secara amnya, stablecoin berperanan penting dalam ekosistem kripto sebagai medium of exchange, store of value dan jambatan yang menghubungkan TradFi dan dunia kripto.
Apa yang stablecoin offer? Nilai yang steady. Harganya maintain hampir sama setiap masa. Harga yang stabil inilah yang buatkan stablecoin lebih praktikal untuk kegunaan harian, sebagai medium of exchange. Nak beli kopi secawan, nak transfer duit kat anak yang belajar kat luar negara atau nak terima/buat bayaran kalau korang ada bisnes import/export.
Selain tu, stabelcoin berperanan penting dalam pengadoptasian DeFi (decentralized finance). Sebabnya stablecoin boleh jadi medium of exchange yang reliable. Ia memudahkan pengguna melakukan aktiviti trading, lending dan borrowing dengan hati yang lebih tenang sebab harganya stabil. Kestabilan harganya dapat menggalakkan lebih ramai pengguna masuk dalam crypto space.
Lagi satu, stablecoin boleh juga jadi “penyelamat”. Contohnya, korang terperangkap kat sesebuah kawasan yang bergolak. Disebabkan perang sana sini, bank pun tak dapat beroperasi dan pergerakan pun terbatas. So stablecoin boleh jadi “penyelamat” sekiranya korang perlukan bantuan. At least korang adalah duit nak beli barang keperluan atau nak upah orang selamatkan korang keluar dari negara tu.
REGULASI TERHADAP STABLECOINS
Stablecoin dah jadi topik utama para regulator seluruh dunia disebabkan perkembangan dan pengadoptasiannya yang begitu pantas. Banyak kerajaan dan badan kawal selia bergelut untuk mencipta rangka kerja yang dapat galakkan inovasi sambil nak pastikan pengguna terus dilindungi. Dalam masa yang sama, sistem kewangan tetap stabil dan perlu pastikan yang stablecoin ni patuh piawaian pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan pencegahan keganasan (AML/CFT).
Berikut adalah negara-negara yang dah ada rangka kerja untuk stablecoin.
European Union (EU)
Kesatuan Eropah telah memperkenalkan Markets in Crypto-Assets Regulation (MiCA). MiCA mewujudkan satu framework yang menyeluruh untuk aset kripto dan ianya melibatkan issuer (pengeluar) aset kripto dan service provider (penyedia perkhidmatan aset kripto), termasuklah stablecoin.
Framework oleh MiCA untuk stablecoin ni dah berkuat kuasa sejak 30 Jun 2024. Manakalan peraturan untuk service provider atau crypto-asset service providers (CASPs) berkuat kuasa sejak 20 Disember 2024. Peraturan MiCA digunapakai di semua 27 negara anggota EU. Tapi tanggungjawab untuk perlesenan serta penyeliaan issuer aset kripto dan CASPs berada di bawah authority negara masing-masing.
MiCA mengkategorikan stablecoin kepada 2 jenis:
Asset-Referrenced Token (ART)
Sejenis token yang nilainya stabil dengan diikat dengan pelbagai aset lain. Contohnya diikat dengan harga minyak mentah, beberapa aset kripto ataupun beberapa mata wang fiat yang lain. ART hanya boleh digunakan sebagai medium of exchange dan memerlukan issuer melaporkan semua aktiviti transaksi.
E-Money Token (EMT)
Untuk Electronic Money Token, nilainya distabilkan dengan diikat dengan mata wang rasmi kerajaan seperti EUR, USD atau GBP. Boleh kata EMT ni versi digital untuk wang fiat. Sebab tu EMT ni boleh digunakan sebagai medium of exchange dan pelaburan.
Singapore
Monetary Authority of Singapore (MAS) dah muktamadkan framework untuk stablecoin. Dalam framework tu, MAS fokuskan kepada single-currency stablecoins (SCS) ditambat kepada Singapore Dollar atau mana-mana mata wang negara G10 yang ada dalam circulation Singapore. Mana-mana pengeluar yang memenuhi kriteria dalam framework MAS bolehlah mohon untuk diiktiraf sebagai MAS-regulated stablecoins .
Hong Kong
Hong Kong ni special kes sikit. Sebab Hong Kong beroperasi sebagai Special Administrative Region of China. So rangka kerja undang-undang dan peraturan di Hong Kong berbeza dengan Mainland China. Ini membolehkan Hong Kong buat dasar pengawalseliaan diorang sendiri. Jadi, Hong Kong Monetary Authority (HKMA) dah bangunkan rangka kerja kawal selia untuk stablecoin issuer dan mengiktiraf perkembangan digital money yang sangat pesat. Bagusnya HKMA ni, walaupun peraturan untuk kripto dah dimuktamadkan, diorang tetap lancarkan “sandbox” untuk mana-mana pemain industri kripto yang ada use case yang bagus untuk bangunkan dan cuba model bisnes diorang. Dari situ, akan ada perbincangan dua hala antara pemain industri dan pihak berkuasa. So nak buat penambaikan undang-undang pada masa akan datang, dah senang dah. Dah ada input. Setakat Julai 2024, ada 3 projek yang dah diterima dalam sandbox ni.
Jepun
Antara negara yang terawal mewujudkan framework untuk stablecoin. Framework kat Japan amat tertumpu kepada kestabilan dan pengawasan. Ia membenarkan bank, trust company dan fund transfer service provider untuk keluarkan stablecoin jenis fiat-backed. Ofkos syaratnya sangat ketat. Tapi sehingga kini masih belum ada stablecoin disenaraikan di bursa tempatan ataupun didaftarkan di Electronic Payment Instrument Service Provider (EPISP). Japan Financial Services Agency juga sedang menyemak peraturan stablecoin dengan mengambil kira lain-lain pengalaman di peringkat antarabangsa.
Amerika Syarikat
Kat Amerika, regulasi stablecoin ni masih di peringkat work-in-progress. Masih banyak ketidakpastian dan perdebatan. Walaupun stablecoin macam USDT dan USDC dah digunakan secara meluas untuk medium pembayaran dan perkhidmatan kewangan, kurangnya rangka kerja telah memberi cabaran kepada pihak issuer dan pengguna. Regulasi yang sedang diusahakan adalah termasuk peraturan yang jelas tentang rezab yang patut issuer ada, ketelusan dan pematuhan peraturan anti pengubahan wang haram (AML)
PENGELUAR UTAMA STABLECOIN
Sebenarnya ada berlambak stablecoin. Ada beratus-ratus dalam market. Tapi yang selalu kita guna cuma USDT dan USDC.Berikut adalah antara pengeluar utama stablecoins.
Tether (USDT)
USDT adalah stablecoin paling besar berdasarkan market cap. Cuma Tether ni ada terpalit isu tentang pegangan rizab dan ketelusan kewangan. Tapi company kata diorang ada report audit dan market stress test untuk buktikan diorang ni kukuh. Tether kata diorang pegang hampir $100 bilion dalam US Treasury, dengan kebanyakan asetnya diuruskan oleh Cantor Fitzgerald. Ini menjadikan Tether setanding dengan negara utama dari segi rizab aset. Bisnes Tether semakin berkembang dengan mengeluarkan stablecoin bersandarkan Dirham Emirati dan emas.
Circle (USDC)
USDC berada di tangga kedua di belakang USDT berdasarkan market cap. USDC dikenali sebab katanya ia lebih transparent sebab Circle akan buat pengesahan rizabnya setiap minggu. Diorang simpan rizab dalam bentuk tunai dan short-term US Treasury. Kalau dah setiap minggu declare rizab yang ada, mesti la orang lebih yakin dengan ketelusan diorang, kan.
Paxos
Paxos adalah issuer (pengeluar) kepada stablecoin Pax Dollar (USDP). Paxos juga adalah penyedia infrastruktur untuk stablecoin PayPal iaitu PayPal USD (PYUSD) dan beberapa projek stablecoin yang lain. Paxos menekankan aspek ketelusan dan trust, mematuhi guidelines untuk portfolio management dan akan publish laporan rizab secara bulanan. Aset-aset kripto lain yang dikeluarkan oleh Paxos adalah Global Dollar (USDG), Lift Dollar (USDL) dan Pax Gold (PAXG)
PayPal
PayPal terjun ke pasaran stablecoin dengan memperkenalkan PayPal USD (PYUSD). PYUSD adalah usahasama dengan Paxos dan ia direka sebagai medium pembayaran. Pegangan rizab PayPal juga diuruskan oleh Paxos.

STABLECOIN DIGUNAKAN UNTUK APA?
Apakah kegunaan stablecoin? Apa use case untuk stabelcoin? Bukankah kita boleh je transfer duit masuk ke Luno, lepas tu beli BTC, ETH semua tu. Buat apa susah-susah nak guna stablecoin? Sebenarnya penggunaan stablecoin tak terhad kepada crypto trading je. Antara USE CASE untuk stablecoins adalah seperti berikut:
Medium Pembayaran dan Transaksi Peer-to-Peer (P2P)
Disebabkan nilai stablecoin yang stabil, so ia lebih mudah dijadikan medium pembayaran harian dan transaksi P2P. Lagipun proses transaksinya sangat pantas dan kosnya sangat berpatutan. Tak perlu go through prosidur yang remeh dan biasanya kosnya lebih murah dari kos transaksi menggunakan sistem bank tradisional.
Transaksi Rentas Sempadan dan Kiriman Wang
Pembayaran rentas sempadan dan kiriman wang adalah antara use case yang paling common dalam stablecoin. Kerana prosesnya lebih pantas dan yurannya lebih murah berbanding perkhidmatan kiriman wang sedi ada. Contohnya pekerja warga asing yang takde akaun bank, diorang boleh hantar duit belanja ke kampung guna stablecoin secara P2P. Contoh lain, kalau korang ada bisnes. Nak beli stock dengan supplier kat luar negara. Kalau supplier setuju, korang boleh buat bayaran guna stablecoin, tak perlu pegi bank untuk isi borang itu ini. Buat P2P je, settle.
Menurut laman web Chainalysis, kos pengiriman wang $200 keluar dari negara Sub-Saharan Afrika (contohnya Ethiopia, Ghana, Zambia dll) adalah 60% lebih murah kalau guna stablecoin. Jimat banyak, kan?
Penyimpan Nilai (Store of Value)
Stablecoin boleh menjadi pilihan sebagai penyimpai nilai jika kita tinggal dalam negara yang sering bergolak, ekonomi tak stabil dengan kadar inflasi yang tinggi. At least stablecoin ditambat pada aset seperti USD. So, nilainya yang lebih stabil membolehkan kita masih ada kuasa membeli.
Decentralized Finance (DeFi)
Dalam DeFi ekosistem, stablecoin berfungsi sebagai medium yang stabil untuk aktiviti lending, borrowing dan trading. Nilainya yang stabil buat pengguna rasa “tenang hati” tanpa perlu bimbang dengan turun naik harga yang sangat signifikan.
Pembayaran Gaji
Jangan terkejut jika suatu hari nanti, bila sampai masa anak cucu korang kerja, mungkin gaji diorang dibayar guna stablecoin. Sebenarnya pembayaran gaji guna stablecoin dah pun bermula tapi belum meluas. Dunia semakin bergerak ke arah Web3. Sekarang pun dah banyak pekerja digital terutamanya yang freelance yang tak memerlukan keberadaan pekerja di pejabat dan lapangan. Contohnya korang kat Malaysia, mungkin korang buat remote project kat Amerika dan Jepun. Takde la korang pening, kejap-kajap terima upah dalm USD, lepas tu Yen. Nak convert ke MYR pulak. Bank nak kena check itu ini. Leceh, kan.
Beberapa syarikat ini ada tawarkan perkhidmatan pembayaran gaji menggunakan stablecoin:
Bitwage
Fipto
Remote
Toku
Rise
KESIMPULAN
Sekarang kita dah tahu apa itu stablecoin. Jenis-jenis stablecoin. Apa peranannya dalam ekosistem kripto. Stablecoin bukan sekadar duduk di persimpangan antara dunis kripto dan kewangan tradisional, tetapi ia membuka lembaran baru dalam sistem kewangan. Sama seperti kripto, pengadoptasian akan terus berlaku, ditambah dengan kemajuan dalam bidang kawal selia supaya semuanya lebih jelas dan trust dapat dibina di kalangan pengguna dan institusi.
Walaupun stablecoin nilainya stabil, jangan ingat yang ia tak ada risiko langsung. Ada projek stablecoin yang kehilangan nilai tambatan, yang hilang rizab dan ada yang kena tindakan undang-undang. Anyway, stablecoin masih lagi cryptocurrency dan pastinya ia ada risiko. Sebagai trader atau investor yang bijak, pandai-pandailah kita DYOR sebelum mengambil apa-apa keputusan kewangan.
So sekarang dah fahamkan apa itu stablecoin, kan. Terima kasih kerana sudi baca sampai habis .
– Tamat –
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat. Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat pelaburan, perdagangan dan kewangan. Maklumat yang dikongsikan hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Mycryptoversity atau pemiliknya.

Sumber rujukan
https://academy.binance.me/en/articles/what-is-a-stablecoin
https://www.chainalysis.com/blog/stablecoins-most-popular-asset/
https://www.investopedia.com/terms/s/stablecoin.asp#toc-why-are-stablecoins-so-important
https://en.wikipedia.org/wiki/Stablecoin#Background
https://www.coingecko.com/learn/stablecoin
https://blockapps.net/blog/exploring-stablecoins-in-crypto-key-use-cases-and-benefits/
https://www.getorbital.com/news-media/stablecoins-are-changing-global-payments-for-businesses
https://onchain.org/magazine/crypto-payroll-faster-safer-and-more-impactful/
https://blog.bitwage.com/key-benefits-of-using-stablecoins-for-international-payroll/

